Tuesday, May 19, 2015

Hasry Rosly, [04.02.15 07:26]
[Forwarded from Hasry Rosly]
اللَّهُمَّ عَافِـني فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِـنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لَا إِلَهَ إلاَّ أَنْتَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْكُفْر، وَالفَقْرِ، وَأَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، لَا إلَهَ إلاَّ أَنْتَ
Allaahumma 'aafinee fee badanee, Allaahumma 'aafinee fee sam'ee, Allaahumma 'aafinee fee basaree, laa 'ilaaha 'illaa 'Anta (three times).Allaahumma 'innee 'a'oothu bika minal-kufri, walfaqri, wa 'a'oothu bika min 'athaabil-qabri, laa 'ilaaha 'illaa 'Anta.
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badanku, Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada penglihatanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kekufuran dan kefakiran. Ya Allah aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. (Tiga kali)
Ref:Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42, An-Nasa'i, Ibn As-Sunni (Hadith no. 69), Ibn Hibban (Hadith no. 2361).

 Hasry Rosly, [06.02.15 06:30]
[Forwarded from Hasry Rosly]
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الَْأرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Bismillaahil-lathee laa yadhurru ma'as-mihi shay'un fil-'ardhi wa laa fis-samaa'i wa Huwas-Samee 'ul- 'Aleem.
Dengan Nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namaNya oleh sesuatu di bumi dan tidak juga di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Tiga kali)(Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan petang maka tidak ada sesuatu pun yang boleh memudharatkannya.)
Ref:Abu Dawud 4/323, At-Tirmizi 5/465, Ibn Majah 2/332, Ahmad.





ustaz kay

Ust Kay, [28.01.15 07:54]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.368) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Rabu, 7 Rabiulakhir 1436H. KHAIRAN YANG MENGKHAIRANKAN !

Corak batik di atas kain,
Dibuat pakaian dijual keluar negeri,
Kalau Riya' suka tunjuk pada orang lain,
Ujub pula rasa khairan pada diri sendiri.

Ujub ialah perasaan kagumi atas diri sendiri. Merasa diri hebat sekali. Bangga diri sehingga lupa mensyukuri. Terpesona hingga lupa semuanya anugerah Ilahi. Perasaan ujub boleh datang dan pergi. Kalau ada iman dan jatidiri, insya Allah penyakit hati ini boleh kita hindari.

CERAH-CERAHKAN :
1- Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
2- Orang yang berilmu, kagum dengan keilmuannya.
3- Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
4- Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
5- Orang berjawatan tinggi, kagum dengan jawatannya.
6- Orang yang bijak berpidato, kagum dengan pidatonya.
7- Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
8- Orang yang pandai masak, kagum dengan masakannya.
9- Orang yang pandai menjahit, kagum dengan jahitannya.
10- Orang yang pandai menghias, kagum dengan hiasannya.
11- Orang yang qari Al-Quran, kagum dengan bacaannya.
12- Orang yang rajin menjadi sukarelawan, kagum dengan kerajinannya.

Sebenarnya, semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia sebagai nikmat yang sementara. Sufyan At-Tsauri mengatakan; "Ujub adalah perasaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat."

Muthrif rahimahullah telah berkata; “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata; “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. Allah SWT berfirman :

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri."(QS. An-Nisa' : 36)

Nabi SAW bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR : Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR : Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah pernah berkata : ”Ketahuilah bahawa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarah Arba’in)

CHECKLIST :
1) Ujub, merasa diri hebat sekali sehingga lupa mensyukuri akan nikmat Ilahi.
2) Merasa lebih mulia dan lebih tinggi darjat.
3) Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
4) Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus pahala amalannya itu.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Riya' sedang berusaha dija

Ust Kay, [28.01.15 07:54]
uhi, ujub pula menyerang di hati. Memang sukar untuk mengikhlaskan diri pada jalan Mu Rabbi. Bila dah kagumi diri, kembang hidung setiap hari. Perasan pulak semua orang kenali diri, walhal mereka tersenyum melihat seluar kita, tidak terzip rapi ! Hihihihihi...
Wallahu a'lam - Sedang mentazkiyah nafsi. Ikhlas dari Ust Kay. (UST. HJ. KAMIL SIDEK Undangan ceramah/forum : 0192319872)

(DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S SEBELUM TERBIT BUKU KEDUA USTAZ KAY PADA BULAN APRIL INI BERSAMA TELAGA BIRU SDN. BHD. PULA INSYA ALLAH)


 Ust Kay, [29.01.15 09:44]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.369) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Khamis, 8 Rabiulakhir 1436H. TERSEMBUNYI YANG DIKETAHUI

Jalan yang sunyi ke rumah Dolah,
Rumah terletak di Pokok Sena,
Amalan tersembunyi ketika beruzlah,
Bila sum'ah langsung tak guna.

Sum’ah merupakan amalan yang diperdengarkan. Kemudian menceritakan segala perbuatan pengibadatan walaupun sudah dikerjakan dengan penuh keikhlasan, namun pada akhirnya masih mengharapkan pujian. Tidak riya' dengan menunjukkan amalan, tidak juga ujub dengan kagum dan hairan sendirian. Tetapi memperdengarkan amalan agar diperkatakan orang juga adalah bukan satu kebaikan.

CERAH-CERAHKAN :
Kata sum’ah berasal dari kata samma’a (memperdengarkan). Contoh : Pada sebelah malam solat tahajud pada siang harinya menceritakan kepada rakannya bahawa dia telah melaksanakan solat tahajud supaya rakannya tahu bahawa dia seorang yang alim. Contoh ayat : "Malam tadi dalam pukul 2.30 pg aku dengar ada org yg seperti nak kopek rumah aku...masa tu aku tengah solat sunat tahajjud" Cerita seseorang pada rakannya...

Perbezaan riya', ujub dan sum’ah ialah riya' adalah amalan yang dilakukan untuk diperlihatkan kepada orang lain, ujub amalan yang dikagumi diri sendiri sedangkan sum’ah beramal supaya diperdengarkan dan diketahui oleh orang lain.

Riya' berkaitan dengan indra mata, ujub dengan indra hati sedangkan sum’ah pula berkaitan dengan indra telinga. Dalam al-Quran Allah SWT telah mengingatkan kepada kita mengenai sifat riyak dan sum'ah ini:

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُوْا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْاَذَى كَالَّذِىْ يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ …

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya (sum'ah) dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya' kepada manusia…” (QS. Al-Baqarah : 264)

Imam ‘Izzuddin Abdissalam membezakan riya' dan sum’ah dengan berkata : “Riya' adalah beramal kerana selain Allah SWT. Sum’ah adalah menyembunyikan amal kerana Allah SWT, tetapi kemudian menceritakan amal itu kepada manusia.”

Namun demikian ada sebahagian qaul (pendapat) ulama' menyatakan tidak semua sum'ah adalah tercela, ada yang tercela dan ada yang terpuji. Sum’ah tercela apabila tujuan penceritaan amal itu demi pujian dan penghormatan manusia. Sum’ah terpuji apabila tujuan penceritaan supaya dicontohi oleh yang mendengarkannya kerana Allah SWT dan semata-mata mengharapkan redha-Nya.

Rasulullah SAW juga memperingatkan dalam hadisnya yang bermaksud : “Siapa yang berlaku sum’ah maka akan diperlakukan dengan sum’ah oleh Allah dan siapa yang berlaku riya' maka akan dibalas dengan riya'.” (HR : Bukhari)

Huraian hadis diatas adalah, diperlakukan dengan sum’ah oleh Allah maksudnya adalah diumumkan aib-aibnya di akhirat. Sedangkan dibalas dengan riya' ertinya diperlihatkan pahala amalnya, namun tidak akan diberi pahala kepadanya kerana beramal bukan kerana Allah semata-mata.

CHECKLIST :
1) Sum’ah merupakan amalan sendirian yang diperdengarkan kepada orang lain.
2) Riya' berkaitan dengan indra mata, ujub dengan indra hati sedangkan sum’ah pula berkaitan dengan indra telinga.
3) Telah menyembunyikan amal kerana Allah, tetapi kemudian menceritakan amal itu pula kepada manusia.
4) Sum’ah yang terpuji apabila tujuan penceritaan supaya dicontohi oleh yang mendengarkannya kerana Allah.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Memang ada jenis orang yang tak boleh simpan kebaikan yang telah dilakukannya di waktu sendirian untuk diceritakan juga kepada orang lain. Contohnya, bila balik haji atau umrah macam-macam cerita ada terutamanya tentang amalannya di sana. Mudah-mudahan niatnya supaya orang yang mendengarkannya akan termotivasi untuk pergi haji atau umrah sepertinya dan tidak mengharapkan pujian orang.

Wallahhu a'lam - Amalan yang orang cuba sembunyikan sungguh-sungguh tanpa memperdengarkan kepada orang lain ialah berkahwin lagi satu secara senyap-senyap. Kalau tak percaya cuba puan tanyakan dengan suami puan di seb

Ust Kay, [29.01.15 09:44]
elah puan tu, mesti dia tak akan mengaku punya. Peace Yo ! Ikhlas dari Ust Kay. (UST. HJ. KAMIL SIDEK Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

DAPATKAN SEGERA BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) TERBITAN GRUP BUKU KARANGKRAF DI KEDAI-KEDAI BUKU TERNAMA DI SELURUH NEGARA, SEBELUM KEHABISAN STOK.

Ust Kay, [30.01.15 07:45]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.370) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Jumaat, 9 Rabiulakhir 1436H. ORANG TAKABBUR PASTI LEBUR!

Pujuk emak masak bubur,
Untuk dimakan pada waktu petang,
Jauhilah riya', ujub, sum'ah dan takabbur,
Hidup berkat Allah pun sayang.

Banyak hal yang menyebabkan orang menjadi sombong. Ilmu pengetahuan, amal ibadah, nasab (keturunan), kecantikan, harta kekayaan dan kekuatan boleh menjadi pendorong. Jika semua itu tidak diperolehi, putus asa dan merendahkan orang lain dia akan cenderung. Hakikatnya, kesombongannya hanyalah seperti kata Najwa Latif, kosong, kosong... kosong !

CERAH-CERAHKAN :
Takabbur sangat berbahaya bagi manusia. Ia merupakan kesalahan dan dosa klasik yang dilakukan oleh makhluk Allah iaitu iblis laknatullah, yang menyebabkannya terusir dari syurga ke dunia ini.

Takabbur berasal dari kata Bahasa Arab "takabbara-yatakabbaru" yang ertinya sombong atau membanggakan diri. Sikap berbangga diri dengan beranggapan bahawa hanya dirinyalah yang paling hebat dan benar dibandingkan dengan orang lain. Takabbur juga semakna dengan ta'azum, iaitu suka menampakkan keagungan dan kebesarannya, merasa agung dan besar dibandingkan dengan orang lain. Baginda Rasulullah SAW mendefinisikan takabbur sebagai :

 الكبر بطر الحق وغمط الناس

"Takabbur adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain." (HR : Muslim)

Berdasarkan pengertian hadis di atas, maka orang yang tidak mahu tunduk atau menuruti yang hak ia adalah orang yang sombong. Demikian pula seseorang yang suka menghina atau meremehkan orang lain.

Akibat buruk sikap takabbur atau takbur ini ialah :
1. Jauh dari kebenaran.
2. Terkunci mati hatinya.
3. Mengalami kegagalan dan kebinasaan.
4. Tidak disukai Allah. Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong” (QS. An-Nahl : 23)
5. Tidak akan masuk syurga. Sabda Nabi SAW :
“Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebiji sawi rasa sombong” (HR : Muslim)

Ketika seseorang memiliki sifat sombong, maka ia akan tertutup dari berakhlak mulia, iaitu :
1. Tidak akan mencintai sesama muslim sebagaimana ia mencintai diri sendiri. Ia selalu memandang orang lain lebih rendah dari dirinya sendiri.
2. Tidak akan tawadhu’ (rendah hati), kerana selalu merasa lebih baik.
3. Tidak akan dapat meninggalkan rasa dendam, kerana merasa mampu membalas pihak yang dihasadkannya.
4. Tidak dapat berlaku jujur untuk menutupi kekurangan dan pendustaannya.
5. Tidak akan dapat mengendalikan marah. Kerana merasa berhak melampiaskannya pada orang lain.

Sifat takabbur ini mempunyai tiga peringkat iaitu :
1- Takabbur kepada Allah SWT.
Ia setinggi-tinggi tingkatan takabbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran ada mengisahkan kaum ‘Aad, Firaun dan Qarun diazab oleh Allah SWT kerana memiliki darjat takabbur seperti ini.

2- Takabbur kepada Rasulullah SAW.
Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takabbur. Golongan ini berpendapat bahawa Rasul ialah hanyalah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan dengan kononnya merujuk di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." (QS. Ibrahim : 10)

3- Takabbur terhadap sesama manusia.
Takabbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takabbur kepada Allah SWT dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takabbur peringkat ini pastinya berdosa besar dan boleh jatuh fasiq.

Ubat terhadap penyakit takabbur ini, antaranya harus merenungkan asal kejadiannya. Ia harus ingat bahawa asalnya dari tanah dan dari setitis air mani yang hina yang kalau jatuh ke tanah sekalipun, ayam tak patuk itik pun tak sudu. Sesudah menjalani kehidupan dalam batas-batas umur yang sudah ditentukan di dunia ini, ia akan mati dan terus dikuburkan. Kini, ia akan menjadi mayat yang akan pula dimakan cacing dan ulat.

Imam Hanafi rahimullahu anhu berkata : “Alangkah menghairankan tingkah laku anak Adam yang takabbur, sedangkan ia dikeluarkan dari dua jalan kencing (pe

Ust Kay, [30.01.15 07:45]
rtama dari kemaluan ayahnya dan yang kedua dari ibunya)."

CHECKLIST :
1) Takabbur adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.
2) Orang yang tidak mahu tunduk atau menuruti yang hak ia adalah orang yang sombong.
3) Setinggi-tinggi tingkatan takabbur dan paling membahayakan diri adalah takabbur kepada Allah SWT.
4) Ubat terhadap penyakit takabbur ini, antaranya harus merenungkan asal kejadiannya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Pada zaman dahulu kalau di Pondok-pondok Pengajian Al-Quran dan Pesantren, antara pelajaran pertama Tok Guru pondok dan Pak Kiyai berikan kepada anak muridnya ialah membasuh tandas selama sebulan. Hikmahnya untuk menghilangkan rasa ego status, sombong, angkuh dan bangga diri. Sebaik-baiknya membersihkan mangkuk tandas dengan tangan kosong sahaja bukan dengan berus ! Amacam? Ada brann? Zaman sekarang kalau buat juga, jumpa di mahkamah !

Ust Kay, [31.01.15 12:40]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.371) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Sabtu, 10 Rabiulakhir 1436H. ACIK KAYO !

Anak koro usah dicakau
Indok ei ado di ujung dahan
Nak kayo usah diigau
Dek pelaso koka berpanjangan

Belompatan katak ko danau
Lacup locap lintang pukang
Biar duit tak banyak di upau
Asal idup tak ditanggung oghang

Hampir semuo oghang raso eh suko jadi kayo. Malah sebahagian oghang menjadikan harto kekayoan sebagai 'Tuhan' mereko, seolah-olah itulah matlamat hidup kito ni ha. Lelan dongan harto bendo dunio sohinggo lontung doso pahalo, halal haram tak dikiro. Sampai sanggup chenekel kawan atau membongak waghih sendiri. Tak bertompodal langsung. Kojo poloso, “hampeh tak menureh” pasal harto masuk nerako !

COGHAH-COGHAHKAN :
Nabi SAW ado bersabdo : " Ado ompek perkaro jiko ekau peliharo sebaiknyo mako ekau adalah oghang yang kayo walaupun banyak kemogahan dunio tidak ekau miliki iaitu :

1. Memeliharo amanah,
2. Berkato bona,
3. Baik akhlak ekau,
4. Kawal diri daripado makan terlalu lahap (mentekedaghoh)." (HR : Ahmad dan Tabrani)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabdo : "Kayo itu bukanlah lantaran banyaknyo harto, tetapi kayo adalah kayo jiwo (hati)." (HR Muslim)

Sheikh Hassan Al-Basri berkato laei : "Oghang kayo sobona eh ialah oghang yang bersifat qonaah, iaitu ghaso cukup dongan apo yang ado" Mako sudah tontulah oghang yang miskin pulo sentiaso ghaso tak ponah cukup atau tak ponah pueh dongan harto yang ado sehinggolah mulutnyo disumbek dongan tanah (meninggal dunio...wal iyazubillah...)

Harto ni ado ompek jenih dio :
1- HARTO YANG BAIK
Iaitu harto asal eh dari sumber yang baik dan dibelanjo pado jalan yang baik.
2- HARTO YANG BURUK
Iaitu harto dari sumber yang baik tapi dibelanjo pada jalan maksiat.
3- HARTO YANG BURUK JOGO
Iaitu harto yang dari sumber yang buruk (haram) dan dibelanjo pado jalan yang baik.
4. HARTO YANG PALING BURUK
Iaitu harto dari sumber yang hagham dan dibelanjo pado jalan yang hagham jugo.

Ado jugo yang mombahagikan harto kepado duo yo :
1- HARTO YANG BERHARGO (MUTAQAWWIM)
Ialah sotiap harto yang disimpan oleh seseoghang dan syara` menghaghuhkan penggunaannyo. Contohnyo soperti semuo jenih harto tidak alih dan harto-harto alih jugo makanan-makanan atau seumpamo eh.

2-HARTO YANG TAK BERHARGO (GHAYR MUTAQAWWIM)
Ialah harto yang tak di dalam simpanan atau dimiliki oghang seperti ikan di dalam sungai, bughung di udaro jugo galian yang berado di dalam porut bumi atau harto yang tidak harus digunakannyo pado syara` seperti arak dan babi, keduo-duo eh ini tidak haghuh bagi orang Islam menggunakannyo kecuali ketiko daghughat sajo seperti dahago atau lapar bona yang boleh membawo mati kalau tak menggunakannyo.

CHECKLIST :
1) Sebahagian oghang menjadikan harto kekayoan sebagai 'Tuhan'.
2) Kayo bukanlah banyaknyo harto, tetapi kayo yang sebona eh adalah kayo jiwo.
3) Oghang yang miskin pulo sentiaso ghaso tak ponah cukup atau tak ponah pueh dongan harto yang ado.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sekironyo manusio ado duo lombah dan keduo-duonyo diponuhi dengan omeh, nescayo io akan mengharapkan dapek lombah yang ketigo. Tamak bobona manusio nih bogolau mencaghik harto. Begitulah obsesnya manusio pado kekayoan harto bendo dunio. Suruh pi kojo buek muko jobo, bagi duit monobut, laju bona nak ambik, menonong yo ! Tak semonggah porangai eh...

Wallahu a'lam - Togoliat ledah den cakap baso nogori nih. Ok lah yo den nak poei ceghamah kek Seromban malam nih! Ikhlah dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK Undangan ceghamoh/forum/bodah buku : 0192319872)

DAPATKAN CHOPEK BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) TERBITAN KARYO BESTARI KARANGKRAF DI KODAI-KODAI BUKU TERNAMO BERHAMPIRAN EKAU DI SELURUH NEGAGHO ATAU SECARO ONLINE DI : karyabestari.karangkraf.com



Nieazharif14, [31.01.15 19:13]
baca jer xsalah pun...
👉 طفله ﺳﺠﺪﺕ ﻋﻨﺪﻣﺎ ﺭﺃﺕ ﻋﺮﺑﺔ ﺍﻵﻳﺲ ﻛﺮﻳﻢ ..
ﻓﻘﺎﻟﻮﺍ ﻟﻬﺎ : ﻟﻤﺎﺫﺍ ﺳﺠﺪت؟؟؟
ﻓﻘﺎﻟﺖ : ﺃﻣﻲ ﻋﻨﺪﻣﺎ ﺗﻔﺮﺡ ﺗﺴﺠﺪ…
احسنوا تربية ابنائكم

Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim.
Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akn sujud.
Perelokkanlah didikn ke atas ank²mu.

👍👍👍👍
-عامل يصلح مكيفات مسجد ثم رفض الأجرة وقال :أوصتني أمي بأن لا آخذ أجرة على عمل لمسجد !!
تعجبوا من أمه ،، وأنا سأتعجب من بره ..

Seorang laki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya.

👍👍👍👍
-سئل أحد الصالحين لماذا تذهب للمسجد قبل الآذان ،، قال :الآذان لتنبيه الغافلين وأرجو أن لاأكوون منهم !!
(نسأل الله السلامه)..

Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan. Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)

👍👍👍👍
-سألته لم تحرص على شرب الماء في المسجد دائما وأنت تجده في بيتك ؟!!
قال : لكي يؤجر من وضعه في المسجد
"نفووس راقية"

Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran.

👍👍👍👍
-إذا وصلتك فضيحة لأحدهم فأجعلها تقف عندك ؛ فإن وقفت عندك أخذت أجر الستر ومن ستر مسلمآ ستره الله ..

Bilamana sampai kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia.

👍👍👍👍
ثلاث ادعيه لاتنسونها في سجودكم :-
- اللهم إني اسألك حسن الخاتمه ،
- اللهم ارزقني توبةً نصوحه قبل الموت
- اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك"
( من غير التخصيص )

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tnpa sbrang pengkhususan)

👍👍👍👍
حتى اذا نويت نشر هذا الكلام انوِ به خيرا لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا والاخرة.
وتذكر :~ افعل الخير مهما استصغرته'''=-)
Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.
Pringatn:~ buatlah baik walau sekecil kecilnya. '' :)

Ust Kay, [01.02.15 15:34]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.372) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Ahad, 11 Rabiulakhir 1436H. SIFAT YANG SEMAKIN HILANG !

Kenduri-kendara makan bubur,
Makan bersama sanak-saudara,
Qana'ah tanda hamba yang besyukur,
Elakkan serakah tamak haloba.

Barangsiapa yang diberikan sifat qana’ah, maka sesungguhnya Allah SWT ingin memberikan kebaikan dan hikmah. Kerana dengan sifat qana’ah, dapat menyelamatkan dirinya daripada kehinaan mengemis dan meminta sedekah. Serta memelihara kehormatannya daripada mengharapkan sesuatu pertolongan selain Allah.

CERAH-CERAHKAN :
Qana'ah daripada segi bahasa bermaksud berasa cukup serta puas dengan setiap sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dan tunduk serta akur dengan kurniaan-Nya. Manakala, daripada segi istilah pula, qana'ah juga boleh didefinisikan mengikut beberapa pendapat lain seperti berikut :

1- Muhammad Ali Al-Tirmizi : Qana'ah ialah jiwa yang rela terhadap pemberian rezeki yang telah ditentukan-Nya.
2- Bishr Al-Hafi : Qana'ah ibarat raja yang tidak akan bertakhta kecuali di hati orang mukmin.
3- Abu Abdillah Bin Khafif : Qana'ah adalah perbuatan meninggalkan angan-angan terhadap sesuatu yang tidak ada dan berasa cukup dengan sesuatu yang ada.
4- Abu Sulaiman Al-Darani : Qana'ah kerana rela dengan kedudukannya adalah sama dengan warak kerana zuhud. Qana'ah ialah permulaan rela, sedangkan warak itu sendiri ialah zuhud.
5- Muhammad Al-Kattani : Sesiapa yang menjual ketamakan dirinya dengan sifat qana'ah, maka dia akan memperoleh kemuliaan dan harga diri.
6- Abu Bakar Al-Maraghi : Orang yang sihat akalnya ialah orang yang mengatur urusan dunia dengan sikap qana'ah serta mempercepatkan tugas dalam mengatur urusan agama dengan ilmu dan ijtihad.

Sebahagian ahli tasawuf pula berkata : "Qana'ah ialah perasaan sentiasa tenang dalam semua keadaan." Sebahagian ulama ditanya : "Siapa orang yang paling qana'ah?." Mereka menjawab : "Orang yang selalu memberikan pertolongan meskipun kekayaannya sedikit." Secara kesimpulannya, dapatlah difahami bahawa qana'ah ialah sifat berasa cukup dan puas dengan kurniaan Ilahi walaupun manusia mengatakan sedikit secara zahirnya.

Sifat qana’ah bukanlah bermaksud kita tidak perlu berusaha untuk mencapai yang terbaik di dalam hidup tetapi kita harus bekerja dengan cara yang halal dan menghilangkan sikap malas, untuk mendapatkan rezeki daripada usaha dan keringat sendiri. Rasulullah SAW telah bersabda : "Qana'ah itu adalah harta yang tak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap". (HR. : At-Tabbrani)

Dalil lain tentang qana'ah ialah dari Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr :
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda ; “Sungguh beruntung orang yang beragama Islam dan dicukupi rezekinya kemudian merasa cukup dengan apa yang diberikan Allah kepadanya.” (HR : Muslim)

Menurut Imam Al-Qushairi dalam Al-Risalah Al-Qushairiyyah; "Dalam Kitab Zabur, diungkapkan bahawa orang yang qana'ah ialah orang yang kaya meskipun serba kelaparan." Bahkan menurut satu pendapat, Allah SWT meletakkan lima anugerah dalam lima tempat iaitu :
1. Kemuliaan dalam taat.
2. Kehinaan dalam maksiat.
3. Kehebatan dalam melaksanakan solat malam (ibadat)
4. Kebijaksanaan dalam hati yang kosong (daripada keduniaan)
5. Kekayaan dalam sifat qanaah.

CHECKLIST :
1) Qana'ah ialah sifat berasa cukup dan puas dengan kurniaan Ilahi.
2) Sifat qana’ah bukanlah bermaksud kita tidak perlu berusaha untuk mencapai yang terbaik di dalam hidup.
3) Padanya terdapat sifat sabar, redha dan perlu dibuktikan dengan amalan.

SIMPUL - SIMPULKAN :
Rezeki yang kita perolehi perlu dikelolakan dengan secara baik, tidak membazir dan tidaklah pula terlalu berjimat, malah redha dengan yang sedikit, di atur cara kehidupan yang bersederhana, mengikut keadaan sewajarnya dan mencukupi.
Wallahu a'lam - Ukur baju di badan sendiri bukan diukur mengikut nafsu nafsi. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

Ust Kay, [02.02.15 14:20]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.373) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Isnin, 12 Rabiulakhir 1436H. TOLAK ANSUR @ DITOLAK BERANSUR-ANSUR?

Bila menghirup kopi yang pekat,
Akan terasa serdaknya juga,
Bila kita hidup bermasyarakat,
Bertolak ansurlah sesama kita.

CERAH-CERAHKAN :
Menurut bahasa sifat ‘Tasammuh’ bermaksud bersikap toleransi atau bertimbang rasa, manakala menurut istilah ‘Tasammuh’ adalah sifat dan sikap bertimbang rasa, bertolak ansur atau saling menghargai antara sesama manusia, walaupun pendirian atau pendapatnya berbeza (bertentangan) dengan pendirian orang lain. Sifat tasammuh adalah satu sifat yang amat terpuji dan amat-amat dituntut dalam Islam.

Semua manusia tentu saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Oleh kerana itu antara satu manusia dengan manusia yang lainnya harus saling memperhatikan dan saling tolong-menolong dalam kebajikan dan dalam berbagai aspek kehidupan, sama ada dalam aspek sosial, ekonomi, budaya, kemasyarakatan dan aspek kehidupan lainnya.

Sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. (QS. Al-Maidah : 2)

Namun, tidak semua perkara boleh di’tasammuh’kan, khususnya dengan orang yang 'belum Islam'. Toleransi kepada mereka hanya dibenarkan dalam bidang muamalah dan aspek kemanusiaan sahaja seperti jual beli, konsep kejiranan, tolong-menolong dan seumpamanya. Tidak ada toleransi dalam aspek Aqidah dan Ibadah, tidaklah dibenarkan jika seorang muslim ikut merayakan hari Natal, Thaipusam dan hari kebesaran agama mereka demi kepentingan toleransi.

Fungsi tasammuh dalam kehidupan bermasyarakat :
1. Mendorong manusia agar saling tolong-menolong kerana pada hakikatnya manusia sememangggnya tidak dapat hidup sendirian.
2. Menumbuhkan sifat jujur dalam masyarakat.
3. Menumbuhkan sifat hormat-menghormati.
4. Menjauhkan sifat sombong dalam diri.
5. Mempererat persatuan dan kesatuan sesama umat manusia.
6. Menjaga norma-norma agama, sosial dan adat budaya.

Manusia wajib menjalinkan hubungan yang baik dengan lingkungan sekitarnya dan bersikap saling menghormati dan saling mengasihi sesamanya. Setiap manusia dikurniakan hak-hak asasi yang harus dihormati oleh orang lain sehinga toleransi berfungsi sebagai pengikat persatuan dan kerukunan. Firman Alah SWT :

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً

"Dan demikianlah kami jadikan kamu sekalian (umat Islam) umat pertengahan (adil dan pilihan) agar kamu menjadi saksi (ukuran penilaian) atas (sikap dan perbuatan) manusia umumnya dan supaya Allah SWT menjadi saksi (ukuran penilaian) atas (sikap dan perbuatan) kamu sekalian." (QS al-Baqarah : 143)

Antara perilaku yang mencerminkan sikap tasammuh ialah :
1- Menghormati pelaksanaan ibadah penganut agama lain.
2- Tidak mencela atau memaki tuhan sembahan penganut agama lain.
3- Saling membantu dalam bidang kemasyarakatan.
4- Berlapang dada dalam menerima setiap perbezaan pendapat (ikhtilaf) dan tidak memaksakan kehendaknya sendiri.
5- Selalu menjaga ketenangan dan ketenteraman hidup masyarakat.
6. Menerima persamaan darjat, persamaan hak dan persamaan kewajiban antara sesama manusia.
7. Mengembangkan sikap bantu-membantu untuk memudahkan kerja antara satu sama lain. Nabi SAW pernah bersabda :
"Barang siapa yang melapangkan kehidupan dunia orang mukim, maka Allah akan melapangkan kehidupan orang itu di hari kiamat. Dan barang siapa yang meringankan kesusahan orang yang dalam kesusahan, Allah akan menghilangkan kesusahan orang itu di dunia dan akhirat." (HR : Muslim)

CHECKLIST :
1) Tasammuh adalah sifat dan sikap bertimbang rasa, bertolak ansur atau saling menghargai antara sesama manusia.
2) Tidak ada toleransi dalam aspek aqidah dan ibadah kepada orang yang 'belum Islam'.
3) Setiap manusia dikurniakan hak-hak asasi yang harus dihormati oleh orang lain sehinga toleransi berfungsi sebagai pengikatnya.

Ust Kay, [02.02.15 14:20]
SIMPUL-SIMPULKAN :
Sikap toleransi atau bertolak ansur memang dituntut dalam Islam tetapi tetap ada batas-batasnya. Jangan terlalu bertolak ansur terutamanya kepada orang kafir sehingga kita tidak berani bertegas kepada mereka. Segala kemahuannya kita penuhi, segala permintaannya kita tunaikan, segala kelancangannya kita abaikan, sehingga kita dilihat terlalu lemah di mata mereka hanya kerana hendak 'undi' dari mereka.
Walahu a'lam - Jangan sampai kita yang akan ditolak beransur-ansur oleh mereka, sehingga kita terhimpit dan terpinggir di negara kita sendiri. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA DI SELURUH NEGARA ATAU SECARA ONLINE DI : karyabestari.karangkraf.com


Wallahu a'lam - Sampai sekarang Ust. Kay suka basuh tandas sambil... Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

DAPATKAN SEGERA BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) TERBITAN KARYA BESTARI KARANGKRAF DI KEDAI-KEDAI BUKU TERNAMA BERHAMPIRAN ANDA DI SELURUH NEGARA ATAU SECARA ONLINE DI : karyabestari.karangkraf.com

Ust Kay, [04.02.15 16:22]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.375) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Rabu, 14 Rabiulakhir 1436H. ISLAMIC LIBERALISME

Remaja kita berbudaya Barat,
Muda-muda lagi dah buat onar,
Agar sejahtera dunia dan akhirat,
Kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Alhamdulilah, kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana telah menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang sentiasa berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak sekian lama. Namun tetap tidak terlepas dari ancaman-ancaman penyelewengan akidah dan pemikiran sesat yang dibawa oleh musuh-musuh Islam yang bertujuan untuk menyesatkan dan memecah-belahkan umat Islam serta mencemarkan kesucian dan keharmonian Agama Islam.

CERAH-CERAHKAN :
Islam liberal adalah salah satu bentuk pemikiran yang berasal dari Barat. Ia bertujuan untuk meruntuhkan sendi-sendi kefahaman agama Islam. Ancaman yang pada hakikatnya lebih berbahaya dari dakyah Kristian, Hindu atau mana-mana agama yang lain kerana ia datang dari kalangan umat Islam sendiri. Ancaman yang kita maksudkan ialah kemunculan pemikiran muktazilah moden atau neo-muktazilah yang dikenali dengan Islam liberal.

Mereka yang berfahaman Islam liberal ini antara kesesatan mereka ialah :
1- Menganggap kitab suci Al-Quran hanya sebagai buku rujukan sejarah yang perlu dikritik, baik dari sudut kesahihan ayat-ayatnya dan juga pentafsirannya.
2- Hukum-hakam yang dihasilkan oleh agama Islam atau fuqaha, seperti Abu Hanifah, Malik bin Anas, Imam Syafie dan lain-lain dianggap sudah ketinggalan zaman.
3- Mereka tidak mempercayai hadis-hadis Rasulullah SAW kerana mereka menganggap bahawa hadis-hadis Nabi itu bercampur-baur dengan hadis-hadis yang telah dipalsukan.
4- Terbina di atas kebebasan individu (dari cengkaman agama) dan perasaan syak atau ragu terhadap agama.
5- Tidak ada di dalam ajaran agama suatu yang dianggap kudus dan suci yang tidak boleh dikritik atau dipertikai.
6- Meletakkan akal lebih tinggi dari wahyu. Kerana itu mereka layak digelar muktazilah moden atau neo-muktazilah.
7- Penerimaan terhadap wahyu hendaklah berasaskan kepada penilaian akal dan rasional. Tidak ada yang Qat’iyyat atau Musallamat iaitu ajaran agama yang mesti diterima kebenarannya tanpa merujuk kepada akal terlebih dahulu.
8- Semua ajaran dalam agama bagi mereka adalah Dzanniyat (tidak pasti) dan Muhtamalat (mengandung pelbagai kemungkinan).
9- Semua agama didunia ini adalah sama dan semuanya adalah benar.
10-Setiap orang adalah bebas untuk memilih agama yang disukainya dan boleh bertukar agama bila-bila masa, kerana ia adalah hak asasi manusia. Kefahaman sesat ini mereka labelkan sebagai "Pluralisme Agama". Perkara ini jelas bercanggah dengan firman Allah SWT dalam Al-Quran :

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِين

"Dan sesiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah akan diterima itu daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (QS Ali-Imran : 85)

Lebih bahaya, golongan Islam Liberal ini tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung disebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula as-Sunnah dan menapis semula hukum-hakam Syari’at dan Fiqh. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama, termasuklah dalam hal-hal yang telah menjadi Ijmak ulamak, tafsiran dari Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama-ulama mujtahid.

Bagi mereka, agama hendaklah ditundukkan kepada waqi’ (realiti) semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas Syara' secara qat’ie (putus). Jika terdapat hukum yang difikirkan tidak menepati zaman dan kemodenan maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Kefahaman ini sangat dikhuatiri boleh meracuni minda generasi muda yang mudah terpengaruh kepada perkara-perkara baru yang memesongkan akidah dan dari ajaran Islam yang sebenar.

Dengan bercakap atas

Ust Kay, [04.02.15 16:22]
nama mereka sebagai seorang muslim dan di atas platfom pertubuhan yang memakai nama Islam (seperti S***** In Islam dan sebagainya), golongan Islam liberal sememangnya lebih berbahaya dari pendakyah-pendakyah agama lain kerana suara mereka lebih mudah didengari oleh kaum muslimin. Mereka ibarat duri dalam daging atau musang berbulu ayam bagi umat Islam

Golongan ini juga menyalahgunakan konsep "Ijtihad" dalam Islam, dengan membuka pintu ijtihad seluas-luasnya dan sebebas-bebasnya. Sudah tentu ia memberi peluang kepada orang-orang jahil melakukan ijtihad sendiri untuk menghasilkan pemikiran-pemikiran songsang yang bercanggah dengan ajaran agama Islam sebenar.

Aliran liberalisme lahir di Barat adalah lanjutan daripada zaman Renaissance (kebangkitan) yang berlaku di Eropah. Ia adalah hasil daripada tindak balas kaum intelek Eropah terhadap penindasan gereja terhadap ilmu/sains dan juga teori-teori palsu ciptaan cendekiawan Yahudi untuk memusnahkan agama Kristian. Aliran pemikiran ini bertujuan untuk meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu, seperti :

1. Kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan paling sedikit.
2. Ia mempunyai gagasan-gagasan pemikiran seperti berikut;
 a) Individu lebih penting dari masyarakat.
 b) Masyarakat wujud untuk individu.
 c) Individu bebas dari ikatan agama.

Gerakan liberalisme dari sudut agama dipelopori oleh Martin Luther (1483-1546M) seorang tokoh Protestan disebabkan oleh penindasan dan keganasan gereja Katholik sebelum zaman Renaissance. Gerakan ini membebaskan penganut agama Kristian daripada kuasa gereja dari segi rohaniah ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama Protestan pada abad ke 16M. Antara prinsip penting bagi mazhab Protestan ialah; “Menjadi hak individu Kristian untuk membaca kitab suci dan mentafsirnya sendiri tanpa terikat dengan tafsiran paderi-paderi”.

CHECKLIST :
1) Islam liberal adalah salah satu bentuk pemikiran yang berasal dari Barat.
2) Golongan Islam liberal lebih berbahaya dari pendakyah-pendakyah agama lain.
3) Aliran pemikiran ini bertujuan untuk meningkatkan kebebasan kepada individu.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sesungguhnya Islam Liberal yang mendakwa kefahaman agama baru yang sesuai dengan kemajuan hari ini adalah sesat dan menyesatkan. Islam liberal sama sekali bercanggah dengan nilai dan ajaran agama Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.
Wallahu a'lam - "I Want To Touch A dog", boleh bersalam dengan orang bukan muhrim yang berlawanan jantina tanpa berlapik, "I'am Muslim Love Hindus" etc adalah mungkin bunga-bunganya... Hati-hati ! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

[RUANG IKLAN UNTUK DITEMPAH] DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S DI GERAI KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SEMPENA KARNIVAL BUKU SELANGOR DI SACC SHAH ALAM. BERMULA PADA 29/1 - 8/2/2015.


 Ust Kay, [05.02.15 15:50]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.376) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Khamis, 15 Rabiulakhir 1436H. GEBANG SAMPAI TUMBANG !

Rewang-rewang masak pulut,
Dibuat lemper enak sekali,
Bersembang-sembang pakai mulut,
Jangan sampai sakitkan hati.

Berbicara dengan orang perseorangan atau dalam grup, kumpulan orang awam sama ada secara langsung atau melalui media cetak, media elektronik atau media sosial serta lain-lainnya, perlu mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. Kerana setiap perbicaraan yang keluar daripada mulut seseorang akan menunjukkan apa yang ada dalam kepalanya (fikiran dan perangainya).

Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya." (HR : At-Tirmidzi)

CERAH-CERAHKAN :
Abdullah Ibnu Abbas r.a. mengatakan ; "Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam :
1. Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.
2. Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.
3. Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.
4. Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.
5. Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan." (Ibnu Abi Dunya).

Kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan Allah.

Sebenarnya, tuturkata yang dikeluarkan oleh seseorang dapat mengukur sejauhmana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. bercakap benar, sopan santun, lembut dan lunak supaya sedap didengar dan elakkan daripada mengeluarkan kata-kata kotor. Tak kiralah yang berbicara itu ustaz ke, tuan haji ke, habib ke, syeikh ke, admin grup ke, yang buruk tetap buruk.

Memang kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tentang apa sahaja sama ada dalam percakapan, penulisan ataupun perdebatan. Walaubagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan sebagainya walaupun kita di pihak yang benar. Apatah lagi sehingga menyinggung perasaan orang lain sesama saudara Islam.

Maaf sekiranya Ust. Kay perkatakan, apa yang berlaku dalam media sosial sekarang ini, dalam kerancakan perbahasan dan perbualan kerap kali berlaku pertembungan yang rasanya tak perlu dan boleh dielakkan. Sekiranya masing-masing berniat untuk mencari kebenaran dan bukannya kemenangan. Mengakui kalah kerana salah itu juga sebenarnya merupakan satu kemenangan. Dapat tundukkan nafsu ego diri.

Rasulullah SAW bersabda ; “Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), lemah lembut serta mudah dibawa berunding.” (HR : Tirmid

Ust Kay, [05.02.15 15:50]
zi)

Nabi Muhammad SAW seorang yg mempunyai kemahiran PR (Public Releationship) yang terbaik. Baginda sangat mudah mendekati dan didekati. Ada sesetengah daripada kita tak pandai mendekati dan tak suka pula didekati. Antara ciri-ciri mukmin yang baik ialah baik dalam pergaulannya. Ia jinak dan menjinakkan, mesra dan memesrakan, dia gembira dan menggembirakan orang lain dan dia bahagia serta membahagiakan orang lain.

CHECKLIST :
1) Menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah.
2) Seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya.
3) Antara ciri-ciri mukmin yang baik ialah baik dalam pergaulannya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Bijak bestari zaman dulu pernah berpesan : "Berfikir itu pelita hati." Pepatah Melayu pula mengatakan : "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa." Pepatah zaman sekarang : "Kerana Instagram berterabur gigi geraham." "Kerana Facebook makan penumbuuk."
Wallahu a'lam - Nak tahu seseorang itu calon ahli syurga atau calon ahli neraka, dengar apa yang keluar dari mulutnya. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SEMPENA KARNIVAL BUKU SELANGOR DI SACC SHAH ALAM. BERMULA PADA 29/1 - 8/2/2015. SEBELUM TERLAJAR HABIS !
Ust Kay, [06.02.15 15:40]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.377) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Jumaat, 16 Rabiulakhir 1436H. TIME MACHINE !

Tak tahu berenang boleh lemas,
Walaupun air hanya di kali, (perigi)
Masa berharga lebih daripada emas,
Kerana ia tidak dapat dijual beli.

Banyak buku-buku, artikel, kursus dan sebagainya menerangkan cara-cara menguruskan masa, teknik-teknik, cara menjadual dan sebagainya. Allah SWT telah bersumpah bahawa demi masa, semua manusia dalam kerugian kecuali golongan yang dikehendaki-Nya. Maksudnya, tidak kira walau 1000 buku mahupun 1000 kursus dan seminar sekalipun kita belajar mengurus masa, belum tentu kita akan terselamat dari kerugian ini.

CERAH-CERAHKAN :
Pengertian masa di segi bahasa ialah waktu, zaman, saat, ketika dan detik, sementara dari istilah pula masa bermakna waktu atau zaman yang dilalui makhluk dalam kehidupan. Ulama' membahagikan masa kepada lima :

1. Masa yang hanya diketahui oleh Allah yang Maha Agung (Pencipta Masa). Firman SWT : "Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?)." Mereka menjawab: "Kita berada sehari atau setengah hari." Berkata (yang lain): "Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lama kamu berada (di sini)" (QS Al-Kahfi: 19)

2. Masa depan (Perkara akan datang, termasuk kejadian di akhirat). Menjelaskan perkara akan datang, seperti Abu Lahab yang pasti masuk neraka dan orang lalai juga ke neraka dan bagi orang yang bertakwa akan ke syurga.

3. Masa lampau (Zaman dahulu atau zaman silam ataupun sejarah). Menerangkan mengenai kisah-kisah terdahulu bagaimana kaum yang ingkar yang telah diazab di dunia dan akan diazab lagi di akhirat kelak sebagai pengajaran kepada umat akan datang.

4. Masa dunia (Perkiraan tahun, waktu dan sebagainya). Ketetapan Allah yang menciptakan satu tahun bersamaan 12 bulan dan hikmahnya manusia diberi pengetahuan untuk mengukur masa.

5. Masa kini atau masa yang sedang dilalui oleh manusia (Zaman ini atau zaman umat Nabi Muhammad SAW).

Sebab itulah dikatakan hidup di dunia ini adalah tempat untuk beribadat, bekerja dan menuntut ilmu. Cuti dan rehatnya hanyalah bila sudah berada di akhirat nanti :
1. Dunia ini tempat sementara sahaja sebenarnya yang kekal akhirat jua.
2. Dunia ini tempat bercucuk tanam dan tempat menuai hasilnya adalah di akhirat.
3. Dunia penuh dengan kesusahan dan tipu daya, akhirat tempat aman bahagia.
4. Dunia adalah penjara dan kehambaan dan akhirat adalah kemerdekaan dan kebebasan.
5. Dunia nilainya tidak setimbang sebelah sayap nyamukpun, akhirat jua tidak terbilang nilainya dan kekal abadi.
6. Dunia bagaikan tempat persinggahan musafir yang sedang berkelana.

Contoh, dalam perlawanan bola sepak yang terpaksa bertarung selama 90 minit dan hanya diberi rehat selama 15 minit. Masa rehat ini hanyalah untuk minum, basuh muka dan mengendurkan semula otot-otot yang telah tegang. Bukan untuk pergi shopping dan berfoya-foya dan kemudian meneruskan pertarungan untuk mempastikan kejuaraan.

Andaikata masa rehat yang diberi 15 minit kita keluar membeli belah atau sempat tidur dan sebagainya, lalai dengan masa yang diberi maka jawabnya kita akan pulang dengan kegagalan.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berpesan : “Barang siapa yang masanya digunakan untuk Allah dan dengan Allah, bererti masa itu menjadi kehidupan dan umurnya yang sebenar. Jika digunakan untuk selain itu, maka masanya itu tidak dihitung sebagai sebahagian dari kehidupannya, ia hidup seperti haiwan. Juga ketika ia menggunakan masanya dalam kelalaian, kelupaan dan dalam angan-angan kosong. Perkara mensia-siakan waktu yang paling baik adalah dengan tidur dan tidak bekerja. Maka kematian orang ini lebih baik baginya dari kehidupannya.”

Ibn ‘Uqail Al-Hambali berkata, “Tidak halal bagiku untuk mensia-siakan sesaat saja dari umurku, sehingga apabila lisanku telah lelah membaca dan berdiskusi, mataku lelah membaca, maka aku menggunakan fikiranku dalam keadaan beristirehat (berbarin

Ust Kay, [06.02.15 15:40]
g diatas tempat tidur). Aku tidak berdiri, kecuali telah terlintas di benakku apa yang akan aku tulis. Dan aku mendapati kesungguhanku belajar.

Amir bin Abdul Qais melewati orang-orang pemalas dan menganggur. Mereka duduk berbincang bincang tanpa arah. Mereka berkata kepada Amir, “Kemarilah! Duduklah bersama kami” Amir menjawab,” Tahanlah matahari agar ia tidak bergerak, baru saya akan menyertai perbincangan kalian.”

Hari ini kita pula sangat mudah untuk membuang masa, tanpa rasa bersalah pula tu. Pegang smartphone, online media sosial sama ada berwhatsapp atau bertelegram. Sangat rasa rugi kalau tak dapat online dengan manusia. Kononnya banyak benda baik yang boleh dibaca dan dikongsi bersama, sekurang-kurang 2-3 jam telah terlepas waktu kita dari membaca Al-Quran, yang pastinya 'online' terus dengan Allah SWT dan lebih menguntungkan.

CHECKLIST :
1) Masa bermakna waktu atau zaman yang dilalui makhluk dalam kehidupan.
2) Hidup di dunia ini adalah tempat untuk beribadat, bekerja dan menuntut ilmu.
3) Barang siapa yang masanya digunakan untuk Allah dan dengan Allah, bererti masa itu menjadi kehidupan dan umurnya yang sebenar.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Masa adalah milik Allah secara mutlak. Masa itu mempunyai dimensinya sendiri dari tempoh atau ukuran tertentu hingga ke tempoh atau ukuran tertentu. Masa juga boleh berubah-ubah dimensi dan kelajuannya mengikut kehendak Allah Yang Maha Penentu. Walaupun begitu, manusia hanya diberi pengetahuan dan keupayaan dalam mengukur dan menguruskan masa sahaja oleh Allah, tetapi sama sekali tidak diberi kawalan ke atas masa itu.
Wallahu a'lam - Hargailah masa, kerana masa itu bukan seperti ‘remote control’ yang boleh untuk kita ‘rewind-forward’ bila-bila masa. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI BOOTH KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SEMPENA KARNIVAL BUKU SELANGOR DI SACC SHAH ALAM. BERMULA PADA 29/1 - 8/2/2015. JOM PERGI !



Ust Kay, [03.02.15 11:06]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.374) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Selasa, 13 Rabiulakhir 1436H. APA YANG PENTING ? KERJASAMA...

Kelaut memancing ikan Gelama,
Bot sarat penuh dengan ikan,
Hidup saling bekerjasama,
Kerja yang berat menjadi ringan.

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Seorang mukmin dengan mukmin lainnya seperti satu bangunan yang tersusun rapi, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. Dan baginda pun mengisyaratkan dengan merekatkan jari-jemarinya." (HR : Al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari).

CERAH-CERAHKAN :
Allah SWT memerintahkan kita untuk berta’awun (bekerja sama) di dalam kebajikan dan ketakwaan, dan melarang dari berta’awun di dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Sebagaimana firman-Nya : "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan (lakukan) tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran..." (QS Al-Maidah : 2)

Islam memberikan panduan pada diri kita agar membangunkan tradisi ta'awun dalam bingkai prinsip syari’ah. Hanya saja, hingga kini konsep yang ditawarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah masih menjadi wacana akademik sahaja yang belum membumi dalam realiti kehidupan umat Islam.

Sebenarnya ruh ta’awun dapat diterjemahkan melalui lapan cabangnya iaitu :
1- Ta’awun di dalam kebajikan dan ketakwaan, yang mencakup kebajikan (Al-Birr) dalam bingkai ketaatan sepenuh hati (At-Taqwa) yang akan membawa kebaikan kepada masyarakat muslim dan keselamatan dari sebarang keburukan.
2- Ta’awun dalam bentuk wala’ (ketaatan) antara sesama muslim. Setiap muslim harus menyedari bahawa dirinya adalah sebahagian dari muslim yang lain. Kerana rasa keterikatan antara sesama muslim merupakan konsekuensi kebersamaan keislaman mereka.
3- Ta’awun yang berorientasikan penguatan sendi-sendi kehidupan bermasyarakat degan saling lindung-melindungi.
4- Ta’awun dalam upaya ittihad (persatuan). Seseorang muslim haruslah memiliki rasa solidariti terhadap saudaranya yang lain walau di mana juapun mereka berada.
5- Ta’awun dalam bentuk tawasi (saling berwasiat) di dalam kebenaran dan kesabaran. Saling berwasiat di dalam konteks amar ma’ruf nahi munkar.
6- Ta'awun dalam menghilangkan kesusahan kaum Muslimin, menutup aib mereka, mempermudah urusan mereka, menolong mereka dari orang yang berbuat aniaya, mencerdaskan mereka, mengingatkan orang yang lalai di antara mereka, memandu orang yang tersesat di kalangan mereka, menghibur yang sedang berduka cita, meringankan mereka yang tertimpa musibah, dan menolong mereka dalam segala hal yang baik.
7- Tidak berta’awun pada sesuatu yang berpotensi akan menimbulkan perpecahan. Kerana perpecahan pada dasarnya telah menghilangkan esensi ta’awun (kerjasama). Perpecahan merupakan syi‘ar (semboyan) kaum musyrikin, bukan syi‘ar kaum muwahhidin (orang yang bertauhid).
8- Tidak berta'wun dengan bersyarat. Iaitu dengan mengintroduksi rasa permusuhan dan kebencian di antara umat Islam atas nama Islam. Mensyaratkan interaksi dengan asas hizbiyyah (kepartian) sahaja. Ta'awun mereka hanyalah untuk hizb (parti) dan tanzim (organisasi), tidak untuk Islam dalam erti yang sebenarnya. Mereka lebih mendahulukan ukhuwwah hizbiyyah (persaudaraan kepartian) daripada ukhuwah imaniyah (persaudaraan keimanan). Bantuan terpilih dan pilih kasih yang menyokong mereka sahaja.

Abu Sulaiman ad-Darran berkata: "Andaikata seluruh isi dunia ini kepunyaanku lalu aku berikan atau ku letakkannya ke dalam mulut salah seorang dari sahabat-sahabatku, maka aku masih merasakan terlalu sedikit." Ini menunjukkan betapa besarnya hikmat persaudaraan dalam ertikata yang sebenar untuk dalam membentuk kerjasama yang erat di antara umat Islam. Firman Allah SWT :

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula m

Ust Kay, [03.02.15 11:06]
endermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya." (QS Ash-Shura : 38)

Maimun bin Mahran pernah berkata : "Barang siapa yang suka berkawan tapi tidak suka melebihi kawan maka lebih baik ia berkawan dengan ahli kubur."

CHECKLIST :
1) Islam memberikan panduan pada diri kita agar membangunkan tradisi ta'awun dalam bingkai prinsip syari’ah.
2) Termasuk meringankan mereka yang tertimpa musibah dan menolong mereka dalam segala hal yang baik.
3) Tidak berta’awun pada sesuatu yang berpotensi akan menimbulkan perpecahan.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Ta'awun (saling tolong-menolong), Tanasur (saling mendukung) dan Tarahum (saling berkasih sayang) adalah merupakan buah dari ukhuwah. Kerana apalah ertinya berukhuwah jika kamu tidak membantu saudaramu ketika mereka memerlukan dan menolongnya ketika mereka ditimpa ujian, serta belas kasihan kepada mereka ketika mereka lemah dan tertindas.
Wallahu a'lam - Ta'awun, Takaful, Tasamuh, Tanasur dan Tarahum. Jangan 'Taktau' atau 'Takambiltau' sudah. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

Sumbangan masih sangat diperlukan untuk Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran Ust. Kay : Pembelian Jam Waktu Solat, Menaiktaraf anjung pondok dengan lantai jubin dan pembinaan Wakaf rehat warga pondok :
AKAUN ATAS NAMA : KAMIL BIN SIDEK
MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
BANK RAKYAT : 220851161506
Ust Kay, [07.02.15 20:53]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.378) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Sabtu, 17 Rabiulakhir 1436H. 3D !

Pemuda-pemudi rosak kerana candu,
Elok ditangkap hantar ke pemulihan,
Tiga demensi hubungan terpandu,
Baru lengkap asas hubungan.

Hablum minallah itu dapat dimaksudkan iaitu hubungan dengan Allah seperti pengibadatan, kepergantungan dan harapan kita pada-Nya yang berterusan, hablum minannas adalah hubungan manusia sesama manusia seperti bab muamalat, munakahat dan sebagainya dan hamblum minal alam pula ialah interaksi kita dengan alam di sekeliling yang dipandu semata-mata untuk meninggikan syariat Allah.

CERAH-CERAHKAN :
Setiap gerak dan usaha yang dilakukan untuk mencapai cita-cita dan tujuan tersebut perlu dilandasi dengan nilai-nilai keadilan (ta’addul), keseimbangan (tawazzun) dan toleransi (tasammuh) dalam maksud membuktikan Islam sebagai "Rahmatan lil Alamiin" melalui dimensi hubungan seperti berikut :

1. Hubungan Vertikal terhadap Tuhan (Hablum Minallah)
2. Hubungan Interaksi antara sesama manusia (Hablum Minannas)
3. Hubungan Horizontal terhadap alam sekitar (Hablum Minal Alam)

Ust. Kay akan lebih fokus kepada Hablum minnas kerana mudah ditanggapi oleh pancaindera manusia. Berbeza dengan Hablum minallah dan hablum minal alam yang kadangkala tidak dapat diketahui oleh manusia lainnya apa yang dilakukannya dengan Allah dan alam sekelilingnya.

Allah SWT telah memberikan panduan agar hubungan dengan sesama manusia dapat terjalin dengan harmonis, iaitu dengan :
1- Budayakan Tabayun, iaitu memastikan kebenaran suatu berita yang sampai ke telinga kita terlebih dahulu.
2- Budayakan Islah, iaitu memperbetul, meluruskan yang tidak lurus, mendamaikan yang tidak damai, medamaikan yang tidak damai dan sebagainya.
3- Hindarkan Budaya Taskhirriyyah dan Sifat-sifat Mazmumah, seperti meremeh atau memperolok-olokkan orang lain,
suka menghina, su'uz zon (buruk sangka) dan suka mencari kesalahan orang lain. Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerrana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim." (QS. Al-Hujurat : 11)

Selain contoh perilaku yang telah disebutkan di atas, hubungan manusia sesama manusia haruslah dilandasi dengan prinsip-prinsip keadilan, saling menghargai dan yang saling menguntungkan. Hablum minannas juga membawa maksud untuk berlumba-lumba menjadi manusia yang paling bermanfaat untuk orang lain dan bukan sebaliknya.

Rasulullah SAW menegaskan tentang keutamaan orang mukmin yang mempunyai akhlak yang mulia dalam sabda baginda SAW seperti berikut : “Sesungguhnya orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR : Bukhari)

CHECKLIST :
1) Islam sebagai "Rahmatan lil Alamiin" melalui dimensi hubungan Hablum minallah, Hablum minannas dan Hablum minal alam.
2) Perlu dilandasi dengan nilai-nilai keadilan (ta’addul), keseimbangan (tawazzun) dan toleransi (tasammuh)
3) Orang yang terbaik dari kalangan sesama manusia adalah yang paling baik akhlaknya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sekiranya kita ada masalah hubungan kita dengan manusia, check hubungan kita dengan Al

Ust Kay, [07.02.15 20:53]
lah. Sekiranya kita ada masalah hubungan dengan alam sekitar seperti tiada sensitiviti soal penjagaan alam sekitar, check hubungan kita dengan Allah. Kerana sekiranya hubungan kita bermasalah dengan Allah hubungan kita dengan sesama manusia dan alam sekitar juga pasti akan bermasalah juga.
Wallahu a'lam - Hablum minallah selesai yang lain, bereh boh ! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI BOOTH KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SEMPENA PESTA BUKU SELANGOR DI SACC SHAH ALAM. HARI TERAKHIR ESOK DENGAN DISKAUN 15% !

Ust Kay, [08.02.15 10:32]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.379) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Ahad, 18 Rabiulakhir 1436H. MEMAAFKAN UNTUK DIMAAFKAN !

Memborong gula berguni-guni,
Untuk simpanan di Hari Raya,
Meminta maaf amalan murni,
Memberinya pula amalan mulia.

Memaafkan itu seumpama membuang galas beban batu yang besar di dalam diri kita. Memaafkan seperti berjaya membuang racun yang merebak dalam jiwa. Memaafkan merupakan penawar jiwa yang amat mujarab hikmahnya. Sesungguhnya memaafkan seseorang memang adalah detik yang terindah dalam diri kita walaupun seandainya orang itu tidak memintanya.

CERAH-CERAHKAN :
"Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (QS. An Nisa’ : 149)

Suatu ketika Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabatnya :

أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَكْرَمِ أَخْلاَقِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ؟ تَعْفُو عَمَّنْ ظَلَمَكَ وَتُعْطِى مَنْ حَرَمَكَ وَتَصِلُ مَنْ قَطَعَكَ

“Mahukah kalian aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan diakhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu.” (HR. Baihaqi)

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia mudah dikuasai nafsu dan fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara yang dirasakannya wajar untuk bertindak balas sehingga membunuh nilai akhlak yang mulia.

Cuba bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi? Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk fizikal atau lisan sekurang-kurangnya. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Pastinya banyak hikmah yang terdapat dari sifat pemaaf ini :
1- Dapat menyelesaikan perselisihan atau perseteruan.
2- Dapat menghilangkan rasa benci, dengki dan dendam.
3- Dapat menyambung silaturrahim yang telah putus.
4- Dapat memperkukuh ukhuwah Islamiyah (persatuan dan kesatuan umat).
5- Pemaaf itu dapat menghilangkan rasa permusuhan dan memperbanyak
teman.
6- Melahirkan sifat tawadu’, menghilangkan sifat sombong dan angkuh.
7- Dapat menghapus dosa dan memudahkan jalan ke syurga.
8- Menjadikan hati tenang tenteram.
9- Sifat pemaaf itu akan melahirkan pemaaf orang lain juga.
10- Sifat pemaaf itu merupakan sebahagian strategi dakwah yang sangat berkesan.

Memaafkan ketika kita mampu membalasnya itu lebih besar pahala daripada memberi maaf di saat memang kita tiada upaya. Allah berfirman dalam Hadits Qudsi : Nabi Musa telah bertanya kepada Allah SWT : "Wahai Tuhanku, siapakah di antara hamba-Mu yg lebih mulia menurut pandangan-Mu?" Allah berfirman : "Ialah orang yg apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan." (HR : Kharaithi dari Abu Hurairah)

“Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (HR : Bukhari).

CHECKLIST :
1) Salah satu sifat mahmudah adalah sifat pemaaf dan lawan daripada sifat ini adalah sifat pemarah dan pendendam.
2) Sesungguhnya memaafkan seseorang memang adalah detik yang terindah.
3) Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia mudah dikuasai hawa nafsu.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Macamana ALLAH nak maafkan kita sedangkan KITA tak nak maafkan orang. Memberilah jika hendak menerima. Semoga kita dapat mendidik diri menjadi seorang yang lebih pemaaf selepas ini. Wallahu a'lam - Maaffkan Ust. Kay ye! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI BOOTH KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SEMPENA PESTA BUKU SELANGOR DI SACC SHAH ALAM. HARI INI LASTDAY DENGAN DISKAUN LEBIH 15% !

Ust Kay, [10.02.15 12:10]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.381) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Selasa, 20 Rabiulakhir 1436H. MUSLIM PRODUCT'S FIRST, KAFIR PRODUCT'S SECOND !

Pergi seberang ke Kota Jogjakarta,
Dengan Farah Quin menaiki bas,
Belilah barang buatan orang kita,
Lebih yakin dan tanpa was-was.

Ust. Kay sangat menyokong usaha-usaha bagi meningkatkan jihad ekonomi umat Islam dan menggalakkan muamalat mengikut lunas-lunas syarak. Ini tidaklah bermakna kita ini racist atau perkauman ('asabiyyah) tetapi adalah menjadi fiqh awlawiyat (fiqh memilih keutamaan) untuk kepentingan Akidah, Ibadah dan Akhlak umat Islam. Tidak semestinya produk orang Melayu, biarpun produk buatan Mualaf China atau India Muslim sekalipun wajib kita menyokongnya. Ia bukan sikap perkauman yang sempit.

CERAH-CERAHKAN :
“Sesungguhnya Nabi SAW memerangi `asabiyyah`(perkauman) yang disebabkan keturunan semata-mata, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun, Baginda menganggap kaum Al-Asy`ariyyin sebahagian daripada Baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama, iaitu saling menjamin dan bantu-membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan.” (Syeikh Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam)

Tolong-menolong sesama puak yang susah atau terdesak diizinkan dan dipuji oleh Rasulullah SAW. Apatah lagi menolong sesama muslim dalam keadaan Islam dimusuhi dan ditindas. Bahkan tolong-menolong, bantu-membantu dan saling menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf adalah tuntutan ukhuwwah Islamiyyah. Sabda Rasulullah SAW : "Bandingan seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan. Saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.’’ (HR : al-Bukhari dan Muslim)

Masih ramai umat Islam tidak sedar akan tanggungjawab dan kepentingan membeli produk keluaran Muslim dan menyokong perniagaan Muslim. Akibat kurangnya semangat persaudaraan dan kasih sayang sesama Muslim, ramai yang tidak peka mengenai hal ini dan tidak peduli akan tanggungjawab mereka ini. Hasilnya banyak produk Muslim tersusun rapi di rak pasaraya tetapi malangnya sudah hampir melepasi tarikh luput kerana tak laku. Sedangkan kuasa membeli ada ditangan umat Islam yang merupakan majoriti di negara ini.

Ini dapat dilihat hasil kajian yang di buat oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) peratus umat Islam di Malaysia adalah sebanyak 60% manakala penguasaannya dalam bidang ekonomi sebanyak 20%. Kesimpulan hasil kajian ini adalah amat menyedihkan sedang penduduk masyarakat bukan Islam adalah sebanyak 40%, namun begitu, mereka telah menguasai bidang ekonomi sebanyak 80%.

Fenomena ini berlaku disebabkan kelemahan muslimin dari segi akidahnya. Kata Syed Muhammad Qutb : "Berpunca daripada kemunduran akidah, timbul segala kemunduran lain yang menimpa dunia Islam. Kemunduran ilmu, ketamadunan, ekonomi, peperangan, pemikiran dan kebudayaan.” (Syed Muhammad Qutb, Waqi`una al-Mu`asir)

Oleh yang demikian, sama-samalah kita memperkasakan ekonomi ummah kita dengan membantu peniaga Muslim dalam mencapai objektifnya dalam menguasai pasaran global. Insya Allah, Tanpa bantuan kita, mereka tidak dapat merealisasikan tuntutan agama dalam menyampaikan produk-produk yang halal ke seluruh negara seterusnya ke seluruh dunia. Insya Allah. Ini adalah kerana peluang untuk kita menjayakan ekonomi ummah begitu luas sekarang ini, antaranya:

1. Kuasa membeli umat Islam hari ini begitu tinggi, cuma berlagak ! Rasa bangga bila makan di restauran-restauran antarabangsa milik Non-Muslim.
2. Sentimen kesedaran agama ekoran produk haram yang begitu berleluasa di pasaran sehingga membimbangkan para pembeli.
3. Ketegangan yang wujud di antara blok Barat dan umat Islam hari ini di peringkat global.
4. Setiap pembelian kita ke atas produk yang halal akan memberi manfaat semula kepada kita. Percayalah !
5. Kewajipan untuk membeli barangan yang di keluarkan oleh syarikat muslim, ia adalah satu Fardhu Kifayah dan jihad dalam ekonomi.

Antara alasan yang pernah Ust. Kay dengar dari segolongan Muslim yang memilih

Ust Kay, [10.02.15 12:10]
untuk tidak membeli produk Muslim atau di premis Muslim adalah seperti berikut :
1- Produk Muslim lebih mahal harganya berbanding produk lain. Jika 'Ya' sekalipun apa salahnya? Sekurang-kurangnya peniaga Muslim ini akan masukkan seringgit-dua ke tabung masjid pada hari Jumaat dan akan membayar zakat. Peniaga Kafir?
2- Produk Muslim kurang berkualiti. Memang ada tapi tak semua. Persoalannya adakah semua produk Non Muslim itu berkualiti? Halal satu hal lagi...
3- Perkhidmatan kurang cekap dan kurang mesra pelangan. Apa yang perlu kita lakukan adalah menasihati peniaga-peniaga Muslim yang menawarkan perkhidmatan yang buruk agar mereka sedar dan berubah. Bukan menghantamnya... Orang kita ini biasanya terlalu berkira dengan sesama Muslim tapi cukup lunak jika bersama 'mereka'. Sedarlah...!

"Seorang Muslim tidak dapat bersendiri dalam urusan dunia dan agamanya, ianya semesti memerlukan pertolongan dan bantuan saudara Muslim yang lain. Jika tidak, dia akan gagal menunaikan tanggungjawabnya dan akan cacatlah peraturan dunia dan akhiratnya serta akan termasuk dalam golongan yang binasa." (Mustafa al-Khin, Nuzhah al-Muttaqin).

Kesedaran ini pula, bukan hanya perlu ada pada golongan rakyat bawahan sahaja. Tetapi kepada semua golongan termasuklah golongan atasan. Di jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah contohnya, janganlah hanya mendapatkan 'supplier' dari syarikat-syarikat besar Non-Muslim. Bantulah peniaga-peniaga Muslim yang ada kemampuan untuk membekalkan perkara yang sama biarpun mahal sedikit. Sebab mereka baru nak 'Up', jujur dan lebih berkat ! Tak pandai nak 'supply' wang bawah-bawah meja...

Tulisan CCUK kali ini bukan menghalang atau mengharamkan untuk kita bermuamalah atau berjual-beli dengan peniaga Non-Muslim, cuma jadikan mereka PILIHAN TERAKHIR !. Sebenarnya, mereka tak perlulah respon negatif dengan gesaan seperti ini dari sesiapapun. Sama ada dari Menteri atau Ust. Kay ini, sebab mereka telah melakukan perkara yang sama terhadap kita sebelum merdeka lagi, orang kita saja yang tak sedar-sedar.

Ikhlas Ust. Kay nak bertanya : "Kenapa ada peniaga Non-Muslim yang boleh maju berniaga di kawasan majoriti orang Islam berpuluh-puluh tahun? Tetapi bolehkah kita buat perkara yang sama di penempatan majoriti orang mereka? Percayalah... tak sampai seminggu : "PERGI KE KEDAI MEMBELI KICAP, KEDAAAI TUTUUUP... HAHAHAHAHA !" (seperti dalam pantun budak-budak zaman sekarang)

CHECKLIST :
1) Membeli barangan saudara kita yang Muslim adalah ibadah.
2) Masih ramai yang tidak peka dan tidak peduli akan tanggungjawab mereka ini.
3) Mereka telah melakukan perkara yang sama terhadap kita sebelum merdeka lagi.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Para peniaga Muslim pula hendaklah amanah dan takut kepada Allah dalam apa yang diusahakan. Tingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan. Insya Allah umat Islam akan terus maju. Jadilah penguna dan peniaga yang soleh! Nabi SAW bersabda : “Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” (HR : At-Tirmizi)

Wallahu a'lam - Ust. Kay menyeru diri sendiri dan seluruh umat Islam marilah kita menyokong perniagaan umat Islam. Utamakan produk Muslim. Jika Muslim tidak menyokong perniagaan Muslim, siapa lagi yang hendak kita harapkan? Lepaskan geram betul Ust. Kay kali ini... Ceramah bab ni berbelas-belas tahun tapi masih tak faham-faham ! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

Sumbangan masih sangat diperlukan untuk Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran : Pembelian Jam Waktu Solat, Menaiktaraf anjung pondok dengan lantai jubin dan pembinaan Wakaf Rehat warga pondok :
MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [11.02.15 11:27]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.382) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Rabu, 21 Rabiulakhir 1436H. JUAL DIRI YANG ALLAH BELI !

Nasi lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih hamba lurutkan,
Biar jasad kita terpenjara,
Asalkan minda tetap pada kebenaran.

Maksud orang mukmin menjual dirinya kepada Allah ialah mereka telah menjadikan dirinya semata-mata milik Allah. Apa sahaja yang diperintahkan akan dilaksana sungguh-sungguh. Orang yang telah menjual dirinya kepada Allah tidak hanya bercakap untuk pemanis mulut. Tidak hanya mengerjakan amal soleh tetapi mencari redha Allah dan keikhlasan semata-mata kerana Allah. Allah menyebut bahawa dia membeli diri dan harta orang yang beriman .

CERAH-CERAHKAN :
Menjual diri kepada Allah tidak akan berhasil tanpa sanggup berkorban harta dan kalau perlu jiwanya juga sanggup dikorban kalau keadaan menghendaki berbuat demikian. Tuhan membeli semuanya itu dengan bayaran Syurga. Oleh kerana ia sangat yakin kepada Allah, bahawa balasannya menunggu di hari akhirat maka semua harta benda dunia tidak boleh mempengaruhinya. Orang yang menjual dirinya kepada Allah sanggup membuka mulutnya walau dihadapan penguasa yang zalim walaupun menghadapi risiko. Semakin banyak penderitaan kerana mencari redha Allah maka semakin dekatlah dirinya dengan Allah.

Bagi sebahgian orang penjara adalah tempat pemasungan, pengasingan juga tempat menikmati hidup dalam belenggu. Namun sebahagian yang lain menganggap penjara tak ubah seperti dunia bebas, dimana segala kemudahan dan kenikmatan hidup diperoleh secara percuma. Penjara bukan lagi merupakan ruang berjeriji yang membunuh sepi. Bukan tempat si bisu melagukan kehancuran hidupnya yang sunyi.

Penjara sebenarnya telah mengajarkan banyak hal kepada insan-insan pilihan di dunia ini. Nabi Yusuf bin Ya'kub di daulat menjadi Nabi ketika dipenjara Raja Mesir untuk menutupi aib isterinya. Dikurungnya baginda, Nabi Yusuf mendapat hikmah dan menjadi ahli takwil mimpi, yang dengannya ia berdakwah dan mengajak manusia menyembah Allah SWT.

Sejarah moden telah mencatat beberapa orang besar yang lahir di penjara. Tokoh terkemuka Ikhwanul Muslimin, Sayyid Al-Qutb mampu mencipta sejumlah karya besar ketika dipenjara selama bertahun-tahun oleh pemerintah autokratik Mesir, sebelum akhirnya dihukum mati di gantung. Salah satu master piece Sayyid Al-Qutb ialal Kitab Tafsir Fi Zilalil Quran sebahagian besar ditulisnya ketika di dalam tahanan, bukan ketika diluar.

Penjara bagi Al-Qutb adalah tempat menempa diri dan menabur benih. Penjara tidak mampu menaklukan jiwa mereka yang bebas dan merdeka. Ketika hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Mesir Gamal Abdel Naser memintag Qutb menulis permohonan ampun agar di bebaskan. Tapi beliau menjawab tegas, "Aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat dari kebatilan." Akhirnya, Allah SWT telah 'membeli jualannya' itu dengan pahala kesyahidan !

'Jual - beli' ini juga turut dilakukan oleh ulama-ulama hakiki dalam menegakkan Agama Allah, antaranya ialah :
1. Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

2. Imam Hanafi - Ditangkap, dipenjara, disebat, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

3. Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

4. Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

5. Sufyan Ath-Thauri- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan k

Ust Kay, [11.02.15 11:27]
ilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

6. Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

7. Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

8. Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

9. Imam Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah salahguna wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

CHECKLIST :
1) Maksud orang mukmin menjual dirinya kepada Allah ialah mereka telah menjadikan dirinya semata-mata milik Allah.
2) Semakin banyak penderitaan kerana mencari redha Allah maka semakin dekatlah dirinya dengan Allah.
3) Allah SWT telah 'membeli jualannya' itu dengan pahala kesyahidan !

SIMPUL - SIMPULKAN :
Kalimah 'Syahadatain' (dua kalimah syahadah) adalah laksana kontrak penjualan diri kepada Allah. Bila ikatan kontrak telah termeteri maka dia tidak lagi mengikat kontrak dengan orang lain. Segala peraturan kontrak mesti diikut. Maka dengan sebab itu seluruh dirinya telah menjadi milik Allah. Hidup dan mati semuanya kerana Allah. Di mana sahaja tanah walaupun hanya sejengkal maka disitu layaklah ia sujud kepada Allah. Sehingga dalam penjara sekalipun ia akan sujud kepada Allah, walau hanya muat untuk dahinya sahaja. Bumi yang sempit terasa luas.

Wallahu a'lam - Biarpun jasadnya terpenjara tetapi jiwanya melangkaui jeriji besi. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku : 0192319872)

Ust Kay, [12.02.15 10:05]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.383) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Khamis, 22 Rabiulakhir 1436H. ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK HAKIM UNTUK MANUSIA.

Hidup jangan sengsara,
Mati biar mati mulia,
Rakyat hakim negara,
Allah hakim manusia.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, baginda Rasulullah SAW bersabda : “Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi.” Para sahabat kehairanan, lalu bertanya “Memang kita perlu bantu saudara kita yang kena zalim, tapi bagaimana pula kita membantu mereka apabila mereka melakukan kezaliman ?” Maka jawab Rasulullah SAW “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim." (HR : Bukhari dan Muslim)

CERAH-CERAHKAN :
Baginda telah menggunakan perkataan yang sama dengan ungkapan masyarakat jahiliyyah tetapi memberi satu penafsiran yang berbeza. “Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi.” Ia adalah satu laungan jahiliyyah yang dipegang begitu erat oleh masyarakat Arab sebelum kebangkitan Rasulullah SAW. Di dalam kitab Fathu Al-Baari, Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan bahawa orang pertama yang menyebut ungkapan ini ialah Jundub bin al-Anbar bin Amru, yang kemudiannya menjadi satu prinsip kepada masyarakat jahiliyyah.

Mereka bersungguh-sungguh membantu kaum mereka atas nama perkauman, bukan sahaja yang menjadi mangsa kezaliman tetapi juga apabila kaum mereka yang melakukan kezaliman. Asabiyyah (perkauman) ialah apabila tak kira benar atau salah tetap kita menyokongnya. Inilah jahiliyyah sebenarnya yang tetap ada sehingga hari ini. Sudah tahu zalim dan salah tetap disokongnya.

Oleh itu, sekiranya ada di antara pembaca yang menghadapi kemungkinan dizalimi, dianiaya dan sebagainya. Maka disarankan agar mengamalkan doa di bawah ini agar kita terhindar daripada kezaliman mereka. Doa ini dikenali sebagai AYAT SATU yang merupakan sebahagian daripada Surah Asy-Syura.

رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

"Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah menghidupkan kita dan kepada-Nyalah kita kembali." (QS Asy-Syura: 15)

Kaedah amalan ini adalah seperti berikut :
1. Bacalah ayat di atas 7x selepas tiap-tiap solat fardhu serta dibayangkan hadir musuh kita itu dan makrifatkan ada dinding yang tinggi dan tebal antara kita dengan musuh. Jika tidak berkesempatan, bacalah tiap-tiap lepas Solat Subuh dan Maghrib.

2. Jika sedang berhadapan dengan musuh, atau orang yang zalim, atau orang yang ditakuti, atau binatang-binatang buas, maka bacalah ayat ini 1x sahaja, InsyaAllah akan terlepas dari aniaya dan kejahatan mereka, dengan syarat telah melakukan amalan No.1 di atas dengan istiqamah. InsyaAllah !

Para ulama’ mentakrifkan zalim dengan “Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya”. Ia berlawanan dengan kalimah adil yang ditakrifkan dengan “Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya”. Contoh, meletakkan hukum atau undang-undang ciptaan manusia lebih tinggi daripada Hukum Allah. Islam telah mengatur pelbagai sistem bagi kesejahteraan hidup manusia di dunia ini sama ada dalam bidang kekeluargaan, ekonomi, politik, kemasyarakatan, jenayah, hubungan dengan bukan Islam dan sebagainya.

CHECKLIST :
1) Mencegahnya daripada melakukan kezaliman adalah cara membantu orang yang zalim.
2) Zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
3) Islam telah mengatur pelbagai sistem bagi kesejahteraan hidup manusia di dunia.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Islam sepatutnya menjadi “Decision Maker” dalam semua urusan kehidupan, termasuklah alam urusan menjatuhkan hukuman kepada manusia. Allahlah yang lebih berhak dan Maha Mengetahui sebab Dia lah Pencipta manusia. 'Manufacturer' lebih mengetahui 'Product'nya. Tetapi kini Undang-undang Allah hanya diletakkan sekadar di pinggiran.
Wallahu a'lam - Jangan pula kita jadi zalim kepada penzalim. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/b

Ust Kay, [12.02.15 10:05]
edah buku : 0192319872)

(SANTAI-SANTAI DI HOMESTAY PONDOK BALAI ILMU SAFC. BERDEKATAN RESTAURAN AROMA IKAN BAKAR PANTAI JERAM DAN KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR. (http://www.mudah.my/Homestay+pondok+balai+ilmu+safc-32058811.htm)

Ust Kay, [13.02.15 16:07]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.384) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Jumaat, 23 Rabiulakhir 1436H. HILANG TAK BERGANTI

Jual meruku di atas kereta,
Meruku dijual berkati-kati,
Tuan Guru telah meninggalkan kita,
Patah tumbuh hilang tak berganti.

Daripada Anas r.a., Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya di antara tanda kiamat ialah ilmu (agama) dihilangkan, timbul kejahilan (dalam masalah agama), perzinaan berleluasa, arak banyak diminum, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan lima puluh orang perempuan.” (HR : Bukhari & Muslim).

CERAH-CERAHKAN :
Apabila ulama dimatikan, tiada pengganti yang setaraf dengannya untuk menyampaikan ilmu agama. Maka ilmu agama hilang sedikit demi sedikit. Selain itu ilmu agama dihilangkan kerana tidak ramai yang belajar ilmu agama dan mereka belajar selain daripada ilmu agama kerana bagi mereka ilmu agama tidak dapat menjamin masa depan.

Sabda Rasulullah SAW :

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم

Daripada Abdullah bin ‘Amru fin al ‘Ash r.anhuma, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama’, maka apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain." (HR : Muslim)

Ilmu akan terhakis dari atas muka bumi dengan cara dimatikan para alim ulama ataupun ulama itu dimatikan fungsinya, seperti digam, atau ditarik balik tauliah mengajarnya atau memang ada orang yang mahu menyekat fungsi alim ulama.

Rasulullah SAW juga memberi amaran tentang golongan yang jahil yang akan mengambil tempat alim ulama setelah peranan mereka dimatikan, mereka adalah pemimpin yang tidak sedar akan kejahilan mereka sendiri. Sifat pemimpin ini ialah, mereka itu sesat, malah mereka juga menyesatkan orang lain.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Seluruh negara rasa kehilangan dengan perginya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz seorang ulama' dan juga umara' yang sangat disegani di seluruh dunia. Mudah-mudahan segala ilmu dan jasanya selama ini menjadi asbab kebaikannya untuk kehidupan di sana.
Wallahu a'lam - Tuan Guru semakin sedikit yang ramai, Tuan Garu ! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

(SANTAI-SANTAI DI HOMESTAY PONDOK BALAI ILMU SAFC. BERDEKATAN RESTAURAN AROMA IKAN BAKAR PANTAI JERAM DAN KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR. (http://www.mudah.my/Homestay+pondok+balai+ilmu+safc-32058811.htm)

Ust Kay, [14.02.15 17:46]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.385) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Sabtu, 24 Rabiulakhir 1436H. WALI YANG KARAMAH

Membeli kasut di Kedai Bata,
Kasutnya tahan dijamin nyonya,
Ada wali tersembunyi di antara kita,
Hanya Tuhan yang mengetahuinya.

Para Wali adalah kekasih Allah, golongan yang amat hampir dengan Allah (muqarrabin). Allah jelaskan dalam satu hadis Qudsi bahawa mereka itu mendengar dengan pendengaran Allah, melihat dengan penglihatan Allah, dan berkata-kata dengan perkataan Allah.

CERAH-CERAHKAN :
Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah, manakala menghina mereka bererti juga menghina mereka bererti juga menghina Allah. Hingga ada ulama berkata, menghina wali Allah dengan kata-kata dan sebagainya, adalah petanda mati dalam su'ul khatimah (kesudahan hidup yang buruk).

Sebab itu juga Allah berfirman dalam hadis Qudsi lain: "Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya". (HR : Al-Bukhari)

Ulama menjelaskan terdapat bermacam-macam jenis atau peringkat wali yang dipilih oleh Allah dengan syarat-syarat perlantikan yang hanya Allah jua yang mengetahuinya. Antara wali-wali Allah tersebut ialah :

1. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW terutamanya Khulafa’ Ar-Rasyidin.
2. Imam-imam Mazhab dalam ilmu feqah dan tauhid (imam mazhab yang empat)
3. Para mujaddid seperti Sayidina Umar Abdul Aziz (mujaddid kurun pertama)
4. Para perawi hadis seperti Imam Al-Bukhari, Imam At-Tirmizi dan lain-lain.
5. Pengasas tarekat yang benar berlandaskan aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
6. Ulama-ulama besar sufi seperti Imam Hassan Al-Basri, Syeikh Junaid Al-Baghdadi, Syeikh Abu Yazid Bustami, Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, Imam Al-Ghazali, Imam Sayuti, Imam Nawawi dan ramai lagi.
7. Di kalangan wanita, antaranya ialah Sayidah Nafisah dan Rabiatul Adawiyah. Juga isteri-isteri Rasulullah SAW dan puterinya, Fatimah.

Namun ada juga wali yang orang tidak kenal kewalian dan kemuliaan mereka malah disangka gila. Misalnya Uwais Al-Qarni, yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW, tetapi tidak pernah berjumpa dengan baginda. Begitu juga dengan sahabat Huzaifah al-Yamani dan Nabi Khidir a.s di zaman Nabi Musa a.s.

Wali-wali yang tersembunyi ini sebenarnya mereka adalah manusia yang sangat penting pada dunia. Ini adalah kerana :
1. Doa mereka sangat makbul. Iaitu permintaan mereka Allah tunaikan. Rintihan mereka Allah beri perhatian.
2. Adanya mereka di satu-satu tempat sudah cukup untuk mengubah akhlaq manusia.
3. Dengan adanya orang seperti mereka di muka bumi ini, maka Allah masih menurunkan hujan, memberi rezeki dan memberi bantuan kepada semua manusia termasuklah yang derhaka. Juga Allah pindahkan atau alihkan azab dan bencana tenggelam atau karamnya bumi ini.
4. Ada hadis mengatakan, kerana mereka inilah (orang soleh dan wali-waliNya) dunia belum dikiamatkan.

Sebagai golongan istimewa di sisi Allah, mereka dianugerahkan penghormatan dengan berbagai kelebihan dan kemuliaan berupa karamah yang tidak diberi pada manusia biasa (orang awam). Justeru itu, tidak hairanlah di kalangan orang ramai akan mengaitkan cerita-cerita tentang karamah apabila memperkatakan peribadi seseorang wali itu.

Dalam pada itu, orang awam umumnya hanya mengenali karamah-karamah berbentuk zahiriah atau karamah Hissi iaitu kejadian-kejadian luarbiasa yang mencarik adat dan berlaku pada wali-wali dan dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti karamah boleh berjalan di atas air, boleh berasa di dua tiga tempat dalam satu masa, boleh terbang di udara, boleh bergerak dari setempat ke setempat dengan sekelip mata, awan membentuk kalimah Allah atau awan mendung seolah-olah memayunginya dan sebagainya.

Tetapi jarang orang mengetahui terdapatnya satu bentuk lagi karamah anugerah Allah pada para aulia yang dipanggil karamah Maknawiyah. Karamah berbentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya dapat dilihat dan diketahui oleh orang-orang yang mempunyai ketajaman mata hati.

Keistimewaan karamah Maknawiyah antara lain ialah kata-katanya memberi kesan pad

Ust Kay, [14.02.15 17:46]
a hati pendengar hingga mendorong orang membuat perubahan pada jalan kebaikan. Malah orang ramai akan ikut tingkah laku dan cakap-cakapnya. Biasanya karamah bentuk ini lebih menonjol pada para wali yang memimpin umat di samping dikurniakan juga karamah Zahiri atau Hissi.

Walaupun terdapat sesetengah orang hebat berceramah di sana sini dan dapat menghimpun ribuan orang mendengarnya, tetapi sayangnya para pendengar tak terdorong membuat perubahan melainkan dalam soal-soal ibadat khusus sahaja. Manakala kehidupan seharian mereka tetap bercampuraduk dengan aneka maksiat.

Di sinilah hebatnya wali Allah yang memiliki karamah Maknawiyah yang layak memimpin umat manusia kerana akhlak dan tuturkatanya yang lemah lembut dapat menarik orang ramai kembali kepada cara hidup Islam di tengah-tengah suasana kehidupan yang penuh kemungkaran. Tidak mustahil berlakunya dengan sekadar berceramah biasa, ramai orang terkesan dan terdorong membuat perubahan. Tanpa perlu menjerit, memaki hamun ataupun menyanyi-nyanyi bagai...

Nyatalah dari kedua-dua bentuk karamah ini, karamah yang lebih utama adalah karamah Maknawiyah kerana ia boleh menyelamatkan tuanpunya diri daripada api neraka. Ada wali yang dikurniakan satu bentuk karamah sahaja, ada yang dapat kedua-dua sekali, bahkan ada wali yang berdoa kepada Allah agar tidak dikurniakan karamah terutama karamah zahiriah kerana takut akan fitnahnya.

Bagaimanapun, kedudukan aulia di sisi Allah tidak ditentukan oleh karamahnya. Sesetengah wali tidak ada apa-apa karamah, tapi dia tetap mulia pada pandangan Allah. Cuma ramai wali dikurniakan karamah kerana melaluinya Allah hendak kuatkan agama-Nya (sebagai hujjah memperlihatkan kebenaran) dan untuk memberi pengajaran atau menambah keyakinan pada diri wali itu sendiri.

Bagi wali yang menjadi pemimpin pula, sama ada pemimpin negeri, masyarakat atau jemaah, karamah merupakan kemudahan untuk mengatur masyarakat. Ini berlaku pada beberapa orang wali seperti Tokku Paloh, Tok Kenali, Syeikh Muhammad Nur al-Kholidi, Syeikh Said al-Linggi dan Tuan Hussein yang terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin jemaah pengajian di Tanah Melayu dan tidak mustahil kepada Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat juga.

CHECKLIST :
1) Para Wali adalah kekasih Allah, golongan yang amat hampir dengan Allah.
2) Wali Allah adalah orang yang paling bersih, murni lahir dan batin.
3) Mereka dianugerahkan penghormatan dengan berbagai kemuliaan berupa karamah.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Wali tetap ada di setiap zaman. Setiap seorang wali yang meninggal dunia, Allah akan menaikkan orang lain menggantikannya sebagai wali mengikut darjat-darjat tertentu. Cuma antara menonjol atau tidak menonjol sahaja...
Wallahu a'lam - Ust. Kay bukan wali tapi baru beli kuali. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Ust Kay, [15.02.15 18:00]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.386) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Ahad, 25 Rabiulakhir 1436H. TANDA-TANDA WALI ALLAH

Pergi Sabak membeli kuali,
Sabak tutup ke kedai nyonya,
Wali tidak akan mengaku wali,
Walaupun ada tanda-tandanya.

Semalam Ust. Kay banyak mendapat pm (private message) daripada pembaca CCUK Bil.385. Mereka mohon pencerahan berkaitan bagaimana hendak mengenalpasti seorang wali Allah atau tanda-tanda wali Allah. Mungkin ada yang merasakan pernah bertemu dengan wali-wali Allah ataupun merasakan (perasan) kot-kot mereka ada tanda-tandanya barangkali.

CERAH-CERAHKAN :
Sebenarnya hendak mengenalpasti seseorang itu wali Allah atau bukan, tidaklah semudah mengenalpasti beza antara ayam dengan itik. Namun demikian para alim ulama' ada memberikan panduannya. Antaranya ialah :

1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah SWT. Dari Said r.a, ia berkata : “Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda : “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.” (HR : Ibnu Abi Dunya)

2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya. Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya: “Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.” (HR : An-Nasa’ie, Al-Bazzar dan Abu Nu’aim)

3. Mereka bertakwa kepada Allah. Allah SWT berfirman: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat.” (QS. Yunus : 62-64)

4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya. Dari Umar Ibnul Khattab r.a berkata : .... Tanya seseorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah...” (HR : Abu Nu’aim)

5. Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang baik. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.” (HR : Ibnu Abi Dunya)

7. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.
Dari Ibnu Umar r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyah-Nya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang datang.” (HR : Abu Nu’aim)

8. Hati mereka selalu terkait kepada Allah. Imam Ali Bin Abi Talib r.a berkata kepada Kumail An Nakha’i: “... Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’I kepada agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.” (Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal. 80)

9. Mereka senang bermunajat di akhir malam. Imam Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq: “Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintai-Ku dan selalu merindukan Aku dan Akupun d

Ust Kay, [15.02.15 18:00]
emikian. Mereka suka mengingati-Ku dan memandang-Ku dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka kepadamu....“ (Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358)

10. Mereka suka menangis dan mengingati Allah. ‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Malaikat memberitahu kepadaku: “Sebaik-baik umatku berada di tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis secara rahsia..." (HR : Abu Nu’aim)

CHECKLIST :
1) Wali Allah jika dilihatnya dapat mengingatkan kita kepada Allah.
2) Wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula bersedih hati.
3) Mereka suka menangis dan mengingati Allah.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Apa macam sahabat-sahabat? Berdasarkan tanda-tanda di atas, pernah jumpa ataupun tidak dengan salah seorang daripada wali-wali Allah. Sebenarnya, para wali-Nya tidak semestinya bernampilan berjubah putih, berkopiah dan berlilit serban besar. Ia boleh sahaja merupakan seorang lelaki atau perempuan tua yang baru anda herdik kerana meminta sedekah kepada anda. Atau boleh jadi juga seseorang yang baru sahaja berjabat tangan dengan anda sebentar tadi tetapi anda tidakpun memandang ke wajahnya.
Wallahu a'lam - Ust. Kay wali kepada anak perempuan lima orang. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Sumbangan masih sangat diperlukan untuk Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran : Pembelian Jam Waktu Solat, Menaiktaraf anjung pondok dengan lantai jubin dan pembinaan Wakaf Rehat warga pondok :
MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [16.02.15 20:31]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.387) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Isnin 26 Rabiulakhir 1436H. JANGAN LEBIH-LEBIH !

Ketentuan Allah sejak dari azali,
Berusaha, berdoa, berserah pada-Nya,
Karamah anugerah Allah pada para wali,
Ketika hidupnya bukan pada kuburnya.

Kamus Bahasa Arab (al-Mujam al-Wasit) memberikan pengertian khurafat sebagai cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta. Kamus al-Marbawi mentakrifkannya sebagai cerita karut (karut marut)

CERAH-CERAHKAN :
Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam..

Terdapat beberapa ciri khurafat yang perlu kita ketahui dan hindari :
 1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi SAW.
 2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
 3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
 4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
 5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
 6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus .

BENTUK-BENTUK KHURAFAT :
Kepercayaan kepada keramat seperti pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya. Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai.

Tangkal azimat (pakai lilit kat pinggang, ikat di pergelangan tangan, ikat di leher, gantung di depan pintu, alang rumah), Gagak bertenggek di rumah, maknanya ada petanda buruk. (mempercayai haiwan tertentu membawa sial), Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Nabi SAW :

من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

"Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak."

Percaya kepada benda-benda yang dipercayai keramat seperti pokok, kubur tertentu dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah SWT, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid. Firman Allah SWT :

وَلَا تَدْعُ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ فَإِن فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظَّالِمِينَ

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (QS. Yunus : 106)

CHECKLIST :
1) Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
2) Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau Hadis Nabi SAW)
3) Khurafat membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sungguh menghairankan dalam dunia moden hari ini masih ramai lagi yang mempercayai benda-benda yang karut - marut seperti ini. Contoh, ambil tanah kubur Tuan Guru dan sebagainya. Akhlak dan amalan Tuan Guru tak pulak diambilnya... Manusia-manusia...
Wallahua'lam - Yang disuruh tak dibuat, yang tak disuruh berlebih-lebih pulak dia ! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Ust Kay, [17.02.15 10:26]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.388) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Selasa, 27 Rabiulakhir 1436H. TAHLIL YES @ TAHLIL NO !

Yang kini berilmu dulunya jahil,
Yang kini berjaya dulunya tiada,
Yang nak bertahlil silakan bertahlil,
Yang tak nak pula tinggalkan saja.

Tahlil berasal daripada kalimah Arab هَلَّلَ يُهَلِّلُ تَهْلِيْلًا bermaksud mengucap kalimah لاإله إلا الله Menurut istilah, seperti yang disebut di dalam kitab Tahlilan Dalam Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah oleh KH. Mahyudin Abdus Samad ialah bersama-sama mengucapkan kalimah toyyibah dan berdoa bagi orang yang sudah meninggal dunia agar dirahmati dan diberikan segala kebaikan dari Allah SWT.

CERAH-CERAHKAN :
Polemik tentang amalan Tahlil ini telah timbul sejak Ust. Kay belum ada lagi rasanya. Tentang keharusan atau penolakannya. Dari zaman permulaan aliran Facebookiyah sehinggalah WhatsAppiyyah perbahasan tentangnya tak pernah sepi. Hangat semula apabila Almarhum TGNA tidak mahu ditahlilkan dan keluarganya mohon agar wasiat beliau itu agar dihormati.

PANDANGAN YANG MENGHARUSKANNYA : Hukum membaca tahlil dan melakukan kenduri arwah adalah harus. Ini berdasar perbahasan ulama-ulama di dalam penulisan-penulisan mereka yang bersandarkan dari sumber-sumber hukum syarak. Setakat yang diketahui tiada larangan yang jelas dari nas-nas syarak yang melarang amalan tersebut. Dalil-dalil larangan yang didatangkan oleh golongan penentang amalan tersebut adalah tidak kukuh.

Tahlil itu adalah himpunan zikir dan juga doa untuk si mati yang merupakan tuntutan agama. Begitu juga dengan melakukan kenduri arwah. Apa salahnya memberi makan kepada orang?

Dalil Al-Quran :

رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan." (QS Ibrahim : 41)

Dalil Al-Hadis :

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى الْمَيِّتِ فَأَخْلِصُوْا لَهُ الدُّعَاَء (سنن الترمذى)

“Daripada Abu Hurairah r.a, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Jika kamu semua menyembahyangkan mayat, maka berdoalah dengan ikhlas untuknya." (HR : At-Tirmizi)

Dalil Kaedah-kaedah Fekah :

 الأصل فى الأشياء الإباحة إلا إذا دل الدليل على تحريمه فهو حرام

Hukum asal sesuatu ialah harus melainkan ada dalil yang mengharamkan, maka hukumnya haram. Dalam permasalahan tahlil ini, kita tidak dapati dalil dari al-Quran mahu pun as-Sunnah yang secara jelas mengharamkan atau mengharuskan. Justeru, kita mengambil kira pada hukum asalnya iaitu harus kerana tiada larangan yang jelas.

PANDANGAN YANG MENOLAKNYA :
1. Pendapat Imam Syafie rahimahullah & Ulama-ulama Imam Syafie. Contoh, Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya, Syarah Muslim iaitu :

Adalah, bacaan al-Qur an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, Imam Syafie dan para pengikutnya mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri."

Serta dalam sebuah sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati."
(An-Nawawi, Syarah Muslim : Juz 1 hal; 9)

2. Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, Tafsirul Quranil Azim telah menafsirkan Surah An-Najm ayat 39 sebagai : "Iaitu, sebagaimana dosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain, begitu juga halnya seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan dari hasil usaha amalannya sendiri.

Dan daripada Surah An-Najm ayat 39 ini, Imam Syafie r.a dan para ulama yang mengikutnya telah mengambil kesimpulan bahawa, sebarang pahala bacaan yang dikirim

Ust Kay, [17.02.15 10:26]
kan kepada mayat adalah tidak akan sampai kepadanya kerana amalan tersebut bukan daripada hasil usahanya sendiri. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW tidak pernah menganjurkan umatnya agar mengamalkan pengiriman tahlil atau doa selamat. Sekiranya amalan tersebut memang yang digalakkan, tentunya para sahabat telah mengamalkannya lebih dari dulu lagi.

PANDANGAN PERTENGAHAN :
Bagi yang tidak mengharuskannya, ia dianggap bidaah atas alasan antaranya Nabi SAW tidak pernah membuat tahlil arwah dan juga bersandarkan hadis bermaksud: "Apabila mati anak Adam putuslah amalnya kecuali tiga iaitu amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang bermanfaat." (HR : Muslim)

Bagi ulama yang mengharuskannya, tahlil dibolehkan berdasarkan hadis yang sama. Cuma yang terputus adalah amalan orang yang mati. Sedangkan amalan orang yang masih hidup untuk di mati masih belum putus dan boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, soal menetapkan tarikh tahlil pada malam pertama, ketiga, ketujuh, ke-40 dan 100, ini tidak ada nasnya. Bahkan ada pendapat ulama bahawa hal inilah yang menjadikannya bida'ah. Kalau nak buat tahlil, buat sahaja pada bila-bila masa jangan kaitkan dengan masa atau tarikh tertentu.

Lagi pun, tahlil untuk si mati itu bukan kemestian. Ia sekadar untuk membantu atau menambah sedikit pahala kepada si mati. Itupun dengan syarat si mati itu orang yang semasa hidupnya beribadat dan bertakwa. Jika semasa hayatnya, si mati tadi dikenali sebagai orang yang tidak pernah solat malah hidupnya sentiasa bergelumang dengan maksiat maka tahlil tersebut tidak ada faedah baginya.

CHECKLIST :
1) Setakat yang diketahui tiada larangan yang jelas dari nas-nas syarak yang melarangnya.
2) Seseorang itu tidak akan memperoleh pahala melainkan daripada daya usahanya sendiri.
3) Tahlil bukan kemestian, sekadar untuk membantu sedikit pahala kepada si mati.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Segala ulasan ini bukanlah bermakna ianya adalah sesuatu yang qati'e, tetapi ianya adalah perkara ijtihadiyyah yang tidak lepas dari berlaku khilafiyyah. Terpulang kepada pembaca CCUK ini untuk cenderung kepada pandangan yang mana satu. Cuma, diseru kepada semua pencinta ilmu agar dalamilah ilmu agama dengan bersungguh-sungguh.
Wallahu a'lam - Selagi ada ulama yang membenarkannya, ia bukanlah 'larangan' yang mutlak. Jauhilah dari perbalahan yang tidak mendatangkan faedah. Semoga Allah merahmati kita semua. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Sumbangan masih sangat diperlukan untuk Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran : Pembelian Jam Waktu Solat, Menaiktaraf anjung pondok dengan lantai jubin dan pembinaan Wakaf Rehat warga pondok :
MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [18.02.15 17:36]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.389) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Rabu, 28 Rabiulakhir 1436H. I LOVE U (ULAMA')

Emak masak cucur Adabi,
Rasanya enak disukai seisi rumah,
Ulama' adalah pewaris nabi,
Kehadirannya menjadi penyelamat ummah.

Hari ini adalah hari terakhir iaitu merupakan hari kelima CCUK Khas Tribute kepada Almarhum Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Bagi Ust. Kay adalah menjadi satu sifir yang mudah iaitu barangsiapa yang mencintai Allah hendaklah ia mencintai kekasih-Nya (Rasulullah SAW) dan barangsiapa mencintai Rasulullah SAW hendaklah ia mencintai para pewarisnya iaitu para alim ulama'. Khususnya Ulama' Rabbaniyyin...

CERAH-CERAHKAN :
Ulama' Rabbaniyyun ialah yang menyampaikan kebenaran kepada ummah. Ulama' yang bersifat khusyuk pada amalan, hudhu' pada ilmunya dan zuhud pada dunia. Ulama' yang menjadi qudwatun hasanah iaitu contoh yang baik bagi orang lain, iaitu tidak sekadar menyeru atau mengajak orang melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan sedangkan dia sendiri atau ahli keluarga yang dibawah tanggungjawabnya diabaikan.

Ulama' yang tidak mengajar orang lain supaya taksub kepadanya, yang hidup seadanya walaupun namanya mengharum di pelusuk dunia. Tidak jatuh-menjatuhkan seperti ulama' temporari hari ini atau membiarkan para pengikut menjatuhkan ulama' lain untuk kepentingan dirinya. Sungguh pilu apa yang sedang berlaku hari ini, dalam jemaah yang mendokong dan bertunjangkan ulama' saling rendah-merendahkan dan saling aib-mengaibkan untuk kelihatan lebih ulama' dari ulama' yang lain.

Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna." (HR : Imam Ahmad, At-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majjah)

Firman Allah SWT :

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya." (QS Ali-Imran : 79)

Para ulama' Rabbaniyyin berperanan untuk membimbing dan mendidik masyarakat serta menasihati pemerintah sedia ada sekiranya mereka tidak menjalankan amanah dan tugas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Jika para ulama diam membisu dari menyampaikan ajaran Islam yang sebenar maka sudah pastilah sesebuah negara dan masyarakat Islam itu akan menjadi rosak binasa dan jauh dari rahmat Allah Taala.

CHECKLIST :
1) Ulama' yang bersifat khusyuk pada amalan, hudhu' pada ilmunya dan zuhud pada dunia.
2) Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi.
3) Ulama' Rabbaniyyin yang menyampaikan ilmu pengetahuan dan mampu menjadi contoh.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Bukan ulama' namanya yang menyenaraikan nama-nama ulama' lain untuk dimusuhi atau diperlekehkan. Bukan ulama' namanya yang bertindak sewewenang sehingga menjejaskan nama baik jemaah mahupun nama baiknya sendiri. Bukan ulama' namanya yang menyangka dirinya lebih baik dari orang lain...
Wallahu a'lam - Sangat berbeza sebenarnya antara ulama' dengan ularmak! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Sekiranya anda menyokong usaha dakwah Ust. Kay melalui tazkirah CCUK ini, sokonglah dengan menyumbang ke Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran : MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 / BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [19.02.15 14:35]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.390) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Khamis, 29 Rabiulakhir 1436H. TERIMA KASIH ORANG CHINA !

Pak Ya membela itik dan angsa,
Pak Ya membelanya di dalam kolam,
Kita mulia bukan kerana bangsa,
Kita mulia kerana Islam.

Ust. Kay ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru China kepada masyarakat keturunan China khususnya yang beragama Islam. Kepada yang 'belum beragama Islam' renung-renungilah tazkirah CCUK kali ini.

CERAH-CERAHKAN :
Banyak hujah yang menyokong pendapat atau teori Islam datang ke Tanah Melayu dari China dan bukan dari pedagang Arab :
1. Wujud hubungan perdagangan antara pedagang Arab dengan Canton China terlebih dahulu sebelum berlaku urusniaga di Pelabuhan Perdagangan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Sejak abad kesembilan Masihi lagi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal.
3. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga China di Tanah Besar China.
4. Lalu, Peniaga China Islam inilah yang menyebarkan Islam kepada masyarakat Melayu di Asia Tenggara semasa berdagang di sana.

Ada pendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut :
1- Berlaku perpindahan ke Asia Tenggara
2- Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara.
3- Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu mengukuhkan lagi pendapat tersebut. Batu bersurat ini bertulisan Jawi dan bertarikh hari Jumaat 4 haribulan Rejab, 702H bersamaan dengan 22 Februari, tahun 1303M. Membuktikan bahawa telah wujud sebauh kerajaan tua yang bergantung kepada perdagangan.
4- Sejarah Dinasti Shung (960- 1279 T.M) membuat catatan tentang kemasukan Islam di persisir Pantai Timur sejak tahun 977M. Batu Bersurat ini menyamai batu nisan di Champa Selatan. Penemuan ini mengukuhkan hujah S.Q. Fatimi mengenai teori kedatangan Islam adalah melalui China mulai tahun 878M.
5- Sewaktu pemerintahan Hsi Tsung (878-879M), berlaku pemberontakan di Canton diantara penduduk tempatan dengan luar terutamanya masyarakat Islam Arab dan mengorbankan lebih 10,000 nyawa orang luar. Hal ini menyebabkan ramai pedagang Islam melarikan diri ke Kedah dan Palembang.

Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari China :
1. Penemuan batu nisan pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan Al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.
2. Penemuan ini jelas menunjukkan bahwa sebelum abad ke-13 lagi, Islam telah sampai ke kawasan pantai timur Tanah Melayu dan dibawa oleh Pendakwah China Islam melalui Laut China Selatan ke Phang Rang di Indo-China dan ke Pekan, Pahang.
3. Persamaan unsur seni bina di China dengan seni bina pada kebanyakan masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Pulau Jawa dan di Melaka terutamanya didapati mempunyai pengaruh seni bina China yang kuat. Contoh, bentuk bumbung masjid-masjid di Melaka mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China (Pagoda), iaitu bahagian hujung perabung atapnya kelihatan melentik.
4. Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.

CHECKLIST :
1) Banyak hujah yang menyokong pendapat atau teori Islam datang ke Tanah Melayu dari China.
2) Antara bukti ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan Al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.
3) Bentuk bumbung masjid-masjid di Melaka mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Segala fakta di atas mengajak kita semua untuk merenungi betapa hebatnya Islam yang telah tersebar terlebih dahulu di Negara China sebelum sampai ke negara kita. Tidak hairanlah sekiranya jumlah penganut Agama Islam di Negara China dianggarkan 60 juta orang r

Ust Kay, [19.02.15 14:35]
amainya. Cuma yang ironinya ialah ada orang Islam di negara kita yang merasakan Agama Islam hak eksklusif untuk orang Melayu sahaja. Malah bukan sedikit yang menganggap orang China Muslim atau Mualaf China sebagai orang Islam second class !

Wallahu a'lam - Kalau kita ziarah ke daerah-daerah ramai masyarakat Islam di Negara China seperti di Peking, Beijing dan sebagainya rasanya kita akan kelihatan seperti Mualaf Melayu pula sebab mereka terlebih dahulu Islamnya daripada kita. Hehehe... fahami pantun di atas ! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Sekiranya anda menyokong usaha dakwah Ust. Kay melalui tazkirah CCUK ini, sokonglah dengan menyumbang ke Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran : MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 / BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [20.02.15 17:08]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.391) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Jumaat, 30 Rabiulakhir 1436H. HEBATNYA ORANG CINA !

Cuti sekolah ke Seberang Jaya,
Belikan saya perabot jati,
Bagaimana orang Cina boleh berjaya,
Buat sesuatu dengan sepenuh hati.

Orang Cina atau Negara China sebenarnya sudah terkenal dan dikenali sejak dari zaman dahulu lagi. Sehinggakan terakam dalam sebuah kata-kata yang masyhur untuk menuntut ilmu walaupun sehingga sejauh Negara China.

CERAH-CERAHKAN :
Sejak dari dulu lagi, kata-kata ini dikenali sebagai sebuah hadis dari Nabi SAW. Sebenarnya ianya bukan hadis yang sabit dari Baginda Rasulullah SAW. Tetapi adalah sebuah 'Hadis Palsu' :

اُطْلُبُوْا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنٍِ

"Carilah ilmu walaupun sampai di negeri China,"

Imam Ibn Hibban mengatakan, Hadis ini "batil la asla lahu" (batil, palsu, tidak ada dasarnya). Pernyataan Ibn Hibban ini diulang kembali oleh As-Sakhawi dalam kitabnya al-Maqhasid al-Hasanah. Sumber kepalsuan Hadis ini adalah rawi yang bernama Abu Atikah Tarif bin Sulaiman (dalam sumber Iain tertulis, Salman).

Menurut para ulama Hadis seperti al-`Uqaili, al-Bukhari, al-Nasa'i, dan Abu Hatim, mereka sepakat bahawa Abu Atikah Tarif bin Sulaiman tidak memiliki thiqah sebagai perawi Hadis. Bahkan menurut al-Sulaimani, Abu Atikah dikenali sebagai pemalsu Hadis. Imam Ahmad bin Hanbal juga menentang keras Hadis tersebut. Ertinya, beliau tidak mengakui bahawa ungkapan "Carilah ilmu walaupun sampai di negeri China itu sebagai Hadis Nabi.

Walaupun ia bukannya sebuah hadis, tetapi bolehlah kita anggap sebagai kata-kata pujangga yang memberikan motivasi untuk kita. Persoalannya ialah kenapa Negara China bukan negara-negara Eropah atau negara-negara Barat yang lain. Di sini Ust. Kay ingin berkongsi kehebatan masyarakat Cina sebagaimana yang ditulis oleh Ustaz Ann Wan Seng di dalam bukunya RAHSIA BISNES ORANG CINA :

1. Kata Ann Wan Seng, berbisnes bagi orang Cina adalah bukan satu kebolehan semulajadi. Berniaga adalah satu kemahiran dan boleh di pelajari.
2. Katanya, peniaga tulen, tak takut cabaran. Peniaga palsu, cari untung singkat, tak peduli tanggungjawab sosial.
3. Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan.
4. Orang Cina suka berhijrah
5. Bangsa Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa saja keadaan. Mereka dapat hidup cari makan walau di mana saja mereka berada.
6. Kepercayaan orang Cina, orang yang berniaga tidak akan dipandang rendah. Malah dunia niaga menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.
7. Orang yang bekerja makan gaji dianggap belum lagi dewasa.
8. Mereka yang berniaga dianggap sebagai golongan yang matang dan sering mendapat tempat rujukan..
9. Orang Cina percaya, hanya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang barulah mereka boleh Berjaya.
10. Kejayaan dan kegagalan banyak bergantung pada sikap, usaha dan keyakinan.
11. Berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tapi bukan bagi mengisi masa lapang.
12. Orang Cina suka mewariskan perniagaan pengalaman niaga mereka kepada anak cucu mereka.
13. Orang Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal. Baginya, perniagaan macam ni tidak akan bertahan lama.
14. Dalam falsafah perniagaan orang Cina, peniaga tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaannya.
15. Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan.

Sebenarnya ada 50 rahsia kejayaan masyarakat China dalam bidang perniagaan sebagaimana yang ditulis oleh Ann Wan Seng. Ust. Kay hanya kongsikan sebahagian sahaja, selebihnya anda kena belilah buku ini sendiri. Hendak beli buku cara-cara orang berjaya pun berkira macam mana nak berjaya?

CHECKLIST :
1) Persoalannya ialah kenapa Negara China bukan negara-negara lain.
2) Bangsa Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri apa saja keadaan.
3) Orang Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Dimana-mana sahaja di seluruh dunia

Ust Kay, [20.02.15 17:08]
kita melihat Bangsa Cina boleh hidup. Malah sebahagiannya mendominasi ekonomi di negara tersebut. Bukan salah mereka menguasai ekonomi negara kita... Sebab mereka rajin dan mempunyai kekuatan hubungan sesama bangsa mereka. Tapi apa silapnya bangsa kita, selagi ada PHD (perasaan hasad dengki) sampai bilapun tak akan maju.
Wallahua 'lam - Ingat kata-kata TGNA lebih rela orang Cina Muslim jadi PM dari orang Melayu yang korup. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) SEMENTARA MASIH ADA DI PASARAN TERBITAN KARYA BESTARI KARANGKRAF.

Ust Kay, [21.02.15 23:57]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.392) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Sabtu, 2 Jamadil Awwal 1436H. HATI-HATI

Pergi Johor mencari botol,
Mencari botol sampai ke Kangar,
Sedap didengar belum tentu betul,
Kerana yang betul biasanya tak sedap didengar

Tajuk-tajuk pembicaraan dalam ceramah atau kuliyah sesungguhnya adalah amat penting untuk dipilih, diperhalusi, difahami secara halus dan kritikal. Kerana tajuk-tajuk sebahagiannya yang masih tidak dapat difahami, mengelirukan dan masih merupakan sesuatu yang asing dari pemikiran ahli kariah eloklah dielakkan.

CERAH-CERAHKAN :
Isu-isu yang belum pasti bukanlah boleh diambil mudah secara simplistik begitu, sehingga ada diantara kita yang mendabik dada dan mendakwa seolah-olah dialah sahaja yang faham tentang semua perkara. Keadaan ini menjadi lebih kusut kerana orang yang sering mendakwa begini sering menyampaikan pandangannya hanya melalui ceramah dan syarahan yang penuh retorika, tanpa bersandarkan kepada fakta ilmu dan hasil kajian yang berwibawa serta tanpa boleh disoal balas.

Isu-isu seperti ini hanyalah menjadi permainan bibir dan lidah yang disuarakan di dalam keenakan ungkapan yang agak kosong dan tidak bermakna yang lebih sesuai di buat di warung-warung kopi atau di kaki lima masjid sahaja. Iaitu perbualan yang dalam bentuk 'Hear say' sahaja. Bukan dalam kuliyah atau ceramah-ceramah agama. Kesannya :
1- Mengelirukan pendengar.
2- Menimbulkan keresahan masyarakat sahaja.
3- Menjadi fitnah kepada pendakwah tersebut.

Kerana tanpa asas-asas disiplin ilmu yang kukuh berdasarkan pemikiran yang saintifik dan rasional, tanpa fakta sejarah dan sokongan sumber syariah yang betul dan sahih serta pentafsiran alam berbagai-bagai konteks yang tertentu, maka pemikiran umat Islam di negara kita nampaknya pada hari ini menjadi terlalu kecoh dan keliru.

Umat Islam di negara kita lebih banyak berpegang kepada apa yang didengarnya melalui penceramah-penceramah itu sendiri sahaja oleh orang yang pandai menarik hati orang dengan sulaman jenaka, sindiran-sindiran dan permainan kata-kata yang menawan emosi serta sentimen pendengar sahaja. Akhirnya mereka sukar dan tidak dapat untuk membezakan antara yang benar dengan yang palsu.

Kita di negara ini pada hari ini nampaknya telah kembali ke zaman silam tentang isu-isu ilmu, termasuk beberapa kenyataan yang bersifat fatwa, iaitu dengan mengambil kaedah taqlid atau menurut secara membuta tuli pandang seorang individu yang dianggap alim dalam agama. Sikap taqlid buta ini boleh melahirkan satu generasi Islam yang tidak mampu berfikir dan malas untuk mencari dan memahami fakta ilmu dan hukum berdasarkan kajian dan analisis sendiri tentang sesuatu perkara itu.

Kalau pada satu zaman dulu para pemikir Islam, termasuk dari negara dan rantau kita, seperti Syeikh Daud Fatani, Syeikh Tahir Jalaluddin dan lain-lain di dalam tulisan-tulisan mereka sering mengingatkan orang-orang Melayu supaya menjauhkan diri dari taqlid buta dan bersikap taksub, maka nampaknya pada hari ini kita mulai kembali lagi kepada keadaan yang disebutkan mereka itu, dan kita mulai menghidupkan kembali sifat tersebut yang sepatutnya dikikis dari masyarakat Islam pada zaman moden ini.

Kerana sikap dan pendirian sempit beginilah, maka kita dapat melihat bagaimana kecoh dan kelirunya pemikiran orang Islam di Malaysia pada hari ini yang amat asyik membicarakan isu-isu yang telah lama diselesaikan. Bukankah kita dituntut untuk berilmu, beramal, memeriksa berita yang kita terima, menjaga lidah dan ungkapan kata kita, bersikap dan bersifat amanah, ikhlas dan jujur deengan ilmu.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Kita berbangga juga bila mendengar kehebatan bangsa Melayu di dunia ini, iaitu Melayu di dalam Sejarah, Agama, Pelayaran, Perniagaan, Pertukangan, Ilmu Pengetahuan dan sebagainya. Bangga bukannya tak bangga, tetapi biarlah berpijak di bumi nyata.
Wallahu a'lam - Ust. Kay orang Melayu juga tapi keturunan Wali Songo, wong Jowo !

Ust Kay, [22.02.15 11:09]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.393) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Ahad, 3 Jamadil Awwal 1436H. NAK BUAT JUGAK...!

Renjis-renjis dipilis,
Ditepungi lah tawar,
Hati-hati buat majlis,
Jangan lah berkat terhindar.

Berdasarkan hukum agama, memenuhi undangan walimatul urus adalah wajib. Malah lebih diutamakan daripada undangan selain daripadanya. Begitulah bagai yang diceramahkan oleh para asatizah. Justeru itu apabila mendapat undangan seumpamanya, Insya Allah Ust. Kay akan berusaha untuk menghadirinya kecuali ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

CERAH-CERAHKAN :
Setiap kali menatap kad undangan membuatkan hati Ust. Kay teruja untuk turut sama memeriahkannya. Secara spontan mata akan melirik kepada agenda yang tertulis ; "Bersanding?" Seolah-olah agenda wajib dalam majlis kenduri perkahwinan. Adakalanya tersembunyi di sebalik agenda 'Ketibaan Pengantin'. Walaupun tidak dinyatakan agendanya secara jelas, kelazimannya memang disediakan pelamin untuk pengantin.

"Eh ! Bukankah kedua ibu bapa pengantin 'Orang Agama' (Ustaz - Ustazah @ Tn. Haji dan Pn. Hajjah)?" "Eh ! Bukankah tuan rumah ini yang sering datang ke kuliah maghrib di masjid itu? Nak buat jugak...?" Inilah yang membuatkan Ust. Kay sering merasa tidak selesa untuk bertandang ke majlis-majlis walimah. Terguris rasa di hati, apatah lagi melibatkan saudara-mara dan rakan-taulan sendiri. Berlebihan lagi jika mereka ini di kalangan yang faham agama tetapi kecundang kepada muslihat syaitan. Bunyinya agak kasar tetapi itulah hakikatnya. I'am sorry !

Apabila ditanyakan, bermacam helah diutarakan. "Tak mengapalah, sekali sahaja seumur hidup" atau pun "Anak-anak yang beria-ia sangat Ustaz, kesian kat dia orang".
Persoalannya di sini, apakah hukumnya bersanding dalam Islam? Dari pemahaman Ust. Kay yang tidak arif agama ini, kesepakatan para alim ulama' menyatakan hukum bersanding adalah haram. Jika dibolehkan pun hanya di kalangan ahli keluarga terdekat yang diadakan secara tertutup. Itupun perlu mengikut ketetapan hukum dan syariah Islam.

Walaupun terasa amat terkilan dengan agenda seumpamanya tetapi demi satu undangan Ust. Kay tetap hadiri juga. Cuma, lazimnya akan berusaha mengelak dari terserempak dengan agenda bersanding atau waktu ketibaan pengantin. Maka Ust. Kay akan datang lebih awal dan pulang awal ataupun datang sahaja di penghujung majlis. Tidak dapat makan pun tidak mengapa, asalkan dapat bersua muka dengan 'sohibul hajat' yang mengundang.

Sebenarnya tiada masalah untuk mengadakan majlis kenduri perkahwinan, malah itulah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dengan sekurang-kurang menyembelih seekor kambing. Cuma dari segi perlaksanaannya mestilah betul dan sentiasa meletakkan keredhaan Ilahi dan dambaan keberkatan daripada-Nya di tempat teratas.

Ada beberapa perkara dalam majlis walimah yang perlu 'dilihat' semula, antaranya ialah :
1. Majlis akad nikah dalam dewan solat masjid, tetapi pakaian pengantin perempuan, saudara atau kenalan perempuan pengantin boleh membuat Tok Imam rasa nak kahwin lagi !

2. Pengantin perempuan diandam oleh 'Maknyah Andam' dan bukannya Mak Andam yang biasanya lelaki ajnabi bukan muhrimnya.

3. Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (HR : Muslim)

4. Bersolek tebal (tabarruj) dengan pakaian yang ketat walaupun bertudung untuk dilihat oleh orang lelaki lain yang tiada hak padanya. Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kecantikannya kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah maksudnya : "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (QS Al-Ahzab: 33)

5. Bersanding bagai sehingga berjam-jam entah bila sempat Solat Zohor ataupun tidak ! (kalau

Ust Kay, [22.02.15 11:09]
solatpun mungkin jam 3.30 4.30 petang bila semua tetamu dah balik)

6. Menabur Beras Kunyit atau Menepung Tawar, jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah perbuatan khurafat dan syirik kepada Allah SWT.

7. Makan beradab @ berhadap dengan menu yang akan mengecurkan air liur tetamu miskin yang tak pernah menjamah 'Udang Besar Memanjat Lidi', Ayam Golek, Ikan Jenahak Masak 4 Rasa (rasa ke-4 ialah rasa Riya') dan berbagai lagi sebagai satu kemegahan. Arwah ayah Ust. Kay memang 'pantang' kalau ada majlis makan beradab yang tak ada adab Islam sebenarnya.

8. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing." Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (QS Al-Isra' : 26)

9. Menjadikan hadiah atau pemberian wang (wang becek) sebagai satu kemestian sehingga orang miskin malu nak datang sebab tiada apa-apa yang boleh diberikan. Ini berlawanan dengan roh Islam, firman Allah SWT : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (QS Al-Baqarah : 286)

10. Mas kahwin dan hantaran yang mahal. Sabda Rasulullah SAW : "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR : Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi)

Ust. Kay pernah beberapa kali menghadiri majlis kenduri perkahwinan yang boleh menjadi model walimatul urus contoh di mana sepanjang majlis diiiringi bacaan al-Quran, zikir, nasyid dan doa. Tiada pelamin, cukup sekadar bersalaman dengan tetamu yang hadir, tiada makan beradab atau makan beradab tetapi menu yang sama dengan menu tetamu dan pakaian pengantin pula sopan menutup aurat. Kedua pengantin pula sendiri yang merai setiap tamu sambil beramah mesra. Segalanya tampak simple tetapi tetap meriah.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Justeru itu kami amat-amat berharap kepada para pembaca semua, usahlah kita mengambil mudah dalam soal hukum hakam dalam Islam. Jika kita melakukannya dalam keadaan jahil, maka ampunan Allah SWT kita harapkan. Namun jika dilakukan dalam keadaan sedar dan faham akan larangan- Nya, maka dibimbangi kita mengundang ancaman dan murka dari Allah SWT kerana kita bersikap bongkak dan ego larangan-Nya.
Wallahu a'lam - Maaflah sesekali kena Cubit-cubit Ust. Kay pula bila Cuit-cuit Ust. Kay tak berkesan!

Ust Kay, [22.02.15 18:12]
Adat bersanding di atas pelamin termasuk di dalam adat yang berkongsi antara berbagai kaum. Di kalangan masyarakat Arab lama, adat pelamin ini dikenali sebagai al-Minassah المِنَصَّة iaitulah kursi atau katil yang ditinggikan dihias antaranya untuk pengantin untuk diperlihatkan kepada orang ramai. (sila lihat al-Misbah al-Munir, al-Mu’jam al-Wasit demikian juga al-Ghaniy).

Telah diperakui bahawa, perkara-perkara adat asal hukumnya adalah HARUS selagi tidak disertai dengan perkara-perkara yang HARAM seperti pendedahan aurat, ditayangkan kepada lelaki dan perempuan yang anjabi sehingga menimbulkan fitnah, berlaku pembaziran, dikaitkan dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau lainnya. Namun zaman sekarang ni sgt sukar untuk DIHARUSKANNYA sbb jika buat dalam bilik sekalipun masing-masing akan ambil gambar dan pastinya akan tersebar jua... Wallahu a'lam !

Ust Kay, [23.02.15 15:27]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.394) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Isnin, 4 Jamadil Awwal 1436H. HUKUM TAKLIFI KEPADA HAMBA MUKALLAF (1)

Kapal belayar hampir karam,
Segala muatan terbalik tenggelam,
Wajib, sunat, harus, makruh dan haram,
Haruslah dipatuhi hukum syariat Islam.

Bila kita berbicara tentang hukum-hukam dalam Islam, ia berkaitan apa yang dinamakan dengan syariat dalam Islam itu sendiri. Iaitu segala aturan Allah yang berkaitan dengan amalan manusia yang harus di patuhi oleh manusia itu sendiri. Segala hukum atau aturan-aturan yang berasal dan atau disandarkan kepada syariat tersebut disebut Hukum Syar’ie.

CERAH-CERAHKAN :
Di dalam ilmu fiqh tedapat banyak istilah-istilah yang digunakan kerana ia merupakan suatu perkara yang utama di dalam memahami ilmu fiqh yang tertakluk dibawahnya beberapa hukum syara' yang perlu dikenal dan diketahui. Hukum syara' atau hukum-hukum fiqh terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :
1. Hukum Taklifi
2. Hukum Wadi’e

Hukum Taklifi ialah hukum syar’ie yang mengandungi tuntutan (untuk dikerjakan atau ditinggalkan oleh para mukallaf) atau mengandungi pilihan antara yang dikerjakan dan yang ditinggalkan. Hukum Taklifi ini terbahagi kedalam lima bahagian iaitu : Ijab (wajib), Tahrim (haram), Nadb/Mandub (sunat), Karahah (makruh) dan Ibahah (harus).

A. WAJIB (Ijab)
Pada asasnya yang disebut sebagai wajib ialah segala perbuatan yang diberi pahala jika mengerjakannya dan diberi ancaman seksa (‘iqab) apabila meninggalkannya. Contoh, mengerjakan amalan dalam Rukun Islam yang lima seperti solat, puasa, zakat dan haji. Kewajiban ini terbahagi pula dalam beberapa bentuk, iaitu :

1) Dilihat dari segi waktu yang tersedia untuk menunaikannya, adakalanya wajib itu ditentukan waktunya, seperti solat lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadan dan adakalanya tidak ditentukan waktunya, seperti kifarah sumpah bagi orang yang melanggar sumpah. Wajib yang ditentukan waktunya terbahagi kepada dua :
1- Wajib Mutlaq, iaitu sesuatu pekerjaan yang dituntut oleh syara’ mengerjakannya, tetapi tidak dijelaskan waktu penyalesaiannya. Contoh, waktu pembayaran kafarah sumpah, hukumnya wajib, tetapi tidak dijelaskan waktu pembayarannya. Waktu pembayaran nazar, hukumnya wajib tetapi tidak dijelaskan waktunya.
2- Wajib Muwaqqat, iaitu sesuatu yang dituntut oleh syara’ mengerjakannya serta ditentukan waktu pelaksanaannya. Wajib Muwaqqat dalam pelaksanaannya, adakalanya dalam bentuk :

a. Muadda iaitu sesuatu kewajiban yang dilakukan oleh seseorang mukallaf tepat pada waktunya disertai dengan rukun dan syaratnya.
b. I’adah iaitu sesuatu kewajiban yang dilakukan oleh seseorang mukallaf pada waktu yang telah ditentukan, tetapi tidak sempurna, lantas diulagi lagi mengerjakannya pada batas waktu atau masih dalam waktu yang ditentukan. Contoh, seseorang telah bertayamum, kerana ketiadaan air, tetapi masih dalam waktu itu juga tiba-tiba menemukan air (hujan turun) maka dia berwudu' kembali dengan air, kemudian barulah solat.
c. Maqdli (Qadha') ialah apabila sesuatu kewajiban dilakukan diluar waktu yang telah ditentukan. Contoh, Solat Zohor dilakukan pada waktu Asar.

Bila dilihat dari segi sempit atau lapangnya waktu yang telah disediakan untuk mengerjakan wajib muwwaqat itu tadi, dapat dibezakannya pula kepada :
a. Wajib Mudhayyaq, waktu yang ditentukan untuk melaksanakan kewajiban itu sama banyak dengan waktu yang diperlukan untuk itu. Contoh, Bulan Ramadan untuk melaksanakan puasa Ramadan. Puasa itu sendiri menghabiskan seluruh hari pada bulan Ramadan tersebut.
b. Wajib Muwassa’, waktu yang tersedia lebih banyak dari pada waktu yang diperlukan untuk menjalankan kewajiban tersebut. Contoh, Solat Zohor. Waktu yang tersedia untuk solat tersebut jauh lebih panjang jika dibandingkan dengan waktu yang diguna untuk melaksanakan solat tersebut. Hal ini memberikan kemungkinan kepada mukallaf untuk menunaikan solatnya di sebarang waktu dalam batas waktu yang ditentukan, sama ada di awal waktu, di pertengahan atau di penghujung

Ust Kay, [23.02.15 15:27]
nya.

2) Dilihat dari segi tertentu atau tidak tertentunya perbuatan yang dituntut, wajib seperti ini dapat dibahagikan kepada dua :
a. Wajib Mu’ayyan, iaitu yang telah ditentukan jenis perbuatannya. Contoh, membaca Al-fatihah dalam solat.
b. Wajib Mukhayyar, iaitu yang boleh dipilih salah satu dari beberapa jenis perbuatan yang telah ditentukan. Contoh, kifarah sumpah yang memberi tiga pilihan alternatif, memberi makan 10 orang miskin, memberi pakaian 10 orang miskin atau memerdekakan seorang hamba.

3) Dilihat dari segi siapa saja yang harus memperbuatnya, wajib seperti ini terbahagi kepada dua :
a. Wajib ‘Aini, iaitu wajib yang dibebankan atas bahu setiap mukallaf. Contoh, mengerjakan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan dan sebagainya. Wajib ini disebut juga sebagai Fardhu ‘Ain.
b. Wajib Kifayah, iaitu kewajiban yang harus dilakukan oleh salah seorang anggota masyarakat tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila kewajiban itu telah ditunaikan oleh salah seorang di antara mereka, hilanglah tuntutan terhadap yang lainnya. Namun bila tidak ada seorangpun yang melakukannya, berdosalah semua anggota masyarakat tersebut. Contoh, mendirikan tempat badat seperti surau atau masjid, hospital, sekolah, menyelenggarakan solat jenazah dan seumpamanya. Wajib ini dikenali juga sebagai Fardhu Kifayah.

4) Dilihat dari segi kadar (kuantiti) pula, wajib seperti ini terbahagi kepada dua iaitu:
a. Wajib Muhaddad, iaitu kewajiban yang ditentukan kadar atau jumlahnya. Contoh, jumlah zakat yang mesti dikeluarkan, jumlah raka'at solat dan lain-lain.
b. Wajib Ghairu Muhaddad, iaitu kewajiban yang tidak ditentukan batas bilangannya. Contoh, membelanjakan harta fisabilillah (di jalan Allah), berjihad, tolong-menolong dan sebagainya mengikut kemampuannya.

B. HARAM (Tahrim)
Haram adalah segala perbuatan yang dilarang mengerjakannya. Orang yang melakukannya akan diseksa (‘iqab), dan yang meninggalkannya akan diberi pahala. Misalnya mencuri, membunuh, berzina dan lain-lain. Perbuatan ini disebut juga maksiat zahir, qabih.
Secara kasarnya haram ini dibahagikan kepada dua bentuk :
1) Haram Lizatih, iaitu haram kerana perbuatan itu sendiri, atau haram kerana zatnya. Haram seperti ini pada asasnya adalah haram yang memang diharamkan sejak awal. Contoh, haram membunuh, mencuri, berzina dan lain-lain lagi.
2) Haram Lighairih, iaitu haram kerana berkaitan dengan perbuatan lain, atau haram kerana adanya faktor lain yang datang kemudian. Contoh, berkahwin yang hukum asalnya adalah sunat menjadi haram apabila tiada kemampuan batin (mati pucuk) atau niat berkahwin untuk mendera isteri.

Begitu juga hukum bersanding yang Ust. Kay bincangkan dalam CCUK semalam. Memang hukum asalnya adalah mubah (harus) tetapi menjadi haram bila melibatkan amalan khurafat, tabarruj (bersolek berlebih-lebihan), menunjuk-nunjuk kecantikan (riya'), mendedahkan aurat, membazir dan perkara-perkara haram yang lain. Walaupun bersanding dibilik untuk keluarga terdekat sahaja, tetapi ramai yang akan mengambil gambarnya nanti dan disharekan pula untuk tatapan umum. Maka lebih selamat untuk ditinggalkan sahaja.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sebenarnya masih ramai lagi yang tidak memahami Hukum Taklifi secara lebih mendalam. Itu belum lagi Hukum Wad'ie. Buat yang wajib dan tinggalkan segala yang haram, cukup!. Esok CCUK akan sambung Hukum Taklifi C. SUNAT, D. MAKRUH dan E. HARUS pula. Insya Allah.
Wallahu a'lam - Wajib melaksanakan perintah Allah dan wajib juga meninggalkan segala larangan-Nya. Ukay's.

Ust Kay, [24.02.15 09:57]
buat kaedah "Asal segala sesuatu itu adalah mubah."

Imam Abi Ishaq As-Syatibi mengemukakan pembahagian mubah dari segi kedudukannya yang bersifat juz’i dan kulli :
1. Mubah bi al-juz’i al-matlub bi al-kulli’ala jihat ar-rujub. Iaitu hukum mubah yang secara umumnya boleh berubah menjadi wajib apabila dilihat dari keseluruhan atau kepentingan (maslahah) ummah secara keseluruhan. Contoh makan, minum dan berpakaian daripada kebuluran.
2. Mubah bi al-juz’i al-matlub bi al-kulli’ala jihat al-mandub. Iaitu hukum mubah secara juz’i berubah menjadi mandub apabila dilihat dari segi kulli. Misalnya dalam masalah makan dan minum melebihi keperluannya.
3. Mubah bi al-juz’i al-muharramah bi al-kulli. Iaitu mubah yang secara juz’i menjadi haram apabila dilihat dari segi kulli. Contoh, mencela anak sendiri dan sentiasa makan dengan makanan yang lazat-lazat sahaja.
4. Mubah bi al-juz’i al-makruh bi al-kulli. Iaitu hukum mubah boleh berubah menjadi makruh apabila dilihat dari akibat buruk perbuatan itu secara kulli. Contoh bernyanyi, menari dan seumpamanya

SIMPUL-SIMPULKAN :
Dari apa yang telah dibincangkan dalam CCUK semalam dan hari ini, jelaslah bahawa yang dituntut untuk dikerjakan itu ada dua jenis, iaitu Wajib dan Sunat, yang dituntut untuk ditinggalkan ada dua jenis juga, iaitu Haram dan Makruh. Satu lagi merupakan pilihan antara mengerjakan atau meninggalkannya iaitu yang Harus
Wallahu a'lam - Hukum merokok jatuh Hukum Syari'e yang mana satu ya? Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Sumbangan masih sangat diperlukan untuk Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran untuk pembelian Jam Waktu Solat, menaiktaraf anjung pondok dengan lantai jubin dan pembinaan Wakaf Rehat warga pondok.
MAYBANK ISLAMIC : 162133298848
BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [24.02.15 09:57]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.395) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Selasa, 5 Jamadil Awwal 1436H. HUKUM TAKLIFI KEPADA HAMBA MUKALLAF (2)

Tidak dikemas barang berselerak,
Barang harus disusun di atas para,
Hidup berkat berpandukan syarak,
Halal haram harus diambil kira.

Hukum syarak menurut istilah ulama usul adalah khithab (doktrin) syar’ie yang berhubungan dengan perbuatan mukallaf baik berupa tuntutan, pilihan, atau ketetapan. Adapun hukum syarak menurut istilah ahli fiqih adalah suatu pertimbangan amal yang mengikut ketetapan syar’ie seperti kewajiban, keharaman dan kebolehan. Seperti juga semalam, Hukum Taklifi ini adalah hukum yang menuntut pada setiap mukallaf untuk berbuat, untuk tidak berbuat atau menuntut untuk memilih antara berbuat atau pun tidak berbuat

CERAH-CERAHKAN:
Berikut adalah beberapa lagi Hukum Taklifi yang ada selain A. WAJIB dan B. HARAM yang telah dihuraikan dalam CCUK Bil.394 semalam :

C. SUNAT (Mandub)
Mandub adalah segala perbuatan yang dilakukan akan mendapatkan pahala, tetapi bila tidak dilakukan tidak akan dikenakan seksa, dosa (‘iqab). Biasanya mandub ini disebut juga nadb, sunat atau mustahab dan terbahagi kepada :
1. Sunat ‘Ain, iaitu segala perbuatan yang dianjurkan kepada setiap mukallaf untuk dikerjakan. Misalnya solat sunat rawatib.
2. Sunat Kifayah, iaitu segala perbuatan yang dianjurkan untuk diperbuat cukup oleh salah seorang saja dari suatu kelompok, contoh, mengucapkan salam, mendoakan orang yang bersin, dan seumpamanya lagi. Selain itu, sunat ini juga dibahagi menjadi :

1. Sunat Muakkad, iaitu perbuatan sunat yang sentiasa dikerjakan oleh Rasul atau lebih banyak dikerjakan oleh Rasul dari pada tidak dikerjakannya. Contoh, solat sunat Hari Raya.
2. Sunat Ghairu Muakkad, iaitu segala jenis perbuatan sunat yang tidak selalu dikerjakan Rasul, misalnya bersedekah pada para fakir miskin.
3. Sunat Al-Zaidah, iaitu suatu pekerjaan untuk mengikuti apa sahaja yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW. Sekiranya dikerjakan akan mendapat pahala, jika ditinggalkan tidak mendapat dosa dan tidak mendapat apa-apa celaanpun. Amalan seperti ini adalah berupa sikap dan tindak-tanduk Rasulullah SAW sebagai manusia biasa. Seperti cara tidur, cara makan atau cara berpakaian.

D. MAKRUH (Karahah)
Ialah perbuatan jika ditinggalkan akan mendapat pahala, jika dilakukan tidak mendapat dosa (‘iqab). Contoh memakan makanan yang berbau busuk seperti petai, bawang dan sebagainya sebelum ke masjid.

Pada umumnya ulama' membahagikan makruh kepada dua bahagian iaitu :
1. Makruh Tanzih, segala perbuatan yang jika ditinggalkan lebih baik daripada mengerjakannya. Contoh seperti yang telah disebutkan di atas.
2. Makruh Tahrim, iaitu segala perbuatan yang dilarang, tetapi dalil yang melarangnya itu zanni bukan qat’ie. Contoh, bermain catur, memakan kala jengking atau memakan daging ular (menurut Mazhab Hanafi dan Maliki).

E. MUBAH (Ibahah)
Mubah adalah segala perbuatan yang diberi kebebasan untuk memilihnya, melakukan atau tidak melakukan. Secara umum mubah ini disebut juga sebagai halal atau jaiz. Mubah terbahagi kepada tiga bahagian :

1. Perbuatan yang ditetapkan secara tegas kebolehannya oleh syara’ dan manusia diberi kebebasan untuk melakukan atau tidak melakukannya. Contoh, meminang wanita dengan lafaz sindiran yang baik (QS. Al-Baqarah : 235)
2. Perbuatan yang tidak ada dalil syara’ menyatakan kebolehan memilih, tetapi ada perintah untuk melakukannya. Perintah itu hanya dimaksudkan berdasarkan qarinah menunjukkan mubah atau pembolehannya sahaja bukan untuk wajib. Contoh, perintah untuk berburu ketika telah selesai melaksanakan ibadah haji. (QS. Al-Maidah : 2)
3. Perbuatan yang tidak ada keterangannya sama sekali dari syara’ tentang kebolehan atau tidak kebolehannya. Hal ini dikembalikan kepada hukum Al-Asliyah (menurut asalnya). Oleh sebab itu, segala perbuatan dalam bidang muamalah menurut asalnya adalah dibolehkan selama tidak ada dalil yang melarangnya. Untuk itu ulama usul fiqh mem

Ust Kay, [25.02.15 10:33]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.396) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Rabu, 6 Jamadil Awwal 1436H. HUKUM WADI'E DALAM HUKUM SYAR'IE

Asyik menggaru tempat yang gatal,
Nasi ditanak menjadi kerak,
Sebab, syarat, mani', sah dan batal,
Hukum Wadi'e dalam hukum syarak.

Bagi melengkapkan tasyrih (penghuraian) berkaitan hukum-hukum fiqh, sebagaimana yang telah dimaklumkan pada CCUK yang lalu bahawa hukum syara' ini terbahagi kepada dua iaitu Hukum Taklifi (wajib, haram, sunat, harus dan makruh) dan Hukum Wadi'e yang akan diperjelaskan dalam tulisan CCUK kali ini.

CERAH-CERAHKAN :
Hukum wad’ie ialah hukum yang meletakkan sebab atau syarat bagi sesuatu untuk mengharuskannya atau melarangnya dan ia merupakan sebab bagi musabbab. Di bawah hukum wadi'e ini terdapat 5 cabangnya iaitu :

1. Sebab
2. Syarat
3. Mani’
4. Sah
5. Batal

1. SEBAB :
Menurut jumhur usuliyyin 'Sebab' ialah sesuatu yang ada hukum di sisinya. Walau bagaimanapun, hukum tersebut tidak dihasilkan oleh 'Sebab' tetapi ada perkara lain yang sesuai (munasabah) bagi hukum ataupun tidak sesuai. Contoh 'Sebab' yang sesuai dengan hukum ialah mabuk (iskar). Mabuk atau iskar adalah menjadi 'Sebab' kepada pengharaman arak, kerana ia membawa kepada hilang akal dan kemudaratan.

'Sebab' terbahagi kepada 2 bahagian penting iaitu :
a. 'Sebab' yang tidak tertakluk dengan perbuatan orang yang mukkallaf dan bukan pula dengan kehendak sendiri. Contohnya tergelincir matahari menjadi 'Sebab' wajibnya Solat Zohor sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam al-Quranul Karim :

أقم الصلوة لدلوك الشمس

“Dirikanlah olehmu akan sembahyang ketika gelincir matahari." (QS Al-Isra' : 78)

b. 'Sebab' yang tertakluk dengan perbuatan orang yang mukallaf dan dengan kehendak sendiri. Contohnya seperti :
1- Membunuh dengan sengaja menjadi 'Sebab' wajib dikenakan hukuman Qisas iaitu bunuh balas bunuh ke atas orang yang membunuh.
2- Berjual-beli menjadi 'Sebab' seseorang itu memiliki sesuatu benda atau harta.
3- Talak menjadi 'Sebab' haram pergaulan bebas antara bekas suami dan isteri.

2. SYARAT :
Ialah suatu perkara yang diperlukan kewujudannya untuk sesuatu perkara yang lain dan ia tidak termasuk dari sebahagian sesuatu yang lain itu. Umpamanya wuduk, yakin masuk waktu solat dan mengadap kiblat, semuanya itu adalah 'Syarat' sah untuk solat sedangkan ia adalah diluar dari sembahyang itu. Begitu juga dengan kehadiran saksi perkahwinan. Kehadiran dua orang saksi dalam akad perkahwinan adalah menjadi 'Syarat' sah perkahwinan itu sedangkan ia adalah diluar perkahwinan tersebut.

3. MANI' (MENEGAH) :
Ialah sesuatu perkara yang 'Menegah' seseorang melakukan sesuatu perbuatan. Jika sekiranya perkara yang menegahkan itu ada, maka tidaklah boleh dilakukan sesuatu perbuatan itu. Contoh, ialah perempuan yang kedatangan haid atau nifas 'Menegah'nya untuk melaksanakan ibadat solat atau membaca Al-Quran.

4. SAH :
Ialah sesuatu perbuatan yang cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya mengikut perhitungan atau ketetapan syara’. Sama ada di dalam aspek peribadatan atau aqad munakahat dan mu’amalat. 'Sah' ibadat menurut ahli fiqh ialah berlakunya ibadah itu dengan cara menggugurkan tuntutan syara’ yang tidak perlu diqada’kan. Contohnya :

1) Mengerjakan solat dengan berwuduk beserta dengan tertibnya yang tertentu dan dikerjakan di dalam waktunya akan menggugurkan tuntutan qada’.
2) 'Sah' muamalat atau munakahat ialah harus mengambil manfaat sesuatu harta atau barangan yang sudah dijual-beli dengan ijab dan qabul yang telah diperakui oleh syara’.
3) Halal jima’ dengan seorang perempuan setelah 'Sah' akad nikah mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan.

5. BATAL :
Ialah sesuatu perbuatan yang merupakan ibadat atau aqad yang tidak lulus dari segi hukum syara’ atau sesuatu perbuatan yang tidak cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya mengikut perhitungan atau ketetapan syara’. Sama ada di dalam peribadatan atau aqad munakahat dan muamalat. Contoh 'Batal' pada peribadatan ialah mengerjakan solat tanpa wu

Ust Kay, [25.02.15 10:33]
duk atau tidak mengikut rukun, syarat dan peraturannya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Setelah kita mengetahui Hukum Taklifi dan Hukum Wadi'e dalam Hukum Syari'e, maka tinggal perlu kita patuhi sahaja aturan Allah SWT ini untuk kebaikan dan kebahagian hidup kita di dunia dan di akhirat. Zalimnya diri kita, setelah kita mengetahui hukum-hukum fiqh ini, sekiranya kita tetap melanggarnya dalam keadaan kita ada ilmu tentangnya. Inilah namanya manusia. Jom jihad menuntut ilmu sambil lalu dan 'bayar Tol' !
Wallahu a'lam - Manusia, orang Jawa sebut 'Menuso' menus-menus kakehen duso ! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) SEMENTARA STOK MASIH ADA, TERBITAN KARYA BESTARI KARANGKRAF.

Ust Kay, [26.02.15 11:42]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.397) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Hari Ampat, 7 Jamadil Awwal 1436H. BOLEH BAH KALAU KAU...

Kalau handak ambil madu labah,
Jangan kau ambil katika panas tarik,
Siuk bah kalau kau mangajar di Sabah,
Buminya cantik tsumandaknya manarik.

Harus kita sadari bahawa hidup di dunia ini hanyalah samantara sajak. Ada batas waktu yang telah ditantukan Allah dan jika habis suda waktunya, kita semua akan matik. Bagitu juga nikmat yang dikasikan sama Allah adalah bukan milik kita, hanya pinjaman sajak. Justaru, ngam-ngamlah kalau kita harus manjaga dan barsyukur atas 'pinjaman' ini sabaik mungkin bah... Karana suatu harik nanti, itu semua akan diambil balik sama Allah SWT.

CERAH-CERAHKAN :
Firman Allah SWT :

وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Dan kalau kau mauk kirak akan nikmat-nikmat Allah (yang dilimpahkannya kapada kau), indaklah kau dapat kirak satu persatu bah...; Sasungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS An-Nahl : 18)

Na uinaaa.... talampau banyak tuh kalau kita mahu ceritak nikmat pambarian dari Allah SWT, ndak tarkira bah... banyaknya. Mangkali kalu kau mau kirak ndak akan pandai abis bah... Ulamak mangkalumpukkan janis-janis nikmat itu manjadi limak :

1) Nikmat Fitriyah
Nikmat Fitriyah adalah nikmat yang ada pada diri kita sandiri bah... Misalnya Allah mambarikan kita hidup ini, tangan, kakik, wajah yang naa kacak gituh..., mata, talinga dan anggota tubuh yang sampurna. Ini wajib kita syukuri... naa kumpau bah kalau kita kufur pada nikmat pambarian Allah ini. Janganlah pula kita kacewa saandainya kita diberikan rupa yang biasak-biasak sajak. Syukurilah bahawa itu nikmat juga yang dibarikan oleh Allah SWT. Jangan kau lupa tu ar!

2) Nikmat Ikhtiyariyah.
Nikmat ini barupa nikmat yang kita parolehi atas usaha kita sandirik. Misalnya harta yang banyak, kadudukan yang tinggik, ilmu yang banyak, pangaruh yang basar, tanah dan lain-lain yang kita usahakan. Nikmat ini harus kita syukuri juga. Uinaa sadakah bah... harta yang kita miliki dan digunakan ka jalan yang diridhoi Allah...jangan mau makan sandiri sajak.

3) Nikmat Alamah.
Nikmat alam sekitar. Kita inda juga boleh hidup kalau Allah ndak mamberikan nikmat alamiah ini. Misalnya air, udarak, tanah dan lain-lain. Mari kita syukuri samua ini dangan manjaga alam ini dari rusak. Manjaga udara dari tarcamar, banyak-banyak mananam pokok dan lain-lain lagik bah...

Di Sabah cukup banyak sakali tampat-tampat alam sakitar yang masih cantik-cantik tarpalihara. Sepilok, Kundasang, Ranau dan sabagainya, cuacaknya uinaa... mimang sijuk bah. Kalau di Minanjung ndak da lagi tampat yang sijuk bagitu. Malah masa Ust. Kay barkhidmat di bumi bawah bayuh itu, kalau sajak mau pigi ka KK (Kota Kinabalu) dari Sandakan kadang-kadang tarnampak bah... Payau (Rusa) limpas jalanrayak... naa Payau baitu bukannya sapik !

4. Nikmat Diiniyah.
Nikmat Diiniyah adalah nikmat yang paling utama bah... iaitu nikmat baragama Islam. Nikmat Iman. Bayangkan kalau kau lahir-lahir sajak bukan dari rahim saorang muslimah? Naa... mungkin saat ini kau masih kafir bah... Maka syukurilah nikmat Din ini yang dibarikan Allah kepada kita dengan manjalankan parintah-parintah agama sarta manjauhi larangan Allah SWT.

5. Nikmat Ukhrawiyah.
Nikmat Ukhrowi adalah nikmat akhirat. Nikmat inilah yang akan kita petik nanti jika telah dihisab di 'Yaumil Mahsyar'. Nikmat ini targantung dari apa yang kita bikin di dunia duluk. Jika samua nikmat diatas yang kita tarima sudaa dan kita syukuri dangan baik, maka nikmat ukhrawi ini yang akan kita dapatkan dan rasakan jika nanti sudah di alam akhirat. Ya bah... ndak aku buyuk sama kau ! Parcayalah...

SIMPUL-SIMPULKAN :
Jangan kau tinguk basar kicil atau banyak sikitnya sasuatu nikmat itu sajak bah... Tapi tinguklah siapa yang kasi. Inda kau dibubut rasa barsalahkah kalau kau ndak barsyukur pada Allah? Tambirang sajak kalau kau bilang boleh hidup tanpa Allah... akun sajak bah... kita ni hamba-Nya. Boleh bah k

Ust Kay, [26.02.15 11:42]
alau kau, manjadi urang yang labih baik dan barsyukur... Ngamlah kalau kita bilang kalau ada lagik hamba-Nya yang ndak mau pandai barsyukur, mulau bah diurang ituh, batulkah?
Wallahu a'lam - Urang Sabah jangan marah bah... kalau kau bacak CCUK kali ini... Ustat Kay sayang bah sama urang Sabah. Uinaa 5 tahun aku di sana ar! Minat aku sama Kumpulan Zero sama Si Stacy tuh... mau ajak masuk Islam bah ! Ukay's.

Ust Kay, [27.02.15 16:48]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.398) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Jumaat, 8 Jamadil Awwal 1436H. PRO ULAMA vs ULAMA PRO

Berhari raya sampai baju kotor,
Basuh sekejap letak di jemuran,
Anak saya adalah seorang doktor,
Tapi doktor yang hafiz Al-Quran.

Al-Imam al-Mawardi meletakkan salah satu dari tujuh syarat untuk menjadi khalifah ialah: "Haruslah mempunyai kemampuan untuk menguruskan politik dan kemaslahatan rakyat jelata. Sekalipun dia bergelar ulama, tetapi tiada kemampuan dalam soal ini, dia dikira tidak layak untuk menjadi pemerintah."

CERAH-CERAHKAN :
Perbahasan sama ada ulama atau profesional yang lebih layak untuk menjadi ketua negara sebenarnya tidaklah perlu. Apa yang penting kita hendaklah jelas, apakah yang kita kehendaki daripada sebuah pemerintahan dan siyasah tersebut? Yang menjadi tumpuan tanggungjawab siyasah syariah adalah untuk mewujudkan keadilan dan kesejahteraan berdasarkan petunjuk wahyu Ilahi.

Dalam maksud untuk menggapai hasrat ini, seseorang pemerintah yang dibantu oleh ilmu pengetahuan adalah penting. Jika dia ulama yang mahir dalam politik serta mempunyai ketangkasan siyasah, tentulah itu yang terbaik. Namun sekiranya dia seorang ahli politik profesional yang mahir walaupun bukan ulama, dia boleh dibantu oleh para ulama yang mendokong untuk mencapai hasrat tersebut. Sebagaimana kehebatan dan kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh yang sentiasa didampingi penasihat agamanya yang bernama Syeikh Sulaiman.

Apa yang menjadi masalah adalah jika seseorang yang jahil atau tidak mahir pentadbiran dan siyasah tetapi tetap ingin menjadi pemerintah. Walaupun dia memakai gelaran ‘ulama’ mahupun professional. Justeru itu, Nabi SAW bersabda kepada sahabat baginda yang soleh dan warak Abu Zar al-Ghifari :

“Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (HR : Muslim).

Namun Khalid bin Al-Walid r.a. sekalipun Nabi SAW pernah menegur dan membantah beberapa tindakannya yang melanggar disiplin peperangan yang digariskan oleh baginda, tetap baginda pilih mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai 'Saifullah' (Pedang Allah) Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain, sekalipun mereka lebih berilmu dan dekat dengan Nabi SAW dibandingkan Khalid.

Al-Imam Ibn Taimiyyah dalam Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah menyebut : “Apabila dua orang, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, yang kuat dan berani -walaupun padanya ada kekurangan diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah.

Maka tanggungjawab umat Islam sekarang sepatutnya bukan lagi membincangkan ‘ulama’ atau ‘professional’ yang layak memerintah, tetapi melihat tanggungjawab jawatan tersebut dalam kerangka politik hari ini dan siapakah yang paling sesuai atau paling berkesan dalam mencapai matlamat sebuah negara yang adil dan dirahmati Allah. Isunya bukan isu gelaran, atau jenis pakaian, tetapi isu amanah dan kemampuan dalam mentadbir urus negara dan mensejahterakan kehidupan rakyat.

Saling perlu memerlukan antara satu sama lain begitu simbiosis hubungannya seperti 'Aur dengan tebing' atau seperti 'Isi dengan kuku'. Contoh, hukum potong tangan dijatuhkan oleh golongan ulama yang faqih syariah tetapi yang melaksanakannya perlu golongan profesional (doktor atau pakar perubatan) untuk cepat menghentikan pendarahan tersebut.

Kepimpinan ulama bukan istilah atau slogan juga bukan konsep untuk mewujudkan dikotomi atau monopoli sekaligus mendominasi pada semua peringkat kepimpinan. Sebaliknya kepimpinan ulama adalah konsep sebuah kepimpinan 'ilmu' dan 'pendokongnya yang berilmu' yang menepati kehendak

Ust Kay, [27.02.15 16:48]
Islam untuk memimpin perjuangan ini dengan benar dan pula menepati Manhaj Perjuangan Islam. Bukan konsep kepimpinan yang memisah atau meminggirkan mana-mana golongan lain yang ada dalam jamaah.

Tetapi mana-mana individu atau pihak yang meletakkan diri mereka, bertentangan dengan dasar dan matlamat perjuangan Islam yang didokong oleh ulama ini, hendaklah diluruskan agar ia kembali melandasi matlamat dan dasar perjuangan yang betul. Sama ada dari golongan ulama itu sendiri ataupun golongan profesional ataupun golongan pendokong yang sebenarnya lebih ramai jumlahnya, itu bukan persoalannya. Sikap sesetengah individu yang memesong diri dari dasar, matlamat, ilmu, amal, adab dan akhlak perjuangan Islam mesti dibetulkan kembali. Sementara kebiadaban dan kedegilan mempertahankan sikap yang salah itu pula mesti ditentang dan dibuang.

Begitu juga tolaklah individu atau mereka yang merosakkan jamaah, mereka yang membocorkan rahsia jamaah, mereka yang menikam jamaah dari belakang, mereka yang menabur fitnah dan tohmahan dalam jamaah, mereka yang mewujudkan 'jamaah' dalam jamaah, mereka yang melaga-lagakan pemimpin dan 1001 lagi salah laku yang mesti dicari, dikesan dan 'didelete' dari kamus perjuangan Islam.

Ada juga pihak yang ingin menafsirkan semula siapa ulama dan profesional. Iaitu dengan menggabungjalinkan kedua-dua golongan ini, seperti Doktor yang hafaz Quran juga ulama yang profesional, engineer yang boleh baca dan hurai Kitab Turath lama (kitab pondok) dan tafsir Al-Quran pula adalah merupakan profesional yang ulama.

Kini timbul semula isu ulama vs profesional. maka bermulalah semula perbandingan, pengkategorian dan pengasingan antara ulama dan profesional, walhal ulama itu sendiri adalah satu profesion iaitu ulama adalah profesional. Sama seperti orang Yahudi memecahkan golongan Auz dan Khazraj dengan mewujudkan jurang dengan mewujudkan pengkategorian seperti ini.

Sebab kepimpinan bukan milik sesiapa tetapi milik mereka yang layak. Nabi SAW berpesan, jika diserahkan urusan kepimpinan kepada mereka yang tidak berkelayakan, maka tunggulah kehancurannya :

إذا وسد الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة

"Apabila diserahkan urusan kepada mereka yang bukan ahlinya (bidangnya) maka tunggulah saat ketikanya (kegagalannya)!

Ringkasnya, kelayakan seseorang pemimpin mestilah berilmu, bertaqwa, beriman, amanah, kuat atau mampu melaksanakan tugas dengan baik tak kiralah sama ada dia seorang ulama yang profesional atau seorang profesional yang ulama.

Jelaslah di sini bahawa taa'rif seorang ulama' yang sebenarnya ialah, mereka yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan mendalami agama. Sekalipun asalnya mereka adalah seorang engineer, arkitek, doktor perubatan atau lainnya. Seorang yang profesional pula mereka yang mahir dalam ilmu Fardhu Kifayah kemudian ia mempelajari ilmu Fardhu Ain dan yang lainnya dengan tekun dan baik, mereka juga layak untuk digelar sebagai ulama.

Ada juga pendapat yang mengatakan ulama juga profesional jika perkataan profesional itu merujuk kepada kemahiran atau penguasaan bidang dan ilmu tertentu. Seperti ada orang profesional dalam bidang tafsir dan hadis, tajwid, dakwah dan seumpamanya lagi. Inilah profesional yang ulama (berilmu) atau mereka merupakan ulama yang profesional yang layak menjadi pemimpin dimana-mana pun posisi.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Cuma akhir-akhir zaman ini sukar untuk kita mencari orang yang mahir dalam semua perkara, justeru itu ia memerlukan kepimpinan yang kolektif (bersama). Tinggal lagi untuk menerajui kolektif tersebut mestilah yang menguasai ilmu Al-Quran dan Al-Hadis lantaran perjuangan ini berlandaskan kedua-dua sumber primer dan sekunder ini.
Wallahu a'lam - Ust. Kay Proton saja... Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Ust Kay, [28.02.15 21:07]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.399) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Sabtu, 9 Jamadil Awwal 1436H. SUNNAH OTAK !

Menonton filem drama bersiri,
Sambil minum kopi dan makan ubi,
Gunakan otak kanan dan otak kiri,
Aktifkan selalu ikut sunnah Nabi.

Pagi tadi, sebagai JU Guru Mursyid JPN Selangor Ust. Kay terlibat sebagai urusetia Program Multaqa' Perdana Guru Pendidikan Islam Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang diadakan di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Selangor bersama Ybhg. Ustaz Pahrol Muhamad Juoi. Beliau ada membincangkan perihal penggunaan otak kanan dan otak kiri. Menarik juga pembincangan tadi cuma Ust. Kay terlelap pula tadi... Bila terlelap rasanya Ust. Kay dah tak gunakan kedua-dua bahagian otak.

CERAH-CERAHKAN :
Menurut kajian Pakar, otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-dua belah otak manusia berfungsi secara bersilang yang mana otak kanan berfungsi terhadap tubuh bahagian kiri dan sebaliknya.

Bila otak kanan seseorang lebih dominan, maka orang tersebut cenderung menjadi kidal atau aktif dengan bahagian tubuh kiri. Kedua-dua belah otak sangat identik tapi berbeza fungsi. Masing-masing otak berperilaku berbeza. Otak adalah organ tubuh yang paling penting bagi kehidupan manusia. Jika manusia diibaratkan seperti sebuah komputer, otak adalah CPUnya.

Otak belahan kiri dan belahan kanan memiliki fungsi masing-masing. Berikut adalah fungsi masing-masing belahan otak:

OTAK KIRI
1. Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu.
2. Menganilisis secara terperinci.
3. Berfikir secara linear (pengelolaan).
4. Menguasai matematik.
5. Menggunakan logik.
6. Memahami bahasa.
7. Memahami lisan.
8. Peka kepada fakta.
9. Berfikir menggunakan perkataan.
10. Mengingat lirik lagu.

Otak kiri dicirikan dengan sifat-sifat yang berhubungan dengan kemampuan analisis, logik, urutan, objektif dan rasional. Dengan sifat-sifat ini, orang yang dominan menggunakan otak kiri cenderung memiliki pendekatan rasional terhadap kehidupan.

Orang yang dominan otak kiri akan lebih tertarik dengan angka, kata-kata atau simbol. Dengan cara berfikirnya yang logik dan rasional, individu dengan dominan otak kiri cenderung melakukan kemampuan analisa dengan baik. Misalnya dalam bidang teknik atau akauntan. Berpengalaman dalam perencanaan, dan orang ini jarang sekali melakukan persiapan di saat-saat terakhir.

OTAK KANAN
1. Mencari ilham.
2. Berfikir secara kreatif.
3. Berkaitan seni.
4. Menggunakan imaginasi.
5. Bersifat subjektif.
6. Retma (rentak/intonasi).
7. Memahami tanpa lisan.
8. Perasaan (emosi).
9. Berfikir menggunakan gambaran.
10. Menghayati irama lagu.

Sifat-sifat yang berkait dengan otak kanan adalah intuisi, subjektif, holistik (secara menyeluruh) dan sintesis. Dengan sifat-sifat ini, orang yang dominan dengan otak kanan cenderung lebih kreatif berbanding orang yang dominan otak kiri. Lebih cenderung menyukai aspek visual, sehingga orang-orang tersebut jarang menganalisis masalah secara terperinci.

Individu dengan dominan otak kanan cenderung lebih kreatif dan intuisi, baik di bidang seni yang kreatif, mahupun di bidang-bidang lainnya. Individu tersebut memiliki waktu yang tepat untuk mengutamakan hal-hal yang penting, kerana sebahagian besar keputusan yang dibuat pada saat terakhir.

Dari sudut lain, golongan yang menerima buku catatan amalnya dengan tangan kanan contohnya, sangat sinonim dengan orang-orang baik, taat kepada Allah Azza wa Jalla, dan memperoleh keselamatan, kebahagiaan, kenikmatan dan kejayaan di akhirat kelak. Betapa gembiranya mereka atas hasil catatannya yang baik, mereka mahu menunjukkannya kepada orang lain. Firman Allah SWT :

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاۤؤُمُ اقْرَءُواْ كِتَابِيَهْ.

“Adapun orang-orang yang diberikan Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): “Ambillah! Kamu bacalah Kitab amalku ini!” (QS Al-Haqqah : 19)

Sabda Nabi Muhammad SAW :

كانت يد رسول الله صلى الله علي

Ust Kay, [28.02.15 21:07]
ه وسلم اليمنى لطهوره وطعامه وكانت يده اليسرى لخلائه وما كان من أذى

“Bahawa tangan kanan Rasulullah SAW dipergunakan dalam bersuci dan makan. Adapun tangan kiri, digunakan untuk membersihkan bekas kotoran dari buang hajat dan perkara-perkara yang najis.” (HR : Abu Daud)

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata : “Disunnahkan menggunakan tangan kanan dalam perkara-perkara yang mengandungi segi kemuliaan. Dan sebaliknya, menggunakan tangan kiri dalam urusan yang mengandungi keburukan.”

Mendahulukan kanan sunnah bagi seluruh para nabi. Di dalam kitab-kitab Agama Samawi, penganut agama terdahulu mendahulukan kanan pada semua tindakannya. Indahnya! Bila kita dapat amalkan sunnah Nabi ini. Kita gunakan tangan kanan ketika menerima sesuatu, ketika menyikat rambut. Masuk ke rumah dengan kaki kanan, keluar rumah dengan kaki kiri. Masuk ke masjid dengan kaki kanan, keluar masjid dengan kaki kiri. Memakai baju atau seluar dengan dimulakan dari sebelah kanan, buka dari sebelah kiri. Masuk ke tandas dengan kaki kanan, keluar melangkah dengan kaki kiri dan sebagainya...

SIMPUL-SIMPULKAN :
Rupanya orang yang membiasakan memikir dan melaksanakan penggunaan kanan dan kiri mengikut sunnah Nabi ini akan mengaktifkan penggunaan kedua-dua bahagian otaknya. Iaitu otak kanan dan otak kiri, maka hikmahnya orang ini akan menjadi seseorang hebat dan cemerlang. Subhanallah !
Wallahu a'lam - Ukay suka makan otak-otak! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Ust Kay, [01.03.15 16:07]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.400) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Ahad, 10 Jamadil Awwal 1436H. DARI KANAN, CEPAT JALAN !

Yang jauh rasa ingin dekat,
Bila dah dekat hati rasa lega,
Ikut sunnah Nabi hidup berkat,
Mendapat pahala masuk syurga

Perbincangan CCUK hari ini lanjutan dari tajuk semalam berkaitan penggunaan otak kanan dan otak kiri serta kaitannya dengan mengutamakan penggunaan anggota sebelah kanan daripada sebelah kiri dalam melaksanakan apa-apa aktiviti harian. Contoh 'order' kawad. Ada unit beruniform yang telah transform dari beri arahan : "Dari kiri, cepat jalan!" kepada "Dari kanan, cepat jalan !" Alhamdulillah...

Imam Nawawi mengatakan : "Bahawa dalam riwayat digunakan lafaz ‘Mastato’a‘, iaitu Nabi SAW menyukai mendahulukan memulakan yang kanan semampu Baginda dalam setiap perkara. Ini isyarat bahawa Nabi SAW selalu berusaha keras mendahulukan yang kanan dalam setiap perkara yang baik." (Syarah Sahih Muslim)

CERAH-CERAHKAN :
Kata Imam Nawawi lagi : “Mendahulukan yang kanan adalah ketika melakukan sesuatu yang mulia (pekerjaan yang baik sahaja), iaitu ketika mengenakan pakaian, memakai seluar, kasut, masuk masjid, bersiwak, bercelak, memotong kuku, mencukur misai, menyikat rambut, mencabut bulu ketiak, memendekkan janggut, memberi salam dalam solat, mencuci anggota wudhu', keluar bilik mandi, makan, minum, bersalaman, mengusap Hajar Aswad dan seumpanya.

Tetapi sebaliknya perkara-perkara seperti masuk bilik mandi @ tandas, keluar dari masjid, membuang hingus, istinja’, membuka baju, seluar dan kasut serta perkara-perkara seperti itu disunnahkan untuk mendahulukan yang kiri. Terdapat banyak riwayat dan hadis mengenai penggunaan tangan kanan atau mendahulukan anggota tubuh sebelah kanan, di antaranya :

1. Bersuci
Daripada Aisyah r.anha, katanya:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِى شَأْنِهِ كُلِّهِ فِى نَعْلَيْهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ

“Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang sebelah kanan dalam segala urusan (perbuatan) seperti memakai sandal, bersikat, dan bersuci.” (HR : Bukhari dan Muslim)

2. Memakai Pakaian
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

إذا لبستم وإذا توضأتم فابدءوا بأيامنكم

“Jika kamu akan mengenakan pakaian dan berwudhu', mulakan dengan sebelah kanan kamu.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi)

3. Menyikat Rambut
Rambut Rasulullah SAQ kadang-kadang sampai ke cuping telinga. Kadang-kala rambut Baginda sampai mengenai bahu. Baginda selalu menitik-beratkan kebersihan dan keindahannya. Baginda menyikat dan meminyakinya sehingga nampak bersih dan kemas. Tidak kotor terkena debu atau menjadi sarang kutu hingga mengakibatkan rambut menjadi jijik dipandang gitu...

Dalam menyikat dan meminyak rambut, Baginda memulakannya dari sebelah kanan. Hal ini sesuai dengan kandungan hadis daripada Saidatina ‘Aisyah r.anha:

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعجبه التيمن وفي شأنه كله, في طهوره وترجله و تنعله

“Rasulullah SAW lebih suka menggunakan sebelah kanan dalam urusan-urusan baginda dalam bersuci, menyikat dan memakai sandal.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. Mencukur Rambut
Dari Anas r.anhu, bahawasanya Rasulullah SAW (dalam musim haji) pergi ke Mina. Kemudian Baginda melontar jumrah. Setelah itu, kembali ke tempat menginap di Mina dan menyembelih haiwan unta. Kemudian, Baginda berkata kepada tukang gunting ; “Ambil sini (dulu).” Baginda menunjuk bahagian kanan kepala dan diteruskan dengan bahagian kiri kepala." (Muttafaqun ‘alaih)

5. Makan Dan Minum
Menggunakan tangan kiri untuk makan dan minum termasuk kebiasaan makhluk terlaknat, syaitan. Kaum muslimin diperintahkan menjauhi perilaku dan langkah-langkah makhluk sumber keburukan itu.

Rasulullah SAW mengingatkan:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ

“Jika salah seorang dari kamu akan makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan

Ust Kay, [01.03.15 16:07]
tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)

6. Menyarung Selipar / Kasut.
Daripada Abu Hurairah r.a :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا انتعل أحدكم فليبدأ باليمين وإذا نزع فليبدأ بالشمال ….

Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. tetapi jika membukanya, yang kiri pula dibuka dahulu. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.” (Muttafaqun alaihi)

7. Memandikan Jenazah.
Disebutkan dalam riwayat, kaum wanita menghadiri pemandian jenazah puteri Rasulullah SAW Zainab, mereka mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri, kaki kanan daripada kaki kiri, sisi kanan berbanding sisi kiri, kerana Rasulullah SAW telah berpesan kepada mereka:

ابدأن بميامنها ….

“Mulakan dengan anggota-anggota badan sebelah kanan.” (Muttafaqun ‘alaih)

8. Memakai Jam Tangan.
Sebahagian orang pasti beranggapan, pemakaian jam tangan lebih baik di tangan kanan. Mereka bersandarkan alasan Rasulullah SAW menyukai sebelah kanan. Pendapat ini tidak sepenuhnya betul kerana Rasulullah SAW dahulu kadang-kala mengenakan cincin di tangan kiri dan mempunyai persamaan dengan pemakaian cincin. Memandang permasalahan ini sebagai longgar. Tiada pengutamaan pemakaiannya di tangan kanan mahupun tangan kiri. Ianya boleh sahaja dipakai di tangan kanan atau kiri, pakai kedua-dua belah tangan ataupun tak pakai langsung. No problemo !

SIMPUL-SIMPULKAN :
Seseorang Muslim telah mempunyai identiti diri yang mulia kerana segala tindak tanduknya berlandaskan pada Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad SAW. Baginda mengajak umat menuju kepada kesempurnaan adab. Tidak sepatutnya perkara-perkara seperti ini dipandang ringan sahaja kerana ianya sebahagian daripada kehidupan dan kesempurnaan Agama Islam itu sendiri.
Wallahu a'lam - Kenapa anda baca CCUK ini tidak dari kanan ke kiri ye? Ukay's.

TEMUI BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DAN USTAZ KAY SECARA LIVE DI EKSPO BUKU ISLAM 13 PUTRAJAYA. PADA 7 MAC 2015 4.00 - 5.00 PTG. DI DEWAN CEMPAKA SARI, KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA, PRESINT 3. (LIHAT PROMO AKHBAR SINAR HARIAN HARI INI DI MUKA SURAT 8)

Ust Kay, [02.03.15 15:11]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.401) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Isnin, 11 Jamadil Awwal 1436H. ABDUN YANG UBUDDIYAH

Adat meniaga harapkan laba,
Kepada Allah kita berserah,
Menepati fitrah seorang hamba,
Kepada Allah kita menyembah.

Ibadah berasal daripada perkataan Arab iaitu "Abada Allah, ya'budu, ibadatan wa ubudiatan" yang dari segi bahasa bererti : Menurut perintah Allah, tunduk dan menghinakan diri kepada-Nya.

Ibadah dari segi istilah boleh dilihat dari dua sudut. Sudut pertama dilihat dari segi zat ibadah iaitu : Segala perkara yang disukai dan diredhai Allah SWT sama ada perkataan atau perbuatan, zahir atau pun batin. Manakala sudut kedua dilihat dari segi peranan manusia iaitu : Taat kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala yang disuruh menurut cara Rasullullah SAW.

CERAH-CERAHKAN :
Sheikh Ibnu Taimiyah menyatakan ; “Ibadah asal maknanya kehinaan, tetapi ibadah yang diperintah Allah atau yang disyariatkan ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaan kepada-Nya."

At-Tabari pula menjelaskan, maksud ibadah iaitu khusu’ kepada-Nya, merendah diri dan tetap hati kepada-Nya. Sebagai kesimpulan ibadah bermaksud merangkumi segala perkara yang disukai Allah dan diredhai-Nya, sama ada keyakinan, sikap, perkataan, amal perbuatan, zahir atau batin. Dalam kata lain ibadah ialah segala aktiviti manusia yang zahir dan batin dalam mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya semata-mata dengan niat mencari keredhaan Allah. Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya." (QS Al-Baqarah : 172)

Ciri-ciri ibadah dalam Islam :
1. Ibadah hanya dikerjakan semata-mata kerana Allah. Al-Quran menitikberatkan bahawa ‘ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata-mata. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia." (QS Al-Isra’ : 23)

2. Perhubungan langsung di antara hamba dan Penciptanya. Ibadah di dalam Islam tidak berhajat adanya orang tengah sebagaimana yang terdapat pada setengah-setengah agama lain. Begitu juga tidak terdapat dalam Islam tokoh-tokoh tertentu yang menubuhkan satu lapisan tertentu yang dikenali dengan nama tokoh-tokoh agama yang menjadi orang-orang perantaraan antara orang ramai dengan Allah.

3. Melambangkan khudu’ (الخضوع) yang penuh dan ketaatan yang mutlak kepada Allah. Ibadah dalam Islam melambangkan khudu’ atau ketundukan seseorang sepenuhnya kepada Allah serta keta’atannya yang mutlak terhadap-Nya. Oleh itu dalam bidang ibadah khusus ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu ia dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasululullah SAW dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara’ dan sebagaimana yang telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Ruang lingkup ibadah di dalam Islam amat luas sekali. Ianya merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Menurut Dr. Yusof Al-Qardhawi, setiap apa yang dilakukan baik yang bersangkut dengan individu mahupun dengan masyarakat adalah ibadah sebenarnya selama mana ia memenuhi syarat-syarat tertentu :

1) Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam bersesuaian dengan hukum-hukum syara’ dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.
2) Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik bagi tujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umat seluruhnya.
3) Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW.
4) Ketika membuat amalan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara’ dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu serta tidak menindas atau me

Ust Kay, [02.03.15 15:11]
rampas hak orang.
5) Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat dan sebagainya dalam melaksanakan ibadah-ibadah umum.

Di dalam Islam ibadah boleh dilakukan di mana-mana sahaja kerana di mana sahaja seseorang itu berada, perhubungannya adalah terus kepada Allah. Islam menganggap seluruh bumi sebagai suci kecuali tempat-tempat yang najis dan kotor Itulah sebabnya Rasulullah SAW solat di mana-mana sahaja baginda berada, sama ada di tengah-tengah padang pasir atau di atas kenderaan Baginda.

A. Pembahagian secara Khusus dan Umum.
1. Ibadah Khusus : Ia adalah merupakan sekumpulan perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Islam dan juga seumpamanya seperti solat, puasa, zakat, haji, zikir dan sebagainya.
2. Ibadah Umum : Segala perkara atau pekerjaan selain dari yang tersebut di atas yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.

B. Pembahagian secara Badaniah, Maliah dan Qalbiah.
1. Ibadah Badaniah: Ibadah yang melibatkan penggunaan tubuh badan seperti sembahyang, menolong orang dalam kesusahan dan lain-lain.
2. Ibadah Maliyah : Ibadah berbentuk sumbangan harta benda seperti zakat, memberi sedekah, derma dan lain-lain.
3. Ibadah Qalbiyah: Ibadah yang terbit dari hati seperti sangka baik, ikhlas, tidak hasad dengki dan lain-lain.

C. Pembahagian secara Ijabiyah dan Salbiyah.
1. Ibadah Ijabiyah : Positif iaitu perintah untuk melakukan amalan tertentu.
2. Ibadah Salbiyah : Negatif iaitu perintah untuk meninggalkan sesuatu.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sesungguhnya ibadah di dalam Islam tidak hanya terbatas kepada saIat, zakat, puasa, haji. berzikir, berdoa dan beristighfar sebagaimana yang difahami oleh sesetengah golongan di kalangan umat Islam.
Wallahu a'lam - Buka 'Smaphone' pun boleh jadi ibadah bila 'read' dan 'sharing' CCUK ini, insya Allah ! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

TEMUI BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DAN USTAZ KAY SECARA LIVE DI EKSPO BUKU ISLAM 13, PUTRAJAYA. PADA 7 MAC 2015 4.00 - 5.00 PTG. DI DEWAN CEMPAKA SARI, KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA, PRESINT 3 PUTRAJAYA.

Ust Kay, [03.03.15 13:03]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.402) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Selasa, 12 Jamadil Awwal 1436H. BERJAYA KETIKA GAGAL DAN GAGAL KETIKA BERJAYA !

Makan tengahari berlaukkan ikan keli,
Kalau tak dapat tak lalu nak makan,
Ambik result SPM hati berdebar sekali,
Ibu dan ayah hanya mampu doakan.

Percayalah, kejayaan itu bukan sahaja nikmat malah ianya sebenarnya satu ujian. Allah nak lihat sejauh mana kita memanjatkan rasa syukur kepada-Nya atas nikmat kejayaan yang Dia berikan. Jikalau hubungan kita dengan Allah baik insya Allah kita akan gunakan nikmat itu dengan sebaik-baiknya seperti meneruskan pencarian ilmu lalu mencari kerjaya yang halal. Jika sebaliknya, akan menyebabkan timbulnya rasa bongkak dan sombong atas kejayaan itu.

CERAH-CERAHKAN :
Adalah menjadi fitrah manusia sentiasa mengharapkan kejayaan, berusaha mendapatkan kemenangan dan berjuang untuk meraih kedudukan lebih baik dalam hidupnya. Manusia sanggup menghadapi rintangan dan kepayahan demi mencapai kejayaan. Apatah lagi kejayaan yang diraih itu mengandungi keberkatan daripada Allah Yang Maha Berjaya.

Kegembiraan dan kejayaan ini perlu dikongsi bersama-sama oleh ahli keluarga, sahabat handai ataupun sanak-saudara. Selalunya akan lahirlah usaha-usaha untuk meraikan ataupun merayakan kejayaan tersebut. Pelbagai cara dilakukan untuk merayakan dan melahirkan rasa kegembiraan ini. Selalunya tindakan spontan dalam melahirkan rasa kegembiraan ini banyak dipengaruhi oleh suasana sekitar tanpa berfikir panjang.

Sebenarnya Islam sebagai Ad- Din 'Islam Is The Way Of Life', yang penuh dengan peradaban dan tatasusila telah memandu umatnya dengan cara yang sesuai dan diredhai oleh Allah SWT dalam kita merayakan kejayaan, iaitu dengan meletakkan Allah sebagai matlamat hidup kita yang mempengaruhi hati dan sanubari untuk tunduk sujud kepada Allah.

Sebagai umat Islam, adab apabila kita menerima sesuatu kejayaan adalah dengan memanjatkan rasa kesyukuran hanya kepada-Nya. Sekiranya kita diuji dengan kegagalan pula adabnya ialah sabar dan redha dengan ketentuan-Nya. Sebagai manusia, kita memang takkan terlepas daripada menghadapi ujian kegagalan seperti gagal membanggakan ibu bapa terhadap keputusan SPM hari ini.

Apabila kita sedang menuju kejayaan, kita akan mula mendapat kejayaan-kejayaan kecil. Kejayaan-kejayaan kecil ini jika tidak diberi perhatian yang betul akan membuat kita lupa dan bangga diri. Kita mula rasa kita lebih pandai daripada orang lain. Kita mula rasa kita yang paling hebat. Lebih menyedihkan, kita mula memandang rendah kepada orang-orang yang selama ini kita hormat kerana kita rasa kita lebih hebat daripada mereka.

Apa yang bahaya di sini ialah, apabila kita mula rasa kita lebih pandai, kita akan mula berhenti belajar. Apabila kita mula memandang rendah pada kebolehan orang lain, kita mula leka dan tidak sedar akan kelebihan mereka. Orang-orang yang kita pandang rendah ini juga akan sedar bahawa kita sedang memandang rendah kepada mereka dan mereka mula hilang rasa hormat kepada kita. Jadi, kita tidak akan dapat belajar apa-apa atau mendapat pertolongan apa-apa daripada mereka.

Apa yang penting ialah, pastikan kejayaan tidak membuat kita lupa dan leka. Pastikan kejayaan tidak membuat kita besar kepala dan lupa dari mana kita bermula. Lebih penting lagi, jangan risau jika asyik temui kegagalan kerana kegagalan adalah guru yang terbaik kita.

Ada yang anggap gagal ni adalah penangguhan sesuatu kejayaan malah ada juga yang menganggap gagal ini adalah jalan menuju lorong kegelapan. Apabila menghadapi kegagalan, memang normal kita berasa kegelapan menerpa diri, perasaan takut, sedih dan hampa menyerbu perasaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sukar kerana telah menghampakan orang-orang sekelilingnya terutama ibu bapa. Firman Allah SWT :

"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf : 87)

Allah bagi kegagalan bukan kerana mem

Ust Kay, [03.03.15 13:03]
benci hamba-Nya tetapi Allah kasihkan hamba-Nya. Semoga dengan ujian kegagalan yang Allah turunkan, kita menjadi seorang yang lebih tabah dan menjadi lebih kuat berusaha.Ujian ini juga boleh dinggap sebagai latihan awal dalam menghadapi kegagalan yang lebih rumit di masa depan seperti ketika berkerjaya dan setelah berumahtangga. Ujian ini membantu hati kita untuk menjadi lebih cekal agar dapat menerima kegagalan pada suatu masa kelak.

1. Kegagalan bukan bererti aku orang gagal, itu hanya bererti aku belum berhasil.
2. Kegagalan bukan bererti aku tidak mencapai apapun, itu hanya bererti aku sudah mempelajari sesuatu.
3. Kegagalan bukan bererti aku orang bodoh,itu hanya bererti aku punya keyakinan untuk mencuba.
4. Kegagalan bukan bererti aku medapat malu, itu hanya bererti aku berani berusaha.
5. Kegagalan bukan bererti aku harus menyerah kalah, itu hanya bererti aku harus berusaha lebih keras lagi.
6. Kegagalan bukan bererti aku tidak akan berhasil, itu hanya bererti aku perlu kesabaran lebih banyak lagi.
7. Kegagalan bukan bererti Tuhan telah meninggalkanku, itu hanya bererti Dia memiliki gagasan yang jauh lebih baik.
8. Kegagalan bukan bererti aku tidak mendapat apa yang aku inginkan, itu hanya bererti aku harus melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza untuk memilikinya.

SIMPUL-SIIMPULKAN :
Semoga kita dijauhkan Allah daripada sifat sombong bila diuji dengan kejayaan. Dan janganlah kita lupa pula akan Rahmat Tuhan saat kita diuji dengan kegagalan.
Wallahu a'lam - Tatkala akhir dari tujuan tidak menjadi milik anda, hanya keikhlasanlah yang menolong pedihnya jiwa. Tatkala kegagalan terus membayangi langkah kita, pasrahkanlah segalanya pada Sang Maha Bijaksana. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Ust Kay, [04.03.15 16:44]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.403) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Rabu, 13 Jamadil Awwal 1436H. AKHLAK MAKHLUK KHALIQ

Hidup berkeluarga dengan bahagia,
Hadapi cabaran dengan cekal,
Hidup tanpa amalkan akhlak mulia,
Lebih hina dari haiwan tak berakal.

Di antara hubungan antara Makhluk (yang dicipta) khususnya makhluk yang bernama manusia dengan Khaliq (pencipta) di tengah-tengahnya harus ada 'Akhlak'. Begitu juga di antara Makhluk sesama Makhluk di tengah-tengahnya juga harus ada 'Akhlak'. Jadi, apakah dia 'Akhlak' itu?

CERAH-CERAHKAN :
'Akhlak' dari segi bahasa, berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama' daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bererti sebahagian agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah :

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيم

"Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia." (QS Al-Qalam : 4)

'Akhlak' menurut istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali rhm. mengatakan: "Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk."

Antara ciri-ciri akhlak Islamiyyah ialah :
1- Bersifat mutlak dan menyeluruh. Tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.
2- Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan. Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah merangkumi semua aspek kemanusiaan.
3- Bersifat sederhana dan seimbang. Tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.
4- Mencakupi suruhan dan larangan. Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut.
5- Bersih dalam perlaksanaan. Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islamiyyah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh syariah Islam.
6- Keseimbangan. Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara rohaniyyah, jasmaniyyah dan aqliyyah, antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabi'i manusia itu sendiri.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Akhlak dalam kehidupan manusia meliputi aktiviti berfikir, bercakap, bertindak, mendengar, menghidu, merasa, menulis dan sebagainya. Bukan sekadar ketika berkomunikasi atau bersosial sesama manusia tetapi dalam aspek berhubungan dengan alam sekitar juga harus ada akhlaknya.
Wallahu a'lam - Moral sebahagian daripada akhlak, tetapi akhlak lebih hebat daripada moral. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) BERSAMA USTAZ KAY SECARA LIVE DI EKSPO BUKU ISLAM 13, PUTRAJAYA. PADA 7 MAC 2015 4.00 - 5.00 PTG. DI DEWAN CEMPAKA SARI, KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA, PRESINT 3 PUTRAJAYA.

Ust Kay, [05.03.15 16:58]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.404) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Khamis, 14 Jamadil Awwal 1436H. ANTARA AHAM DAN MUHIM !

Kuih bahulu sedap dimakan,
Bersama Mama dan juga rakan,
Yang dahulu eloklah didahulukan,
Dan yang utama perlulah diutamakan.

Setiap muslim yang mampu memahami dengan baik ketiga-tiga unsur penting dalam Islam iaitu Akidah, Ibadah dan Akhlak serta mengamalkannya pula dengan baik dan ikhlas, pasti ia akan dapat mencapai maqam kesempurnaan dan kebahagiaan abadi yang sejati. Jika ia meninggalkan walaupun hanya salah satu daripadanya saja, maka ia pasti akan mengalami kegagalan.

CERAH-CERAHKAN :
Begitulah para nabi Allah dalam menghadapi cabaran dan permasalahan dalam dakwah mereka. Salah satu faktor kejayaan mereka adalah kerana kearifan mereka dalam menentukan keutamaan (priority). 'Taqdimul aham minal muhim' iaitu mendahulukan yang paling penting dari yang penting.

Dalam masalah rumahtangga contohnya, seorang isteri sama sekali tidak bertanggung jawab dalam soal pemberian nafkah keluarga dan biaya-biaya lain yang harus dikeluarkan. Meskipun begitu, kadang kala atas keperluan yang mendesak seperti pendapatan suami yang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga maka si isteri diperlukan juga untuk sama-sama membantu. Di sinilah signifikannya meletakkan tazahum yang lebih penting (aham) harus diutamakankan dari penting (muhim) yang lainnya.

Lihat pula perpecahan yang sedang berlaku sesama kita. Jika benar matlamat masing-masing adalah benar dan suci, marilah kita kembali mengingati bahawa kita adalah dari jamaah yang sama, warna 'baju' yang sama, perlembagaan kita al-Quran dan Sunnah yang sama. Jadi mengapa kita perlu terus benci-membenci sesama kita, mengapa kita perlu dedah-mendedah sesama kita dan mengapa kita serang-menyerang sesama kita. Sedangkan musuh sedang bertepuk tangan.

Hari ini kalau kita 'singgah' ke grup WhatsApp atau Telegram jamaah Islam, seolah-olah kita berada dalam grup bukan jamaah Islam. Seolah-olah tak akan dan tak boleh untuk bersatu semula pada masa hadapan dan pada bila-bila masapun. Serangan antara satu sama lain seolah-olah mereka adalah pihak lawan yang aham untuk dimusuhi dari muhim musuh yang sebenar. Seolah-olah lupa mereka masih ahli jamaah yang sama, membencinya melebihi kebencian kepada pihak lawan. Bukan meramaikan jamaah malah mengurangkannya.

Sekiranya kita 'mampir' ke grup dakwah pula, seolah-olah 'Agama Islam' ini ada dua, tiga ataupun lebih dari itu. Satu pihak merasakan lebih Islam dari yang lain sehingga satu pihak yang lain kelihatan tidak Islam atau kurang Islamnya. Seolah-olah kiblat kita lain-lain dan seolah-olah ada Mekah dan Madinah yang lain juga. Sedangkan kalau kita pergi haji, kita akan pergi ke tempat yang sama dan bermakmumkan imam yang sama. Kalimah-kalimah seperti wahabi, salafi, bid'ah, kenduri tahlil, talkin, qunut dan sebagainya menjadi wirid menggantikan kalimah tasbih, tahmid, takbir dan tahlil yang lebih utama.

Buangkanlah rasa kita lebih bagus dari orang lain kerana `Izzah itu hanyalah milik Allah SWT, para nabi dan orang beriman yang merendah diri sesama mukmin. Ketahuilah bahawa perasaan takabbur, riya' dan ujub itulah yang merosakkan hati kita tak kiralah sama ada kita dari golongan ulama', profesional atau aktivis sahaja. Jangan mendakwa lebih sayangkan jamaah dari orang lain, lebih banyak menyumbang pada jamaah dari yang lain dan sebagainya. Berlapang dadalah demi maslahah jamaah yang 'aham' daripada yang 'muhim' lainnya. Ketahuilah musuh-musuh kita sedang bersatu untuk tidak menyatukan kita.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Konsep 'Taqdimul aham minal muhim' adalah sebahagian daripada kefahaman yang mendalam untuk memilih keutamaan (Fiqh al-Aulawiyat). Memahaminya memudahkan kita untuk membuat pilihan dan tindakan yang betul. Wallahu a'lam - Satukanlah kami kembali Wahai Yang Maha Menyatukan !. Ukay's.

Ust Kay, [06.03.15 16:00]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.405) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Jumaat, 15 Jamadil Awwal 1436H. SIFAT-SIFAT HATI

Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku,
Sakitnya tuh di sini banyaknya dosaku,
Sakitnya tuh di sini menjadi gelap hatiku,
Sakitnya tuh di sini terhijab iman di hatiku.

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati." (Bukhari dan Muslim)

CERAH-CERAHKAN :
Secara umumnya hati atau jiwa manusia itu memiliki sifat-sifatnya yang tertentu :

1- Qalbun Salim (Hati yang sejahtera)
Iaitu hati yang akan membawa tuan badannya ke jalan selamat di mana kemurniaan ubudiyahnya meletakkan seluruh aktiviti kehidupan hanya untuk Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya :

 يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ. إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

"Pada hari itu tidak memberi manfaat harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera." (QS As-Syu'ara : 88-89)

Hati yang baik di dalam ayat di atas bermaksud orang yang meninggal dunia dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Akhir kehidupannya dapat mengucap dua kalimah syahadah. Kehidupan mereka di akhirat nanti akan mendapat kebahagiaan dan keredhaan Allah SWT. Itulah kesudahan bagi mereka yang memiliki hati yang baik. Ya Allah anugerahkan lah kami hati yang sejahtera, hati yang baik yang dapat memimpin kami ke jalan yang yang Engkau redhai.

Antara lapan ciri-ciri hati 'Qalbun Salim' ini :
1. Sentiasa mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan, ketika berdiri, duduk mahupun ketika berbaring, lidahnya sentiasa basah mengingati Allah SWT.
2. Sentiasa membaca al-Quran dan mentadabburkan makna-maknanya.
3. Sentiasa peka dengan kewajipan-kewajipan yang ditaklifkan serta menunaikannya dengan cara yang paling sempurna.
4. Sentiasa berhati-hati terhadap larangan-larangan agama dan menjauhkannya.
5. Sentiasa bermuhasabah diri dan segera bertaubat kepada Allah SWT.
6. Sentiasa berperibadian dengan akhlak yang mulia.
7. Sentiasa berbaik sangka dan menjauhkan dari berburuk sangka, hasad dengki dan semua sifat-sifat mazmumah dalam hati.
8. Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan redha dengan ketetapan Ilahi.

2- Qalbun Maridh (Hati yang sakit)
Iaitu hati yang masih lagi memiliki nur keimanan tetapi berada dalam keadaan yang samar kerana tidak berupaya berhadapan dengan desakan hawa nafsu. Hati orang yang taat terhadap perintah-perintah Allah tetapi kadangkala juga berbuat maksiat. Namun kadang kala salah satu di antara keduanya saling berusaha untuk mengalahkannya.

Hati jenis ini mencintai Allah, beriman kepada-Nya beribadah kepada-Nya dengan ikhlas dan tawakkal kepada-Nya, itu semua selalu dilakukannya tetapi ia juga mencintai nafsu syahwat dan kadang-kadang sangat menguasai hatinya serta berusaha untuk mendapatkannya.

3- Qalbun Mayyit (Hati yang mati)
Iaitu hati yang akan membawa tuannya ke arah kebinasaan dengan menjerumuskannya ke dalam tuntutan nafsu syahwat yang penuh kejahilan sehingga lupa kepada Allah SWT selaku khaliqnya.

Hati yang tidak mengenal dengan Rabbnya. Tidak melakukan ibadah sesuai dengan apa yang perintahkan-Nya. Bahkan selalu memperturutkan nafsu dan syahwatnya serta kenikmatan dan hingar bingarnya dunia semata-mata. Walaupun ia tahu bahawa itu amatlah dimurkai oleh Allah dan dibenci-Nya. Ia tidak pernah peduli tatkala memuaskan diri dengan nafsu syahwatnya itu diredhai atau dimurkai Allah SWT.

Ciri-ciri orang yang berhati 'Qalbun Mayyit' :
1) Apabila ia menghambakan diri, ia akan menghambakan dirinya kepada selain Allah.
2) Apabila ia mencintai maka cintanya kerana nafsunya.
3) Apabila ia membenci maka bencinya kerana nafsunya.
4) Apabila ia memberi sekalipun, itu kerana nafsunya.
5) Apabila ia menolak pula maka tolakannya juga atas dasar nafsunya.

Maka nafsunya sangat berperanan dalam dirinya dan lebih ia cintai daripada redha Allah SWT. Orang yang demikian menjadikan hawa nafsu s

Ust Kay, [06.03.15 16:00]
ebagai imamnya, syahwat sebagai komandannya, kebodohan menjadi 'driver'nya dan kelalaian sebagai tunggangan dan kenderaannya. Fikirannya hanya untuk mendapatkan dunia yang menipu ini dan telah dimabukkan oleh nafsu serakahnya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Hati dengan anggota badan yang lainnya adalah ibarat seorang raja dengan seluruh bala tentera dan rakyatnya yang semuanya tunduk di bawah kekuasaan dan perintahnya. Serta bekerja sesuai dengan apa yang dikehendakinya. Perkembangan jiwa dan watak manusia mempunyai hubungan rapat dengan kedudukan dan sifat-sifat hati (Qalbu) yang dimilikinya.
Wallahu a'lam - Satu lagi 'Qalbu Malami' iaitu hati yang suka pergi 'Kelab Malam' kata Tan Sri P. Ramlee. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Sumbangan masih sangat diperlukan untuk Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran. MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [07.03.15 12:03]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.406) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Sabtu, 16 Jamadil Awwal 1436H. BUKU OH BUKU !

Pergi ke kedai membeli jamu,
Kedai tak tutup tapi buka,
Cinta buku bertambah ilmu,
Teman setia suka dan duka.

Ada seorang lelaki mengadu kepada Imam Ahmad bin Hanbal tentang perasaannya yang sedih dan kesepian, lalu Imam Ahmad berkata kepada sahabatnya : "Ambil buku lalu baca!"

CERAH-CERAHKAN :
Pernah suatu ketika, para sahabat Abdullah bin Mubarak berkata kepadanya : "Kenapa kamu tidak mahu duduk dan berkumpul dengan kami?" Lalu dia berkata kepada mereka : "Saya lebih senang duduk dan berkumpul bersama Baginda SAW dan para sahabat (iaitu lebih senang bersama buku-bukunya), kerana setiap kali berkumpul di dalam majlis, kamu selalu mengumpat dan membicarakan orang lain."

Sesungguhnya bersahabat dengan buku-buku tidak akan menyakitkan, tidak akan khianati kita malah ia merupakan teman yang sangat setia. Pada saat-saat yang panjang, buku menanamkan air mata yang banyak berkilauan, terpancar daripadanya sungai-sungai hikmah terbelah, lalu keluar daripadanya air bayan, turun daripadanya khazanah-khazanah kecerdikan dan mutiara-mutiara kebijaksanaan.

Maka buku-buku adalah pintu gerbang agama dan nikmat pendidikan asal, bagi akal yang waras. Kitab tidak mempunyai sifat untuk mengumpat, riak, hasad dan takbur, kitab tidak mempunyai perasaan bosan, jemu, muak dan kebencian. Kitab mengandungi hikmat yang terang benderang, pengajaran yang cemerlang, ungkapan yang fasih, metod yang betul, pandangan yang segar, khabar yang terpilih dan eksperimen yang hidup.

Contoh ulama-ulama yang 'giler' dengan buku :
1- Abdullah bin al-Amri berkata : "Tidak ada sesuatu yang lebih bermanfaat daripada buku."
2- Al-Ma'mun berkata : "Tidak ada sesuatu yang lebih mengasyikkan dari berjalan-jalan di alam fikiran orang-orang berilmu."
3- Al-Jahiz berkata : "Buku adalah sebaik-baik kawan penghibur tatkala kesepian dan sebaik-baik kawan di kala menyendiri."
4- Dr. Aidh al-Qarni berkata : "Antara buku-buku yang akan cepat mati adalah buku-buku pemikiran yang hanya bersifat karangan belaka, di dalamnya tidak tercantum nas-nas agama, penukilan, analisa mahupun pendalaman suatu bidang.
5- Ibnu Al-Jauzi tidak pernah kenyang membaca buku. Jika menemukan buku yang belum pernah beliau lihat, maka seolah mendapatkan harta karun. Beliau pernah melihat katalog buku-buku wakaf di madrasah An-Nidhamiyah yang terdiri dari 6.000 jilid buku. Juga pernah melihat katalog buku Abu Hanifah, Al-Hamaidi, Abdul Wahihab bin Nashir dan yang terakhir Abu Muhammad bin Khasysyab.
6- Abul Qa’qa Muhammad bin Shalih menyatakan dalam bukunya Kaifa Tatahammas Li Thalabil ‘Ilmisy Syar’ie: Imam An-Nawawi ketika menulis biografi Imam Abdul Ghafir bin Muhammad Al-Farisi, telah berkata: “Al-Hafiz Al-Hasan As-Samarqandi membaca Sahih Muslim lebih daripada 30 kali. Dan Abu Sa’id Al-Buhairi membaca Sahih Muslim di hadapannya lebih daripada 20 kali.”
7- Abu Bakar Al-Abhari, telah membaca kitab Mukhtasar Ibnu Abi Hakam sebanyak 500 kali, As-Asadiyah sebanyak 75 kali, Mukhtasar Al-Barqi sebanyak 70 kali, Al-Mabsuth sebanyak 70 kali dan Al-Muwaththa' karya Imam Malik sebanyak 45 kali.
8- Dr. ‘Aid Abdullah Al-Qarni menyatakan dalam kitabnya Miftahun Najah yang telah diterjemahkan dengan tajuk Kunci Kejayaan Minda, seorang alim daripada Andalusia telah mengkhatamkan bacaan Sahih Bukhari sebanyak 700 kali dan anak murid Imam Asy-Syafi’e, iaitu Al-Muzani telah mengkhatamkan bacaan kitab Ar-Risalah karya gurunya itu sebanyak 500 kali!

Dr. Aidh al-Qarni menyeru supaya membaca dan merenungi riwayat hidup para sahabat, tabiin, para ulama besar dan orang soleh. Ini kerana hal sedemikian dapat menjadikan hati seseorang lembut dan tidak keras.

Amat baik kita meneruskan aktiviti membaca kerana terlalu banyak faedah dan manfaatnya. Dinukilkan di sini, pendapat Dr. Aidh al-Qarni melalui bukunya 'Beginilah Zaman Memotivasikan Kita.' Antara lain, beliau berkata hikmah membaca buku antaranya :
1) Dapat menambah i

Ust Kay, [07.03.15 12:03]
lmu, wawasan dan meluaskan lagi pemikiran seseorang.
2) Dapat merenungi pelbagai permasalahan dan pengalaman yang nampak dan yang tidak.
3) Dapat mengemukakan pelbagai hal yang menarik dan menakjubkan.
4) Dapat mengetahui pelbagai pengalaman, kejadian dan musibah yang menimpa umat.
5) Dapat mengetahui abad-abad yang telah lalu seolah-olah digulung di hadapan kita.

Francis Bacon berkata : "Sedikit ilmu malah memungkinkan dapat membuat anda menjadi orang yang ateis, dan jika anda mahu memperdalam ilmu, maka anda akan beriman kepada Tuhan.

SIMPUL-SIMPUKAN :
Sesiapa yang telah merasakan nikmatnya uzlah (menyendiri) bersama buku-buku yang bermanfaat, maka ia tidak akan menginginkan pengganti yang lain, sekalipun ia berupa kerajaan Kisra dan Kaisar. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) BERSAMA USTAZ KAY SECARA LIVE DI EKSPO BUKU ISLAM 13, PUTRAJAYA. PADA HARI INI, 7 MAC 2015 4.00 - 5.00 PTG. DI DEWAN CEMPAKA SARI, KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA, PRESINT 3 PUTRAJAYA.

Ust Kay, [08.03.15 19:03]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.407) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Ahad, 17 Jamadil Awwal 1436H. ADAB ISTIMA'

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa,
Orang berbicara kita dengarkan saja,
Orang beradab dapat pahala.

Adab Istima' (Adab Mendengar) adalah sebahagian daripada kemahiran berkomunikasi yang perlu diketahui selain daripada Adab Berbicara dan Diam yang telah Ust. Kay sentuh pada CCUK yang lalu.

CERAH-CERAHKAN :
Di antara kemahiran mendengar dalam Islam ialah :
1. Mendengar dengan diam sehingga ucapan tidak bercampur baur dan sukar difahami.
Allah berfirman : "Dan apabila dibacakan Al Quran maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapatkan rahmat. (QS. Al-A’raf : 204)

2. Mendengar dengan tidak memotong ucapan orang lain kerana tergesa-gesa atau ingin menguasai majlis. Sehingga keinginan Rasulullah SAW untuk segera menghafal Qur’an, dilarang oleh Allah dalam firman-Nya : "Dan jangalah kamu menggerakkan lidahmu untuk membaca Al Quran kerana kamu hendak cepat-cepat menguasainya. (QS. Al-Qiyamah : 16)

3. Mendengar dengan menghadapkan wajah kepada pembicara dan tidak berpaling darinya atau membuat orang lain berpaling darinya. Meskipun ucapannya kurang menarik ataupun bahasanya kurang indah dan kurang lancar.
Rasulullah SAW bersabda :

لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ اْلمَعْرُوْفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلِقٍ . رواه مسلم

Janganlah kamu meremehkan suatu kebajikan, meskipun sekadar wajah berseri ketika engkau bertemu saudaramu. (HR : Muslim)

4. Mendengar dengan tidak menampakkan sikap berbeza pendapat di atas ucapan orang lain. Meskipun kita sudah lebih tahu, selama pembicara tidak bersalah dalam berbicara. Rasulullah SAW pernah meminta Ibnu Mas’ud ra. untuk membacakan Al-Quran kepadanya, maka ia menjawab : “Aku membaca untuk Anda padahal ia turun kepada Anda?” Baginda menjawab : "Aku sungguh senang mendengar Al-Quran itu dari orang lain." Imam Ahmad bin Hambal pernah mendengarkan nasihat Al-Muhasibi, sehingga beliau memperhatikannya dengan tenang dan akhirnya beliau menangis sampai basah janggutnya.

5. Mendengar dengaan tidak menampakkan kepada para hadirin bahawa kamu adalah orang yang lebih ‘alim dibandingkan si pembicara, kerana hal itu akan menyebabkan kamu bersikap sombong (takabbur). Rasulullah SAW bersabda :

اَلْكِبْرُ بَطَرُ اْلحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ .

"Kesombongan adalah sikap angkuh kepada kebenaran dan meremehkan orang lain."

SIMPUL-SIMPUKAN :
Antara kegagalan dalam komunikasi ialah apabila kita tak pandai nak mendengar, malas nak dengar atau buat-buat tak dengar.
Wallahu a'lam - Bila masing-masing bercakap siapa yang nak dengar? Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Sokongan dan sumbangan masih sangat diperlukan untuk survival Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran. MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [09.03.15 17:23]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.408) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Isnin, 18 Jamadil Awwal 1436H. ADAB MENOLAK / TIDAK SETUJU

Hantar surat kerja posmen,
Surat dihantar merata tempat,
Jangan asyik jadi "Yes men,"
"Say No" pada perkara maksiat.

Agak payah sebenarnya bersetuju untuk tidak setuju. Begitu juga untuk menolak sesuatu yang mellibatkan banyak hati. Di sinilah kelemahan masyarakat kita, sukar untuk menerima perbezaan pendapat dan tidak ada sifat 'esertif' ketegasan untuk berkata "Ya" atau "Tidak" sehingga kadang kala sampai mengorbankan diri sendiri.

CERAH-CERAHKAN :
Namun demikian ada beberapa adab atau akhlak untuk menolak atau tidak setuju, antaranya ;
1. Ikhlas dan menghindari sifat senang menjadi pusat perhatian. Asyik membangkang walaupun tiada isu dan asas yang kukuh untuk membangkang atau menolak sesuatu isu.
2. Menjauhi niat ingin tersohor dan terkenal dengan tidak bersetuju. Memang ada jenis manusia bila datang mesyuarat terkenal kerana selalu tidak setuju.
3. Penolakan harus tetap menghormati pihak yang bersetuju dan lembut serta tidak meninggikan suara.
4. Penolakan harus penuh dengan dalil dan taujih yang jelas sekiranya melibatkan hukum-hakam agama. Contoh menolak untuk diberi rasuah sebagaimana firman Allah SWT :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (QS Al-Maidah : 42)

5. Menghindari terjadinya perdebatan sengit sehingga menyakitkan hati atau mengaibkan pihak lawan.
6. Hendaknya dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya lebih dulu sebelum memberi komen apa yang salah.
7. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat Islam malah memang kerana tuntutan Islam.
8. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.
9. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikuatiri akan menjadi fitnah bagi dirinya.
10. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, ikhlas kerana Allah dan menghindari kebencian kerana nafsu serta penyakit-penyakit hati yang lain.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Kita perlu juga untuk belajar berani menolak demi kebenaran. Sangat bahaya kalau asyik "Yes Men" pada semua perkara. Contoh, tidak ada ketegasan untuk menolak ajakan kawan agar mencuba dadah sehingga merosakkan dirinya. Tidak berani untuk berkata "Tidak" sewaktu kekasih merayu untuk melakukan maksiat kerana takut ditinggalkan kekasih sehinggalah berbadan dua dan sebagainya lagi...
Wallahu a'lam - "No" is "No" ! Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Sokongan dan sumbangan masih sangat diperlukan untuk survival Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran. MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 BANK RAKYAT : 2208511615066

Ust Kay, [10.03.15 22:20]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.409) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Selasa, 19 Jamadil Awwal 1436H. AL-GHURUR

Cuaca panas sangat tidak tertahan,
Macam cacing sedang kepanasan,
Sebaik-baik perkara yang pertengahan,
Biarpun sedikit tapi berterusan.

Ghurur adalah suatu sifat yang menipu penyandangnya. Dia adalah suatu kebodohan yang membuat seseorang menilai sesuatu yang buruk sebagai sesuatu yang baik dan kesalahan sebagai sesuatu kebenaran. Demikian dijelaskan oleh Ibnu Jauzi dalam bukunya Talbis Iblis. Sifat ini muncul kerana syubhah atau keracunan pemikiran yang membuatnya salah dalam menilai.

CERAH-CERAHKAN :
Al-Ghurur mempunyai beberapa maksud antaranya:
1) Gharrahu - yaghuruhu - ghururan (Tertipu oleh diri sendiri) ; ghairuhu (tertipu oleh orang lain) ; gharra nafsahu - yaghurruha (dia menipu atau tertipu oleh dirinya sendiri), contoh dalam ayat di bawah:

يَعِدُهُمۡ وَيُمَنِّيہِمۡ‌ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا

"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata". (QS An-Nisa' : 120)

Ayat ini menjelaskan bahawa syaitan memberikan janji-janji kosong kepada manusia, akibat daripada janji tersebut timbulah angan-angan kosong, padahal yang dijanjikan syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya belaka. Kosong, kosong dan kosong !

2) Segala sesuatu yang mengakibatkan dan menjerumuskan dalam penipuan (al-ghurur). Al-Jauhari berkata : "Kata Al-Ghurur mempunyai erti sesuatu daripada kehidupan dunia yang membuat seseorang tertipu."

Menurut istilah pula, Al-Ghurur bererti seseorang yang merasa bangga terhadap dirinya sendiri sehingga meremehkan dan memandang rendah segala sesuatu yang dilakukan oleh orang lain. Jika seseorang itu mempunyai perasaan seperti ini bermakna dia telah terpedaya oleh perasaannya.

Menurut Hujjatul Islam, Imam Ghazali rmh. penyakit ghurur ada empat bahagian :
1) Orang yang hanya memikirkan ilmu lahir dan berfikir terlampau mendalam tetapi mereka melupakan dan tidak memelihara ilmu batin.
2) Golongan ahli ibadah dan ahli beramal. Termasuk diantaranya adalah orang yang hanya mementingkan fadhilah dan sunnah, tetapi yang fardhu mereka abaikan.
3) Ahli tasawuf yang lalai. Ghurur dari golongan ini banyak pula jenisnya, terutama ahli tasawuf di masa kini, kecuali yang dipelihara oleh Allah.
4) Golongan hartawan. Ada diantaranya adalah orang yang suka bersedekah terhadap fakir miskin tetapi menginginkan kesaksian orang ramai kerana mengharapkan pujian.

Antara faktor penyebab Al-Ghurur ini ialah :
1) Tidak waspada dan muhasabah diri hingga menyebabkan bangga diri dan meremehkan orang lain. Oleh itu Allah menyuruh kita sentiasa muhasabah diri.

2) Berlebihan dalam beragama.
Orang yang kadang-kadang melaksanakan tuntutan agama secara berlebihan, dan apabila terlalu lama dia melihat orang lain yang melaksanakan secara sederhana lalu dia mengganggap orang lain tidak memperdulikan agama.

Islam mengajar umatnya bersederhana dan tidak berlebihan dalam ibadah. Nabi pernah menegur pemuda yang ber'uzlah (mengasingkan diri); "Kamukah yang mengatakan begini dan begini. Demi Allah! Sesungguhnya aku adalah orang paling bertakwa dan takut kepada Allah tetapi aku melakukan puasa dan aku berbuka. Aku solat dan aku tidur serta bernikah. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, dia tidak termasuk golonganku." (HR : Bukhari dan Muslim)

3) Memperdalam ilmu tanpa mengamalkannya. Orang ini begitu bersemangat memperdalami ilmu agama, namun dia tidak mempraktikkan apa yang dipelajarinya. Pada masa dia tekun belajar dia perhatikan orang lain yang dia anggap tidak peduli untuk mempelajarinya. Lalu dia menyangka bahawa orang lain tidak mahu bersikap sebagaimana dia melakukannya. Seterusnya timbullah perasaan meremehkan orang lain yakni dia terjerumus ke dalam jurang sifat ghurur selain riya' dan ujub.

4) Khusyu' dalam ketaatan tanpa mengingati dosa. Dalam banyak perkara kita kadang-kada

Ust Kay, [10.03.15 22:20]
ng benar dan kadang salah. Jika kita tidak sedar akan kesalahan kita, maka kita akan merasa bangga dan menyangka kita sahaja yang betul akhirnya kita khusyu' dalam ketaatan tapi kita lupa akan dosa kita. Akhirnya sikap ini juga akan meremehkan orang lain dan menjadi ghurur.

5) Cenderung kepada kehidupan dunia.
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan) dan yang reda (berpuas hati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasaan) Kami. Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah Neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan". (QS. Yunus : 8)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Marilah kita memohon pertolongan kepada Allah SWT agar terhindar daripada penyakit ghurur ini. Ini kerana Allah SWT hanya akan menolong dan melindungi orang-orang yang memohon pertolongan dari-Nya.
Wallahu a'lam - Jangan ghurur dan jangan kufur banyakkan syukur. Sharing is caring is loving from Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Sokongan dan sumbangan masih sangat diperlukan untuk pengurusan Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran. MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 BANK RAKYAT : 2208511615066

Ust Kay, [11.03.15 10:23]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.410) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Rabu, 20 Jamadil Awwal 1436H. "ALLAHU MUSTA'AN" !

Berjalan sekeluarga untuk berrehlah,
Sambil membeli Buah Berangan,
Hanya pada Allah kita menyembah,
Hanya pada-Nya kita mohon pertolongan.

Kita sering membaca atau mendengar ungkapan tajuk di atas dari para ilmuan Islam bila bertawaquf pada sesuatu isu. Apa maksud sebenarnya ya ungkapan itu? "Al-Musta’an" = المستعان sebenarnya adalah salah satu nama diantara nama-nama indah Allah (Asma’ul-Husna) yang terdapat dalam kitab-Nya Al-Quranul Karim.

CERAH-CERAHKAN :
Kata “Allahu-Musta’an”, ertinya : Allah sajalah yang diminta pertolongan/Allah tempat meminta pertolongan yang terdapat pada beberapa tempat di dalam Al-Quran antara lain pada :

إيا ك نعبد و إيا ك نستعين

“Hanya Engkaulah yang Kami sembah dan hanya kepada Engkaulah Kami meminta pertolongan” (QS Al-Fatihah : 5)

Kata Qurthubi, “ Ibnu Arabi mengatakan,’ Nama ini memang tidak disebut di dalam hadis Abu Hurairah dan tidak pula pernah dikutip oleh para ulama' dengan konteks tertentu, nama ini termasuk nama-nama yang paling mulia. Selanjutnya Qurthubi mengatakan ; “Pendapat ini merupakan pendapat ramai orang. Salah satunya Uqlaisyi (An-Nahju Al-Asna: 2/770)

Kata 'al-Aun' bererti pertolongan dan kemenangan, sedangkan al-Isti’anah memohon dan meminta pertolongan. (Al-Mufradat 354) Sedangkan Al-Musta’an bererti satu-satunya yang dimintai pertolongan terhadap segala urusan yang dihadapi oleh hamba-Nya. Ketika Yakub a.s dibohongi oleh anak-anaknya bahawa Yusuf a.s. dimakan serigala, dia hanya berkata :

”Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimintai pertolongan-Nya atas apa yang kamu ceritakan." (QS Yusuf : 18)

Dia pun memohon pertolongan kepada Allah untuk menghadapi hal-hal besar yang menimpanya. Dan Allah sendiri, ketika kita menghadapi orang-orang yang zallim, telah mengajarkan untuk membaca : “Tuhan kami adalah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi dimohonkan pertolongan-Nya atas apa yang kamu katakan…” (QS Al-Anbiya : 112)

Dalam satu hadis disebutkan doa Nabi :
"Wahai Allah sesungguhnya aku minta kepada-Mu kebaikan-kebaikan yang telah diminta Nabi Muhammad SAW dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejelekan-kejelekan sebagaimana yang diminta perlidungan oleh Nabi Muhammad SAW. Engkaulah tempat memohon pertolongan dan atas Mu-lah kemudahan mengabulkan permohonan. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah." (HR : Tirmidzi)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Orang saleh terdahulu selalu memohon pertolongan kepada Allah untuk taat dan beribadah kepada-Nya, disamping untuk memohon seluruh keinginan dunia dan akhirat mereka.
Wallahu a'lam - Allahu musta'an ! Sharing is caring is loving from Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Ust Kay, [12.03.15 20:38]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.411) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Khamis, 21 Jamadil Awwal 1436H. ITHAR DALAM UKHUWAH FILLAH

Malam-malam masak Tengiri,
Tenggiri dimasak tanpa kuah,
Jangan pentingkan diri sendiri,
Jaga ukhuwah jaga maruah.

Ramai di antara kita, masih tidak mampu untuk mencapai tahap pertama dalam berukhuwah, inikan pula mencapai tahap sanggup berkorban demi sahabat sendiri. Kadangkala timbul satu perasaan tidak puas hati terhadap apa yang dilakukan oleh sahabat kita sehinggakan 'Rabithah' menjadi renggang. Islam meraikan perbezaan pendapat, bukan menggalakkan persengketaan yang membawa kepada permusuhan. Sepatutnya meramaikan jamaah dan bukan sebaliknya.

CERAH-CERAHKAN :
Ithar (الإيثار) dalam bahasa digambarkan sebagai mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain. Demikianlah indahnya Islam, tanpa mengira warna kulit, bangsa, kabilah dan sebagainya, kaum Muhajirin dan Ansar bersatu rasa. Mereka adalah model ideal masyarakat satu aqidah, yang diikat dengan slogan “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.”

Jiwa yang mengutamakan saudara seIslam yang lain tidak lain dan tidak bukan sekadar mengharapkan keredhaan Allah SWT, tiada agenda tersembunyi di sebalik tindakannya itu.
Firman Allah yang bermaksud:
“Mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat.”
(QS. Al-Hasyr : 9)

Dalam hal mengenai ithar ini Dr. Mustafa As-Siba'i pernah berkata dalam salah satu artikelnya, "Sedangkan mendahulukan kepentingan orang lain di atas kepentingan diri anda yang lebih dari itu; inilah yang dipuji oleh syariah dan oleh prinsip-prinsip akhlak. Ia adalah sikap mendahulukan kepentingan orang lain yang berdasarkan kesedaran peribadi, bukan kerana paksaan undang-undang. Dan ia tidak didorong oleh kepentingan duniawi atau kenikmatan yang sementara."

Memetik kata-kata Imam Hasan Al-Banna pula: "Ukhuwah ialah, hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seislam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)"ʹ

Imam Hassan al-Banna meletakkan 3 tahap ukhuwah. Setiap mukmin yang berukhuwah mampu mengukur sejauh mana mereka mampu menghayati nilai ukhuwah itu sendiri, iaitu:
1) Salamatul Sadri (berlapang dada)
2) Musawah (kesamarataan)
3) Ithar (melebihkan kepentingan sahabat melebihi kepentingan sendiri.

Perumpamaan dari Sayyid Quthb :
“Persaudaraan adalah mukjizat, wadah yang saling berikatan dengannya Allah persatukan hati-hati berserakan saling bersaudara, saling merendah lagi memahami, saling mencintai, dan saling berlembut hati”

Lawan sifat Ithar ialah Ananiyyah (mementingkan diri) iaitu sifat dan sikap keakuan atau mementingkan diri serta berasa megah akan diri sendiri. Manusia makhluk yang saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada siapa yang mampu hidup sendirian. Apa sahaja milik kita hanya pinjaman dan diberikan oleh Allah untuk berkongsi.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sebenarnya bukannya mudah untuk ithar dalam sesuatu perkara. Namun tiada yang mustahil apabila iman meraja di hati. Malah ithar inilah juga antara lambang ukhuwah yang sejati. Wallahu a'lam - Harus diingat, tiada istilah ithar dalam ibadah. Jadi, jika berdepan dengan sebarang situasi, solat misalnya, utamakan diri sendiri terlebih dahulu. Sharing is caring is loving from Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK). TERLARIS DI PASARAN ! HARI INI LETAK DI RAK, ESOK SUDAH HABIS TAK TINGGAL 'KERAK'.

Ust Kay, [13.03.15 21:08]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.412) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Jumaat, 22 Jamadil Awwal 1436H. DOA RABITHAH

"Ya Allah Engkau Mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya Rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman."

Rabithah bermaksud bertali, berkait atau berhubungan. Ulama' tarikat menyatakan rabithah itu menghubungkan rohaniah murid dengan rohaniah guru, untuk mendapatkan wasilah yang ada pada rohaniah syeikh mursyid, di mana rohaniah syeikh mursyid telah berhubungan, berhampiran dengan rohaniah syeikh-syeikh mursyid sebelumnya, sampai dengan rohaniah Rasulullah SAW.

CERAH-CERAHKAN :
Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (QS. Ali-Imran : 200)

Kalimah warabithu ( وَرَابِطُوا ) dalam ayat ini dengan mengambil maksud hakikinya, itulah yang menjadi dasar rabithah oleh para pakar tasawuf tarikat seperti tersebut di atas. Nabi SAW bersabda : “Orang yang terbaik dikalangan kamu ialah orang yang apabila dilihat nya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat.” (HR : Al-Hakim)

Firman Allah SWT lagi : “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.” (QS. At-Taubah : 119)

Asy-Syekh Ubaidullah Ahrar menafsirkan kebersamaan dengan orang yang benar, yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam ayat itu terbahagi kepada dua iaitu :
1. Bersama-sama jasmaniah, iaitu setempat sehingga kita mendapatkan keuntungan dari orang yang sidiqqin itu.
2. Bersama-sama maknawiah, iaitu bersama-sama rohaniah yang diertikan dengan rabithah.

Keperluan untuk kita rabithah antaranya ialah :
1) Kerana perintah Allah Ta’ala.
Kita diwajibkan mempertautkan hati kita kepada Allah dan Rasul-Nya dan dengan segala orang muslim atas perintah Allah serta berjuang ke jalan-Nya kerana ianya perintah syara’ yang sangat nyata.

2) Kerana ianya Sunnah Rasulullah SAW.
Adapun mempertautkan hati dalam pengertian rabitah ‘Ulwi adalah jalan sunnah dan perkara ini berlaku di antara Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Baginda yang mereka itu saling mempertambatkan hati mereka dengan kasih sayang atas sebab Allah Ta’ala dan untuk mencari keredhaan-Nya jua (Ukhuwah fillah)

3) Kerana hendak mempertautkan hati.
Mempertautkan hati adalah wasilah yang menyampaikan kepada kehampiran (Qurb) kepada Allah Ta’ala. Menambat atau mempertautkan hati ini juga adalah amalan rabithah mengikut kaedah sufi.

Adapun ahli sufi menggunakan kaedah rabithah sebagai suatu wasilah supaya mendapat penghampiran (Qurb) dengan Allah Ta’ala (Rabithah ‘Ulwi). Pengertian rabitah secara sufi ini adalah berbentuk khususiah dan ianya menjadi suatu adab yang paling muakkad (utama) di kalangan kaum sufi. Ianya sebagai amalan khususiah kerana pengamal rabithah ini mestilah mempunyai syarat yang cukup sebelum mengamalkannya untuk mengelak menjadi fitnah bagi pengamalnya.

Antara syarat utamanya ialah dia wajib memahami asas ilmu aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sekurang-kurangnya fardhu ‘ain. Dan ada lagi syarat rukunnya bagi pengamal rabithah tersebut dan tahu serta faham bilamanakah rabithah itu di perlukan dan bilamanakah ia perlu tinggalkan sama sekali.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sejarah silam membuktikan bahawa rabithah dan wasilah di atas makna tabarruk dan taqarrub dala

Ust Kay, [14.03.15 18:19]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.413) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Sabtu, 23 Jamadil Awwal 1436H. ILMU TABARRUK YANG TERPERUK

Luka di badan sampai bernanah,
Bawa cepat ke Hospital Sungai Buloh,
Tabarruk adalah amalan sunnah,
Selama tidak mensyirikkan Allah.

Tabarruk berasal dari kata al-Barakah, yang membawa maksud tambahan dan perkembangan dalam kebaikan (Az-Ziyadah Wa an-Nama’ Fi Al-Khair). Barakah (kebaikan) dalam harta adalah ketika bertambah banyak dan digunakan dalam ketaatan kepada Allah. Barakah dalam keluarga adalah dalam keadaan sakinah, mawaddah wa rahmah. Barakah itu adalah laksana pundi-pundi kebaikan (Jawami’ Al-Khair) dan berlimpahnya nikmat yang diperoleh dari Allah. Maka Tabarruk adalah: “Thalab Ziyadah Al-Khair Min Allah”. Ertinya, meminta tambahan kebaikan dari Allah.

CERAH-CERAHKAN :
Di antara sekian banyak hal yang Allah jadikan sebab bagi seseorang untuk memperoleh barakah dari-Nya adalah bertabarruk dengan para Nabi, para wali, dan dengan para ulama yang mengamalkan ilmu-ilmunya (Al-Ulama' Al-Amilin), serta dengan orang saleh. Allah berfirman mengenai ucapan Nabi Yusuf a.s :

اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَذَا فَأَلْقُوهُ عَلَى وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا

“Pergilah kalian dengan membawa gamisku ini, lalu letakkanlah ke wajah ayahku, maka ia akan dapat melihat kembali”. (QS. Yusuf : 93)

Pada ayat ini terdapat penjelasan bahawa Nabi Ya'kub bertabarruk dengan gamis Nabi Yusuf. Nabi Ya’kub mencium dan menyentuhkan gamis tersebut ke matanya, sehingga baginda dapat melihat kembali.

Para sahabat Rasulullah SAW telah mempraktikkan tabarruk (mencari berkah) dengan peninggalan-peninggalan Baginda SAW baik di masa hidup Rasulullah SAW mahupun setelah Baginda wafat. Semenjak itu umat Islam hingga kini masih tetap melakukan tradisi baik yang merupakan ajaran syari'ah ini. Diantara dalil-dalil amalan ini antaranya ialah :

1. Rasulullah SAW membahagi-bahagikan rambutnya, ketika Baginda bercukur di saat Haji Wada’, haji terakhir yang Baginda lakukan. Baginda juga membahagi-bahagikan potongan kukunya. Peristiwa ini diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Al-Muslim dari hadis Anas ibn Malik.

Rasulullah SAW membahagi-bahagikan rambut dan kukunya agar menjadi berkah yang terus menerus ada dan sebagai kenangan bagi para sahabatnya, juga bagi orang yang datang sesudah mereka. Pastinya bukan untuk dimakan oleh para sahabat tersebut, melainkan agar mereka bertabarruk dengan rambut dan potongan kuku tersebut.

2. Para sahabat juga bertabarruk dengan jubah Rasulullah SAW, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Al-Muslim dalam kitab Sahihnya, seperti berikut:

عَنْ مَوْلَى أسْمَاءَ بِنْتِ أبِي بَكْر، قَالَ: أخْرَجَتْ إليْنَا جُبّةً طَيَالِسَةً كَسْرَوَانِيّةً لَهَا لَبِنَةُ دِيْبَاجٍ وَفَرْجَاهَا مَكْفُوْفَانِ، وَقَالَتْ: هذِهِ جُبّةُ رَسُوْلِ اللهِ صَلّى اللهُ عَليْهِ وَسَلّمَ كَانَتْ عِنْدَ عَائِشَةَ، فَلَمَّا قُبِضَتْ قَبَضْتُهَا، وَكَانَ النّبيّ صَلّى اللهُ عَليهِ وَسَلّمَ يَلبِسُهَا فَنَحْنُ نَغْسِلُهَا لِلْمَرْضَى نَسْتَشْفِيْ بِهَا، وَفي روَاية: نَغْسِلُهَا للمَرِيْضِ مِنَّا

“Dari hamba sahaya Asma’ binti Abi Bakar As-Siddiq, bahawa ia berkata: “Asma’ binti Abi Bakar mengeluarkan jubah dengan motif Thayalisi dan Kasrawani (semacam jubah Kaisar) berkainkan sutera yang kedua lubangnya tertutup. Asma’ berkata: “Ini adalah jubah Rasulullah SAW. Dulunya ia berada di tangan ‘Aisyah. Ketika ‘Aisyah wafat maka aku mengambilnya. Dahulu jubah ini dipakai Rasulullah SAW, oleh kerana kita mencucinya agar diambil berkahnya sebagai ubat bagi orang yang sakit”. Dalam riwayat lain: “Kita mencuci (mencelupkannya) di air dan air tersebut menjadi ubat bagi orang yang sakit di antara kita”. (HR : Muslim)

3. Para Tabi’in melakukan tabarruk dengan kemuliaan mata sahabat Rasulullah SAW yang pernah melihat Baginda dan bertabarruk dengan tangan yang telah menyentuh Rasulullah SAW di masa hidupnya. Perlakuan kaum Tabi’in ini sedikitpun tidak diingkari oleh para sahabat Nabi, sebaliknya mereka menyetujui perlakuan tersebut.

4. Para sahabat melakukan tabarr

Ust Kay, [14.03.15 18:19]
uk dengan air wuduk Rasulullah SAW. Al-Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab Sahihnya dari ‘Aun ibn Abi Juhaifah, dari ayahnya, bahawa ia berkata: “Aku mendatangi Rasulullah SAW dan aku melihat Bilal mengambilkan air wuduk Baginda dan aku melihat orang ramai berebutkan bekas air wuduk Rasulullah SAW tersebut. Orang yang dapat mengambilnya lalu ia mengusapkannya ke tubuhnya, dan orang yang tidak memperoleh, maka ia mengambil dari tangan temannya yang masih basah.”

5. Tabarruk dengan benda peninggalan orang soleh seperti cincin, baju, sajadah, tasbih, bekas minuman atau yang lain maka kerana meyakini peninggalan tersebut dinisbahkan kepada orang soleh itu tadi Di mana kemuliaan peninggalan itu ada berkah dari mereka, dihormati, diagungkan dan dicintai kerana mereka dan bukan kerana bendanya. Dalil/hujjah yang menjadi landasan amalan Tabarruk dengan cara tersebut adalah firman Allah :

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَى وَآلُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلَائِكَةُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

“Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka; Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja ialah kembalinya Tabut kepadamu, didalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.” (QS. Al-Baqarah : 248)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Keberkatan melalui amalan Tabarruk yang baru diketahui masa kini, sedangkan Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda telah memahaminya. Maka hanya mereka yang rendah pemahamannya dalam syariah sahajalah yang masih terus menentangnya dengan mengatakan ini adalah amalan bathil, bid'ah dan sebagainya.
Wallahu a'lam - Marilah beramal dengan ilmu dan jangan berilmu tapi tak beramal. Sharing is caring is loving from Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK). TERLARIS DI PASARAN SEBELUM TERBIT BUKU KEDUA USTAZ KAY 'HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK !' INSYA ALLAH...

Ust Kay, [15.03.15 20:42]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.414) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Ahad, 24 Jamadil Awwal 1436H. FU’AD

Jangan berebut ketika ambil makanan,
Tapi berebutlah ambil saff solat dihadapan,
Jangan sebut dalam hati ada taman,
Tapi sebutlah dalam hati ada iman.

Berasal dari kata 'faidah' yang bererti manfaat. Fu’ad mendapat manfaat dari melihat, sedangkan hati senang dalam pengetahuan. Sepanjang fu’ad tidak dapat melihat, maka hati tidak dapat menggunakan pengetahuannya.

CERAH-CERAHKAN :
Fu’ad, sebagai hati terdalam, sebagai tempat bersemayamnya ruh yang suci. Itu sebabnya “Suara Hati” itu diyakini berasal dari Fu’ad. Maka jikalau Baitullahnya bumi itu berada di kota Makkah, maka Manusia yang beriman itu Baitullahnya berada di “Kota Fu’ad."

Namun demikian, jika manusia itu tidak beriman, maka tidak akan tahu dimana ruh suci dari Allah itu disemayamkan. Ataukah mungkin jika manusia itu tidak beriman maka akan mirip dengan keadaan zaman jahiliah dahulu , dimana di sekitar Ka’bah (Baitullah) bersusun-susun berhala-berhala yang dibenci Allah SWT.

Antara ciri-ciri Fu'ad ialah :
1. Fu’ad adalah tempat ru’yah (melihat).
2. Fu’ad merupakan tempat makrifat dan rahsia-rahsia serta alat penglihatan batin.
3. Setiap kali seseorang mendapat sesuatu manfaat, maka yang pertama kali merasakan manfaatnya adalah fu’ad, lalu qalb (hati)
4. Fu’ad terletak di tengah-tengah qalbu, sedangkan qalbu berada di tengah-tengah shadr (dada)
5. Fu’ad merupakan kemampuan qalbu yang berkaitan dengan pencaindera, mengolah maklumat yang sering dilambangkan berada di dalam otak manusia.
6. Fu’ad mempunyai tanggungjawab pengetahuan yang jujur kepada apa yang dilihatnya. Kemampuan ini cenderung dan selalu merujuk pada ketepatan, kejujuran dan jauh dari sikap bohong.
7. Fu'ad berkemampuan untuk mengolah, memilih dan memutuskansegala maklumat yang dibaca oleh sentuhan pancaindera.
8. Fu’ad memberi ruang untuk akal, berfikir, bertafakkur, memilih dan mengolah seluruh maklumat yang masuk dalam qalbu manusia.

Antara kandungan kemampuan fu’ad adalah sebagai berikut:
1) Akal : Melihat yang nampak, kenyataan.
2) Zikir : Merasakan, hakikat, penghayatan.
3) Fikir : Menganalisa yang tidak nampak.

Jika diperhatikan maklumat yang ada pada Al-Quran yang suci, maka Fu’ad dapat difahami sebagai berikut :
1) Hati yang tidak mendustakan.

مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ

"Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya." (QS. An-Najm : 11)

2) Hati yang semakin kuat ketika dibacakan Al-Quran.

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلًا

Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu." (QS. Al-Furqan : 32)

3) Hati yang boleh menjadi Kosong (frustasi) (QS. Al-Qasas : 10)
4) Hati yang dimintai pertanggungjawaban (QS. Al-Isra : 36)
5) Hati yang bekerja bersama Pendengaran dan Penglihatan (QS. Al-Ahqaf : 26)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Dengan demikian, Fu’ad adalah jenis hati yang pertama kali aktif dan juga yang terakhir kali bertanggungjawab giat kerjanya selama di bumi kepada Allah SWT. Fu’ad adalah watak, memberikan dorongan (contoh cinta) kepada tempat yang kosong. Jika Fu’adnya bercahaya maka insya Allah akan membuat jasad kita bersih dari penyakit fizikal dan qalbu kita lebih mudah bersih dari penyakit hati.
Wallahu a'lam - Secara mudahnya, mungkin kita boleh katakan bahawa Fu'ad ini seperti kata-kata 'Deep in my heart". Sharing is caring is loving from Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK). TERLARIS DI PASARAN SEBELUM TERBIT BUKU KEDUA USTAZ KAY 'HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK !' INSYA ALLAH...

Ust Kay, [16.03.15 17:04]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.415) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Isnin, 25 Jamadil Awwal 1436H. ADA BERAPA RAMAI RIJAL?

Pagi-pagi bermain gokart,
Bermain gokart di tempat sunyi,
Hidup rahmat bertambah berkat,
Bersama wali Allah yang tersembunyi.

Tentang keberadaan wali-wali Allah ini hanya dapat diketahui secara kasyaf. Setiap masa sebenarnya dunia tidak pernah kosong dari keberadaan mereka. Mereka mempunyai budi pekerti tinggi, mereka amat dekat disisi Allah. Doa mereka selalu diterima oleh Allah. Mereka senang dengan doa: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami suka menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan dan kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang rugi”.

CERAH-CERAHKAN :
Di antaranya pula ada yang diberi hati seperti hati Nabi Isa a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Daud a.s dan sebagainya lagi. Jumlah mereka di setiap masanya hanya terbatas beberapa orang saja. Mereka diberi berbagai keistimewaan (karamah), kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman. Di antaranya ialah :

1. Rijalul Ghaib atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di setiap masanya. Mereka orang-orang yang selalu khusyu', mereka tidak berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa bahwa Allah SWT selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan dunia. Jumlah mereka hanya 18 orang di setiap masanya. Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala penyimpangan dari jalan-Nya.

1. Rijalul Quwwatul Ilahiyah ertinya orang yang diberi kekuatan oleh Allah SWT. Jumlah mereka hanya 8 orang sahaja di setiap zamannya. Wali jenis ini mempunyai keistimewaan, iaitu sangat tegas terhadap orang kafir dan terhadap orang yang suka memperkecilkan agama. Sedikit pun mereka tidak takut oleh kritikan orang.

2. Rijalul Hanani Wal Athfil Illahi ertinya mereka yang diberi rasa kasih sayang Allah. Jumlah mereka hanya ada 15 orang di setiap zamannya. Mereka selalu bersikap kasih sayang terhadap manusia baik terhadap yang kafir maupun yang mukmin. Mereka melihat manusia dengan pandangan kasih sayang, kerana hati mereka dipenuhi rasa insaniyah yang penuh rahmat.

3. Rijalul Haibah Wal Jalali. Jumlah mereka hanya 4 orang di setiap masanya. Jenis wali tingkatan ini dikenal sebagai orang yang hebat dan mengkagumkan, meskipun sifat mereka lemah lembut, tetapi orang yang menemui mereka akan tunduk. Mereka tidak dikenal di bumi, tapi mereka adalah orang yang dikenal di langit. Di antara mereka ada yang mempunyai hati seperti Nabi Muhammad SAW, ada pula yang mempunyai hati seperti Nabi Syuaib, Nabi Salleh dan Nabi Hud a.s. Sayyid Muhyiddin berkata: “Aku pernah menemui wali golongan ini di kota Damsyik”.

4. Rijalul Fathi. Ertinya rahsia-rahsia Allah SWT selalu terbuka bagi mereka. Jumlah mereka hanya ada 24 orang di setiap masanya. Jumlah mereka sama dengan bilangan jam, yaitu 24 orang. Meskipun demikian, mereka tidak pernah berkumpul di satu tempat dalam jumlah sebanyak itu. Adanya mereka menyebabkan terbukanya pintu-pintu pengetahuan, baik yang nyata maupun yang rahsia.

5. Rijalul Ma'arij Al 'Ula. Jumlah mereka hanya 7 orang di setiap masanya. Mereka termasuk wali-wali tingkatan tinggi, hampir setiap saatnya mereka naik ke alam malakut, mereka adalah orang pilihan Allah SWT.

6. Rijalu Tahtil Asfal, iaitu mereka yang berada di alam terbawah di bumi. Jumlah mereka tidak lebih dari 21 orang di setiap masanya. Ciri khas wali ini, hati mereka selalu hadir di hadapan Allah.

7. Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kauni, iaitu mereka yang selalu mendapat kurniaan Ilahi. Jumlah mereka tidak lebih dari 3 orang di setiap masanya. Mereka selalu mendapat pertolongan Allah untuk menolong manusia sesamanya. Sikap mereka dikenal lemah lembut dan berhati penyayang. Mereka senantiasa menyalurkan anugerah-anugerah Allah kepad

Ust Kay, [16.03.15 17:04]
a manusia.

8. Rijalul Istithaalah, iaitu manusia-manusia yang selalu mendapat pertolongan Allah. Jumlah mereka hanya seorang dalam setiap masanya. Yang termasuk kelompok ini adalah Syeikh Abdul Qadir Jailani. Mereka selalu menolong manusia dan mereka sangat ditakuti.

9. Rijalul Ghina Billah, iaitu orang yang tidak memerlukan kepada manusia sedikit pun. Jumlah mereka hanya 2 orang di setiap masanya. Mereka selalu mendapat siraman rohani dari alam malakut, sehingga kelompok ini tidak memerlukan kepada bantuan sesiapa pun, selain bantuan Allah.

10. Rijalu 'Ainut Tahkim Waz Zawaid. Jumlah mereka hanya 10 orang di setiap zamannya. Mereka senantiasa meningkatkan keyakinannya terhadap masalah-masalah yang ghaib. Seluruh hidup mereka terlihat aktif di semua aktiviti ibadah.

11. Rijalul Isytiqaq, iaitu mereka yang selalu rindu kepada Allah. Jumlah mereka hanya 5 orang di setiap zamannya. Kegemaran mereka hanya memperbanyakkan solat di siang hari dan di malam hari juga.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Syeikh Muhyiddin berkata: “Aku pernah menemui salah seorang dari jenis wali tersebut, aku kagum dengan kemuliaan budi pekertinya, luas pengetahuannya dan kesucian hatinya, sampai aku beranggapan bahawa kesenangan syurga telah dipercepatkan baginya”.
Wallahua a'lam - Ust. Kay pun Rijal juga iaitu 'orang lelaki', wong lanang, utoh ! Sharing is caring is loving from Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK). TERLARIS DI PASARAN SEBELUM TERBIT BUKU KEDUA USTAZ KAY 'HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK !' INSYA ALLAH...

Ust Kay, [17.03.15 11:54]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.416) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Selasa, 26 Jamadil Awwal 1436H. SHADR

Pergi ke Padang membeli Duku,
Membeli Duku dan juga Jamu,
Ya Allah lapangkan lah dadaku,
Agar mudah menerima Ilmu-Mu.

As-Shadr atau dada adalah istilah yang menunjukkan dada yang telah luas dan terbuka untuk menerima dan memeluk Islam, tunduk kepada Islam hakiki terjadi dalam setiap zarah seorang muslim. Shadr merupakan kemampuan qalbu (hati) yang berperanan untuk merasakan dan menghayati atau mempunyai fungsi perasaan seperti marah, benci, cinta, indah dan seumpamanya.

CERAH-CERAHKAN :
Ketika Al-Quran hendak menggambarkan sesuatu yang tersembunyi, niat yang tersembunyi, ia menggunakan kata 'Shadr' ini, iaitu untuk menggambarkan sifatnya yang tersembunyi dan tertutup. Contoh :

قُلْ إِن تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (QS. Ali-Imran : 29)

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ

"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia" (QS. An-Nas : 5)

Syaitan nampaknya tidak mampu membisikkan kejahatan ke dalam qalb, tapi ke dalam dada/shadr manusia. Hal ini kerana pada dasarnya qalb itu suci. Hati manusia adalah serupa dengan benteng, dan mata, lidah, tangan dan telinga adalah pintu-pintunya. Allah SWT dengan Kasih Sayang-Nya tidak membiarkan qalb kita dapat langsung ditembus oleh bisikan syaitan, namun syaitan mampu membisikkan ke dalam shadr kita, dan dia meng'akses'nya melalui pintu-pintunya, maka apakah kita membiarkannya terbuka atau menutupnya rapat-rapat sehingga syaitan tidak boleh memasukinya, itu terserah kepada kita.

Ciri-ciri Shadr yang lain antaranya ialah :
1) Tempat berkecamuk dan pertempuran antara haq dan batil (benar dan salah). Juga tempat seseorang harus berserah diri kepada haq atau mengangkat kepalanya menentang Tuhan (kufur)
2) Shadr mempunyai kemampuan besar untuk menyimpan hasrat, kemahuan niat kebenaran dan keberanian yang sama besarnya dengan kemampuan untuk menerima kejahatan dan kemunafikan.
3) Dinamakan Shadr kerana memiliki kedudukannya di bahagian depan hati. Seperti Shadr An-Nahar.
4) Shadr merupakan tempat bersemayamnya was-was dan segala kerosakan.
5) Shadr juga, menjadi tempat berbagai hal termasuk sifat-sifat tercela yang dapat merosakan, seperti mengumpat, syahwat, harapan, keinginan dan lain-lain yang biasa disebut dengan Nafsu Ammarah Bissu'.

Shadr, sebagai hati luar dari struktur hati, adalah pintu gerbang masuknya maklumat, ujian, dan peluang yang sudah dicerna oleh otak hasil tayangan tiga dimensi yang diliputi oleh panca indera. Jika, melihat maklumat yang di atas, maka dapat difahami Shadr itu sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran antaranya seperti berikut :

1) Hati yang lapang karana sudah dimudahkan dari kesulitan hidup (QS. Al-Lail : 1-8)
2) Hati yang (banyak hal/berbagai macam isi) di dalamnya (QS. Al-Adiyat : 9-11)
3) Hati yang menjadi sempit menerima Al-Kitab (QS. Al-A'raf : 2)
4) Hati yang diketahui segala isinya oleh Allah (QS. Fatir : 38)
5) Hati yang lapang kerana sudah dimudahkan dari kesulitan hidup. (QS. Taha : 25-35)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Maka jelasnya, Shadr boleh menjadi lapang (ikhlas) atau sempit (sombong). Namun hakikat yang terpenting sekali adalah bahawa Allah Maha Mengetahui akan isi Shadr setiap hamba-Nya.
Wallahu a'lam - "Ya Allah lapangkan dadaku, mudahkan urusanku, bukakan ikatan lidahku, fasihkan tuturku..." Aamiin Ya Rabb ! Sharing is caring is loving from Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Ust Kay, [18.03.15 15:39]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.417) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Rabu, 27 Jamadil Awwal 1436H. NAPANG LEH!

Anak Saluang si anak Sapat,
Timbul tanggalam banyalam-nyalam,
Amun kita hanyar badapat,
Badahulu kita maucap salam.

Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang diperhatikan. Budaya akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya “terbawa” ke dalam proses komunikasi. Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan selalu berubah-ubah. Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan penerima. Dalam proses komunikasi, sumber dan penerima membawa latar belakang dan pengalaman masing-masing.

CERAH-CERAHKAN :
Komunikasi silang budaya berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial. Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain. Orang yang menghasilkan mesej dan orang yang mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti sosial antara komunikator adalah berbeza. Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya." (QS. Al-Hujurat : 13)

Contoh halangan komunikasi :
Situasi (1) Seorang guru mengajar di kawasan perkampungan masyarakat Banjar di Sabak Bernam, Selangor.

Murid : Cikgu, aku handak kameh ! (buang air kecil)
Cikgu : Hari ini hari Rabu esok baru hari Khamis...
Murid : Cikgu, aku handak kameh jua..
Cikgu : Tak boleh... hari ini memang hari Rabu, nak hari Khamis esok ye !

Selang beberapa minit murid tadi telah terkencing di dalam seluar.
Cikgu : Laaa... kenapa kamu kencing dalam seluar?
Murid : Napang leh.. aku udah nyambatnya (beritahu) tadi..
Cikgu : Cikgu mana ada senapang, tak ada nak sebat kamu aih?
Murid : ???

SIMPUL-SIMPULKAN :
Halangan komunikasi dapat diatasi dengan memahami budaya orang lain sebelum berinteraksi dengannya. Budaya terdiri daripada bahasa, dialek dan perilaku orang lain. Kita perlu memahami konsep budaya dan faktor yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi. Dengan adanya fahaman mengenai sosial budaya seseorang akan membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih lancar. Insya Allah !
Wallahu a'lam - Ust. Kay bila ceramah sebolehnya akan memahami budaya dan bahasa tempatan terlebih dahulu... Sharing is caring is loving from Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

DAPATKAN SEGERA BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI KEDAI BUKU MPH, POPULAR DAN SINAR DI SELURUH NEGARA SEBELUM HABIS CETAKAN PERTAMA !

Ust Kay, [19.03.15 16:05]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.418) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Khamis, 28 Jamadil Awwal 1436H. APAKAH SEBENARNYA RUHAMA?

Selipar putus di hadapan rumah,
Beli selipar baharu di kedai seberang,
Rasul diutus membawa rahmah,
Islam tersebar dengan kasih sayang.

Mukmin yang memahami pengertian 'Rahmah' melalui pemaham Salaf As-Soleh, ia akan mengenali prinsip “Ruhama” yang terambil dari kalimah “Rahmah” (kasih sayang). Sekiranya seseorang individu memahami dua kalimah ini dengan sempurna sehingga terpacak di hatinya, pasti ia akan merasa bertanggungjawab untuk menjadi pendakwah agar dapat menyelamatkan manusia dari penyelewengan akidah, kesesatan bid’ah, kepercayaan khurafat, tahaiyyulat dan talbis (perangkap) syaitan.

CERAH-CERAHKAN :
Maksud kalimah Ruhama ialah kasih sayang berserta perasaan tanggung jawab. Menurut Imam At-Tabrani: "Kelembutan jiwa terhadap yang lain, bermurah hati kepada saudaranya seagama dan sentiasa sejahtera kepada mereka.". Apatah lagi dengan sesama jamaah, sepatutnya tiada perasaan saling benci-membenci dan bangsat-membangsat!

Jiwa pendakwah yang disemai rasa rahmah dan ruhama, ia akan berdakwah dengan tenang ketika menghadapi kerenah setiap insan, sama ada yang awam (jahil), sederhana, cendekiawan (intelektual), kufur, nifak, musyrik dan sebagainya. Apabila hati dipenuhi rahmah dan rasa ruhama yang dipandu oleh ilmu syari’e, ia menjadikan seorang pendakwah itu berupaya menghadapi manusia yang berbagai-bagai kemampuan akal serta pemikiran mereka dengan berpegang dengan wasiat Ali bin Abi Talib r.a :

“Kami sentiasa diperintah agar bercakap (berkata) kepada manusia menurut kadar kemampuan akal (kecerdasan akal) mereka”. (HR : Muslim)

Kesilapan da’i yang tidak disengajakan tidak akan mewujudkan perasaan benci-membenci, jauh sekali dari bermusuhan jika ada sikap “ruhama” (berkasih sayang dan tanggungjawab) pada dirinya. Pasti ia akan menerapkan pula sikap tersebut kepada orang yang disampaikan dakwah. Setiap da’i akan beriltizam dengan kudwah “ruhama” yang telah dicontohkan oleh Nabi SAW dan memahami ayat berikut dengan cermat:

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama denganya dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud”. (QS. Al-Fath : 29)

Orang beriman yang meniti manhaj para salaf (ulama' golongan awal), akan kelihatan padanya sikap ruhama. Adapun antara tanda-tanda orang yang bersikap ruhama telah dijelaskan oleh para muffasir, antaranya :

1) Tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud, iaitu khusyu’ dan tawaddu’ (merendah diri).
2) Berkata As-Sudi : "(kesan) solat menceriakan wajah mereka."
3) Bersabda Rasulullah SAW : “Kesan dari banyaknya solat malam, maka menceriakan wajahnya di waktu siang." (HR : Ibnu Majah)
4) Sesungguhnya, setiap kebaikan memberi cahaya kepada hati, sinar pada wajah, melapangkan rezeki serta perasaan mahabbah (kasih sayang, rahmah atau ruhama) di hati.

Para ulama mensepakati tentang hal ini, sikap seorang mukmin seharusnya sentisa memberi kegembiraan dan kasih sayang (rahmah dan ruhama) bukan sebaliknya. Seorang mukmin yang berilmu dan memahami manhaj Salaf as-Soleh, akan mempertahankan sikap ruhama dalam menghadapi berbagai-bagai situasi, kondisi dan reaksi kelompok manusia atau individu.

Hati mereka terubat dengan ketenangan jiwa hasil dari penawar ruhama. Ruhama tidak akan menjadikan seseorang itu tergopoh-gapah, melatah, gemuruh dan ketakutan dalam menghadapi apapun perkara. Kerana matlamat mereka berdakwah mentasfiyah akidah iaitu mewujudkan sikap ruhama antara satu dengan yang lain. Menguatkan jamaah bukan melemahkannya, meneguhkan bukan menghancurkan jamaah dari dalam ! Supaya jamaah terus dapat 'Pasti hidup' (Pashi) dan bukan 'Pasti mati' (Pasma)

Terdapat juga da’i yang mudah berputus asa setelah ditimpa ujian, lantas meninggalkannya kerana kurang daya tahan mengha

Ust Kay, [19.03.15 16:05]
dapi tekanan perasaan, penghinaan, ugutan dan ketakutan. Ada pula yang cekal menghadapi setiap ujian tetapi kerana kekurangan persediaan ilmu-ilmu dakwah mengakibatkan ia mudah sesak nafas, gementar, kecewa, marah dan celupar sehingga mudah mentakfir, mentafsik, mentabdi’, melabel dan menghukum dengan nafsu terhadap individu, jamaah atau golongan tertentu.

Penentangan terhadap da’i akan tetap berlaku sama ada dengan perkataan atau perbuatan. Kerana kebanyakan orang yang diseru adalah orang awam, masih diselubungi khurafat, tahaiyyulat, bid’ah, fasik, kufur, nifak, syirik dan sebagainya. Ini semua berlaku lantaran kecuaian dan kejahilan mereka terhadap agama. Pendakwah adalah pengubat yang diberi amanah untuk membantu mereka dengan kelembutan kasih sayang (rahmah) serta tanggung jawab dan cinta (ruhama).

SIMPUL-SIMPULKAN :
Namun hanya mereka yang mengutamakan keikhlasan dan menghias diri dengan sifat sabar akan berjaya menunaikan tuntutan rahmah dan “ruhamau bainan nas" ( رُحَمَآءُ بَيْنَ النَّاسِ) iaitu berkasih sayang antara manusia terutama antara sesama Islam. Inilah yang diperlukan oleh setiap pendakwah kerana ia adalah prinsip untuk mendapat kejayaan dan keredhaan dari Allah SWT.
Wallahu a'lam - Ust. Kay ada anak bernama Siti Rahmah, Siti Ruhama belum lagi... Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

DAPATKAN SEGERA BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI KEDAI BUKU MPH, POPULAR DAN SINAR DI SELURUH NEGARA SEBELUM HABIS CETAKAN PERTAMA !

Ust Kay, [20.03.15 22:36]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.419) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Jumat, 29 Jamadil Awwal 1436H. HEBATNYA ORANG MUDA!

Dari ulat jadi kepompong,
Indah terbang jadi rama-rama,
Orang muda hebat perlu didorong,
Agar berjuang dalam agama.

Perlu kita fahami, bahawa masa muda ialah waktu untuk menuntut ilmu, perbanyakkan amal, satu period keemasan, kemuncak segala keinginan dan kekuatan, keghairahan pada kejayaan dan pencapaian. Inilah yang telah dibuktikan oleh pemuda-pemuda hebat zaman Baginda Rasulullah SAW yang telah mengerahkan seluruh jiwa dan raga mereka demi kemenangan dan kegemilangan Islam.

CERAH-CERAHKAN :
Pada zaman Rasulullah SAW, para pemuda ketika itu sangat gigih dan beriman, golongan merekalah yang mencatat sejarah keagungan Islam. Mereka merupakan pembawa panji-panji Islam yang sentiasa tersebar dan berkibar dalam satu kawasan geografi yang begitu luas.

Mengambil beberapa contoh antaranya Az- Zubair bin Al-Awwam antara sosok pemuda hebat pada zaman Rasulullah SAW. Anggota pasukan tentera berkuda, seorang yang sangat berani, pemimpin dakwah Islam di zamannya dalam usia hanya 15 tahun. Sementara Thalhah bin Ubaidillah, seorang pembesar utama barisan Islam di Makkah, singa podium yang handal, pelindung Nabi saat perang Uhud berkecamuk dengan 70 luka tusukan tombak, penyumbang dana utama fi sabilillah, sehingga mendapat jolokan dari Rasulullah SAW sebagai: "Thalhah Si Pemurah, Thalhah Si Dermawan." di usianya yang masih sangat muda.

Juga Sa’ad bin Abi Waqas, seorang pahlawan berkuda Muslimin paling berani di saat usianya baru menjengah 17 tahun. Ia dikenal sebagai pemanah terbaik, sahabat utama yang pertama kali mengalirkan darahnya untuk Islam, lelaki yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai 'Penghuni Syurga.'

Usamah bin Zaid, namanya terkenal harum sejak usia 12 tahun lagi, seorang mukmin dan muslim yang kuat, Rasulullah SAW menggarapnya menjadi panglima perang di usianya yang ke-20 dan memimpin armada perang menggempur negara kuasa besar Romawi di perbatasan Syiria dengan kemenangan yang gemilang.

Zaid bin Tsabit, seorang sahabat Rasulullah SAW yang bergabung dengan Islam saat usianya 11 tahun ketika terjadi perang Badar. Beliau seorang sahabat belia yang menghafal ayat dan surat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah. Beliau adalah pemuda yang cerdas sehingga Rasulullah mengangkatnya menjadi pembantu Nabi untuk menulis wahyu yang turun dan menulis surat kepada orang Yahudi, meskipun dia masih muda belia.

Mush’ab bin Umair, seorang remaja Quraisy, pemuda tampan, anak seorang bangsawan yang gagah berani. Meskipun berkecukupan, beliau lebih memilih meninggalkan gemerlapnya dunia, kerana Mush’ab bin Umair lebih mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW dari dunia dan seisinya. Beliau juga seorang pemuda yang menjadi Duta Pertama Islam di Madinah dan berhasil membangun masyarakat Islam di sana. Malah menjadi seorang guru pertama di Madinah dan itu dilakukan saat usianya yang masih muda.

Abdullah bin Mas’ud, seorang sahabat yang terkenal sangat mahir dengan al-Quran, memeluk Islam berusia kira-kira 18 tahun. Beliau dengan beraninya memperdengarkan bacaan al-Quran buat julung kalinya di khalayak kafir Quraisy sehingga beliau pulang dengan mukanya yang luka dan berdarah

Saidina Ali sanggup menggantikan tempat tidur Rasulullah SAW semasa baginda dikepong oleh pemuda-pemuda Quraisy sedangkan beliau tahu nyawanya terancam. Di dalam Al Qur’an, Allah SWT dengan jelas menyebutkan definisi pemuda atau As-Syabab sebagai berikut:

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk." (QS. Al-Kahfi : 13)

Rasululullah SAW bersabda:
”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hani

Ust Kay, [20.03.15 22:36]
f ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” (HR : Bukhari)

Allah dan Rasulullah SAW meletakkan pemuda dikedudukan yang begitu istimewa, sampai Rasulullah SAW mewasiatkan untuk berbuat baik pada golongan kaum belia ini kerana hati mereka lembut. Para pemudalah yang pertama sekali bergabung dengan Rasulullah SAW mengusung agama yang hanif (Islam) sedangkan orang tua menentang baginda.

Malah terdapat ramai lagi para sahabat Nabi Muhammad SAW ketika diangkat menjadi Rasul tatkala baginda berumur 40 tahun. Pengikut-pengikut baginda pada generasi pertama kebanyakannya juga daripada kalangan pemuda, bahkan ada yang masih kecil. Usia para pemuda Islam yang dibina pertama kali oleh Rasulullah SAW di Darul Arqaam pada tahap pembinaan, adalah sebagai berikut:

Paling muda adalah 8 tahun, iaitu Ali bin Abi Talib r.a dan Az-Zubair bin Al-Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, 11 tahun, Al Arqam bin Abi Al-Arqam 12 tahun, Abdullah bin Mazh’un berusia 17 tahun, Ja’far bin Abi Thalib 18 tahun, Qudamah bin Abi Mazh’un berusia 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib Ar Rumi berusia di bawah 20 tahun, ‘Aamir bin Fahirah 23 tahun, Mush’ab bin ‘Umair dan Al Miqdad bin al Aswad berusia 24 tahun, Abdullah bin Al-Jahsy 25 tahun, Umar bin Al-Khathab r.a 26 tahun, Abu Ubaidah Ibnu Jarrah dan ‘Utbah bin Rabi’ah, ‘Amir bin Rabiah, Nu’aim bin Abdillah, ‘ Usman bin Mazh’un, Abu Salamah, Abdurrahman bin Auf di mana kesemuanya sekitar 30 tahun, Ammar bin Yasir diantara 30-40 tahun dan Abu Bakar As-Siddiq r.a 37 tahun.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Demikianlah hebatnya cara tarbiyah Rasulullah SAW. Pembentukan akidah yang mendalam kepada setiap pemuda, maka akan melahirkan jiwa-jiwa yang sanggup berdepan dengan pelbagai masalah. Inilah peranan dan tanggunjawab para da’i, imam, pemimpin, pengurus, pentadbir, ahli jawatankuasa dan pihak masjid dalam mengembalikan hak Allah dan Rasul yang telah diabaikan selama ini melalui pembentukan belianya.
Wallahu a'lam - Ust. Kay rasa sentiasa muda. Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

DAPATKAN SEGERA BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI KEDAI BUKU MPH, POPULAR DAN SINAR DI SELURUH NEGARA SEBELUM HABIS CETAKAN PERTAMA !

Ust Kay, [21.03.15 17:58]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.420) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Sabtu, 30 Jamadil Awwal 1436H. BERANI KERANA BENAR, TEGAS KERANA BERILMU.

Abbas memancing menggunakan joran,
Umpun-umpun diguna dijadikan umpan,
Tegas kerana menegakkan kebenaran,
Biarpun risiko hilang rakan sepakatan.

Ust. Kay sangat menyanjung tinggi di atas ketegasan seorang pemimpin yang juga merupakan seorang ulama tersohor dalam mempertahankan keputusan jamaahnya untuk tetap menegakkan hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan bukan sahaja dengan pihak lawan, malah pihak kawan dan sebahagian daripada orang jamaahnya sendiri yang tidak mempersetujui akan tindakannya itu. Inilah kelebihan kepimpinan ilmuan Islam.

CERAH-CERAHKAN :
Orang yang berilmu amat menjunjung tinggi prinsip kebenaran. Mereka tidak menafikan kebenaran dari pihak lain dan tidak pula membolot kebenaran untuk dirinya secara mutlak. Kebenaran yang menjadi pegangan mereka bukan diukur daripada keluarnya perkataan atau perakuan hanya daripada mulut atau kelompok mereka sahaja. Bahkan kebenaran itu boleh juga datang daripada orang lain.

Berlapang dada dan merendah diri adalah akhlak murni orang yang berilmu. Kebenaran yang sejati adalah apabila datangnya daripada nas Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah An-Nabawiyyah. Keikhlasan Imam Malik mendorongnya menegah Khalifah al-Mahdi dan al-Rashid daripada mengangkat kitab karangannya al-Muwatta’ sebagai undang-undang dasar kerajaan. Imam al-Syafei pernah menyatakan bahawa :

“Sesiapa yang mendapati hadis Rasulullah SAW (yang sahih) yang bercanggah dengan pendapatku, maka menjadi kewajipannya untuk mengikuti nas hadis sahih tersebut dan meninggalkan pendapatku”. Keberanian orang yang berilmu adalah hasil kegerunan dan keyakinan teguh kepada kekuatan dan kekuasaan Tuhan Rabbul Jalil. Firman Allah SWT yang bermaksud :

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُور

“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” (QS. Fatir : 28)

Mereka percaya penguasa kuat, tetapi mereka lebih yakin bahawa Allah Maha Berkuasa atas sekelian makhluk-Nya. Kehinaan di sisi manusia kerana mempertahankan prinsip kebenaran dipandang lebih baik dan mulia daripada kehinaan di sisi Allah SWT kerana mengenepi kebenaran dek kerana untuk menarik perhatian atau mendampingi manusia. Orang yang berilmu boleh hilang penghormatan diri di sisi masyarakat umum jika tidak bersikap sedemikian.

Ketegasan dalam kepimpinan juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menjadikan masyarakat yang berdisplin dan hormat kepada ketua disamping kesetiaan bersama untuk berjuang dan menyalurkan bakti bagi membantu untuk memajukan negeri atau negara itu sendiri.

Seperti yang kita tahu, Khalifah Islam kedua selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, ialah Saidina Umar al-Khattab r.a, yang sangat dikenali dengan ketegasannya begitu mementingkan displin dan tidak berganjak dengan pendiriannya yang berlandaskan hukum Islam. Ketegasannya hinggakan masyarakat ketika itu gerun, takut dan sangat peka dengan perintah Allah yang seringkali dijadikan oleh Umar sebagai ingatan di dalam kepimpinannya.

Bukan sahaja manusia, tetapi juga Sungai Nil yang mengalir semula airnya adalah kerana surat Saidina Umar kepada sungai itu sendiri untuk mengelakkan syirik yang dilakukan oleh masyarakat sebelum ini. Kisah yang berlaku apabila masyarakat dikawasan itu mengorbankan anak dara untuk dicampak ke Sungai Nil supaya tidak berhenti mengalir airnya. Raja yang ketika itu lantas menghantar surat kepada Saidina Umar dan menceritakan permasalahan tersebut.

Saidina Umar menjawab surat itu dengan mengatakan kepada Sungai Nil itu sendiri : "Sekiranya engkau mahu mengalir, teruskan mengalir dan sekiranya tidak, berhentilah dari terus mengalir." Mendapat balasan dari surat itu, Raja tersebut

Ust Kay, [21.03.15 17:58]
mencampakkan surat itu ke dalam sungai nil dan airnya kembali meningkat setinggi 16 hasta dalam satu malam. Itulah kuasa seorang pemimpin dan wali Allah yang begitu tegas hinggakan alam dan manusia begitu hormat dengan kata-katanya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Ketegasan orang yang berilmu adalah didorong oleh kesungguhan untuk mempertahankan prinsip kebenaran yang diamanahkan oleh Allah SWT. Mereka amat yakin bahawa menyatakan kebenaran dan perkara hak adalah amanah Allah SWT sekalipun mereka mengetahui risikonya amat besar.
Wallahu a'lam - Ikut pada kebenaran, jangan ikut pada perasaan. Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

TUNGGU KEMUNCULAN BUKU CCUK KEDUA : "HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK" (HTC) AKAN TERBIT TAK LAMA LAGI...!

Ust Kay, [22.03.15 13:00]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.421) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Ahad, 1 Jamadil Akhir 1436H. KU PUTIH, KU PUTIH BARULAH PUTIH !

Adat Pepatih tradisi silam,
Diamalkannya oleh sebahagian ummah,
Hijau putih adalah warna Islam,
Mengikutinya menjadi satu sunnah.

Annas bin Malik mengatakan; “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah hijau.” Namun selain itu Baginda juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran.

CERAH-CERAHKAN :
Kekuasaan dalam penciptaan alam dan isinya menunjukkan Maha Bijaksana Allah dalam ilmu-Nya. Ternyata Allah mampu menjadikan alam ini dengan keindahan warna yang pelbagai, menunjukkan kreativiti dan kehebatan Pencipta. Sesungguhnya pada warna-warna tersebut terdapat rahsia kebesaran Allah SWT.

Tidak dapat disangkal lagi, warna memberi kesan kepada identiti dan personaliti seseorang. Warna berupaya mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang, menceriakan ruang, menutupi ketidak sempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk manusia. Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif baru.

Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga yang manusia boleh perolehi. Salah satunya menerusi kajian WARNA PUTIH, pelbagai petunjuk dan manfaat yang diperolehi. Terdapat 12 ayat Al-Quran yang membicarakan aspek warna putih ini. Antaranya ialah :

1) Warna Putih berkaitan Dengan Cahaya Pada Waktu Subuh Atau Terbitnya Fajar Dan Matahari.
Firman Allah SWT : “…dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar…” (QS. Al-Baqarah: 187)

2) Warna Putih berkaitan Dengan Muka Mereka Yang Bahagia Di Hari Kiamat.
Firman Allah SWT : "...(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): “Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu.” Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.” (QS. Ali ‘Imran: 106 - 107)

3) Warna Putih berkaitan Dengan Mukjizat Nabi Musa A.S. Iaitu Tangannya Berwarna Putih (Bersinar-sinar). Firman Allah SWT :

وَنَزَعَ يَدَهُ فَإِذَا هِيَ بَيْضَاءُ لِلنَّاظِرِين

“Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.” (QS. Al- A‘raf : 108)

4) Warna Putih berkaitan Dengan Warna Minuman Syurga. Iaitu pada firman Allah SWT : “Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya” (QS. Al- Saffat: 46)

5) Warna Putih berkaitan Dengan Sifat Wanita Syurga. Firman Allah SWT : “(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.” (QS. Al-Saffat: 49)

Sementara melalui al-Kutub al-Sittah, sebanyak tujuh hadith ditemui. Berdasarkan kepada perbincangan yang telah dikemukakan, warna putih di dalam hadith menfokuskan kepada beberapa tema iaitu cahaya, haiwan, pakaian, rambut dan susu. Contohnya :

Daripada Yahya bin Ya‘mar dia menceritakan kepadanya bahawa Abu Dhar r.a telah menceritakan kepadanya, dia berkata: “Saya pernah menemui Nabi SAW sementara beliau sedang tidur sambil mengenakan baju putih, lalu aku datang menemuinya dan beliau pun terbangun…" (HR : Al-Bukhari)

Rasulullah SAW memakai pakaian putih dan menggalakkan untuk memakainya serta baginda juga memerintahkan untuk mengkafankan mayat dengan pakaian putih berdasarkan hadis sahih daripada riwayat Ibn ‘Abbas. Dalam konteks pakaian putih kesukaan Rasulullah SAW dalam hadith riwayat Ibn ‘Abbas, Abi al-Tayyib Muhammad Shams al-Haq dalam kitabnya ‘Aun al-Ma‘bud menyatakan warna ini adalah s

Ust Kay, [22.03.15 13:00]
ebaik-baik pakaian kerana kebiasaannya menunjukkan kepada rasa tawadu’, tidak takbur, tidak bangga, dan tidak ‘ujub dengan pakaian itu. Selain itu juga, ia menjadi petunjuk kepada keseluruhan akhlak yang baik.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Warna putih merupakan warna yang membawa satu personaliti dan ciri-ciri yang baik pada individu yang memakainya. Justeru itu, Rasulullah SAW amat menyukai warna ini dan menggalakkan umatnya untuk memakai pakaian putih. Warna putih yang disebutkan juga ada kaitannya dengan sesuatu hukum, nikmat dan ciri-ciri semulajadi yang dibincangkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis sahih Rasulullah SAW.
Wallahu a'lam - Maaf ye sahabat-sahabat sekalian, Ust. Kay akan melakukan 'pemutihan' kepada grup yang add Ust. Kay tapi tak aktif. Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

TUNGGU KEMUNCULAN BUKU CCUK KEDUA : "HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK" (HTC) AKAN TERBIT TAK LAMA LAGI...!

Ust Kay, [23.03.15 14:36]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.422) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTIK (HTC) Isnin, 2 Jamadil Akhir 1436H. MERAH : BERHENTI ! HIJAU : JALAN !

Beli kerbau dengan Hambali,
Kerbau berkurap suka menggaru,
Tahniah Hijau bersinar kembali,
Di bumi berkat bumi Tuan Guru.

Hijau merupakan salah satu dari tiga warna primer additif selain merah dan biru, dan merupakan komplemen dari magenta. Hijau menyejukkan dan warna yang banyak dijumpai pada daun-daun ini sangat bermanfaat untuk mengurangi stress. Hijau dalam psikologi dan kesihatan menyejukkan saraf, menyegarkan mata dan memberikan efek ketenangan dan kesembuhan. Hijau adalah gabungan warna antara kuning dan biru.

CERAH-CERAHKAN :
Hijau di dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa. Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAU pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah :

1) Allah SWT berfirman :

أُولَٰئِكَ لَهُمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَيَلْبَسُونَ ثِيَابًا خُضْرًا مِّن سُندُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُّتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ نِعْمَ الثَّوَابُ وَحَسُنَتْ مُرْتَفَقًا

”Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.” (QS. Al-Kahfi : 31)

2) Maksud ayat : “Penduduk Syurga itu (bersenang-lenang) di dalamnya dengan berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.” (QS. Ar-Rahman : 76)

3) Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.” (QS. Al-Insan : 21)

4) Maksud ayat : ”Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutera halus yang HIJAU dan sutera tebal." (QS. Al-Kahf : 31)

5) Annas bin Malik mengatakan : "Warna yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah hijau." Rasulullah SAW juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak. (Al-Hudri Al-bantani)

6) Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al-Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya sesudah putih."

7) Sabda Nabi SAW : "Dunia ini cantik dan hijau. Sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah dan Allah mengamati apa yang kamu lakukan, kerana itu jauhilah godaan wanita dan dunia. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa Bani Israel adalah godaan kaum wanita." (HR : Ahmad)

8) Para syuhada di lembah (tepi) sungai dekat pintu syurga dalam bangunan berkubah berwarna hijau. Rezeki mereka datang dari syurga setiap pagi dan petang." (HR : Al-Hakim dan Ahmad)

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa. Ust. Kay juga sangat suka warna batu Jed ini...

SIMPUL-SIMPULKAN :
Warna HIJAU adalah warna syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi syurga dengannya. Ayuh kita beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya !
Wallahu a'lam - Sebab itu teropong malam yang canggih pun menggunakan warna hijau sebagai warna dasar penglihatan malam, kerana manusia mampu melihat lebih ba

Ust Kay, [24.03.15 22:41]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.423) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Selasa, 3 Jamadil Akhir 1436H. WARNA YANG DILARANG !

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu yang suka berbudi,
Yang suka marah-marah itu naga.

Dari Ali bin Abi Talib r.a bahawasanya Rasulullah SAW melarang mengenakan pakaian sutera dan juga Al-Muashfar.“ (HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi).

CERAH-CERAHKAN :
Hadis tersebut menyatakan pengharaman terhadap pakaian yang dicelup dengan warna merah (mu'ashfar), sebagaimana pendapat Al-Hadawiyah. Sedangkan sekumpulan sahabat Nabi Muhammad SAW, Tabi’in memperbolehkan memakai pakaian yang dicelup dengan warna merah, demikian pula pendapat para Fuqaha' selain Ahmad. Ada juga yang mengatakan Makruh Tanzih.

Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah memberikan jawapan terhadap hal ini dengan mengatakan bahawa ia adalah pakaian yang seluruhnya merah (warna merah polos).

Dalam hal warna pakaian yang dilarang dipakai dalam Islam ini ada dua jenisnya :
1) Apabila kain dicelup dengan warna merah (Muasfhar / 'ushfur).
2) Apabila kain dicelup dengan warna kuning (Muza’far / za'faran).

Mengenai pakaian yang tidak polos merah atau kuning (bercorak dicampur dengan warna lain), dibolehkan berdasarkan kesepakatan para ulama'. Sebagaimana dikatakan oleh An-Nawawi rhm. :

يجوز لبس الثوب الابيض والاحمر والاصفر والاخضر والمخطط وغيرها من ألوان الثياب ولا خلاف في هذا ولا كراهة في شئ منه قال الشافعي والاصحاب وأفضلها البيض

“Boleh menggunakan pakaian yang bergaris merah, kuning, hijau dan warna pakaian yang bercorak lainnya. Hal ini berdasarkan kesepakatan (ijma’) para ulama. Warna pakaian yang bercorak semacam itu tidaklah makruh sedikit pun. Inilah yang dikatakan oleh Imam As-Syafi’e dan pengikutnya. Namun yang paling afdhal adalah mengenakan pakaian berwarna putih.” (Al-Majmu’, 4/452)

Bolehkah memakai pakaian berwarna kuning?
Dalam Al-Mawsu’ah Al-Fiqhiyah disebutkan :

اتّفق الفقهاء على جواز لبس الأصفر ما لم يكن معصفراً أو مزعفراً

“Para pakar fiqih sepakat dibolehkannya memakai pakaian berwarna kuning asalkan bukan hasil dari celupan ‘ushfur atau za’faron." Dalil yang membolehkan pakaian berwarna MERAH : Hadis Al-Barra’ bin ‘Azib, ia berkata :

كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – مَرْبُوعًا ، وَقَدْ رَأَيْتُهُ فِى حُلَّةٍ حَمْرَاءَ مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَحْسَنَ مِنْهُ

“Rasulullah SAW adalah seorang lelaki yang berperawakan sedang (tidak tinggi dan tidak pendek), saya melihat baginda mengenakan pakaian (hullah) merah, dan saya tidak pernah melihat orang yang lebih tampan daripada baginda” (HR : Bukhari no. 5848)

Ibnul Qayyim mengatakan :

كَانَ بَعْض الْعُلَمَاء يَلْبَس ثَوْبًا مُشْبَعًا بِالْحُمْرَةِ يَزْعُم أَنَّهُ يَتْبَع السُّنَّة ، وَهُوَ غَلَط ، فَإِنَّ الْحُلَّة الْحَمْرَاء مِنْ بُرُود الْيَمَن وَالْبُرْد لَا يُصْبَغ أَحْمَر صِرْفًا

“Sebahagian ulama ada yang memakai pakaian merah polos (merah seluruhnya) dan menganggapnya sebagai sunnah. Sungguh ini adalah keliru. Yang dimaksud “Hullah” berwarna merah adalah burdah (pakaian bergaris) dari Yaman dan burdah di sini bukanlah pakaian yang dicelup sehingga berwarna merah polos (merah keseluruhan).”

SIMPUL-SIMPULKAN :
Larangan menggunakan pakaian berwarna merah asalkan tidak polos (tidak seluruhnya berwarna merah) di atas adalah kepada golongan lelaki sahaja. Sedangkan untuk golongan wanita boleh memilih dan memakai pakaian dengan warna apa saja asalkan bukan warna yang nantinya akan menjadi perhiasan diri di hadapan bukan mahram. Inilah pendapat yang lebih hati-hati dan lebih selamat dari khilaf (perselisihan) ulama'.
Wallahu a'lam - Ust. Kay pernah dikejar lembu kerana memakai baju Melayu warna merah ! Ust. Kay. (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

NANTIKAN KEMUNCULAN BUKU KEDUA UST. KAY : "HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK" (HTC), AYAT AL-QURAN DAN ADA MATAN HADIS ASAL SERTA KARIKATUR KARTUN BERDIALOG. LEBIH MENARIK DAN PADAT, TERBITAN TELAGA BIRU

Ust Kay, [25.03.15 15:57]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.424) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Rabu, 4 Jamadil Akhir 1436H. UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI (1)

Masuk asrama kena ketuk ketampi,
Sebagai salam perkenalan dari 'rakan',
Beza antara impian dan juga mimpi,
Mengimpikan impian boleh jadi kenyataan.

Seperti yang telah kita ketahui, bahawa Islam itu mengatur segala segi kehidupan manusia, mulai dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar urusan. Termasuklah mimpi, inilah yang Ust. Kay akan kita bincangkan mengenai mimpi dalam Islam, tanda, tafsir dan larangannya. Insya Allah !

CERAH-CERAHKAN :
Dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda:

لَمْ يَبْقَ مِنْ النُّبُوَّةِ إِلَّا الْمُبَشِّرَاتُ قَالُوا وَمَا الْمُبَشِّرَاتُ قَالَ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ

“Kenabian tidak ada lagi selain berita-berita gembira.” Para sahabat bertanya, “Apa yang di maksud dengan khabar-khabar gembira?” Nabi SAW menjawab, “Mimpi yang baik.” (HR : Al-Bukhari)

Mimpi mempunyai kedudukan yang agak istimewa dalam Islam, sehinggakan Nabi SAW telah menjadikannya sebagai isyarat akan datangnya khabar gembira. Bahkan dalam hadis yang lain Baginda SAW telah bersabda :

الرُّؤْيَا الْحَسَنَةُ مِنْ الرَّجُلِ الصَّالِحِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ

“Mimpi baik yang berasal dari seorang yang soleh adalah satu bahagian dari 46 bahagian kenabian.” (HR : Al-Bukhari dan Muslim)

Ulama' membahagikan mimpi yang dilihat seseorang dalam tidurnya itu kepada tiga kategori, iaitu :
1) Mimpi yang benar lagi baik. Inilah mimpi yang dikhabarkan oleh Nabi SAW sebagai satu dari 46 bahagian kenabian. Secara umum, mimpinya itu tidak terjadi di alam nyata, namun terkadang pula terjadi sama seperti yang dilihat dalam mimpi tersebut.
2) Mimpi pengaruh psikologi manusia. Iaitu yang dilihat seseorang dalam tidurnya sebagai cerminan dari keinginannya atau dari apa yang terjadi pada dirinya dalam hidupnya.
3) Gangguan atau mainan syaitan. Iaitu yang bermaksud menakut-nakuti seorang manusia, kerana syaitan dapat menggambarkan dalam tidur seseorang perkara yang menakutkannya, baik berkaitan dengan dirinya, harta, keluarga, atau masyarakatnya.

Pembahagian mimpi yang disebutkan ulama' di atas ada dinyatakan dari hadis Abu Hurairah r.a secara marfu’ :

إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ رُؤْيَا الْمُسْلِمِ تَكْذِبُ وَأَصْدَقُكُمْ رُؤْيَا أَصْدَقُكُمْ حَدِيثًا وَرُؤْيَا الْمُسْلِمِ جُزْءٌ مِنْ خَمْسٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ وَالرُّؤْيَا ثَلَاثَةٌ فَرُؤْيَا الصَّالِحَةِ بُشْرَى مِنْ اللَّهِ وَرُؤْيَا تَحْزِينٌ مِنْ الشَّيْطَانِ وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ الْمَرْءُ نَفْسَهُ فَإِنْ رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يَكْرَهُ فَلْيَقُمْ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا النَّاسَ

“Apabila hari kiamat telah dekat, maka jarang sekali mimpi seorang muslim yang tidak benar. Dan orang yang paling benar mimpinya di antara kalian adalah yang paling benar ucapannya. Mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 bahagian nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga macam: (1) Mimpi yang baik sebagai khabar gembira dari Allah. (2) Mimpi yang menakutkan atau menyedihkan, datangnya dari syaitan. (3) Mimpi yang timbul kerana ilusi angan-angan, atau khayalan seseorang. Kerana itu, jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah, kemudian solatlah dan jangan menceritakannya kepada orang lain.” (HR : Muslim no. 4200)

Maka dari penjelasan di atas kita melihat bahawa mimpi sekalipun yang baik dan berasal dari Allah maka itu hanya bersifat membawa khabar gembira kepada 'Sang Pemilik Mimpi' atau orang yang berada di sekitarnya. Kerana mimpi tidaklah dapat dijadikan sebagai syariat. Maksudnya dengan mimpi itu tidak boleh menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal, mengamalkan sebuah ibadah yang baru mahupun meninggalkan suatu ibadah yang sudah thabat (tetap) pensyariatannya.

Walaupun bermimpikan Rasulullah SAW. Syariat sudah sempurna dengan wafatnya Nabi Muhammad SAW, tidak akan mungkin berubah dan tidak akan ada penambahan ataupun pengurangannya. Mimpi bertemu dengan Baginda

Ust Kay, [25.03.15 15:57]
SAW hanyalah merupakan satu kemuliaan dan satu rezeki yang Allah SWT berikan kepada seseorang. Dewasa ini, ramai yang mendakwa mimpi bertemu dengan Nabi SAW dengan menyatakan 'Baginda' bersetuju dengan tindakannya atau mengarahkan untuk berbuat sesuatu perkara.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Kerana siapa saja yang mengadakan perubahan atau penambahan dalam syariat Islam yang telah sempurna ini, dengan beralasan dia menerima hal itu dalam mimpi ketika dia bertemu Nabi SAW maka sungguh dia adalah orang yang tertipu dengan tipudaya syaitan semata-mata. Mungkin itu bukan Nabi tetapi adalah Benggali jual roti atau Kolonel Sanders KFC sahaja.
Wallahu a'lam - Ust. Kay selalu mengimpikan Hukum Allah tertegak di atas mukabumi Allah ini. Ust. Kay. (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

NANTIKAN KEMUNCULAN BUKU KEDUA UST. KAY : 'HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK' (HTC), AYAT AL-QURAN DAN ADA MATAN HADIS ASAL SERTA KARIKATUR KARTUN BERDIALOG. LEBIH MENARIK DAN PADAT, TERBITAN TELAGA BIRU

Ust Kay, [26.03.15 20:32]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.425) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Khamis, 5 Jamadil Akhir 1436H. UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI (2)

Jampi bukan sebarang jampi,
Jampi Tok Pian dari Kelantan,
Mimpi bukan sebarang mimpi,
Mimpi impian jadi kenyataan.

Sebenarnya, jauh bezanya antara mimpi dan impian. Mimpi selalu dikaitkan dengan angan-angan sahaja, seperti ayat : "Janganlah engkau mimpi nak kahwin dengan Neelofa." Manakala impian pula adalah cita-cita atau harapan yang ingin dicapai oleh seseorang. Contoh ayat : "Itulah rumah impian ku... Aku berazam akan mendapatkannya suatu hari nanti !."

CERAH-CERAHKAN :
Kalau impian didasari deengan sesuatu yang realiti atau benar, sedanglan mimpi pula boleh jadi benar dan banyak jadi tak benar (palsu, mainan syaitan). Tanda-tanda untuk mengenal sebuah mimpi
yang benar :
1. Bersih dari mimpi kosong, bayangan-bayangan yang menakutkan dan meresahkan.
2. Dapat dipahami ketika terjaga. Maksudnya, bermimpi tidak melihat dalam tidurnya sesuatu yang bertolak belakang, seperti mimpi melihat orang berdiri dalam keadaan duduk.
3. Tidur dalam keadaan fikirannya jernih, tidak disibukkan oleh satu persoalan pun. Kerana pada umumnya, mimpi orang yang seperti ini adalah kerana bisikan jiwanya (psikologi) sebelum tidur sahaja. Misalnya dia dalam keadaan haus lalu tertidur dan dalam tidurnya dia mimpi sedang minum. Atau lapar lalu mimpi sedang makan dan sebagainya.
4. Mimpi tersebut dapat dita’wil dan sesuai dengan yang ada di dalam Lauhul Mahfuz. Kalau mimpi itu kadang terlihat begini atau kadang begitu, maka itu tidaklah dinamakan mimpi yang baik dan benar. Kerana mimpi yang benar itu harus tersusun rapi yang sesuai dan memungkinkan untuk dita’wilkan (ditafsirkan)

Tanda-tanda mimpi yang tidak benar atau sekadar mainan syaitan itu ialah :
1) Mimpi itu meliputi berbagai perkara yang mendatangkan duka cita, keresahan, ketakutan dan sebagainya.
2) Al-’Allamah ‘Abdurrahman bin Nair As-Sa’di rahimahullah mengatakan :
“Perbezaan antara ahlam (mimpi-mimpi yang tidak benar) yang merupakan mimpi-mimpi kosong dan tidak dapat dita’wilkan."
3) Bentuk lain yang dilemparkan syaitan kepada ruh orang yang tidur, berupa mimpi dusta dan makna-makna yang kacau yang sukar untuk difahami.

Semalam, Ust. Kay telah huraikan pembahagian mimpi. Orang yang melihatnya (yang bermimpi) juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Sesuai dengan jujur atau tidaknya orang yang bermimpi itu tadi. Ahli ilmu membahagikannya kepada lima jenis manusia yang bermimpi, iaitu:
1. Nabiyin (para nabi)
2. Salehin (orang soleh)
3. Masturin (orang biasa)
4. Fasiqin (orang fasik)
5. Kafirin (orang kafir)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.anhuma, dari Nabi SAW baginda bersabda : “Barangsiapa yang mengaku telah bermimpi sesuatu padahal sebenarnya tidak, maka ia akan dipaksa untuk duduk di antara dua helai rambut dan ia pasti tidak akan mampu melakukannya.” (HR : Bukhari no. 7042)

Ada beberapa hadis lain dalam bab larangan berdusta tentang mimpi, iaitu dari Ali, Abu Hurairah, Abu Syuraih dan Wasilah r.anhum. Dari hadis-hadis ini dapat difahami bahawa :
1. Haram berdusta tentang mimpi dan perbuatan itu termasuk dosa besar yang terbesar, kerana ia telah berdusta terhadap Allah SWT. Adapun dusta yang dilakukan saat terjaga adalah dusta terhadap makhluk.
2. Mimpi dari syaitan, oleh kerana itu Rasulullah SAW menamakan 'al-hulm' bukan ru’ya. Al-Hulm (mimpi) di sini adalah dusta dan itu bererti dari syaitan. (Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar’iyyah fii Shahiihis Sunnah An-Nabawiyyah)

Jika ada sekelompok orang melihat mimpi yang sama, ini dinamakan kesesuaian. Meskipun ungkapannya berbeza-beza.
Ibnu Hajar rahimahullah berkata ketika menerangkan makna hadis Ibnu Umar r.anhuma, bahawa ada beberapa sahabat bermimpi malam Lailatul Qadar pada 7 malam terakhir. Kata beliau: “Faedah dari hadis ini menunjukkan bahawa kesesuaian (kesamaan) mimpi pada sekelompok orang, menegaskan tentang tepat dan benarnya mimpi itu. Sebagaimana diambil faedah tentang kuatnya suatu berita

Ust Kay, [26.03.15 20:32]
yang bersumber dari satu kelompok.” (Fathul Bari (12/380)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sebagian orang menunggu terjadinya ta’bir mimpi yang dilihatnya. Ini jelas tidak benar. Kerana tercapainya tujuan mimpi yang mungkin saja tertunda satu atau beberapa tahun. Tidakkah anda lihat bahawa Nabi SAW melihat mimpi pembebasan kota Makkah sebelum ditaklukkan, satu tahun sebelumnya? Bahkan Nabi Yusuf a.s tidak melihat bukti ta’bir mimpinya kecuali setelah lebih dari 30 tahun. Ikhlas dari Ust. Kay (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Sumbangan masih sangat diperlukan untuk Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran : Menaiktaraf anjung pondok dengan lantai jubin dan pembinaan Wakaf Rehat warga pondok : MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [27.03.15 23:47]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.426) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Jumaat, 6 Jamadil Akhir 1436H. MANDI BUNGA

Bawa baldi cari kerang,
Baldi dibawa bergambar singa,
Mandi bunga zaman sekarang,
Mandi dengan sabun berbau bunga.

Ikhtiar rawatan secara mandi limau dan mandi bunga adalah sebagai wasilah/asbab untuk merawat, ianya perkara mubah (harus) sekiranya dilakukan oleh ahli-ahli yang mahir dalam bidangnya dan tidak bercanggah dengan syariat Islam dan hukum syarak.

CERAH-CERAHKAN :
Upacara mandi bunga ini bukanlah suatu upacara menyiram pokok bunga.. nak siram pokok bunga, tak perlukan apa2 upacara.. siram je dengan air paip.. jangan siram dengan air kopi dah le.. Mandi bunga adalah satu upacara yg mana beberapa jenis bungan (biasanya tujuh jenis) dimasukkan ke dalam air mandian dan disiram ke badan seseorang.. maksudnya mandi la.

Menurut pengamal perubatan Islam : "Amalan mandi bunga ini kononnya bertujuan untuk membuang sial, menghindarkan daripada gangguan makhluk halus, menaikkan aura seri dan mendatangkan tuah.. hampir kesemua konsep ini wujud dalam agama Hindu.. jadi, tak mustahil amalan mandi bunga ini juga berasal daripada amalan agama Hindu.

Dalam Islam, tiada istilah sial, tuah, seri, aura dan sebagainya... Sebab semua ini berlawanan dengan konsep qada’ dan qadar, iaitu ketentuan Allah SWT sama ada yg baik mahupun yang buruk.

Kebiasaannya, konsep mandi bunga untuk tujuan mempercepatkan jodoh ini dikaitkan dengan sial sang empunya badan, sehingga menyebabkan jodohnya ‘berat’. Ini satu konsep yg salah dan menyalahi akidah kita. Kerana soal jodoh itu ditentukan oleh Allah. Lambat atau cepat atau pun tak ada langsung, Allah yg tentukan. Bukanlah disebabkan sial ke, suwey seseorang

Hukum mandi limau dan bunga boleh menjadi haram sekiranya cara pembuatan, tujuan dan tatacara mandian itu bertentangan dengan syariat Islam dan hukum syarak dan bersifat mempersekutukan Allah SWT sebagaimana berikut:

1) Bertujuan untuk menarik ‘nasib baik’, membawa tuah atau menolak bala dan sial pada seseorang itu. Imam Bukhari pernah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, yang bersabda, maksudnya: "Tiada sial dan majal dalam Islam."
2) Kepercayaan sepenuhnya kepada limau dan bunga itu mempunyai kuasa sakti atau penyembuh, dan bukannya Allah SWT (begitu juga dengan ubat-ubatan yang lain).
3) Ramuan dibacakan dengan ayat-ayat pemujaan memanggil jin/syaitan atau mentera yang berunsur sihir walaupun bercampur aduk dengan ayat-ayat Al-Quran dan Zikir.
4) Menganggap mandi limau dan mandi bunga itu sama hukumnya dengan mandi-mandi sunat dan wajib di dalam ajaran Islam; serta menjadikannya sebagai amalan keagamaan.
5) Bertujuan untuk ‘memanggil’ semangat, khadam, pendamping, jin, roh para wali, tok sheikh, malaikat dan sebagainya.

Dalam hal ini, niat itu perlu dijaga. Asalnya tiada masalah untuk mandi bunga. Sebab dalam fiqh sendiri menceritakan keharusan mandi wajib dengan menggunakan air yg bercampur dengan bunga. Mandilah nak mandi air bunga tahi ayam ke, bunga tahi kambing ke.. cuma kena jaga keyakinan kita, bahawa mandi itu bukanlah apa, sekadar nak mewangikan tubuh.. dan bukanlah untuk tujuan bagi nampak hensem ke, bagi nampak cantik ke, bagi cepat datang jodoh ke dan lain-lain lagi.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Berubah saja niat, maka jarum syaitan akan berjaya menusuk. Syaitan akan mendatangkan kebaikan hasil mandi bunga sehingga kita percaya yang mandi bunga itu memang boleh cepatkan jodoh, menafikan Kekuasaan Allah SWT. Masyaallah....
Wallahu a'lam - Jom mandi daun pulak ! Ukay's. (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

Sumbangan masih sangat diperlukan untuk Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran : Menaiktaraf anjung pondok dengan lantai jubin dan pembinaan Wakaf Rehat warga pondok : MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [28.03.15 20:46]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.427) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Sabtu, 7 Jamadil Akhir 1436H. MANDI-MANDI SUNAT YANG JARANG KITA KETAHUI

Rumah Tok Kadi sebelah Pokok Buluh,
Rumah depannya rumah Mak Janda,
Mandi lah dengan bersungguh-sungguh,
Mandi bukan sekadar mandi-manda.

Ada beberapa jenis mandi sunat dalam Islam yang boleh kita amalkan dalam keadaan sambil mandi pun dapat pahala.

CERAH-CERAHKAN :
1) Mandi Sebelum Berihram.
Zaid bin Tsabit r.a. telah meriwayatkan : "Apabila Nabi Muhammad SAW hendak berihram, Baginda akan melepaskan pakaian Baginda yang berjahit dan menggantikannya dengan pakaian ihram dan mandi terlebih dahulu." (HR : Darimi, Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Hakim)

2) Mandi Sebelum Memasuki Mekah.
Nafi' r.a. telah menceritakan bahawa: "Ibnu Umar r.a. tidak akan masuk ke Mekah terlebih dahulu melainkan beliau bermalam di Dzi Tuwa sehingga pagi, dan beliau akan mandi. Setelah selesai, barulah beliau masuk ke Mekah pada siang hari berikutnya." Beliau (Ibnu Umar) menyebut bahawa tindakan beliau tersebut merupakan amalan yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW ketika hayat Baginda. (HR : Bukhari dan Muslim)

3) Mandi Pada Hari Arafah.
Mandi pada hari Arafah disunatkan kepada jemaah haji yang hendak wuquf di Arafah. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang bersumber daripada Zadzan sebagaimana berikut:
"Seseorang lelaki pernah bertanya kepada Ali tentang mandi. Ali menjawab: "Mandilah pada setiap kali jika engkau mahu." Lelaki itu berkata lagi: "Bukan sembarang mandi yang aku maksudkan." Ali lalu menjawab: "Mandi pada hari Jumaat, mandi pada hari Arafah (ketika hendak wuquf), mandi pada hari Nahr (Aidiladha), dan mandi pada Hari Raya Aidilfitri." (HR : Baihaqi)

4) Mandi Untuk Mengulangi Jimak.
Abu Rafi' pernah menceritakan bahawa : Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW bergilir-gilir menemui isteri-isteri Baginda dan Baginda mandi di setiap rumah mereka. Aku bertanya : ''Wahai Rasulullah, mengapa engkau tidak mandi sekali sahaja (setelah jimak yang terakhir)?'' Baginda menjawab: Yang demikian itu lebih baik, lebih harum, dan lebih bersih." (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah dalam Sahih Abi Dawud)

5) Mandi setelah selesai memandikan jenazah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Sesiapa memandikan jenazah, hendaklah dia mandi. (HR : Ahmad, Abu Daud, dan Tirmizi)

6) Mandi Setelah Selesai Menguburkan Mayat Musyrik.
Ali bin Abu Talib r.a. meriwayatkan bahawa beliau pernah menghadap Nabi Muhammad SAW lalu berkata: "Sesungguhnya Abu Talib telah mati." Nabi bersabda: "Pergi dan kuburkanlah mayatnya." Ali berkata lagi: "Sesungguhnya dia mati dalam keadaan musyrik." Nabi bersabda lagi: "Pergi dan kuburkanlah mayatnya." Setelah aku (Ali bin Abu Talib) menguburkan mayatnya, aku terus menghadap Nabi Muhammad SAW, lalu Baginda bersabda : "Mandilah kamu." (HR : Abu Daud dan Nasa'i)

7) Mandi Bagi Wanita Yang Istihadhah Setiap Kali Hendak Mengerjakan Sembahyang.
Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Ummu Habibah r.a. pernah mengalami istihadhah pada zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memerintahkan beliau supaya mandi setiap kali hendak mengerjakan solat." (HR : Abu Daud. Hadis ini disahihkan dalam Sahih Sunan Abi Daud)

8) Mandi Setelah Sedar Daripada Pengsan.
Aisyah r.a. berkata: "Ketika mengalami sakit berat, Nabi Muhammad SAW pernah bertanya : "Apakah para sahabat telah mengerjakan sembahyang?" Kami menjawab: "Belum, mereka menunggu Tuan." Baginda lalu bersabda: "Tolong ambilkan aku satu bejana air." Aisyah berkata: "Kami pun melaksanakan apa yang Baginda perintahkan dan Baginda pun mandi. Ketika Baginda hendak bangun setelah selesai mandi, Baginda jatuh pengsan sekali lagi. Setelah Baginda sedar, Baginda bertanya: "Apakah para sahabat telah mengerjakan sembahyang?" Kami menjawab: "Belum, mereka menunggu Tuan, wahai Rasulullah." Baginda lalu bersabda: "Tolong ambilkan aku satu bejana air." Baginda pun mandi sambil duduk..." (HR : Bukhari dan Muslim)

9) Mandi Setelah Selesai Berbekam.
Aisyah r.a. mer

Ust Kay, [28.03.15 20:46]
iwayatkan bahawa "Nabi Muhammad SAW biasanya akan mandi disebabkan oleh empat perkara, iaitu: kerana junub, sebelum mengerjakan solat Jumaat, setelah selesai berbekam, dan setelah selesai memandikan jenazah." (HR : Abu Daud dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah)

10) Mandi Kerana Masuk Islam.
Qais bin 'Asim r.a. berkata: "Saya pernah datang kepada Nabi Muhammad SAW ketika saya hendak masuk Islam. Baginda lalu menyuruhku mandi dengan air dan daun bidara." (HR: Abu Daud, Nasa'i, dan Tirmizi)

Terdapat sebahagian ulama' yang berpendapat bahawa mandi kerana masuk Islam adalah wajib dan sebahagian ulama lain berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat. Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz memilih bahawa mandi orang yang baru masuk Islam hukumnya adalah sunat bukannya wajib.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Mandi yang paling Ust. Kay tak suka ialah mandi ketika baru lepas berkhatan. Adoyai... rasa 'ngeri' bila terkena air. Namun antara mandi yang paling Ust. Kay gemari selain mandi 'kebor' di dalam parit depan rumah dan mandi berendam dalam kolah bilik air (zaman kanak-kanak dahulu) ialah mandi bersama dengan isteri hehehe...
Wallahu a'lam - "Mandilah kamu sebelum kamu dimandikan !" Ukay's

Ust Kay, [29.03.15 17:09]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.428) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Ahad, 8 Jamadil Akhir 1436H. ADAB MAKAN YANG JARANG DIAMALKAN.

Beli baju di Kedai Taipan,
Baju disangkut di tepi tingkap,
Makan dengan adab dan sopan,
Baru berkat dan juga sedap.

Ada beberapa lagi adab makan selain basuh tangan sebelum dan selepas makan, membaca Basmallah, membaca doa sebelum dan selepas makan, makan dengan tangan kanan dan makan dengan duduk. Ada beberapa adab lagi yang sebahagiannya tidak diketahui oleh kita kerana jarang atau tidak pernah amalkannya sedangkan ianya merupakan sunnah Nabi SAW.
CERAH-CERAHKAN :
1. Makan Secara Berjamaah.
Sunat makan secara berjamaah kerana banyak keberkatan yang terkandung didalamnya.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepada Rasulullah SAW dan ia berkata: “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah SAW berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

2. Gunakan Shahfah/Qash’ah
Makan berjamaah di atas hamparan dengan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti. Ibnu Hajar berkata: “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, kebiasaannya mereka makan bersama-sama (dengan Shahfah) atau makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang.” (Al-Fath 9/532).

3. Galakan Guna Tiga Jari.
Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari. (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR : Muslim)

4. Menjamah Secubit Garam.
Nabi Muhammad SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

5. Mula Makan Dari Hidangan Tepi.
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi SAW bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (HR : Abu Dawud dan Tirmidzi)

6. Makan Yang Berhampiran Dahulu.
Makanlah makanan yang ada dihadapan anda dan jangan menjangkau makanan yang ada pada hidangan yang lain. Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah SAW, dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah SAW berkata: “Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah’, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu.” (HR : Bukhari dan Muslim)

7. Makanlah Dengan Rendah Diri.
Makanlah dengan penuh perasaan tawadduk dan jangan makan dengan gaya yang bangga, sombong dan angkuh.

8. Makanlah Dengan Berpada-Pada.
Jika makanan yanga ada itu sedikit sedang tetamunya terlalu ramai maka janganlah makan sampai terlalu kenyang. Nabi Muhamad SAW melarang makan dengan banyak dan melampau. Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:

نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع

“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“

9. Galakan Bercakap & Tidak Becakap.
Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang soleh dalam makanan. Ketika makan janganlah terlalu banyak bercakap atau bercakap apabila makanan penuh di dalam mulut. Janganlah juga bercakap mengenai hal-hal yang boleh menimbulkan rasa jijik atau loya.

10. Larangan Mencela Makanan.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah SAW mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR : Bukhari dan Muslim)

11. Tidak Bersandar Ketika Makan.
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah SAW bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR : Bukhari)

12. Kutip Makanan Yang Terjatuh.
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah SAW., “Apabila jatuh sebaha

Ust Kay, [29.03.15 17:09]
gian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan” (HR : Muslim)

13. Jilat Jari Setelah Selesai.
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR : Bukhari dan Muslim)

Berkata Imam Nawawi :"Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat.” (Fathul Bari 9/578).

14. Menghormati Tetamu Dan Bertolak-Ansur.
Bercakap dengan berjamaah yang makan bersama dengan lemah lembut dan hormat. Jika terpaksa meninggalkan majlis makan terlebih awal maka segeralah minta keuzuran kerana hal tersebut. Memaafkan tetamu yang meminta kemaafan daripada tuan rumah.

SIMPUL-SIMPUKAN :
Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kia adab-adab makan yang boleh diikuti dan diteladani kerana kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat sebab ia adalah amanah daripada Allah SWT.
Wallahu a'lam - Jalan-jalan Cari Makan, jangan Jalan-jalan Cari Pasal ! Ukay's.

Ust Kay, [30.03.15 17:41]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.429) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Isnin, 9 Jamadil Akhir 1436H. MAKAN BUKAN UNTUK SAKIT

Malam-malam tidur nyenyak,
Kutu menggigit sakit mengerang,
Makan jangan terlalu banyak,
Pelbagai penyakit datang menyerang.

Makanan yang berkualiti, halal, baik dan seimbang amatlah diperlukan untuk kelangsungan hayat dan kesihatan tubuh badan. Perlu juga menjaga kuantiti makanan yang diambil pada sesuatu masa itu. Seseorang yang makan terlalu banyak boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang memudaratkan tubuh badan, terutama pada bahagian perut. Sesungguhnya hal ini merupakan faktor kemalasan, kuat tidur dan mengabaikan ibadah bagi sesetengah individu.

CERAH-CERAHKAN :
Makanan merupakan keperluan asas pada manusia, bagaimanapun ia boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Hadis Nabi SAW yang menyebut tentang penyakit yang berpunca dari perut, kini dibuktikan dengan penemuan sains, Islam sejak dahulu mengajar manusia ke arah kebaikan melalui perantaraan Hadis dan Al-quran. Firman Allah SWT dalam Al-Quran :

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas." (QS. Al-A'raf : 31)

Dalam soal pemakanan, Falsafah Pemakanan Islam (FPI) , Islam telah menggariskan beberapa panduan yang perlu diamalkan oleh seluruh umat manusia seperti mana berikut :
1) Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
2) Memilih makanan yang halal dan baik.
3) Membaca Bismillah, ambil dengan tangan kanan dan makan makanan yang terdekat.
4) Menghormati orang lain.
5)Tidak membazir.

Islam melarang umatnya makan secara berlebihan berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut, sedangkan orang kafir itu makan dengan menggunakan tujuh buah perut.” (HR : Bukhari)

Rasulullah SAW turut bersabda : “Tiadalah wadah yang disisi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri, di mana dia menyangka bahawa dengan beberapa makanan, maka tulang sulbi (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian, maka (isilah perutnya) 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman, dan yang 1/3 lagi dikosongkan untuk pernafasan (bernafas).”

Sesungguhnya saluran utama masuknya syaitan dengan mudah kepada seseorang individu itu ialah disebabkan oleh terlampau banyaknya makan (terlalu kenyang), kerana ia menjadikan seseorang itu berat untuk melakukan ibadah kepada Allah dan mendorong kepada melakukan maksiat-maksiat yang lain. Ini jelas menunjukkan bahawa mudah bagi syaitan untuk menguasai seseorang itu tatkala perutnya dipenuhi dengan makanan.

Ibn Qaiyim al-Jauziyah telah menjelaskan di dalam kitab At-Tib An-Nabawi: “Sesungguhnya perut apabila dipenuhi dengan makanan menyempitkan ruang untuk minuman dan sekiranya perut itu dipenuhi oleh minuman, ia menyempitkan ruang untuk nafas dan ketika itu ia terdedah kepada kesakitan dan keletihan. Keadaan seperti ini tidah ubah seperti seorang yang terpaksa memikul barang yang berat dan kesannya menyebabkan kerosakan hati dan mendatangkan kemalasan beribadah.

Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Suatu ketika seorang lelaki bersendawa (keluar bunyi dari mulut kerana kekenyangan) di rumah Nabi SAW, kemudian baginda bersabda: “Hentikanlah sendawamu dari kami, sesungguhnya orang yang akan mengalami kelaparan yang panjang pada Hari Kiamat adalah mereka yang paling kenyang di dunia."

Dari Ju’dah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW suatu ketika melihat seorang lelaki dengan perut membuncit, kemudian baginda menunjuk (ke arah perut) dengan jarinya sambil bersabda: “Seandainya ini (isi perut) berada tidak di tempat ini, maka tentunya akan lebih baik bagimu."

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kekenyangan

Ust Kay, [30.03.15 17:41]
menyebabkan hawa nafsu bergelora dan akhirnya tubuh badan diserang penyakit. Sahabat-sahabat Nabi SAW tidak pernah kenyang melainkan sekali-sekala sahaja dalam hidup mereka. Contohnya menurut Tarmizi, Imam Ahmad, Baihaqi dan al-Hakim bahawa Abu Hurairah r.a. meminum susu di sisi Rasulullah SAW sehingga beliau akhirnya berkata, “ Demi Dia yang mengutus kamu dengan hak, aku sudah tidak ada ruang lagi bagi meminumnya."

Rasulullah SAW bersabda : “Tiada suatu wadah pun yang dipenuhi oleh anak-anak Adam yakni manusia, yang lebik buruk daripada perutnya." Umat islam tidak digalakkan memakan secara berlebihan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jangan kamu matikan hati dengan banyak makan dan minum, kerana sesunguhnya hati itu adalah seperti tanaman yang akan mati jika disiram terlalu banyak air.”

SIMPUL-SIMPULKAN :
Kebanyakan penyakit yang menimpa manusia berkait rapat dengan makan dan minum kita. Nabi SAW sering kali mengingatkan umat Islam tentang bahaya perut supaya kita berwaspada dengannya.
Wallahu a'lam - Ini semua angkara GST (Giler Suka Telan @ Makan) :
GST = Gaot Sudah Timbul (Gaot)
GST = Gula Sangat Tinggi (Kencing Manis)
GST = Garam Sangat Tinggi (Darah Tinggi)
GST = Gastrik Sakit Tubuh (Gastrik)
GST = Ginjal Sudah Teruk (Buah Pinggang)
GST = Gagal Serap Tekanan (Stress)
GST = Gagal Sentiasa Tup-tup (Sakit Jantung)
Ukay's.

Ust Kay, [31.03.15 15:32]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.430) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Selasa, 10 Jamadil Akhir 1436H. PILIH YANG TERTENTU SAHAJA YANG KENA ATAU SEMUA SEKALI KENA?

Sungguh penat petik Buah Pala,
Makan wajik sambil berehat,
Sedekah sunat banyak pahala,
Sedekah wajib namanya zakat.

Berasal dari kalimah Arab yang bermaksud suci dan subur. Sementara dari segi syaraknya pula bererti suatu kadar harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada pemiliknya untuk dikeluarkan kepada golongan yang berhak. (Asnaf Zakat)

CERAH-CERAHKAN :
Para fuqaha umumnya, memberikan takrifan zakat seperti berikut: Penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada segolongan orang yang berhak menerimanya melalui amil yang bertauliah bagi mencari keredhaan Allah, penyucian diri dan harta kekayaan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.

Takrif di atas memberikan ciri-ciri asas kewajipan zakat, antaranya ialah: Pelepasan milik harta bukan berdasarkan konsep hadiah, hibah (pemberian), anugerah, murah hati atau belas ihsan. Penyerahan itu adalah berdasarkan kewajipan (fardhu). Penyerahan sebahagian kekayaan telah ditentukan kadarnya daripada pendapatan bersih sebagaimana yang diputuskan oleh syarak dari satu masa ke satu masa yang tertentu.

Perbezaan syarat digunakan untuk menentukan jenis-jenis harta kekayaan dan cara memperolehi pendapatan tersebut.
Penentuan kadar minimum nisab yang berbeza-beza berdasarkan perbezaan jenis harta kekayaan dan cara pengusahaannya.
Sistem zakat bertujuan membangunkan akidah, akhlak, ekonomi dan politik setiap individu dan masyarakat supaya mendapat keredhaan Allah SWT. Antaranya ialah :

1) Zakat Emas dan Perak.
Syariat mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Oleh itu, pemiliknya wajib membayar zakat apabila cukup syarat-syaratnya. Kadar nisab bagi emas ialah 20 misqal bersamaan kira-kira 85 gram emas. Manakala nisab bagi perak ialah 200 dirham iaitu bersamaan kira-kira 595 gram perak. Wanita yang memakai emas dan perak (tidak melebihi uruf, had berlebihan) sebagai hiasan tidak dikenakan zakat kerana ia dikategorikan sebagai perhiasan wanita.

Tetapi sekiranya emas dan perak itu dikumpul untuk menjadi harta kekayaan, walaupun dipakai tetapi berlebih-lebihan dari kebiasaan, 6maka ia wajib dikeluarkan zakat kerana ia sudah keluar daripada tujuan asalnya iaitu perhiasan kepada barang simpanan. Kadar zakat ialah 2.5% daripada nilai emas dan perak yang cukup syarat-syaratnya.

2) Zakat Wang Simpanan
Ialah zakat yang dikeluarkan daripada wang yang disimpan di bank sama ada dalam bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau akaun simpanan semasa. Wang simpanan ini dicampurkan dengan wang tunai di tangan dan dikeluarkan zakatnya apabila cukup nisab dan haul. Kadar zakat ialah 2.5% daripada jumlah wang simpanan.

3) Zakat Saham.
Ialah wang yang dilaburkan dalam syarikat-syarikat perniagaan, perusahaan atau agensi-agensi perlaburan merupakan harta yang berpotensi untuk berkembang. Oleh sebab itu, ia diwajibkan zakat. Kaedah pengiraan zakat atas saham ialah 2.5% atas nilai terendah semua saham yang dimiliki setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada).

4) Zakat KWSP.
Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke 5 bersidang pada 16 - 17 November 1982 memutuskan wang KWSP bagi pekerja Islam wajib dikeluarkan zakat apabila cukup haul dan nisabnya iaitu apabila dikeluarkan wang KWSP tersebut berdasarkan Mazhab Syafie.

5) Zakat Pendapatan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Keluarkanlah (zakat) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu". (QS. Al-Baqarah: 267)

Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu "Profesion" maka ia juga te

Ust Kay, [31.03.15 15:32]
rmasuk sebagai "Hasil Usaha" meliputi semua harta dalam konsepnya yang menyeluruh yang dihasilkan oleh kegiatan manusia. Jika dilihat dari satu sudut golongan pesawah padi, dikenakan 5-10% daripada hasil usaha mereka, apakah golongan yang "Makan Gaji" tidak perlu dikenakan zakat sedangkan rata-rata mereka mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada pesawah padi.

6) Zakat Tanaman.
Imam Malik dan Imam Syafie berpendapat bahawa hasil tanaman yang dikenakan zakat hendaklah daripada jenis yang mengenyang dan menguatkan di samping tahan lama apabila disimpan. Bagi kita di Malaysia ialah zakat atas tanaman padi. Kadar zakat padi ialah 1/10 jika menggunakan air hujan atau air sungai dan 1/20 jika diusahakan sendiri atau menggunakan alat penyiram. Zakatnya perlu dibayar sebaik sahaja selepas dituai.

7) Zakat Binatang Ternakan.
Ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang yang diternak seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya. Syarat-syarat zakat binatang ternakan ialah cukup nisab (mengikut bilangan ekor), tidak digunakan sebagai barangan modal bagi mengeluarkan hasil dan boleh membiak dengan sendiri, tanpa usaha yang berat atau mengeluarkan modal.

8) Zakat Perniagaan.
Ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya. Kadar zakatnya adalah 2.5% ke atas Jumlah Modal + Dengan Keuntungan atau Jumlah Nilai Aset Bersih Perniagaan.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Apa yang Ustaz Kay bincangkan di atas tidak termasuk Zakat Fitrah kerana ia tidak berkaitan dengan harta. Sistem ini menjadi satu mekanisma yang menggarapi keseluruhan sistem kehidupan sebuah masyarakat supaya dapat menikmati kehidupan yang cemerlang bukannya untuk menyusahkan mereka lagi.
Wallahu a'lam - GST = Kaya atau miskin, senang atau susah, kerja atau menganggur, dewasa atau bayi yang baru lahir semua kena bayar! Ukay's (UST. HJ. KAMIL SIDEK. Undangan ceramah/forum/bedah buku CCUK : 0192319872)

NANTIKAN KEMUNCULAN BUKU KEDUA USTAZ KAY : HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC)

Ust Kay, [01.04.15 23:21]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.431) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Rabu, 11 Jamadil Akhir 1436H. GENG SUKA TAZKIRAH (GST)

Siang malam bagi makan kucing,
Kucing tak mengamuk hati pun senang,
Apa yang lebih baik dan terpenting,
Pemimpin gemuk rakyat tinggal tulang.

Sifat orang yang beriman, dia mesti suka mendengar tazkirah. Kerana tazkirah tersebut pastinya memberi manfaat kepada orang yang mengaku beriman. Tazkirah (peringatan) itu tidak perlu panjang-panjang, adakalanya satu nasihat yang pendek atau dengan sedikit kata-kata hikmah yang mengusik atau menyentuh hatinya sudahpun memadai.

CERAH-CERAHKAN :
1. Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus.

2. Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan dan keselamatan. Dapatkan kombinasi ini.

3. Semakin banyak anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk anda berbohong dan semakin nampak kebodohan diri.

4. Jika anda tidak boleh menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik. Kerana itu lebih baik dari jadi orang yang jahat yang pandai.

5. Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan.

6. Seorang teman sejati akan membuat anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingati anda dalam doa-doanya.

7. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

8. Carilah kesempatan dalam apa jua perkara demi keharmonian dan kesejahteraan hidup kita, yang entah bila berakhirnya. Tiada siapa tahu..

9. Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.

10. Nasihat yang baik tidak pernah ada istilah terlambat.

11. Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

12. Anda cuma boleh hidup sekali saja di dunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah mencukupi.

13. Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani.

14. Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya...

15. Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.

16. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

17. Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.

18. Bemuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan.

19. Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan yang tiada senjata.

20. Kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.

21. Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah.

22. Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

23. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebahagiannya

24. Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Tidak ada benda yang lebih dekat daripada maut.

25. Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik. Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

26. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

27. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseo

Ust Kay, [01.04.15 23:21]
rang yang meminta-minta dijalanan.

28. Sebelum kita mengeluh bahawa kita derita, fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang lebih derita di dalam hidupnya.

29. Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

30. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat sampai tak sempat berfikir.

31. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

32. Hari ini saat kita mengeluh pasal GST, fikirkan tentang pemimpin-pemimpin negara yang sedang 'mengikat perut' demi rakyatnya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca tazkirah. Kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Wallahu a'lam - Geram Sabar Terima jer lah, GST gak tu...Ukay's

Ust Kay, [02.04.15 16:04]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.432) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Khamis, 12 Jamadil Akhir 1436H. TUN-TUN HAT-HAT, INI PANTUN NASIHAT.

Patah jarum dalam peti,
Buat menjahit kain bertimbun,
Nasihat sepatah kurang dimengerti,
Rupanya jadi penawar beribu tahun.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut patah batangnya,
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut susah datangnya.

CERAH-CERAHKAN :
Beras kisar mudik ke hulu,
Tanak pulut santan durian,
Sikit orang menyesal dahulu,
Banyak orang menyesal kemudian.

Orang hulu memalu nobat,
Nobat dipalu kayu berangan,
Fikir dahulu sebelum membuat,
Kalau dibuat menyesal jangan.

Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu.

Mari memetik buah kelapa,
Hari panas sangat dahaga,
Adat baik bertutur sapa,
Sopan santun harus dijaga.

Cahaya terang sang matahari,
Lebih terang dari pelita,
Pandai-pandai membawa diri,
Orang sayang hiduppun bahagia.

Dari mana kain batik,
Dari pasar tanjung pinang,
Jaga lisan berkata baik,
Nescaya orang menjadi senang.

Jangan pergi mandi di lombong,
Emak dan kakak sedang mencuci,
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.

Jikalau tuan mengangkat peti ,
Tolong masukkan segala barang,
Jikalau kita semua bersatu hati,
Kerja yang susah menjadi senang .

Orang haji dari Jedah,
Buah kurma berlambak-lambak,
Pekerjaan guru bukanlah mudah,
Bagai kerja menolak ombak.

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendak diingati,
Mana yang dapat jangan dilupa.

Hari malam gelap-gelita,
Pasang lilin jalan ke taman,
Sopan santun budaya kita,
Jadi kebanggaan zaman berzaman.

Berburu sampai ke sempadan,
Dapat kancil badan berjalur,
Biar carik baju di badan,
Asalkan hati bersih dan jujur.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batang,
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datang.

Apa gunanya tumbuhan temu,
Ramuan jamu dengan lengkuas,
Bila hati dipenuhi ilmu,
Jiwanya besar fikirannya luas.

Ikan Kerapu berpindah kolam,
Mencari kawan namanya Tiram,
Jika ilmu semakin dalam,
Jiwa berani hatinya tenteram.

Sungguh indah syair setanggi,
Merangkai kata bagai hiasan,
Ilmu itu harus tinggi,
Jangan dunia sebagai batasan.

Kolam penuh ikan sepat,
Untuk dimasak di daun palas,
Jika ingin ilmu manfaat,
Cari guru yang tulus ikhlas.

Adik ke kedai membeli halia,
Emak memesan membeli laksa,
Jadilah insan berhati mulia,
Baik hati berbudi bahasa.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Ambil bertih dari hulu,
Isi mari di dalam balang,
Bersihkan 'halaman' kita dahulu,
Baru bersihkan 'halaman' orang.

Sekarang ini sibuk pasal GST,
Hampir semua orang kena bayar,
Kuatkan iman teguhkan hati,
Ujian Allah hendaklah bersabar.

Wallahu a'lam - Ukay's.

Ust Kay, [03.04.15 12:07]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.433) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Jumaat, 13 Jamadil Akhir 1436H. GURINDAM SUNTIK TAQWA (GST)

Barang siapa putus asa
Pasti Allah akan murka
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terperdaya
Barang siapa tiada memegang agama
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
Barang siapa kuat berusaha
Pasti kejayaan muncul bersama

CERAH-CERAHKAN :
Barang siapa meninggalkan yang lima
Pasti hidup tidak sempurna
Barang siapa melawan kata ibu dan bapa
Kelak hidup akan binasa
Barang siapa menjalin cinta
Jauhkan diri daripada nafsu buana
Barang siapa yang kaya raya
Ingatlah kepada yang susah sengsara

Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegah-Nya tiada ia menyalah
Barang siapa menuntut ilmu
Tiada manusia yang akan menipu
Barang siapa ikhlas bersahabat
Pasti persahabatan terjalin hebat
Barang siapa menjalin muafakat
Pasti hidup menjadi berkat
Barang siapa mengenal yang empat
Maka itulah orang yang makrifat
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat
Barang siapa meninggalkan zakat
Tiada hartanya beroleh berkat

Barang siapa berpegang kepada Al-Quran
Pasti jiwa tenang tiada keresahan
Barang siapa solatnya tiada tumpuan
Fikiran melayang jiwa tak keruan
Barang siapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji
Orang yang pandai selalu ingat mati
Perbanyakkan amal untuk ke akhirat nanti
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal yang tersebut
Tahulah ia akan makna takut
Barang siapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang

Apabila banyak berkata-kata
di situlah jalan masuk dusta
Apabila orang yang banyak tidur
sia-sia sahajalah padanya umur
Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat
Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih
Apabila dengki sudah bernanah
Datanglah padanya beberapa anak panah
Apabila terpelihara akan lidah
Nescaya dapat daripadanya faedah
Apabila banyak mencela orang
Itulah tanda dirinya kurang

Apabila mendengar akan khabar
Menerimanya itu hendaklah sabar
Apabila perkataan yang amat kasar
Lekaslah orang sekalian gusar
Apabila pekerjaan yang amat benar
Tidak boleh orang berbuat onar
Apabila mendengar akan aduan
Membicarakannya perlu rasa cemburuan
Apabila perkataan yang lemah lembut
Lekaslah segala orang mengikut
Apabila terpelihara akan mata
Sedikitlah kehendak dan cita-cita
Apabila terpelihara akan kuping
Khabar yang jahat tiadalah didamping

SIMPUL-SIMPULKAN :
Takut kepada makhluk kita menjauhinya. Takut kepada Allah kita mendekati-Nya. Ikutlah Quran dan Sunnah. Itulah jalan menuju Jannah. Jangan hanya mencari Allah bila ada masalah. Dekatilah Allah di kala senang mahupun susah. Wallahu a'lam - Mengadulah pada Allah akan zalimnya GST, biar hikmah-Nya akan menghakimi. Ukay's

TEMUI USTAZ KAY BERSAMA BUKU 'HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK' (HTC) DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR DI PWTC BERMULA 29 APRIL - 3 MEI INI.

Ust Kay, [04.04.15 12:53]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.434) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Sabtu, 14 Jamadil Akhir 1436H. GETARAN SYAIR TERAKHIR (GST)

Gadis sunti berwajah ayu,
Penuh beradat serta ramah-tamah,
Khazanah seni pusaka Melayu,
Memberi nasihat dengan penuh hikmah.

Semenjak-dua menjak ini, Ust. Kay ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian akan khazanah kesenian Melayu lama. Bermula dengan Kata-kata Mutiara, Pantun Nasihat dan Gurindam Suntik Taqwa. Hari ini slot yang terakhir untuk mengenang pusaka Melayu ini, Ust. Kay ingin berkongsikan pula syair nasihat untuk semua para pembaca Himpunan Tazkirah Canteek (HTC) agar sama-sama kita mengambil manfaat darinya. Harap dapat baca tazkirah kali ini dengan nada bersyair... Silakan!

CERAH-CERAHKAN :
Dengarlah sahabat akan syair Ust. Kay ini,
Syair nasihat seikhlas hati,
Menceritakan tentang hidup kita ini,
Banyak cabaran lagi dugaan yang harus ditempuhi.

Selama hidup hendaklah setia,
Supaya orang akan sentiasa dipercaya,
Buat baik sepanjang masa,
Jangan hanya waktu dekat pilihanraya sahaja.

Bila berkawan janganlah bergaduh,
Tiada guna bermusuh-musuh,
Jauhilah sekali riya' dan angkuh,
Tersisih hidup semakin keruh.

Walaupun kaya jangan menghina,
Kaya dan miskin sama sahaja,
Yang hina jangan ditambah hina ,
Kerana hidup seperti roda.

Jika memerintah lemah dan lembut,
Cukai dikena hanya pada orang yang patut,
Barulah orang suka mengikut,
Pembangunan negara berkat tidak terbantut.

Jika kita menjadi orang besar,
Tutur dan kata janganlah kasar,
Yang tak setuju jangan asyik disuruh keluar,
Pilihanraya nanti baru menaruh gusar.

Berfikirlah kita secara sihat,
Berucap tentang taubat dan selawat,
Berkarya dalam hidup dan manfaat,
Berprasangka baik dan guna akal yang tepat.

Rajin-rajinlah pemimpin beribadat,
Barulah rakyat tak tinggal solat,
Banyaknya harta engkau berzakat,
Jangan dilupa mereka yang melarat.

Ingatlah selalu kepada Tuhan,
Jernihkanlah hatimu dan kuatkanlah iman,
Supaya hidupmu menjadi tenteram,
Naik jet baharu terasa nyaman.

Cubalah kita berserah diri,
Berdoa di hadapan Rabbul Izzati,
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Tuhan kami,
Semoga manfaat dan berkat hidup kami ini.

Sering-seringlah kita mengucap takbir,
Serta berdoa dalam berzikir,
Beramallah kepada orang fakir,
Ingatlah selalu akan hari akhir.

Carilah ilmu yang bermanfaat,
Janganlah menyerah selagi belum dapat,
Gunakanlah ilmu secara tepat,
Agar berguna bagi masyarakat.

Penutup tirai syair Ust. Kay ini,
Harap semua dapat memahami,
Nasihat baik tulus dan suci,
Jangan asyik ingat GST, GST dan GST.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Berapa ramai hari ini, anak-anak muda Melayu yang lebih kenal Rap dari Pantun Melau, lebih kenal Hip-hop dari Gurindam Melayu dan lebih menguasai Rock dari Syair Melayu. Jadilah mereka bangsa Melayu yang terus me-layu !
Wallahu a'lam - Ustaz Kay lelaki Melayu Jawa terakhir. Ukay's

TEMUI USTAZ KAY BERSAMA BUKU 'HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK' (HTC) DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR DI PWTC BERMULA 29 APRIL - 3 MEI INI.

Ust Kay, [05.04.15 16:38]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.435) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Ahad, 15 Jamadil Akhir 1436H. LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA

Menjejaki kaki di bumi Gaza
Merasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka kata Allah tetap bersama kita
Walau di mana jua kita berada
Selagi kita terus berada di jalan-Nya

La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita
(Sebahagian lirik lagu La Tahzan - Heliza Helmi)

Maksudnya : "Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita." Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang yang pernah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui keajaiban bertawakal. Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb: "Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah." Kita sering lupa yang kita masih punya kehidupan di akhirat. Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat. Dia akan merasakan dunia ini sangat kecil.

CERAH-CERAHKAN :
Kehidupan ini sangat luas. Nabi SAW sebut dalam hadisnya : "Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini." Dia dimasukkan ke dalam syurga kemudian dia dikeluarkan lalu di tanya : "Wahai fulan adakah kau pernah merasa derita dalam hidup?" Dia kata, "Tak! Aku tak pernah rasa derita pun dalam hidup ini."Hanya kerana masuk syurga sekelip mata di dalam syurga, dia lupa cerita derita.

Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini segala yang nikmat Allah masukkan dia ke dalam neraka. Lalu dikeluarkan dia lalu ditanya : "Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?" Dia kata : "Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini." Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka manusia lupa segala kisah nikmat hidupnya. (HR : Muslim)

Masihkah kita ingat akan nikmat yang Allah berikan selama ini? Kita selalu nak bersyukur kalau diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar. Seorang hamba Allah yang dipotong sebelah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut atau barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki tersebut yang setiap hari dia menapak sebelum ini. Atau sekurang-kurang dia mensyukuri kerana masih mempunyai sebelah kaki lagi, bukannya terus merungut kerana kehilangan sebelah kakinya. Kata Pak Hamka : "Yang ada ini sudah harapan kita".Tetapi insan bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada !

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya. Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya. Sebagaimana firman Allah SWT :

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (QS. Al-Baqarah : 155)

Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia ‘pergi’ dari kita. Contohnya melalui GST atau tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tiba-tiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok. Semuanya perlukan wang dan secara tidak langsung, duit itu keluar dari poket kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha? Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya. Firman Allah SWT :

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kep

Ust Kay, [05.04.15 16:38]
ada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. At-Taghabun: 11)

Jangan bersedih.. bersabarlah.. .Jangan bersedih.. bersabarlah... Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahi wainna ilaihi rajiun” yang bermaksud : "Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali."

SIMPUL-SIMPULKAN :
Apabila kita melihat hidup ini secara keseluruhan kita akan rasa, masyaAllah hidup ini. Apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih daripada harapan kita sebenarnya. Kalau kita ingat daripada hari kita dilahirkan, tempat kita dilahirkan, rumah kita dibesarkan, sehingga anda mampu membaca HTC ini.
Wallahu a'lam - Masyaallah Tabaraqallah, berapa juta kali nak sebut ucapan syukur pun masih tak memadai sebenarnya....Ukay's.

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DAN BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 29/4 - 3/5/2015 INI.

Ust Kay, [06.04.15 09:56]
ASSALAMUALAIKUM.
Pihak SAFC Training & Consultant dalam Program Kerjasama Syarikat kini sedang menawarkan pemberian sumbangan kepada mana-mana pihak sekolah (PK HEM, PK Koku, Kaunseling @ Panitia2) atau badan-badan kerajaan dan berkanun di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak sahaja. Sumbangan bernilai RM 500.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS SAHAJA) sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan seperti jersi pemain bola, pakaian kumpulan nasyid, alatan muzik nasyid atau alat-alatan lain yang sesuai dan senilai dengannya. Tawaran ini di buka dari 1/4/2015 hingga akhir tahun 31/12/2015 dengan syarat-syarat dan terma-terma tertentu. Tawaran ini TERHAD kepada 10 pemohon yang terawal sahaja. Permohonan boleh diajukan kepada Pegawai Urusan Pelanggan kami En. Al-Fathu di talian : 0194814845 mulai 8.30 pagi 1/4/2015. Tolong sebar-sebarkan !

Ust Kay, [06.04.15 12:12]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.436) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Isnin, 16 Jamadil Akhir 1436H. KUCING YANG SUNNAH

Tinggal sendiri ku rasa sunyi,
Buka TV sahaja asyik cerita Tamil,
Meow-meow kucingku berbunyi,
Sungguh manja dan juga comel.

Diceritakan dalam satu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk seakan sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

CERAH-CERAHKAN :
Dalam masa-masa lain, setiap kali Nabi SAW menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan tersebut. Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, sebagaimana menyayangi keluarga sendiri.

Tidak hanya Nabi SAW, isteri Nabi sendiri, Saidatina Aisyah binti Abu Bakar r.anha pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh kucingnya. Sehinggakan seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al-Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing) kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing dirumahnya.

Ramai yang bertanya dengan Ustaz Kay berkaitan hukum bulu kucing yang mudah tertanggal itu. Siaran Majlis Fatwa Kebangsaan (4/2014) di portal sesawang rasminya menyatakan :
"Menurut ulama bermazhab Syafi'e, bulu yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan, bulu itu adalah najis. Oleh kerana kucing adalah binatang yang haram dimakan, maka bulu yang tercabut semasa kucing itu masih hidup adalah najis.

Namun bulu kucing itu adalah najis yang dimaafkan kerana kucing adalah binatang peliharaan dan sukar untuk dikawal dan berkebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar dikawal. Oleh itu jika badan, pakaian, atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah."

Kabshah bt Ka’ab ibn Malik melaporkan, "Pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu saya menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan ia menjilat air tersebut. Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu menjilat air daripada bekas tersebut." Kabshah meneruskan kata-katanya, "Abu Qatadah perasan yang saya memandang kepadanya, lalu dia bertanya, 'Adakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?' Saya menjawab, 'Ya’. Abu Qatadah menjelaskan, "Rasulullah SAW pernah bersabda : "Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.'" (HR : Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Nasa'i, dan Ibnu Majah)

Perkara yang sama, ain kucing dan bulunya... Jawapan Jakim dah jelas, bulu kucing adalah NAJIS tetapi dalam kategori NAJIS MA'FU (yang dimaafkan) kerana sukar mengawalnya (perkara DHORURAH). Dalam kitab-kitab fekah dibahaskan NAJIS MA'FU kerana dharurah, seperti najis burung yang banyak di dalam masjid yang tak berbumbung, Najis ma'fu yang bukan dhorurah seperti darah sedikit, contoh darah nyamuk walaupun banyak tempat dan lain-lain najis yang kadarnya sedikit.

1. Ulama mazhab Shafi'e dan Hanbali yang berkata bulu kucing itu najis kerana berpegang pada pendapat bahawa apa yang terpisah dari binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis.

2. Ulama'mazhab Hanafi dan Maliki pula mengatakan bulu kucing tidak najis kerana berpandukan dalil hadis nabi SAW yang menceritakan mengenai seorang sahabat yang bertanya mengenai hukum kucing. Nabi lalu jelaskan bahawa ia tidak najis kerana ia adalah binatang yang sering berkeliaran di rumah dan

Ust Kay, [06.04.15 12:12]
sekitaran kita. Kalau ia najis, akan pasti menyusahkan. Sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan.

Hadis diriwayatkan dari Abu Qatadah, di mana Rasulullah SAW bersabda : "Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.” (HR yang berlima. Kata Imam Tirmizi, hadis ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh Imam Bukhari)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sahabat Nabi SAW bernama Abu Hurairah tadi dinamakan sedemikian kerana ia memang suka dengan kucing dan dia ada kucing peliharaan yang dibawa ke mana-mana. Kalau bulu kucing yang tercabut itu najis, dia pasti tidak melakukan sedemikian kerana hakikatnya amat sukar untuk menjaga diri dari bulu kucing yang tertanggal sedangkan beliau merupakan ahli ibadah.

Wallahu a'lam - Ustaz Kay bercadang hendak mewujudkan Grup Suka Tomey-tomey (GST) iaitu grup dalam media Telegram atau WhatsApp yang akan membicarakan tentang hal ehwal haiwan sunnah ini. Untuk bertukar-tukar pendapat, petua penjagaan, ghatering kucing, 'berbesan-besan' dan sebagainya. Jika berminat sila pm Ustaz Kay : 0192319872. Ukay's sendiri ada tiga ekor kucing iaitu Debab, Muezza dan Cinderella !

Ust Kay, [07.04.15 23:21]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.437) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Selasa, 17 Jamadil Akhir 1436H. KUCING LAGI...

“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain-lain. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk. Allah akan mengarahkan mereka : Jadilah debu!. Maka berkatalah orang kafir : Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)" (QS. An-Naba' : 40)

CERAH-CERAHKAN :
Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa semua haiwan-haiwan ini termasuk kucing, di akhirat nanti mereka semua akan menjadi debu sahaja. Tidak ke syurga dan tidak pula ke neraka. Lalu, atas tujuan apa haiwan-haiwan ini dicipta oleh Allah SWT?

Sudah tentunya ada manfaatnya secara langsung atau tidak langsung kepada alam dan manusia. Khususnya untuk manusia sebagai khalifah Allah di atas bumi ini. Tidak mungkin sia-sia sahaja Allah jadikan haiwan dan segalanya itu.

ربنا ما خلقت هذا باطلا

“Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini sia-sia.”

Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing-kucing ini. Jom kita sama-sama lihat manfaat membela kucing terhadap manusia :

1) Menurunkan Risiko Penyakit Kardiovaskular dan Serangan Jantung. Satu kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat penyakit yang membabitkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2) Meningkatkan Fungsi Sistem Imun (daya tahan penyakit) Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3) Mencegah Alahan. Jika kita mempunyai bayi, mungkin patut mempertimbangkan untuk membela kucing. Ini kerana membela kucing dapat membantu mencegah alahan alergi pada anak. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang.

4) Membantu Mencegah Asma Pada Anak. Terdapat bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak kita dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat mengatasi masalah pernafasan.

5) Mengurangkan Tekanan Darah. Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah? Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut kajian yang dilakukan oleh State University of New York di Buffalo, memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6) Menurunkan Kolestrol. Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubatan kimia.

7) Mengurangkan Risiko Mendapat Strok. Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8) Mengurangkan Stress (Tekanan Perasaan) dan Rasa Cemas. Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan tekanan dalam hidup kita. Berbicara dengan kucing, boleh membantu kita merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama kita, dapat membantu menenangkan diri kerana kita menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9) Menjadikan Mood Dalam Keadaan 'Cool’. Berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh memba

Ust Kay, [07.04.15 23:21]
ntu memperbaiki mood kita. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu meningkatkan mood kita menjadi lagi baik dan tenang.

10) Membantu Pesakit Autisme. Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini, berperanan dalam terapi untuk anak- anak autis.

11) Mengurangkan Rasa Kesepian. Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh bantu mengurangkan rasa kesepian tersebut.

Justeru, kehadiran kucing yang comel ini bukanlah sepatutnya dilayan sekadar untuk diambil manfaat di dunia sahaja. Iaitu hanya untuk menjadi teman bergembira atau bermanja sahaja, tetapi sepatutnya dilihat lebih luas dari itu. Ia adalah ujian Allah buat kita yang mana keputusan ujian tersebut hanya kita ketahui pada hari akhirat nanti.

Pada seekor kucing yang kita temui di jalanan atau yang kita pelihara ada ujian Allah untuk kita. Sama ada kita berbuat baik atau zalim padanya, semuanya akan dicatat. Dengan menyedari bahawa ia suatu ujian, maka lakukanlah kebaikan kepadanya. Antara perkara baik boleh kita lakukan ialah :

1. Menyantuninya dan memanjakannya
2. Memberinya makan atau minum.
3. Menyediakan tempat tinggal.
4. Mengubatinya jika ia sakit atau hantar klinik
5. Menolongnya jika ia terjatuh atau tersepit.
6. Menemukan dengan rakan atau keluarganya.

Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?” Rasulullah SAW menjawab : “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” (HR : Muslim)

Janganlah pula kucing tersebut menyebabkan kita mendapat dosa dengan menyepaknya, dengan mengherdiknya, dengan menipunya, dengan menderanya dan lain-lain yang boleh menyakiti hati dan tubuhnya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Haiwan-haiwan ini boleh menjadi sebab untuk kita beroleh pahala atau dosa. Manfaatkanlah kehadiran haiwan-haiwan ini untuk nasib yang baik pada hari akhirat nanti. Janganlah zalimi mereka. Tetapi, sayangilah mereka dan berlaku adillah.
Wallahu a'lam - Moga-moga ia memberatkan lagi catatan amal soleh kita di akhirat nanti, insya Allah. Ukay's.

Ust Kay, [08.04.15 18:23]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.438) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Rabu, 18 Jamadil Akhir 1436H. 'THE MOST CORRUPTION...'

Tergaru-garu gatalnya kurap,
Disapu salap biar cepat sembuh,
Bukan cerita baru pemimpin yang korup,
Mantan pemimpin dulu janganlah angkuh.

Melihat keadaan mutakhir ini, betapa banyak orang yang melakukan perbuatan yang amat tercela ini. Bahkan hampir kita dapati dalam semua lapisan masyarakat, dari masyarakat yang paling bawah (P sahaja), menengah sehinggalah kepada golongan atasan (VVVIP).

CERAH-CERAHKAN :
Dalam ruang lingkup masyarakat bawahan, mungkin pernah atau bahkan banyak kali kita temui, seseorang yang mendapat amanah sama ada pengerusi, setiausaha, bendahari mahupun AJK biasa dalam sesebuah organisasi seperti jawatankuasa surau, masjid, khairat kematian, JKKK, persatuan, kelab dan sebagainya, apabila membelanjakan sesuatu, kemudian wang baki tidak dipulangkannya.

Meskipun hanya RM 1.00 melainkan masuk ke dompetnya atau dengan cara memanipulasi resit perbelanjaan tersebut. Apatah lagi korupsi kelas atasan, maka tidak tertanggung lagi ‘rembatan’ mereka. Adakalanya bukan sekadar ribuan malah sehingga jutaan bahkan berbilionan RM. 'The Most Corruption...'

Dari ‘Adiy bin ‘Amirah Al Kindi r.a berkata : Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda :
“Barangsiapa di antara kalian yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan (urusan), lalu dia menyembunyikan dari kami sebatang jarum atau lebih dari itu, maka itu adalah ghulul (belenggu, harta korupsi) yang akan dia bawa pada hari kiamat”. (‘Adiy) berkata : Maka ada seorang lelaki hitam dari Ansar berdiri menghadap Nabi SAW, seolah-olah aku melihatnya, lalu dia berkata,"Wahai Rasulullah, lucutkanlah jawatanku yang engkau tugaskan."
Nabi SAW bertanya,"Ada apa gerangan?” Dia menjawab,"Aku mendengar engkau berkata demikian dan demikian (maksudnya perkataan di atas, Pen.)." Baginda SAW pun berkata : "Aku katakan sekarang, (bahawa) barangsiapa di antara kalian yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan (urusan), maka hendaklah dia membawa (seluruh hasilnya), sedikit mahupun banyak. Kemudian, apa yang diberikan kepadanya, maka dia (boleh) mengambilnya. Sedangkan apa yang dilarang, maka tidak boleh.” (HR : Muslim, Abu Daud dan Imam Ahmad)

Kalimah ghululan (غُلُولاً) dalam lafaz Muslim, atau ghullun (غُلٌّ) dalam lafaz Abu Daud, keduanya dengan huruf ghain berharakat dhammah. Ini mengandungi beberapa pengertian, di antaranya bermakna belenggu besi, atau berasal dari kata kerja ghalla (غَلَّ) yang berarti khianat. Ibnul Katsir menerangkan, kata al ghulul (الْغُلُولُ), pada asalnya bermakna khianat dalam urusan harta rampasan perang, atau mencuri sesuatu dari harta rampasan perang sebelum dibahagikan. Kemudian, kata ini digunakan untuk setiap perbuatan khianat dalam suatu urusan secara sembunyi-sembunyi.

Jadi, kata ghulul (الْغُلُولُ) di atas, secara umum digunakan untuk setiap pengambilan harta oleh seseorang secara khianat, atau tidak dibenarkan dalam tugas yang diamanahkan kepadanya (tanpa izin pemimpinnya atau orang yang menugaskannya). Dalam bahasa kita sekarang, perbuatan ini disebut korupsi, seperti tersebut dalam hadis ini.

Nabi SAW memberikan peringatan atau ancaman kepada orang yang ditugaskan untuk menangani suatu pekerjaan (urusan), lalu ia mengambil sesuatu dari hasil pekerjaannya tersebut secara diam-diam tanpa seizin pimpinan atau mengikut prosedur yang sah, di luar hak yang telah ditetapkan untuknya, meskipun hanya sebatang jarum. Maka, apa yang dia ambil dengan cara tidak benar tersebut akan menjadi belenggu, yang akan dia pikul pada hari kiamat nanti. Ini merupakan satu pengkhianatan (korupsi) terhadap amanah yang dipikulnya.

Hadis di atas berkaitan larangan berbuat ghulul (korupsi), iaitu mengambil harta di luar hak yang telah ditetapkan, tanpa izin pimpinan atau di luar skop tugasannya. Seperti ditegaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنِ اسْتَعْمَلْنَاهُ عَلَى عَمَلٍ فَرَزَقْنَاهُ رِزْقاً فَمَا أَخَذَ بَع
Ust Kay, [08.04.15 18:23]
ْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غُلُولٌ

"Barangsiapa yang kami tugaskan dengan suatu pekerjaan, lalu kami tetapkan imbuhan (gaji) untuknya, maka apa yang dia ambil di luar itu adalah harta ghulul (korupsi)".

As-Syaukani menjelaskan, dalam hadis ini terdapat dalil tidak halalnya (haram) bagi pekerja (petugas) mengambil tambahan di luar imbalan (upah) yang telah ditetapkan oleh orang yang menugaskannya, dan apa yang diambilnya di luar itu adalah ghulul (korupsi) sebenarnya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
larangan ghulul yang diikuti dengan ancaman hukuman neraka atas pelakunya dan tercelanya pelaku baik di dunia mahupun di akhirat. Secara implisit (tersirat) hukuman atau balasan di akhirat ini menunjukkan bahawa ghulul merupakan persoalan serius dan sangat berat yang perlu kita ambil peduli.
Wallahu a'lam - Korup lebih bahaya dari kurap, kurap hanya pada diri sendiri tapi korup mampu merosakkan orang lain.

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DAN BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 29/4 - 3/5/2015 INI.

Ust Kay, [09.04.15 09:18]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.439) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Khamis, 19 Jamadil Akhir 1436H. KORUPSI YANG BERKURAP

Hati terasa berdetup-detap,
Di atas pelamin si pengantin baru,
Ada hikmah berkudis kurap,
Sangat sedap bila menggaru.

Penyakit Kurap merupakan satu penyakit kulit menular yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Gejala kurap mulai dapat dikenali ketika terdapat bahan kecil yang kasar pada kulit dan dikelilingi lingkaran merah muda. Kurap dapat dicegah dengan cara mencuci tangan yang sempurna, menjaga kebersihan tubuh, dan mengindari hubungan dengan penderita.

CERAH-CERAHKAN :
Begitulah juga penyakit korupsi ini. Ia telah membarah dan menular di kalangan masyarakat kita. Sedangkan perbuatan korupsi jelas dilarang oleh syariat, baik dalam kitabullah (Al-Quran) mahupun hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih. Di antaranya adalah firman Allah SWT :

وَمَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَغُلَّ ۚ وَمَنْ يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ ثُمَّ تُوَفَّىٰ

"Tidak mungkin seorang nabi berkhianat (dalam urusan harta rampasan perang). Barangsiapa yang berkhianat (dalam urusan rampasan perang itu), maka pada hari Kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu …" (QS. Ali Imran : 161)

Menurut penjelasan Ibnu Abbas r.a, ayat ini diturunkan pada saat (setelah) perang Badar, ada orang yang kehilangan sepotong kain tebal hasil rampasan perang. Lalu sebahagian mereka, yakni kaum munafik mengatakan, bahawa mungkin Rasulullah SAW telah mengambilnya. Maka Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menunjukkan Rasulullah SAW terbebas dari tuduhan tersebut.

Mengenai besarnya dosa perbuatan ini, dapat kita fahami dari ancaman yang terdapat dalam ayat di atas, iaitu ketika Allah mengatakan : “Barangsiapa yang berkhianat (dalam urusan rampasan perang itu), maka pada hari Kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu…” Ibnu Katsir mengatakan," Di dalamnya terdapat ancaman yang amat keras.”

Selain itu, perbuatan korupsi (ghulul) ini termasuk dalam kategori memakan harta manusia dengan cara batil yang diharamkan Allah SWT, sebagaimana dalam firman-Nya :

وَلا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقاً مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْأِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil, dan janganlah kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." (QS. Al-Baqarah :188)

Peluang melakukan korupsi ada di setiap tempat, pekerjaan ataupun tugas, terutama yang diistilahkan dengan tempat-tempat “basah”. Untuk itu, setiap muslim harus selalu berhati-hati ketika menjalankan tugas-tugas daripada pintu-pintu korupsi. Dengan mengetahui pintu-pintu ini, semoga kita selalu waspada dan tidak tergoda, sehingga nantinya mampu menjaga amanah yang menjadi tanggung jawab kita :

1. Saat pengumpulan harta rampasan perang, sebelum harta tersebut dibahagikan.

2. Ketika pengumpulan Zakat Mal (harta).
Seseorang yang diberi tugas mengumpulkan Zakat Mal oleh seorang pemimpin negeri, jika tidak jujur, sangat terdedah untuk mengambil sesuatu dari hasil Zakat Maal yang telah dikumpulkannya dan tidak menyerahkannya kepada pemimpin yang menugaskannya. Atau dia mengaku yang dia ambil adalah sesuatu yang dihadiahkan kepadanya.

3. Hadiah untuk petugas, dengan tanpa sepengetahuan dan izin pemimpin atau yang menugaskannya. Dalam hal ini, Nabi SAW pernah bersabda :

هَدَايَا الْعُمَّالِ غُلُولٌ

"Hadiah untuk para petugas adalah ghulul".

4. Setiap tugas apapun, terutama yang berurusan dengan harta, seperti seorang yang mendapat amanah memegang perbendaharaan negara, penjaga Baitul Mal atau yang lainnya, terdapat peluang bagi seseorang yang berniat buruk untuk melakukan ghulul (korupsi), padahal dia sudah memperoleh upah yang telah ditetapkan untuknya.

Tidaklah Allah melarang sesuatu, melaink

Ust Kay, [09.04.15 09:18]
an di balik larangan itu terkandung keburukan dan mudharat (bahaya) bagi pelakunya. Begitu pula dengan perbuatan korupsi (ghulul), tidak luput dari keburukan dan mudharat tersebut. Antaranya ialah :

1. Pelaku ghulul (korupsi) akan dibelenggu, atau ia akan membawa hasil korupsinya pada hari kiamat, sebagaimana ditunjukkan dalam ayat ke-161 Surah Ali-Imran.

2. Perbuatan korupsi menjadi penyebab kehinaan dan seksa api neraka pada hari kiamat.

3. Orang yang mati dalam keadaan membawa harta ghulul (korupsi), ia tidak mendapat jaminan atau terhalang masuk syurga Allah. Hal itu dapat difahami dari sabda Nabi SAW :

مَنْ فَارَقَ الرُّوحُ الْجَسَدَ وَهُوَ بَرِيءٌ مِنْ ثَلَاثٍ دَخَلَ الْجَنَّةَ مِنْ الْكِبْرِ وَالْغُلُولِ وَالدَّيْنِ

"Barangsiapa berpisah roh dari jasadnya (mati) dalam keadaan terbebas dari tiga perkara, maka ia (dijamin) masuk syurga. Iaitu kesombongan, ghulul (korupsi) dan hutang".

4. Allah SWT tidak menerima sedekah seseorang dari harta ghulul (korupsi), sebagaimana dalam sabda Nabi SAW :

لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلَا صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ

"Solat tidak akan diterima tanpa bersuci, dan sedekah tidak diterima dari harta ghulul (korupsi)."

5. Harta hasil korupsi adalah haram, sehingga ia menjadi salah satu penyebab yang dapat menghalangi terkabulnya doa.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Kudis pun sama, ia adalah penyakit kulit gatal yang boleh menular, penyakit kulit ini dalam bahasa ilmiah disebut 'Scabies'. Ia memiliki gejala gatal dan rasa gatal tersebut biasanya akan lebih dirasai pada malam hari. Sering muncul tempat-tempat lembab pada tubuh seperti tangan, ketiak, kunci paha dan pada tangan atau kaki. Kudis ini pula macam penyakit rasuah yang sudah merebak dan membarah di negara kita.
Wallahu a'lam - So, marilah kita sama-sama buang 'kurap dan kudis' negara ini. Ukay's (0192319872)

Ust Kay, [10.04.15 13:02]
a berwuduk!”. Mendengar sabda Baginda ini, maka seluruh jemaah tadi mengambil wuduk. Maka terhindarlah aib orang yang terkentut di khalayak tadi. Kalau dia yang ambil wuduk seorang diri... Confirmed !

Mulianya akhlak Nabi SAW yang begitu mengerti kesan psikologi seseorang yang mungkin menerima aib daripada kentutnya tadi walaupun "ter" (tidak sengaja). Bahkan kesan psikologi sekiranya dimalukan, mampu mencetuskan kekeruhan bahkan merungkai hubungan persaudaraan sesama Islam yang menjadi teras kekuatan umat. Hari ini, bila ada sahabat yang terkentut kalau boleh hendak diisytiharkan pada umum siapa yang kentut. Seolah-olah dia tak pernah terkentut !

SIMPUL-SIMPULKAN :
Islam cukup menitikberatkan aspek menjaga aib sesama saudara seIslam sehinggakan jika seseorang melakukan maksiat kepada Allah SWT secara sembunyi selagi tidak merugikan orang lain seperti perbuatan dirinya meminum arak, berzina dan seumpamanya, maka dikehendaki ditutupi aib tersebut dan tidak boleh dihebahkan kepada orang lain.
Wallahu a'lam - Ukay sesekali terkentut juga tapi sambil terbatuk, supaya dapat 'cover' sikit dari segi bunyinya. Ukay's. (0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DAN BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 29/4 - 3/5/2015 INI. RUGI TAK BELI !

Ust Kay, [10.04.15 13:02]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.440) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Jumaat, 20 Jamadil Akhir 1436H. TEPUK DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH.

Kurang vitamin tumbesaran terbantut,
Makan supliment supaya kulit tidak kasar,
Memang kurang adab kalau kita terkentut,
Sedangkan kentut satu nikmat yang besar.

Suka mengaibkan pihak lawan dengan pelbagai cerita berupa tohmah, tuduhan dan fitnah yang belum tentu akan kesahihannya bagaikan sudah lumrah dan sebati dalam iklim politik masa kini. Seolah-olah yang mengata itu suci, murni dan maksum dari sebarang dosa dan keaiban. Sedangkan dia merupakan 'Paku Serpih' itu tadi...

CERAH-CERAHKAN :
Hampir semua pencacai parti-parti politik kini tidak kira pemerintah mahupun pembangkang, ulama', golongan prrofesional, NGO'S atau orang perseorangan yang telah bersara, individu tertentu yang kononnya non partisan dan pelbagai pihak lagi bagaikan berlumba-lumba mendedahkan aib pihak tertentu khusus pihak yang tidak disukainya atau pihak lawannya. Menariknya dalam keghairahan mendedahkan aib lawan, sering kali juga mereka suka menuding jari menuduh pihak lain yang melakukan penyimpangan tersebut.

Abu Daud meriwayatkan dari Azhar bin Abdillah bahawa ada sebuah kaum yang kecurian barang lalu mereka menuduh sekelompok orang dari Al-Hakah yang telah mencurinya. Mereka kemudian mendatangi An-Nu’man bin Basyir sahabat Rasulullah SAW. Maka dia memenjarakan mereka selama beberapa malam lalu setelah itu melepaskan mereka. Melihat hal itu, mereka lalu mendatanginya dan berkata : “Engkau melepaskan mereka tanpa ada pukulan dan ujian?” dia berkata : “Apa yang kalian inginkan : Jika kalian mahu saya memukulnya, maka saya akan memukulnya kalau barang kalian ditemukan pada mereka, tapi jika tidak maka saya akan memukul pungung-punggung kalian sebagaimana saya memukul punggung-punggung mereka.” Maka mereka berkata, “Apa ini hukummu?” dia menjawab, “Ini adalah hukum Allah dan Rasul-Nya.” (HR : Abu Daud dan An-Nasa`i)

Ia samalah seperti pencuri menuduh dan cuba meyakinkan orang ramai bahawa orang lain yang mencuri. Memanglah tidak ada pencuri mengaku dia mencuri. Tapi sikap menuding jari pada orang lain demi mengaburi mata orang ramai akan hakikat kebobrokan dirinya pastilah tidak akan membawa apa-apa makna.

Bagi Ustaz Kay, budaya sebegini tentunya tidak cocok bahkan merupakan tragedi kepada politik Islam yang seharusnya berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah yang sejati. Jika ditelusuri prinsip Islam, membuka aib sesama Islam adalah suatu yang amat keras dilarang oleh Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (QS. Al-Hujurat : 12)

Menjaga aib seseorang, begitu dititikberatkan oleh junjungan Rasulullah SAW sehinggakan pernah diriwayatkan satu kisah selepas selesai Solat Asar di Masjid Quba’, seorang sahabat lalu mengundang Nabi SAW berserta jemaah menikmati hidangan daging unta di rumahnya. Ketika sedang makan, terhidu para sahabat suatu bau yang kurang menyenangkan (kentut). Wajah Nabi SAW sedikit berubah tanda tidak selesa.

Justeru, tatkala waktu Solat Maghrib hampir masuk, sebelum majlis bersurai, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa makan daging unta, hendaklah di

Abu Adam, [10.04.15 14:14]
[Forwarded from Ust Kay]
a berwuduk!”. Mendengar sabda Baginda ini, maka seluruh jemaah tadi mengambil wuduk. Maka terhindarlah aib orang yang terkentut di khalayak tadi. Kalau dia yang ambil wuduk seorang diri... Confirmed !

Mulianya akhlak Nabi SAW yang begitu mengerti kesan psikologi seseorang yang mungkin menerima aib daripada kentutnya tadi walaupun "ter" (tidak sengaja). Bahkan kesan psikologi sekiranya dimalukan, mampu mencetuskan kekeruhan bahkan merungkai hubungan persaudaraan sesama Islam yang menjadi teras kekuatan umat. Hari ini, bila ada sahabat yang terkentut kalau boleh hendak diisytiharkan pada umum siapa yang kentut. Seolah-olah dia tak pernah terkentut !

SIMPUL-SIMPULKAN :
Islam cukup menitikberatkan aspek menjaga aib sesama saudara seIslam sehinggakan jika seseorang melakukan maksiat kepada Allah SWT secara sembunyi selagi tidak merugikan orang lain seperti perbuatan dirinya meminum arak, berzina dan seumpamanya, maka dikehendaki ditutupi aib tersebut dan tidak boleh dihebahkan kepada orang lain.
Wallahu a'lam - Ukay sesekali terkentut juga tapi sambil terbatuk, supaya dapat 'cover' sikit dari segi bunyinya. Ukay's. (0192319872)

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DAN BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 29/4 - 3/5/2015 INI. RUGI TAK BELI !

Ust Kay, [11.04.15 12:34]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.441) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Sabtu, 21 Jamadil Akhir 1436H. MELATIH KADER-KADER ISLAM

Mendengar khutbah dan kuliyah,
Mendorong manusia untuk berubah,
Tarbiyah menjadi asbab hidayah,
Dengan hidayah manusia berislah.

Masih ada sebilangan kecil daripada masyarakat kita yang kurang memahami beberapa istilah dan konsep dalam perkaderan Islam. Sedangkan antara wasilah tarbiyah Islamiah seperti tazkirah, kuliyah dan seumpamanya sebenarnya sebahagian daripada mereka telah, sedang akan terus lalui dalam kehidupan seharian. Insya Allah...

CERAH-CERAHKAN :
Wasilah Tarbiyah Islamiyah dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu :

1) WASILAH UMUM.
Ia bermaksud yang diterima pakai oleh seluruh umat Islam. Ia adalah seperti berikut :

1. Ceramah, Tazkirah / Kuliyah.
Kalimah yang lahir daripada hati yang ikhlas mampu menembusi hati dan melekat di dalamnya. Justeru memberi peringatan secara lisan dianggap senjata paling ampuh untuk dakwah Islamiyah.

2. Qudwah Hasanah.
Ia bermaksud mengikuti orang lain di dalam amalannya yang baik. Para anbiya’ diberi kekuatan qudwah ini sehingga memudahkan para pengikutnya mengikuti petunjuknya dengan mudah dan jelas.

3. Pengkisahan Sejarah Manusia.
Ia mudah menjadi iktibar kepada manusia yang berfikir, menetapkan hati dan meringan beban yang tertanggung. Al-Quran menggunakan pengkisahan umat terdahulu dengan para nabi mereka sebagai wasilah yang berkesan untuk mengajak manusia kepada hidayah Allah SWT.

4. Berhias Dengan Akhlak Yang Baik.
Akhlak yang baik seperti sifat benar, amanah, setia, tawadhu’, sabar, pemurah dan sebagainya cukup untuk menjadi wasilah yang terbaik kepada tarbiyah Islamiyah ini.

5. Membersih Diri Daripada Akhlak Yang Buruk. Menjauhi akhlak yang buruk seperti keluh kesah, bakhil, sombong, khianat, dengki dan sebagainya akan menjadi senjata dan jalan yang mudah ke arah kejayaan sesebuah tarbiyah.

6. Ganjaran Dan Pembalasan (pahala dan dosa). Ia satu wasilah yang memotivasikan manusia untuk mengejar kemaslahatan diri dan menjauhi kemudharatan. Al-Quran penuh dengan wasilah Targhib dan Tarhib ini.

7. Ibadah Dan Taat Kepada Allah.
Ia berlaku dengan mendorong kecintaan untuk beribadah dan melakukan ketaatan kepada Allah dengan bukan hanya melaksanakan kefardhuan, bahkan menambahnya dengan ibadah nawafil.

8. Menyemai Kekuatan Dalaman Manusia. Islam memberi ruang agar kekuatan dalaman manusia diberi tempat dan ruang untuk tumbuh subur dengan kebaikan dan keadilan. Rasa cinta, nafsu, benci, ingin tahu dan sebagainya disemai dan dipandu untuk cintakan Allah, Rasul, ilmu dan kebaikan.

9. Menyelesaikan, Mengurai Isu Dan peristiwa. Ia bertujuan menyemarakkan pemikiran, melatih akal dan mengambil pengajaran dan kekuatan. Ia juga menolong untuk mengosongkan diri daripada keburukan akhlak.

10. Memenuhkan Masa Dengan Tugasan.
Masa adalah kehidupan. Tanpa pengisian dengan amal-amal yang soleh, masa akan terisi dengan amal-amal yang toleh dan merosakkan.

2) WASILAH KHUSUS.
Ia menjadi pelancar kepada kebanyakan gerakan Islam di dalam mentarbiyah ahli-ahlinya dengan Tarbiyah Islamiyah. Antaranya seperti berikut:

1. Usrah.
Satu unit halaqah kecil yang diketuai seorang naqib atau naqibah yang bertanggung jawab ke atasnya dalam mentarbiyah sesama ahli dengan saling mengenali, memahami, berlapang dada / bertolak ansur dan bekerjasama.

2. Katibah.
Program satu malam di jalan Allah. Di situ para ahli akan bersama-sama melakukan solat fardhu berjamaah, membaca Al-Quran, Zikrullah dan Qiamullail selain pembelajaran selepas Isya’, Hirasah, Al-Ma’thurat serta riadhah fizikal di sebelah paginya.

3. Rehlah Jamaah.
Program perkelahan ke tempat-tempat tertentu dengan pengisian rohani dan jasmani ke arah memupuk persaudaraan dan kerjasama di antara sesama ahli.

4. Daurah.
Program tamrin untuk beberapa hari ke arah memberi kefahaman mendalam kepada ahli terhadap tajuk-tajuk amal Islami yang penting. Ia juga merupakan latihan kefahaman untuk meningkatkan tahap keahli

Ust Kay, [11.04.15 12:34]
an anggota jamaah.

5. Nadwah Kepemimpinan.
Program yang berbentuk kursus atau seminar sehari atau lebih yang dihadiri kumpulan pemimpin tertentu ke arah memahami isu-isu semasa jamaah, masyarakat dan pendedahan kepemimpinan semasa.

6. Mukhayyam.
Program di luar untuk beberapa hari dengan pengisian ceramah, perbincangan, majlis kesenian Islam selain program ibadah dan ukhuwwah Islamiah.

7. Muktamar.
Perhimpunan besar tahunan untuk merumus keputusan jamaah dan mendengar arahan dan amanat kepimpinan Islam dari para ulama'.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Wasilah tarbiyah khusus dan umum di atas sebenarnya saling lengkap-melengkapi dan mestilah dilalui oleh setiap ahli gerakan Islam agar menyempurnakan pembinaan sahsiah yang merangkumi tuntutan ruhiyah, aqliyah, badaniyah, jamaiyah, ijtimaiyah dan seumpamanya.
Wallahu a'lam - Tanpa wasilah tiada tarbiyah, tanpa tarbiyah kita akan rebah. Ukay's.

Ustaz Kay bersama SAFC Training & Consultant biasa menganjurkan Wasilah Khusus ini seperti Usrah, Rehlah, Daurah, Mukhayyam, Mukhayyam Mua'askar, Nadwah Kepemimpinan, Seminar dan sebagainya. Kami berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengendalikannya sama ada untuk sekolah-sekolah, kolej, universiti dan pejabat-pejabat kerajaan ataupun swasta. Berminat untuk bekerjasama dengan kami, sila hubungi En. Noralfathu 0194814845) / Ust. Kay 0192319872 kahasi@yahoo.com

Ust Kay, [12.04.15 14:59]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.442) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Ahad, 22 Jamadil Akhir 1436H. PEMUDA-PEMUDI PENGGERAK DAKWAH PENEGAK AGAMA

Kuda berwarna merah membara,
Memacu laju di tunggang Pak Uda,
Pemuda menjadi harapan negara,
Pemudi menjadi harapan pemuda.

Perjuangan Islam pimpinan Baginda Rasululllah SAW mempunyai senarai panjang penglibatan pemuda-pemudi yang turun ke padang membantu perjuangan. Contohnya, baginda telah menggunakan khidmat gandingan mantap pemuda-pemudi demi menjayakan hijrah baginda. Justeru berjayanya hijrah bererti berjayanya proses menegakkan Daulah Islamiyyah atau Ad-Din itu sendiri.

CERAH-CERAHKAN :
Ini adalah simbolik perlunya gandingan mantap pemuda-pemudi di sepanjang zaman untuk menggerakkan kerja-kerja dakwah dan menegakkan Ad-Din. Kisah-kisah ini nampak simple pada riwayatnya tetapi sangat menggerunkan pada perlaksanaannya. Ia memerlukan keberanian dan pengorbanan yang tinggi serta jiwa besar anak-anak muda.

Islam agama yang memimpin perubahan dari :
1. Jibayah (kebendaan) kepada Hidayah (petunjuk)
2. Bidaah (ciptaan manusia) kepada Syaria’h (perundangan Ilahi)
3. Kufur (ingkar) kepada Iman (yakin)
4. Jahiliyyah kepada Ilmiyyah
5. Batil kepada Hak
6. Dosa kepada pahala
7. Neraka kepada Syurga
8. Mungkar kepada makruf

Pemuda dan pemudi pula menjadi agen terhadap perubahan-perubahan tersebut. Pemuda dan pemudi adalah aset ummah dan ia merupakan institusi utama untuk menggerakkan ummah ke arah melaksanakan aspirasi perubahan tersebut. Sabda Rasulullah SAW :

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّباَبِ خَيْراً فَإِنَّهُمْ أَرِقُّ أَفْئِدَةً لَقَدْ بَعَثَنِيَ الله ُبِالْحَنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ فَحَاْلَفَنِي الشَّباَبُ وَ خَاْلَفَنِي الشُّيُوْخُ

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik) Sesungguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi toleransi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.”

Proses pembentukkan peribadi pemuda-pemudi dilentur oleh Rasulullah SAW melalui Amal Islami yang merangkumi 3 kategori :
1) Amal Jama'i (Harakah Islamiyyah)
2) Amal Ijtima'i (Masyarakat)
3) Amal Fardi (Individu)

1) AMAL JAMA'I.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, Baginda membentuk satu kelompok usrah di rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai proses pengkaderan, berasaskan :

1. Ukhuwwah Islamiyyah (Persaudaraan Islam)
2. Tasawwur Amal Islami (Kefahaman Gerakkerja Islam)
3. Tauziu’l Amal توزيع العمل (Pengagihan tugas)
4. Bina’ As-Syakhsiyyah بناءُ الشخصية (Membentuk perwatakan/keperibadian - Jiwa yang soleh, Watak kepimpinan dan Peribadi mujahid pejuang)

Pesanan Rasulullah SAW kepada Huzaifah Ibnul Yaman :

تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ إِماَمَهُمْ

“Kamu hendaklah beriltizam ( komited ) dengan Jamaah Ummat Islam dan pemimpin mereka .”
(HR : Bukhari dan Muslim)

2) AMAL IJTIMA'I.
Aktiviti sosial dengan membawa konsep :
1. At-Ta’awun التعاون (bertolong bantu dalam perkara baik & takwa)
2. At-Tawasho التواصى (berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran)
3. Ad Da'watu Ilallah (menyeru kembali kepada Allah SWT)
4. Al-Amru bil makruf
5. An-Nahyu Anil mungkar

3) AMAL FARDI.
Berpusat kepada agenda taqarrub kepada Allah SWT, maka galakkan untuk mengamalkan :
1. Qiamulaill & Solat An-Nawafil (Solat sunat)
2. Fikir dan zikir (Al-Mathurat, Muunajat dll.)
3. Tilawatul quran

يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ. قُمْ اللَّيْلَ إِلاَّ قَلِيلاً .نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلاً .أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً .إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلاً ثَقِيلاً (المزمل: 1-5)

"Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perin

Ust Kay, [12.04.15 14:59]
tah) yang berat." (QS. Al-Muzammil : 1-5)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Alhamdulillah... Ust. Kay bersama sahabat-sahabat Jurulatih Utama Kokurikulum Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor rasa sangat bersyukur dapat menyelesaikan tugasan sebagai JU pada Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA Kebangsaan yang diadakan di Pusat Kokurikulum JPA, Kem Tekali Sungai Tekali, Hulu Langat Selangor D. Ehsan. Mudah-mudahan para pemimpin yang dipimpin sepanjang 4 hari 3 malam ini menjadi pemimpin acuan Al-Quran. Insya Allah !
Wallahu a'lam - Dipimpin untuk memimpin... Ukay's

Ustaz Kay bersama SAFC Training & Consultant ada menganjurkan kem-kem seperti Rehlah, Daurah, Mukhayyam, Mukhayyam Mua'askar, Nadwah Kepemimpinan, Seminar dan sebagainya. Kami berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengendalikannya sama ada untuk sekolah-sekolah, kolej, universiti dan pejabat-pejabat kerajaan ataupun swasta. Berminat untuk bekerjasama dengan kami, sila hubungi En. Noralfathu 0194814845) / Ust. Kay 0192319872 kahasi@yahoo.com

Ust Kay, [13.04.15 14:20]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.443) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Isnin, 23 Jamadil Akhir 1436H. BEDAH JANGAN TAK BEDAH !

Kerana pulut santan binasa,
Pulut dibeli di kedai nyonya,
Beli tak banyak hanya sedikit,
Suatu nikmat hanya dapat dirasa,
Bila kita telah kehilangannya,
Nikmatnya sihat bila kita sakit.

Sebelum kedatangan ilmu perubatan Islam, tidak ada ilmu perubatan yang bernilai dipraktikkan di Eropah. Ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan Barat dipengaruhi oleh perubatan Islam.

CERAH-CERAHKAN :
Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayyah (661-720M) tetapi kemajuan yang pesat dalam bidang perubatan berlaku pada zaman Abbasiyah (750-1258M). Perkembangan sains dan ilmu perubatan mempunyai perhubungan yang erat antara satu dengan yang lain kerana islam mementingkan kesihatan umatnya.

Sumbangan yang penting, yang diberikan oleh doktor-doktor Islam dalam ilmu perubatan adalah dalam bidang pembedahan. Mereka tahu berkenaan anaesthesia, suatu perkara yang dianggap sebagai pertemuan baharu dalam ilmu perubatan. Sebelum pembedahan, merekan akan memberi ubat ‘dadah’ yang dibuat daripada pokok bernama Darnei, hingga pesakit itu pengsan.

Abdul Qasim Khalaf bin Abbas al-Zahrawi (Abdulcassis). Al-Zahrawi (meninggal dunia 1107M) dari Cordova adalah seorang doktor pembedahan yang sangat masyhur. Karyanya bernama Kitab al-Tasrif (buku penganugerahan), suatu ‘ensiklopedia’ perubatan lengkap telah menjadi panduan bagi doktor pembedahan sepanjang abad. Beliau telah memberi penjelasan secara tersusun dalam perubatan Islam.

Tulisan-tulisannya dilengkapi dengan ilustrasi alat-alat yang digunakan. Kitab al-Tasrif ini dicetak pada tahun 1497M dalam bahasa Latin dan Yahudi dengan nama Medical Vademecum. Bab berkenaan pembedahan dalam kitab al-Tasrif ini adalah suatu jenis adalah suatu tesis pembedahan berilustrasi yang pertama di dunia dalam ilmu perubatan.

Ibn al-Quff (1233-1286M) adalah seorang lagi pakar bedah Islam yang terkenal. Beliau menulis buku bertajuk al-Umdah fi al-Sina ah al-Jurahah (The Authority of Surgery) yang mengandungi 20 fasal. Beliau juga membincangkan kepentingan anatomi dalam pembedahan, serta teknik-teknik dan alat-alat surgeri.

Secara umumnya, perubatan Islam lah yang telah memodenkan cara mempraktiskan ilmu perubatan dengan penubuhan hospital-hospital bentuk moden yang lengkap dengan wad-wad, klinik pesakit luar, dispensari, dapur hospital. Antara lain hospital bergerak telah di adakan untuk mengiringi angkatan tentera Islam. Di mana jururawat Islam telah pun wujud sebelum 'Florence of Nightingale' dikenali ramai berabad-abad kemudiannya.

Sebenarnya, lebih awal daripada itu Baginda Nabi SAW sendiri telah melalui beberapa siri pembedahan. Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hisham, Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa`d ketika Nabi berusia antara 2 hingga 4 tahun telah berlaku satu peristiwa yang menakutkan untuk keluarga Halimatus Sa'adiah. Nabi telah didatangi oleh dua malaikat yang membedah dada Baginda dan seterusnya mengeluarkan hati baginda untuk dicuci dengan Air Zam-zam.

Di dalam Fiqh Al-Sirah, Sa`id Ramadan Al-Buti ada menyebut bahawa pembedahan tersebut adalah untuk membersihkan hati Baginda dari segi fizikal hati tersebut dan juga rohani, ia juga sebagai cara Allah SWT mempersiapkan Baginda untuk menerima Wahyu kelak. Begitu juga sebelum berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj. Baginda juga telah melalui proses pembedahan yang sama sebelum di bawa bertemu dengan Allah SWT.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Ternyata, Islam telah mempelopori ilmu perubatan khususnya dalam bidang pembedahan. Ust. Kay hari ini juga dikehendaki oleh doktor untuk masuk ke dalam Wad 5 C, Hospital Sungai Buloh sebelum melalui proses pembedahan perut (Paraumbilical Hernia / Permasalahan Usus) pada esok harinya. Oleh itu, mohon doa keselamatan dan kesembuhan dari kalian sahabat setia pembaca Cuit-cuit. Ustaz Kay ini. Mudah-mudahan Ust. Kay masih berpeluang untuk 'mencuit' selepas pembedahan itu nanti...Aamiin Ya Rabbal Alam

Ust Kay, [13.04.15 14:20]
in !

Apa-apahal pun di sini Ust. Kay ingin memohon ampun dan maaf kepada emak dan abah mertua yang masih ada, isteri dan anak-anak tersayang, adik-beradik kandung Kak Najah, Kak Dibah, Kang Aman, Kak Acom dan ipar-duai, seluruh sanak saudara dan kenalan Ust. Kay serta semua pembaca CCUK selama ini. Mungkin ada yang tersinggung dan terasa hati dengan tulisan Ust. Kay selama ini. Halalkan makan-minum, apa yang terambil dan terpakai, tersalah zahir dan batin, dunia dan akhirat.
Wallahu a'lam - Ketika ini, teringatkan kesakitan arwah emak sewaktu melahirkan Ust. Kay 43 tahun yang lalu, melalui proses pembedahan perut juga, huhuhu... Ukay's.

Musyib Ismail, [15.04.15 07:02]
[Forwarded from Ust Kay]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.443) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Isnin, 23 Jamadil Akhir 1436H. BEDAH JANGAN TAK BEDAH !

Kerana pulut santan binasa,
Pulut dibeli di kedai nyonya,
Beli tak banyak hanya sedikit,
Suatu nikmat hanya dapat dirasa,
Bila kita telah kehilangannya,
Nikmatnya sihat bila kita sakit.

Sebelum kedatangan ilmu perubatan Islam, tidak ada ilmu perubatan yang bernilai dipraktikkan di Eropah. Ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan Barat dipengaruhi oleh perubatan Islam.

CERAH-CERAHKAN :
Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayyah (661-720M) tetapi kemajuan yang pesat dalam bidang perubatan berlaku pada zaman Abbasiyah (750-1258M). Perkembangan sains dan ilmu perubatan mempunyai perhubungan yang erat antara satu dengan yang lain kerana islam mementingkan kesihatan umatnya.

Sumbangan yang penting, yang diberikan oleh doktor-doktor Islam dalam ilmu perubatan adalah dalam bidang pembedahan. Mereka tahu berkenaan anaesthesia, suatu perkara yang dianggap sebagai pertemuan baharu dalam ilmu perubatan. Sebelum pembedahan, merekan akan memberi ubat ‘dadah’ yang dibuat daripada pokok bernama Darnei, hingga pesakit itu pengsan.

Abdul Qasim Khalaf bin Abbas al-Zahrawi (Abdulcassis). Al-Zahrawi (meninggal dunia 1107M) dari Cordova adalah seorang doktor pembedahan yang sangat masyhur. Karyanya bernama Kitab al-Tasrif (buku penganugerahan), suatu ‘ensiklopedia’ perubatan lengkap telah menjadi panduan bagi doktor pembedahan sepanjang abad. Beliau telah memberi penjelasan secara tersusun dalam perubatan Islam.

Tulisan-tulisannya dilengkapi dengan ilustrasi alat-alat yang digunakan. Kitab al-Tasrif ini dicetak pada tahun 1497M dalam bahasa Latin dan Yahudi dengan nama Medical Vademecum. Bab berkenaan pembedahan dalam kitab al-Tasrif ini adalah suatu jenis adalah suatu tesis pembedahan berilustrasi yang pertama di dunia dalam ilmu perubatan.

Ibn al-Quff (1233-1286M) adalah seorang lagi pakar bedah Islam yang terkenal. Beliau menulis buku bertajuk al-Umdah fi al-Sina ah al-Jurahah (The Authority of Surgery) yang mengandungi 20 fasal. Beliau juga membincangkan kepentingan anatomi dalam pembedahan, serta teknik-teknik dan alat-alat surgeri.

Secara umumnya, perubatan Islam lah yang telah memodenkan cara mempraktiskan ilmu perubatan dengan penubuhan hospital-hospital bentuk moden yang lengkap dengan wad-wad, klinik pesakit luar, dispensari, dapur hospital. Antara lain hospital bergerak telah di adakan untuk mengiringi angkatan tentera Islam. Di mana jururawat Islam telah pun wujud sebelum 'Florence of Nightingale' dikenali ramai berabad-abad kemudiannya.

Sebenarnya, lebih awal daripada itu Baginda Nabi SAW sendiri telah melalui beberapa siri pembedahan. Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hisham, Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa`d ketika Nabi berusia antara 2 hingga 4 tahun telah berlaku satu peristiwa yang menakutkan untuk keluarga Halimatus Sa'adiah. Nabi telah didatangi oleh dua malaikat yang membedah dada Baginda dan seterusnya mengeluarkan hati baginda untuk dicuci dengan Air Zam-zam.

Di dalam Fiqh Al-Sirah, Sa`id Ramadan Al-Buti ada menyebut bahawa pembedahan tersebut adalah untuk membersihkan hati Baginda dari segi fizikal hati tersebut dan juga rohani, ia juga sebagai cara Allah SWT mempersiapkan Baginda untuk menerima Wahyu kelak. Begitu juga sebelum berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj. Baginda juga telah melalui proses pembedahan yang sama sebelum di bawa bertemu dengan Allah SWT.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Ternyata, Islam telah mempelopori ilmu perubatan khususnya dalam bidang pembedahan. Ust. Kay hari ini juga dikehendaki oleh doktor untuk masuk ke dalam Wad 5 C, Hospital Sungai Buloh sebelum melalui proses pembedahan perut (Paraumbilical Hernia / Permasalahan Usus) pada esok harinya. Oleh itu, mohon doa keselamatan dan kesembuhan dari kalian sahabat setia pembaca Cuit-cuit. Ustaz Kay ini. Mudah-mudahan Ust. Kay masih berpeluang untuk 'mencuit' selepas pembedahan itu nanti...Aamiin Ya Rabbal Alam

Ust Kay, [15.04.15 09:57]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.444) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Rabu, 25 Jamadil Akhir 1436H. SAKIT PUN O.K !

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung Kurniaan-Nya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

LIRIK LAGU : LUKISAN ALAM
Hijjaz (Manan Ngah / Pahrol Md Juoi)

Sunatullah, Allah tidak beri kita sentiasa senang, kadangkala Allah beri kita kesukaran supaya kita mensyukuri nikmat kesenangan. Allah tidak beri kita sentiasa dalam kegembiraan, kadangkala Allah beri kita kesedihan supaya kita mengingati dan mensyukuri saat-saat yang menggembirakan tadi. Begitu juga Allah tidak beri kita sentiasa sihat, kadangkala Allah beri juga kita sakit supaya kita tahu mensyukuri nikmat kesihatan...

CERAH-CERAHKAN :
Ulama' ada berpesan apabila kita sakit, jangan terus ubatinya tetapi nikmati dulu kesakitan itu supaya kita akan lebih mensyukuri akan nikmat kesihatan. Allah yang memberi sakit dan hanya Allah lah sahaja yang mampu menyembuhkan. Sebagaimana firman-Nya :

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku." (QS. Ash-Shuara : 80)

Abu Dzar Al-Ghifari ada menyatakan dalam kehidupan ini beliau suka tiga perkara, iaitu :
1. Kelaparan
2. Kesakitan
3. Kematian

Menurut beliau dengan rasa lapar maka akan terang mati hati insan (basyirah) dapat melihat sesuatu dan mengaitkan setiap apa yang berlaku dengan kebesaran dan kekuasaan Allah. Menjadikannya lebih tenang, redha dan sabar. Merasa lebih empati (meletakkan diri disituasi orang yang menderita) dari sekadar simpati melihat kesengsaraan dan penderitaan orang lain...

Suka akan kesakitan, kerana meyakini Allah SWT menyayangi hamba-Nya dengan sepanjang kesakitannya itu Allah sedang menghapuskan dosa-dosanya selama mana kita tidak melakukan dosa-dosa besar. Kesakitan juga akan menjadikan kita menghargai dan mensyukuri nikmat kesihatan.

Beliau suka akan kematian, kerana hanya dengan jalan kematian kita akan bertemu dengan Pencipta kita iaitu Allah SWT dan akan dapat bersama dengan kekasih-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Ust. Kay teringat sebuah buku yang Ust. Kay baca bertajuk 'Sakit pun O.K !' tulisan sahabat Ust. Kay sendiri iaitu Ust. Shahrulazmi Sidek. So, bila Ust. Kay sakit sekarang ni pun Ust. Kay rasa O.K jer ! Alhamdulillah...
Wallahu a'lam - Terlantar di katil 26, wad 5C Hospital Sg. Buloh melihat jiran-jiran katil dan warga hospital yang lebih teruk sakitnya daripada Ust. Kay....So rasanya diorang lagi kena O.K kot ! Ukay's

MAKLUMAN KEPADA SEMUA MASJID, SURAU DAN INSTITUSI YANG ADA JADUAL KULIYAH ATAU CERAMAH USTAZ KAY, DOKTOR NASIHATKAN AGAR UST. KAY BEREHAT PANJANG SEKURANG-KURANGNYA SEBULAN SEBELUM MULA AKTIVITI SEPERTI BIASA. MOHON MAAF DAN HARAP MAKLUM.

Ust Kay, [26.04.15 01:43]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.445) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Ahad, 7 Rejab 1436H. HARUSKAH AKU TERUS MENULIS ?

Rasa selamat bila ada polis,
Kecuali mereka yang ada buat jahat,
Haruskah kita jadi penulis,
Tulislah kerana ia juga satu jihad.

Haruskah Ust. Kay terus menulis? Ya, insya Allah selagi ada daya dan pembaca. Jazakumullahu khairan kathiran Ust. Kay ucapkan di atas doa kalian sahabat pembaca yang sentiasa mendoakan kesihatan diri yang dhaif dan faqir ini sepanjang proses pembedahan usus Ust. Kay yang lalu. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.

CERAH-CERAHKAN :
Menulis adalah sebuah keharusan. Ya, terutama bagi kita seorang penuntut ilmu syar’ie, kerana sepatutnya tidak terlepas dari pena dan kertas. Tulisan akan memperkuat ingatan kita. Dengan tulisan, akan terikatlah seluruh ilmu dan hikmah yang telah kita perolehi. Kerana 'ilmu' itu ibarat satu pemburuan, sedangkan ‘tulisan’ adalah pengikatnya.

Imam Syafi’Ie pernah mengatakan :
“Ilmu adalah buruan, dan tulisan adalah pengikatnya. Ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat. Sungguh, merupakan kedunguan bila engkau telah berburu kijang. Lalu kau biarkan ia terlepas di hadapan manusia.”

SIMPUL-SIMPULKAN :
Maka, ayuh bawalah 'senjata' pena kemana pun kita berada, dan ketika kita mendapat sesuatu berupa kebaikan, gunakanlah senjata itu dan ikatlah kebaikan itu erat-erat. Jangan sampai ianya terlepas.
Wallahu a'lam - Kita dengar kita lupa, kita dengar kita tulis kita ingat, kita dengar kita buat itu lebih bermanfaat !

TEMUI USTAZ KAY INSYA ALLAH DAN PENULIS-PENULIS DAKWAH YANG LAIN DI BOOTH TELAGA BIRU SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR PADA 27/4, 1/5 DAN 3/5/2015. Watch PROMO KLIBF 2015: Ust Hj Kamil Bin Hj Sidek (Ustaz Kay) https://youtu.be/1tGb3H0SUNw

Ust Kay, [27.04.15 06:42]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.446) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Isnin, 8 Rejab 1436H. MENULIS ADALAH IBADAH

Potong kuku kerana sunnah dan kesihatan,
Walaupun tahu akan tumbuh lagi esoknya,
Membaca buku memang akan memenatkan,
Sehingga lupa kita lagi penat yang menulisnya.

Cukuplah mulia seorang yang menggunakan penanya untuk berdakwah, kerana Allah SWT sendiri pernah bersumpah dengan pena. Bila pahlawan membanggakan pedangnya di hadapan musuh demi menggapai keagungan dan kemuliaan, cukuplah para ilmuan berbangga dengan penanya untuk menulis buku-buku ilmiah yang menjadi warisan.

CERAH-CERAHKAN :
Ini adalah kerana tinta para ulama pada hari kiamat kelak akan ditimbang seberat darah manusia-manusia syahid. Allah SWT berfirman:

“Nun, demi kalam (pena) dan apa yang mereka tulis. Berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukanlah orang gila.” (QS. Al-Qalam :1-2)

Bahkan, baginda Rasulullah SAW pernah menegaskan dalam hadisnya : “Barangsiapa meninggal dan warisannya berupa tinta dan pena (yang dituliskan dalam buku) akan masuk syurga.”

Melalui pena, dunia mampu dikuasai. Melalui pena, intelektual para tokoh menjadi abadi di bawah tulisan-tulisan hujung pena mereka. Itulah setitis keutamaan pena dalam kehidupan dan perjuangan para ulama salaf dan halaf. Benarlah kata-kata sahabat baik Ustaz Kay, Tuan Haji Shopuan Anuar bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor : "Sekabur-kabur tulisan lebih jelas dari sejelas-jelas ucapan."

Marilah kita renungi betapa hebatnya pengaruh pena dalam dunia dakwah. Ulama terdahulu telah lama meninggal dunia dalam perjuangan dakwah mereka, tetapi dakwah mereka lebih abadi dan dikenal ketika kita mewarisi tulisan mereka lewat kitab-kitab yang ditinggalkan. Sehingga kita masih dapat terus merasa dan hayati bait-baik 'lisan' mereka. Seolah-olah mereka masih bersama-sama kita.

Kita mengenali Imam Ghazali, Imam Syafi’e kerana tulisan kitab-kitabnya yang diwariskan untuk umat masa kini. Kita mengenal Imam Malik, Imam Hambali dan imam-imam lainnya dari tulisan mereka. Para ulama yang menulis dengan ketajaman pena akan dikenang sampai akhir zaman. Para da’i yang menuliskan pemikirannya dan pendapatnya dalam lembaran-lembaran buku, akan tetap abadi dikenang umat sepanjang masa. Pastinya pahalanya pun akan tetap mengalir selama tulisan dan pendapatnya dimanfaatkan.

Al-Jahidz pernah mengutip ucapan seorang penyair sebagai berikut : “Mereka meninggal dan tersisalah apa-apa yang mereka perbuat, dan seakan-akan peninggalan abadi mereka hanyalah apa yang mereka tulis dengan pena.” (Al-Bayan Wat Tabyin juz 1 hal. 476)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Tidakkah kita ingin menulis sebuah buku yang manfaatnya akan tetap mengalir walau kita telah tiada? Tulislah walau satu ayat biarpun kita penat, sepatutnya tiada istilah penat dalam buat kerja-kerja 'Dakwah bil Kitabah'. Buku Ustaz Kay akan datang menjelang Ramadan nanti, bertajuk : 3T (Tazkirah Terawih Terbaik) insya Allah ! Mohon doakan...
Wallahu a'lam - "Takkan ada kata lelah, jika kita benar-benar lillah." Ukay's.

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI BOOTH KARYA BESTARI, KARANGKRAF, BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) DAN TEMUI USTAZ KAY, INSYA ALLAH DI BOOTH TELAGA BIRU SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR, JAM 11.00 PAGI PADA 27/4, 1/5 DAN 3/5/2015. Watch PROMO KLIBF 2015: Ust Hj Kamil Bin Hj Sidek (Ustaz Kay) https://youtu.be/1tGb3H0SUNw

Ust Kay, [28.04.15 08:28]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.447) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Selasa, 9 Rejab 1436H. BUKU OH BUKU !

Nyonya suka potong kuku,
Nyonya asli dari Pekan Kukup,
Hebatnya jadi penulis buku,
Bila mati bukunya tetap hidup.

Buku adalah gudang ilmu dan membaca adalah kuncinya. Buku adalah guru terbaik kerana buku akan memberikan semua isinya kepada pembacanya tanpa menyembunyikan sesuatu. Buku tak pernah marah meskipun dibanting, dicampak bahkan dibakar pemiliknya sekalipun. Namun, sungguh teramat sayang sekiranya buku atau kitab itu hanya tersimpan rapi dan kemas di almari tanpa disentuh oleh pemiliknya.

Ibarat Kitab 'Al-Quran' yang membawa maksud 'Bacaan.' Tetapi kalau hanya tersimpan rapi dalam rak almari buku sahaja ia tak akan jadi Al-Quran sebaliknya menjadi sebahagian dari 'Al-Mari' sahaja.

CERAH-CERAHKAN :
Sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk menjadi penulis buku. Satu syarat yang harus dimiliki dan dipenuhi adalah ketekunan. Mungkin pengenalan kelebihan dan kekurangan menulis buku perlu didedahkan di sini dan boleh sedikit sebanyak membantu...

Ada lima kelebihan yang dimiliki apabila kita menulis buku, antaranya ialah :
1) Akal fikiran selalu segar kerana akal akan dipaksa untuk bekerja dengan baik. Otak tidak beku tetapi selalu mencair kerana hampir setiap saat diperlukan. Otak yang tidak di ajak untuk sentiasa berfikir, maka jadilah otak itu otak yang pasif.

2) Poket sihat. Penulis buku akan mendapatkan sedikit sebanyak keuntungan material iaitu royalti hasil dari penjualan buku yang ditulisnya. Selain bayaran royalti mengikut peratusan tertentu dari harga buku yang ditentukan boleh penerbit, keuntungan runcit juga mampu diraih dengan agak lumayan. Kerana penulis pastinya akan mendapat diskaun harga yang cukup istimewa sekiranya membeli buku tulisannya tersebut untuk menjualkannya sendiri.

3) Ilmu selalu bertambah. Untuk mendapatkan idea-idea segar, penulis buku pasti membaca banyak buku penulis-penulis yang lain sebagai satu muraji'ah (rujukan). Tidak ada buku yang sempurna. Sesama buku haruslah saling menginspirasi. Secara tidak langsung ilmu penulis juga akan bertambah.

4) Memperolehi banyak rakan. Jelas, rakan akan datang kerana rakan itu mengenal penulis melalui bukunya. Biasanya pembaca atau pembeli itu akan berhubung melalui beragam peranti (gadjet) seperti Tweeter, Facebook, dan media sosial lainnya selepas itu. Buktinya, sewaktu Ust. Kay hadir sidang promosi buku terbaharu Ust. Kay, HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC), Ust. Kay ditemukan ramai rakan yang baru.

5) Mendapat banyak kebaikan. Penulis buku bukanlah seorang yang Tamak bin Kedekut bin Haji Bakhil @ Taik Hidung Masin dengan ilmu yang dimilikinya. Lumrahnya, penulis buku gemar berkongsi ilmu sebab itu antara tujuan mereka menulis. Maka, penulis buku pasti akan diberikan banyak kebaikan dari Allah SWT. Insya Alah pastinya keuntungan non-material yang berupa limpahan rahmat, berkat dan pahala dari-Nya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Buku menjadi sarana menuangkan inspirasi, motivasi, dan menularkan ilmu. Bahkan dengan menulis, maka seorang penulis pun akan menjadi lebih ahli dalam bidang yang ditulisnya dan menemukan inspirasi-inpirasi baru untuk berkarya dalam buku seterusnya.
Wallahu a'lam - Esok sempena masih mood KLIBF 2015, kita bicarakan pula kekurangan dalam menulis buku. Insya Allah ! Ukay's.

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI BILIK PAMERAN KARYA BESTARI, KARANGKRAF, BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) DAN TEMUI USTAZ KAY, INSYA ALLAH DI BOOTH TELAGA BIRU SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR, JAM 11.00 PAGI PADA 27/4, 1/5 DAN 3/5/2015. Watch PROMO KLIBF 2015: Ust Hj Kamil Bin Hj Sidek (Ustaz Kay) https://youtu.be/1tGb3H0SUNw

Ust Kay, [29.04.15 13:15]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.448) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Rabu, 9 Rejab 1436H. JOM BACA BUKU !

Hari Jumaat sunat potong kuku,
Agar kita sedap bila menggaru,
Datang ke Kuala Lumpur ke Pesta Buku,
Jangan lupa singgah ke Booth Telaga Biru.

Membaca adalah salah satu hobi terbaik yang dimiliki oleh seseorang. Namun sungguh menyedihkan bahawa kebanyakan dari kita tidak gemar membaca buku. Sedangkan sebagaimana telah menjadi pengetahuan umum, membaca ini terlalu banyak manfaatnya. Khususnya manfaat membaca bagi otak dan tubuh kita. Gemar membaca buku antaranya mampu melindungi otak kita dari penyakit Alzheimer, mengurangi tahap stress, mendorong fikiran positif dan memperkuat tali persahabatan.

CERAH-CERAHKAN :
Ini adalah beberapa sebab lain bagi kita untuk memulakan kebiasaan yang baru ini… Sebelum kita tertinggal di belakang dalam segala hal :

1. Membaca merupakan proses mental secara aktif. Tidak seperti duduk di depan sebuah kotak idiot (TV, Playstation, dll), membaca membuat kita menggunakan otak kita secara optimum. Ketika membaca, kita akan dipaksa untuk memikirkan banyak hal yang kita belum mengetahuinya. Melalui proses ini, kita akan mengaktifkan sel-sel otak untuk berfikir dan menjadi semakin pintar.

2. Membaca akan meningkatkan kosakata kita. Kita akan dapat belajar makna sesuatu dari suatu kata (yang belum kita ketahui), dengan membaca kosakata kita akan bertambah dan semakin berkembang dengan penemuan-penemuan baru.

3. Membaca akan meningkatkan konsentrasi dan fokus. Kita perlu untuk fokus terhadap buku yang sedang kita baca untuk waktu yang cukup lama. Tidak seperti membaca majalah, internet atau email yang hanya berisi potongan kecil informasi, buku akan lebih menceritakan keseluruhan cerita yang memerlukan tumpuan 100 peratus.

4. Membangun kepercayaan diri. Semakin banyak yang kita baca, semakin banyak pengetahuan yang akan kita perolehi. Dengan bertambahnya pengetahuan, akan semakin membangun kepercayaan diri. Jadi hal ini merupakan reaksi berantai. Oleh kerana kita rajin membaca, orang akan mencari kita untuk mencari suatu jawapan. Maka perasaan kita terhadap diri sendiri akan semakin baik.

5. Meningkatkan memori. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa jika kita tidak menggunakan memori, kita boleh kehilangannya. Teka-teki silangkata contohnya, adalah salah satu contoh permainan kata yang dapat membantu menibgkatkan memori kita. Membaca, walaupun bukan sebuah permainan, tetapi sangat membantu untuk meregangkan “otot” memori kita.

6. Meningkatkan displin diri. Mencari waktu untuk membaca adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Namun, siapa yang membuat jadual untuk membaca buku setiap hari ? Menambahkan aktiviti membaca buku ke dalam jadual harian kita dan mematuhi jadual tersebut akan meningkatkan disiplin diri seseorang.

7. Meningkatkan kretiviti. Membaca tentang anekaragam kehidupan akan membuka diri kita terhadap idea dan informasi baru yang pastinya akan membantu perkembangan sisi kreatif otak kita. Otak kita akan menyerap inovasi tersebut ke dalam cara berfikir kita.

8. Mengurangi kebosanan. Apa yang kita akan temui dengan membaca buku adalah, menjadi semakin tertarik dengan suatu perbahasan sesuatu buku dan pastinya tidak akan bosan lagi. Maksud Ust. Kay, jika kita merasa bosan, adalah lebih baik dengan membaca buku yang bagus dan menarik. Bukalah halaman-halamannya dan jelajahi dunia baru yang penuh dengan informasi dan kecerdasan.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Membaca buku juga mampu untuk mendorong tujuan hidup kita. Contohnya dengan membaca kisah-kisah seseorang yang telah berjaya dan berhasil mengatasi hambatan hidup. Ia akan dapat memotivasikan diri kita untuk memenuhi tujuan hidup kita sendiri. Insya Allah...
Wallahu a'lam - Rajin baca buku, banyak timba ilmu. Malas baca buku, otak pun jadi beku !

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI BILIK PAMERAN KARYA BESTARI, KARANGKRAF, BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) DI BOOTH TELAGA BIRU !

Ust Kay, [30.04.15 15:51]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.449) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Khamis, 11 Rejab 1436H. MEMINTA SECARA PAKSA

Pergi Penang beli buah Pala,
Dibuat jeruk enak cukup rasa,
Sedekah itu dapat banyak pahala,
Tapi dengan rela bukannya paksa.

“Ini buku percuma Bang, bagus buku ini... Berapa-berapalah Abang nak bagi sebagai sedekah amal jariah. RM10.00 ke berapa ke !” Begitu kata seorang penjual @ peminta sedekah dengan nada yang agak tinggi kepada setiap orang yang lalu untuk ke kantin Hospital Sungai Buloh. “Laaa.. katanya percuma?” Jawab salah seorang yang telah dihulurkan buku tersebut, menguji. “Memanglah sedekah Bang, kalau tak mahu beri langsung pun takpelah!” Balas penjual @ peminta sedekah tersebut dengan nada tinggi dan intonasi yang agak keras. Ustaz Kay hanya mampu tersenyum melihat keributan kecil itu, sungguh dangkalnya pemahaman orang tersebut tentang makna sedekah.

CERAH-CERAHKAN :
Sebenarnya Ustaz Kay kesal dengan sikap orang yang menggunakan kalimah sedekah untuk memaksa. Orang tersebut mungkin memang tahu apa itu perbuatan sedekah, tetapi dia tidak memahami maksud sebenar sedekah dalam Islam. Indikator ini dapat dilihat dari bagaimana dia bereaksi ketika berhadapan protes dari seseorang.

Jika kita menggunakan kerangka berfikir Erving Goffman, 'Expression given' (ekspresi yang ditunjukkan melalui kata-kata). Orang itu pada asalnya menunjukkan pengetahuannya tentang sedekah, iaitu pemberian secara percuma. Akan tetapi 'expression given off' (ekspresi yang ditunjukkan melalui sikap/tindakan) sama sekali tidak mencerminkan pemahamannya tentang makna sebenar sedekah. Hal ini ditunjukkan oleh nada bicara dan tindakannya yang memunculkan kesan memaksa dan mengintimidasi dari orang tersebut.

Dalam syarah Kitab Dosa-dosa Besar, ada dinyatakan kesalahan meminta-minta secara paksa sehingga menyakitkan hati pada orang yang diminta. Seolah-olah yang diminta pula diletakkan di kandang 'orang yang bersalah' jika tidak memberikannya. Ini sudah tidak betul, ulama' ada menyatakan :

1. Meminta sedekah secara mendesak hukumnya dosa besar. Contoh, berdiri dan tidak mahu beredar selagi tidak terima wang sedekah dengan tujuan memalukan.
2. Sekiranya wang yg diterima kurang daripada apa yang dipinta, tidak wajar kita mencela kerana orang itu beri secara sukarela atau ikut kemampuannya. Celaan kita kepadanya ada unsur memaksa.
3. Begitu juga ketika berjual beli. Islam menggalakkan tawar-menawar kerana disitu ada ukhuwah tetapi Islam larang memaksa dalam tawar-menawar. Memaksa penjual menerima harga yang kita nak.
4. Begitu juga tercela sikap orang yang mengambil barang secara paksa dan meletakkan sejumlah wang tanpa ada persetujuan dari peniaga.
5. Siapa yang meminta secara paksa, Allah SWT akan hilangkan keberkatan darinya. Ini kerana seseorang yang memberi bukan kerana nak beri tetapi kerana terpaksa atau untuk menjaga maruahnnya. Apatah lagi orang yang 'meminta' itu memang memaksa. Nak tak nak kena terima, contoh mulai 1 hb. April yang lalu.
6. Orang yang suka meminta-minta sebenarnya membawa bara api neraka apabila dia pulang kepada keluarganya. Kerana itu jika kita perhatikan, orang yang suka meminta-minta sentiasa rasa tidak cukup.
7. Orang yang meminta yang suka berbohong, kelak dia akan malu pada orang pemurah kerana sifat bohong itu busuk (perkataannya) hingga tak mampu ditutup.
8. Siapa yang pertahankan hartanya yang mahu diambil oleh orang lain tanpa hak, sehingga kalau dia mati, matinya adalah mati syahid. Kerana itu, bukan sewenang-wenang harta orang beriman diambil dengan mudah.

Roh sedekah adalah kesukarelaan. Paksaan dan intimidasi jelas menghilangkan roh sedekah itu. Sangat tidak setuju, menggunakan kata sedekah dalam keadaan memaksa. Dipaksa untuk menderma, dipaksa untuk bersedekah, dipaksa untuk bayar lebih seperti cukai barangan dan perkhidmatan, kemudian dipaksa untuk menerimanya dengan menganggapkannya sebagai 'sedekah.'?

Begitu mudah orang nak mewajarkan tindakan mengambil harta orang yang tanpa hak itu. Kalau orang y

Ust Kay, [30.04.15 15:51]
ang kaya sahaja yang kena tak apalah juga atau golongan peniaga sahaja, ini borong kena pada semua orang walaupun orang fakir miskin atau golongan gelandangan.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Di dalam sedekah sebenarnya tidak ada istilah paksaan, yang ada hanya sekadar anjuran. Sebagai seorang muslim, malu rasanya melihat ada orang yang menggunakan kata sedekah untuk merampas duit orang. Tolonglah bezakan antara sedekah, pungutan, jual beli dan percukaian. Kerana ia pastinya mempunyai akad (ijab dan kabul) yang berbeza.
Wallahu a'lam - Jangan gunakan istilah Islami untuk melakukan tindakan-tindakan yang sama sekali tidak dianjurkan oleh Islam. Ukay's

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI BILIK PAMERAN KARYA BESTARI, KARANGKRAF, BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) DI BOOTH TELAGA BIRU !

Ust Kay, [01.05.15 08:13]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.450) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Jumaat, 12 Rejab 1436H. HAK-HAK SEORANG PEKERJA

Beli baja pokok di Pekan Sepetang,
Baja ditabur di Pokok Kentang,
Pergi kerja pagi balik lewat petang,
Dapat gaji hanya cukup bayar hutang.

Islam adalah agama 'Rahmatan lil alamin,' ertinya Islam adalah Rahmat bagi sekalian alam. Dengan kata lain, tak ada sedikit pun di atas muka bumi ini yang tak diatur atau diperhatikan dalam Islam. Demikian juga dalam konteks hukum perburuhan atau muamalah dengan pekerja. Ada akhlak dan hak-hak mereka yang tak sepatutnya diabaikan.

CERAH-CERAHKAN :
Antara hak-hak pekerja dalam Islam ialah :
1) Islam memposisikan pekerja atau buruh sebagaimana saudara majikannya sendiri. Dari Abu Dzar r.a, Nabi SAW bersabda :

إِخْوَانُكُمْ خَوَلُكُمْ ، جَعَلَهُمُ اللهُ تَحْتَ أَيْدِيكُمْ

“Saudara kalian adalah budak kalian. Allah jadikan mereka dibawah kekuasaan kalian (saudara).” (HR : Bukhari)

Nabi SAW menyebut golongan pekerja atau pembantu sebagaimana saudara majikan agar darjat mereka sama setaraf dengan saudara dekat. Contoh, mengajak pembantu rumah makan bersama di meja makan yang sama, hidangan dan lauk yang sama. Menghargainya kerana telah membantu meringankan kerja kita dan bukan menganggapnya sebagai kuli atau orang gaji semata-mata.

2) Baginda SAW melarang memberikan beban tugas kepada pekerja melebihi kemampuannya. Jikapun terpaksa itu harus dilakukan, Baginda perintahkan agar si majikan turut membantunya. Dalam hadis Abu Dzar r.a, Nabi SAW bersabda :

وَلاَ تُكَلِّفُوهُمْ مَا يَغْلِبُهُمْ، فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ فَأَعِينُوهُمْ

“Janganlah kalian membebani mereka (budak), dan jika kalian memberikan tugas kepada mereka, bantulah mereka.” (HR : Bukhari)

3) Nabi SAW mewajibkan para majikan untuk memberikan gaji kepada para pekerja tepat pada waktunya, tanpa dikurangi sedikit pun. Dari Abdullah bin Umar r.a Nabi SAW bersabda:

أَعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ

“Berikanlah upah pegawai (buruh), sebelum kering keringatnya (peluh).” (HR : Ibn Majah)

4) Islam memberi peringatan keras kepada para majikan yang menzalimi pekerjanya atau pegawainya. Dalam hadis qudsi dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW meriwayatkan, bahawa Allah SWT telah berfirman:

ثَلاَثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ… وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَاسْتَوْفَى مِنْهُ وَلَمْ يُعْطِ أَجْرَهُ

“Ada tiga orang, yang akan menjadi musuh-Ku pada hari kiamat: … orang yang mempekerjakan seorang buruh, si buruh memenuhi tugasnya, namun dia tidak memberikan upahnya (yang sesuai).” (HR : Bukhari 2227 dan Ibn Majah 2442)

5) Islam memotivasi para majikan agar meringankan beban pegawai dan pekerjanya. Dari Amr bin Huwairis, Nabi SAW bersabda:

مَا خَفَّفْتَ عَنْ خَادِمِكَ مِنْ عَمَلِهِ كَانَ لَكَ أَجْرًا فِي مَوَازِينِكَ

“Keringanan yang kamu berikan kepada budakmu, maka itu menjadi pahala di timbangan amalmu.” (HR : Ibn Hibban)

6) Islam memotivasi agar para majikan atau orang atasan bersikap tawadhu' dengan buruh dan pekerjanya. Bukan sombong dan membanggakan diri. Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:

مَا اسْتَكْبَرَ مَنْ أَكَلَ مَعَهُ خَادِمُهُ، وَرَكِبَ الْحِمَارَ بِالأَسْوَاقِ، وَاعْتَقَلَ الشَّاةَ فَحَلَبَهَا

“Bukan orang yang sombong, majikan yang makan bersama pembantunya, mahu mengenderai himar (kenderaan kelas bawah) di pasar, mahu mengikat kambing dan memerah susunya.” (HR : Bukhari dan Al-Baihaqi)

7) Islam mengecam sikap kasar kepada orang bawahan. Seorang utusan Allah, yang menguasai setengah dunia ketika itu, tidak pernah mengangkat tangan dengan orang bawahannya. Saidatina Aisyah menceritakan:

مَا ضَرَبَ رَسُولُ اللهِ شَيْئًا قَطُّ بِيَدِهِ وَلاَ امْرَأَةً وَلاَ خَادِمًا…

“Rasulullah SAW tidak pernah memukul dengan tangannya sedikit pun, tidak kepada wanita, tidak pula budak (pembantunya).” (HR : Muslim 2328, Abu Daud 4786)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sudah seharusnya buruh atau para pekerja diperlakukan secara manusiawi dengan diberi hak untuk hidup secara layak, bukan malah ditindas, diperah

Ust Kay, [01.05.15 08:13]
tenaganya dan 'dihisap' darahnya.
Wallahu a'lam - Percayalah modal tidak dapat menghasilkan sebarang laba tanpa adanya seorang pekerja (buruh). Hargailah mereka... Selamat Hari Pekerja ikhlas dari Ust. Kay.

DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) DI BILIK PAMERAN KARYA BESTARI, KARANGKRAF, BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) DI BOOTH TELAGA BIRU DI KLIBF 2015. TEMUI UST. KAY DI SANA 1/5/15

Ust Kay, [02.05.15 23:59]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.451) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Sabtu, 13 Rejab 1436H. MAJIKAN, PEKERJA DAN UPAH.

Ada roti ada kari,
Tak ada kari gigit roti,
Ada kerja ada gaji,
Tak ada kerja gigit jari.

Islam menempatkan majikan dan pekerja dalam kedudukan yang setara, keduanya saling memerlukan antara satu dengan yang lainnya. Majikan adalah orang yang memiliki kewangan dan memerlukan kerja manusia, sementara pekerja adalah pemilik tenaga yang memerlukan kewangan. Keduanya saling perlu-memerlukan.

CERAH-CERAHKAN :
Firman Allah SWT: “Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS. Al-Zuhruf : 32)

Konsep Islam tentang hubungan kerja majikan dengan pekerja adalah konsep penyewaan (ijarah). Konsep penyewaan melahirkan keseimbangan antara kedua belah pihak. Sebagai musta’jir (penyewa) dan mu’jir (pemberi sewa). Penyewa adalah pihak yang menyerahkan upah dan mendapatkan manfaat, sedangkan mu’jir adalah pihak yang memberikan manfaat dan mendapatkan upah.

Antara musta’jir dan mu’jir terikat perjanjian selama waktu tertentu sesuai kesepakatan. Selama waktu itu pula, kedua belah pihak menjalankan kewajiban dan menerima hak masing-masing. Dalam akad ijarah ini, musta’jir tidak dapat menguasai mu’jir, kerana status mu’jir adalah bebas, dan hanya diambil manfaatnya saja. Berbeza dengan jual beli, ketika akad selesai maka pembeli dapat menguasai sepenuhnya barang yang dibelinya.

Selain melalui konsep ijarah, hubungan kerja majikan dengan pekerja dapat dibangun atas konsep Islam lainnya. Di antaranya:

1) Musyarakah
Konsep musyarakah menempatkan kedua belah pihak dalam kedudukan yang sama, iaitu sama-sama menanggung 'Profit and Loss Sharing' (PLS).

2) Mudharabah
Mudharabah adalah akad perjanjian antara kedua belah pihak, yang salah satu dari keduanya memberi modal kepada yang lain supaya dikembangkan, sedangkan keuntungannya dibahagi antara keduanya sesuai dengan jumlah yang disepakati.

3) Al-Ju’alah
Ju’alah ertinya adalah sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk dikarjakan. Konsep ini merupakan suatu formula pekerjaan menghasilkan sesuatu manfaat yang berteraskan pada hadiah atau sesuatu ganjaran. Seperti seseorang mengatakan “Siapa yang dapat menemukan jam tangan saya yang hilang akan mendapatkan RM100.00."

4) Konsep upah dalam Islam.
Upah berasal dari kata “al-ajru” yang bererti “al-iwadlu” (ganti), upah atau imbalan. Konsep upah muncul dalam kontrak ijarah, iaitu pemilikan pekerjaan dari seseorang ajir (orang yang dikontrak tenaganya) oleh musta’jir (orang yang menggunakan tenaga mereka). Ijarah merupakan transaksi terhadap pekerjaan tertentu yang disertai dengan ganjaran. Ganjaran atas imbalan tersebut berupa al-ujrah (upah).

Upah boleh sahaja berbentuk wang, barang yang berharga, atau manfaat seperti makanan, pakaian, atau yang lainnya. Dalam Islam, upah merupakan salah satu unsur ijarah, selain tiga unsur lainnya; Aqid (orang yang berakad), Ma’qûd ‘alaih (barang yang menjadi objek akad), dan Manfaat. Syarat sah pengupahan harus memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Adanya kerelaan kedua belah pihak yang berakad.
2. Manfaat yang menjadi akad harus diketahui secara sempurna sehingga tidak muncul masalah di kemudian hari.
3. Objek akad itu sesuatu yang halal atau tidak diharamkan syarak.
4. Upah harus jelas, tertentu dan sesuatu yang bernilai harta. Bernilai (mutaqawwim) di sini dapat diukur dari dua aspek, syar’i dan ‘urfi.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Namun demikian besar kecilnya upah seseorang, Islam mengakui kemungkinan terjadinya disebabkan beberapa sebab antaranya kerana perbezaan jenis pekerjaan, kepakaran, pendidikan dan sebagainya.
Wallahu a'lam - Selalu kerja dengan orang dan mengerjakan orang. Ukay's

Ust Kay, [03.05.15 22:19]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.452) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Ahad, 14 Rejab 1436H. TAKDIR vs TADBIR

Pergi ke Taiping membeli langsir,
Langsir dibeli berwarna cerah,
Takdir sering mengatasi tadbir,
Kepada Allah kita pasrah.

Manusia tercipta dengan berbagai kemahuan serta keinginan. Itulah rencam. Semuanya diatur dan diolah mengikut kehendak batin dan jiwa. Apabila yang diolah menghasilkan satu lakaran keinginan, cantik dan tepat pada waktunya, bibir menguntum seribu senyuman, hati pula melonjak keriangan. Itu tandanya tadbir dan takdir seiringan lalu tercipta kebahagiaan.

CERAH-CERAHKAN :
Namun, bagaimana pula jika tadbir tidak seiringan dengan takdir? Puas diolah, puas diatur, puas di susun, akan tetapi pengakhirannya tetap bukan mengikut kehendak kita? Di sini iman kita sedang diuji. Berat terasa, lenguh di jiwa.

Yakinlah !Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Alhamdulillah.

Namun acapkali juga takdir dan tadbir bersalahan, bertentangan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan terjadi. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelma. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena?

Tidak habis merintih, kenapa dan mengapa harus diuji begini. Mengharap jawapan pada siapa? ada insan menerimanya sebagai tarbiyah hati yang begitu mahal harganya. Ada insan sedih meruntun hati. Dikala merasa langkah kehidupan tidak seiring dengan kemahuan, yakini hanya satu. Allah menanti permohonan kita. Rintihlah padanya kerana Dia memang menanti rintihan. Rayulah padanya kerana Dia memang menanti rayuan.

Kosongkan jiwa dari kecamuk konsep strategi usaha (tadbir) kerana hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui dan menentukan aneka ragam kejadian yang lampau mahupun yang akan datang. Maka itu jangan kita melakukan tadbir walau sebesar zarah sekalipun kerana meninggalkan tadbir adalah ‘ubudiyah. Kata Sahal bin Abdullah ra:

ذَرْوَا اْلتَدْبِيْرِ وَاْلاِخْتِيَارِ فَاِنَّهُمَا يَكْدَرَانِ عَلَى النَّاسِ عَيْشُهُمْ .

“Tinggalkan olehmu tadbir dan ikhtiar, maka bahawasanya keduanya itu menganugerahkan keduanya pada kehidupan manusia.”

Kata “keduanya menganugerahkan keduanya” adalah tadbir dan ikhtiar. Jika tak mampu mengelak dari tadbir dan ikhtiar, maka tadbirkan untuk tiada tadbir. Jangan pula berikhtiar sesuatu dari pekerjaan dan ikhtiarkan untuk tidak ikhtiar. Jangan berikhtiar di dalam ikhtiar kecuali bila telah arif. Pening? Jangan pening-pening... Maksudnya Allah SWT masih beri manusia ikhtiar dalam Takdir-Nya.

Seorang yang menyandang martabat ‘arifin billah mengungkap kata, “Tadbirku, konsep-Nya. Ikhtiarku kehendak-Nya berikhtiar, diamku kehendak-Nya meninggalkan ikhtiar”. Itulah darjat yang sangat tinggi dan mulia bagi para waliyullah.

Kerana itu ikhtiarlah jika berkehendak ikhtiar dan tinggalkan bila tidak menghendaki ikhtiar, sebab hakikatnya, tidak ada yang bergerak atau diam dalam ikhtiar, kecuali dengan izin Allah jua. Awasi diri dan sedari diri martabat kita sebagai hamba-Nya semata-mata.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Sesulit dan sesukar apapun, ruang untuk menadah dan meminta pada Nya terbentang luas. Dia yang memiliki segala tadbir alam dan ketentuan. Dia yang berkuasa atas segala isi langit dan bumi. Dia yang memberi izin, segala sesuatu terjadi. Usah diratapi jalan hiba yang sedang kita tempuh, tetapi rianglah kerana ruang permohonan masih terbuka seluas lautan. Mohonlah, agar segala tadbir kita, Dia serasikan dengan takdir agung-Nya.

Wallahu a'lam - Jalan ini yang harus kita tempuh, teguhlah pada kalimah-Nya, serulah hati mereka. Moga Allah memberi nusrah terindah.

Sumbangan kewangan sangat diperlukan untuk survival Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran yang berteraskan perkhidmatan percuma untuk masyarakat : MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [04.05.15 21:09]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.453) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Isnin, 15 Rejab 1436H. AZANLAH DULU...

Bila masuk raya teringat kuih baulu,
Sanak-saudara dapat makan bersama,
Bila masuk waktu azanlah dahulu,
Supaya kita tidak hilang akan hikmahnya.

Semasa Daurah Bulanan Kitab Bidayatussul Fi Tafdhil Ar-Rasul bersama Syeikh Hazri Hasyim Al-Bindany pada hari Ahad yang lalu di pondok Ust. Kay, Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran, beliau ada menyatakan ada masjid dan surau yang tidak berhentikan seketika untuk melaungkan azan Isyak tetapi tetap meneruskan kuliyah maghrib walaupun telah masuk waktu. Sedangkan banyak kelebihan pada sesiapa yang melaung dan mendengar laungan azan tersebut.

CERAH-CERAHKAN :
Sabda Baginda Rasulullah SAW : “Apabila tiba waktu solat hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (HR : Bukhari dan Muslim)

Kelebihan azan dan orang yang melaungkan azan (Muazzin) menurut hadis-hadis Nabi SAW antaranya ialah :

1) "Jikalau manusia mengetahui akan kelebihan azan dan saf awal, dan mereka tidak akan mendapat keputusan siapakah yang layak melainkan dengan cara undi, maka mereka akan melakukannya. Dan seandainya mereka mengetahui akan kebaikan yang terdapat dalam bersegera solat nescaya mereka akan berlumba-lumba. Dan seandainya mereka mengetahui akan kebaikan pada solat subuh dan isyak nescaya mereka akan mendatanginya walaupun perlu merangkak."
(HR : Bukhari)

2) Hadis Abu Hurairah r.a : Nabi SAW bersabda: "Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendengarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut." (HR : Muslim)

3) Nabi SAW bersabda : “Maka azanlah untuk kamu oleh salah seorang di kalangan kamu, kemudian hendaklah yang mengimamkan kamu itu orang yang akhbar (berilmu) di kalangan kamu.” (HR : Bukhari dan Muslim)

4) "Tangan (keredhaan Allah) yang bersifat Rahman di atas kepala muazzin dan muazzin diberi keampunan sejauh mana suaranya sampai kepada sekelian alam." (HR: Tabbarani)

5) Daripada Abdillah bin Abbas berkata, bahawasanya Nabi SAW telah bersabda : "Barang siapa melaungkan azan selama tujuh tahun dengan niat mengharapkan pahala daripada Allah, maka ditulis baginya pelepasan daripada api neraka." (HR : At-Tirmidzi)

Masya Allah beruntungkan siapa yang menjadi Muazzin atau bilal di masjid dan di surau-surau. Sepatutnya mereka menuntut hak mereka dan amanah yang ada pada mereka untuk azan dengan menyatakannya secara baik kepada para pengkuliyah agar berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan sebelum meneruskan kuliyahnya semula.

Al-Quran, As-Sunnah dan ijmak para alim-ulama' telah menyatakan melaungkan azan mempunyai beberapa hikmahnya yang lain, antaranya :
1. Seruan azan adalah sebagai tanda untuk mengajak umat Islam agar bersegera menunaikan solat.
2. Lantunan azan yang indah itu boleh mewujudkan ketenangan dan kesejukan jiwa pendengarnya.
3. Laungan azan mampu menyelubungi suasana dan menambah semangat ummah.
4. Muazzin diampuni dosanya sebanyak sepanjang laungan suaranya kedengaran.
5. Muazzin dan penjawab seruan azan dijanjikan mendapat ganjaran pahala.
6. Beroleh pahala sebanyak pahala mereka yang ikut solat bersamanya.
7. Amalan menjawab kalimah azan dan selawat dapat menjadi persiapan untuk kita masuk ke matlamat utama iaitu syurga Allah.
8. Lafaz azan adalah sama digunakan oleh umat Islam diseluruh dunia dan menjadi syiar keagungan Islam.
9. Berazan dan mendirikan solat kerana taqwa kepada Allah SWT, maka dosa-dosa akan diampuni dan dijamin syurga.
10. Berdoa antara azan dan iqamah adalah antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Tetapi kalau pengkuliyah terus menyampaikan kuliyahnya dan kemudian apabila selesai terus iqamah dan Solat Isyak, maka semua kelebihan-kelebihan di atas a

Ust Kay, [04.05.15 21:09]
kan berlalu begitu sahaja. Paling rugi ialah para pengkuliyah itu sendiri antaranya, terpandang beliau tidak menghormati waktu dan terlepas waktu 'take five' (rehat) untuk minum dahulu sebelum meneruskan kuliyahnya semula.

Wallahu a'lam - Ust. Kay sangat suka kalau ketika Ust. Kay berkuliyah atau ceramah bila masuk waktu, muazzin azan terlebih dahulu, dapatlah 'save' suara, tenaga dan masa sikit...

Sumbangan kewangan sangat diperlukan untuk survival Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran yang berteraskan perkhidmatan percuma untuk masyarakat : MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [05.05.15 15:11]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.454) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Selasa, 16 Rejab 1436H. JOM HAFIZ !

Setiap ibu bapa muslim seharusnya bercita-cita menjadikan salah seorang anak dari mereka sebagai seeorang Al-Hafiz (orang yang menghafaz Al-Quran). Ia akan membantu anak-anak kita itu untuk menjadi anak soleh atau solehah pada zaman yang serba mencabar ini.

CERAH-CERAHKAN :
Anak soleh seperti inilah yang menjadi aset dan saham akhirat ibu bapa sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak soleh yang mendoakannya.” (HR: al-Bukhari dan Muslim)

Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “Al-Hafiz” akan mendapat banyak kelebihan, antaranya ialah :

1) Orang Yang Istimewa Disisi Allah SWT.
Daripada Anas r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.” Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). Merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (HR: lbn Majah)

2) Hati Tidak Diseksa.
Daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-Quran. Sesungguhnya al-Quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-Quran, maka hendaklah ia bergembira.” (HR: al-Darimi)

3) Memberi Syafaat kepada Ahli Keluarga.
Mafhum sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (HR: al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

4) Ibu Bapa Mereka Memperoleh Pahala Khas.
Kedua-dua orang tua penghafal al-Quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua-dua orang tua itu kemudian bertanya: “Kenapa kami diberi pakaian begini?” Kemudian dijawab: “Kerana anakmu menghafal al-Quran.”

5) Dapat Tingkat Syurga Tertinggi.
Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (HR: al-Baihaqi dan al-Hakim)

SIMPUL-SIMPULKAN :
Dengan semua kelebihan yang dijanjikan itu, ibu bapa seharusnya lebih bersungguh-sungguh dalam memastikan anak-anak mereka mampu menghafaz al-Quran dan menjadi ibu bapa yang 'sesuai' untuk mereka. Jangan pula ibu bapa tidak mahu beramal selepas ini kerana semata-mata mengharapkan syafaat dari anak "Al-Hafiznya." Sebab itu kot, Ust. Kay pernah melihat ibu yang pakai skirt dan bapa yang berseluar pendek tapi menghantar anak agar hafaz Al-Quran. Tak kena tu...salah pemahamannya.

Wallahu a'lam - Alhamdulillah... Hari ini Ust. Kay dapat hantar anak untuk mendaftar sebagai mahasiswa di Darul Quran, JAKIM. Doakan mudah-mudahan dia akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti yang akan melaksanakan undang-undang Al-Quran di negara yang tercinta ini. Takbir !

Sumbangan kewangan sangat kritikal untuk survival Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran yang berteraskan perkhidmatan percuma untuk masyarakat : MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 BANK RAKYAT : 220851161506

Ust Kay, [06.05.15 22:21]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.455) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Rabu, 17 Rejab 1436H. MYVY vs SAVY vs PAJERO.

Makan roti cecah kaya,
Tidak selembut makan agar-agar,
Berhati-hati di jalan raya,
Tidak melanggar mungkin dilanggar.

Takdir adalah ketentuan terhadap sesuatu berdasarkan sistem yang ditetapkan-Nya. Sesiapa yang bersandar di tembok atau dinding yang rapuh akan ditimpa runtuhan tembok atau dinding itu, dan sesiapa yang menjauhi tembok itu, maka ia akan terselamat. Kedua-dua situasi ini adalah takdir-Nya, namun demikian manusia berupaya untuk memilih dan berusaha menghindarinya.

CERAH-CERAHKAN :
Kita sering mengatakan bahawa apabila berlakunya sesuatu kemalangan jalan raya, memang segalanya itu dianggap sebagai satu takdir, namun takdir berlakunya kemalangan itu juga turut disebabkan oleh kecuaian dan sikap buruk kita. Sikap seperti ini pada pandangan agama sebagai ‘tahlukah’ (menuju kebinasaan). Sehubungan itu, Allah SWT berfirman :

وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (QS. Al-Baqarah : 195)

Memandu dengan laju tanpa menghiraukan peraturan undang-undang jalan raya, apatah lagi 'racing', sekiranya berlaku kematian, maka kematian itu adalah sebagai mati yang sia-sia sahaja dan bukan mati syahid akhirat kerana kemalangan yang tidak disenggajakan. Malah, lebih bimbang lagi jika kematiannya itu dihukumkan sebagai membunuh diri selain turut boleh membunuh orang lain.

Memang pada hakikatnya semua yang berlaku itu sama ada baik atau buruk sudah dalam pengetahuan atau ilmu Allah sejak dari azali lagi, sedangkan kita tahu ilmu-Nya itu bukan bagi menentukan sesuatu (baik atau buruk) kepada hamba-Nya. Manakala kehendak-Nya pula bertindak ‘memilih’, selaras dengan kemahuan hamba-Nya. Justeru itu, balasan baik atau buruk hanya bergantung kepada pilihan hamba-Nya, yakni manusia itu sendiri.

Kita juga tahu bahawa 'Iradat' (kehendak Allah) itu akan berlaku menurut sunatullah yang diletakkan di dalam kejadian makhluk-Nya. Justeru itu, apabila Allah SWT hendak menjadikan manusia, Dia tidak mengatakan bahawa "Jadilah kamu" lalu kamu terus wujud lengkap dengan segala-galanya. Boleh sahaja begitu, tetapi sengaja Allah ingin menunjukkan sunah-Nya kepada kita.

Manusia itu dijadikan Allah SWT menurut proses peraturan-Nya, iaitu bermula daripada air mani, kemudian bayi kepada kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Kita tidak boleh mengatakan segala apa yang berlaku itu tanpa ada sebab dan pendahulunya. Dalam hal ini, Saidina Umar r.a pernah mengatakan : "Kita lari daripada qadar-Nya (yang buruk) kepada qadar-Nya (yang baik dan selamat)."

SIMPUL-SIMPULKAN :
Demikianlah makna ketentuan Allah yang sebenar, bukan bererti Allah mencabut kemahuan dan pilihan daripada seseorang, kerana dia sendiri boleh berusaha mengubah sikap sombong, mementingkan diri serta cuai ketika memandu. Tak kiralah memandu 'Myvy' ataupun Savy mahupun Pajero...
Wallahu a'lam - Ust. Kay pernah sedang memandu Hyundai Starex dalam 160 km/j di lebuh raya, tiba-tiba selamba saja dipotong Perodua Myvy. Tercabar lah juga...sabar jelah!

Sumbangan kewangan sangat kritikal untuk survival Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran yang berteraskan perkhidmatan percuma untuk masyarakat : MAYBANK ISLAMIC : 162133298848 BANK RAKYAT : 220851161506
Ust Kay, [11.05.15 12:25]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.460) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Isnin, 22 Rejab 1436H. CINTA TERLARANG !

Cintakan bunga akan layu jua,
Cintakan manusia akan mati,
Cintakan Allah kekal selamanya,
Itulah cinta, cinta yang hakiki.

Cinta pada yang halal itu adalah halal, dan cinta pada yang haram itu adalah haram. Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.

CERAH-CERAHKAN :
Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga dan perbuatan tersebut amat dibenci oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :

ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها

“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya” (HR : Abu Daud)

Kesan dari ledakkan media sosial seperti Instagram, Facebook, WhatsApp dan Telegram, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang merupakan cerita biasa, malah kisah cinta antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri juga bukan luar biasa. Ust. Kay kerap ditanya dengan pertanyaan hukum hubungan seperti ini.

Hakikatnya, syariat telah menentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam iddah, atau masih menjadi tunang orang, untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain. Kalaulah mengambil tunang orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang. Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya." (HR : Bukhari).

Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang (bujang atau janda) bercinta dengan lelaki suami orang. Sebahagian ulama' berpandangan tidak menjadi haram jika tidak sampai berbuat maksiat, tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu :
1) Harus jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak. Sebab dia mempunyai tiga lagi kuota isteri yang masih kosong untuk diisi.

2) Makruh pula jika setelah mengenali dan mencintai anda telah menyebabkan lelaki itu tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak. Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat. Ia sama ada si lelaki tidak layak berpoligami ataupun tidak berniatpun untuk menjadikan anda isterinya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.

Dalam kebanyakan kes, faktor utama pencetus cinta salah dan terlarang ini ialah perkongsian masalah diri. Ada suami orang yang berkongsi kisah dengan kawan wanita. Ada juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan kawan lelaki dan tidak kurang juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan suami orang.
Mulanya hanya simpati dan berusaha memberikan nasihat dan pandangan tetapi akhirnya simpati bertukar menjadi jatuh hati. Perkongsian demi perkongsian menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan. Perkara ini kerap terjadi dengan rakan-rakan sepejabat atau rakan 'sebilik guru'.

Rasa serasi dan jatuh hati akan lebih mudah terjadi jika seseorang itu mampu melihat kelebihan yang ada dalam diri kekasih baharu berbanding pasangan hidup yang sedia ada. Ditokok tambah dengan kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri pasangannya selama ini menjadikan seseorang itu buta hati. Maka, apabila seorang suami orang atau isteri orang itu dilayan lebih baik biarpun hanya secubit rasa, segala-galanya akan dirasai lebih nikmat dan bahagia kononnya.

Keadaan layanan taraf 'five star' daripada si kekasih 'gelap' ini menjadikan suami orang atau

Ust Kay, [11.05.15 12:25]
isteri orang merasai nikmat cinta terlarang dengan isteri atau suami orang. Adakalanya mereka sendiri sedar bahawa tindakan mereka menyalahi moral masyarakat dan kehendak syariat. Tetapi tetap ingin meneruskan hubungan mereka. Maklumlah tengah bercinta...! Segalanya indah, taik pun dirasakan coklat, kentut dirasakan perfume...

Ringkasnya, wanita yang telah bersuami wajib merasa cukup dengan suaminya dan redha kepadanya serta penuh cinta kepadanya. Kerana itu, janganlah ia melayangkan pandangannya kepada laki-laki lain, dan hendaklah ia menutup pintu rapat-rapat jangan sampai ada lubang tempat berhembusnya angin fitnah terhadap dirinya. Lebih-lebih lagi dalam hal yang sensitif, hendaklah ia segera memadamkan bunga api sebelum ia membakar dan menghancurkan

Maksudnya, jika dalam dirinya mulai tumbuh rasa suka atau cinta kepada orang lain, segeralah ia berusaha memeranginya dengan cara jangan berjumpa sama sekali, berpandangan atau memandangnya, jangan bercakap-cakap, jauhkan segala sesuatu yang dapat menyalakan api cinta. Apabila ia tidak mampu memerangi perasaan hatinya, hendaklah ia menyembunyikannya dalam hati saja, dan bersabar atas cubaan itu, insya-Allah ia tidak terhalang mendapatkan pahala sebagai orang yang sabar dalam menghadapi cubaan.

Rasulullah SAW ada berpesan kepada umatnya, agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :

المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه

“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”

SIMPUL-SIMPULKAN :
Tegasnya, elakkan lah berkongsi masalah anda terutama masalah rumah tangga anda dengan rakan berbeza jantina tidak kiralah apa juga status dirinya. Jangan sangka suami orang lebih memahami atau isteri orang lebih mengerti. Pengertian dan pemahaman yang anda dambakan sukar bersifat profesional biasanya. Jika perkongsian berlaku hari ke hari dicampur rasa simpati yang tinggi.

Wallahu a'lam - Tiada istilah teman tapi mesra pada orang lain dalam sesebuah rumah tangga. Apatah lagi jika kemesraan itu mampu mengoyak jiwa dan emosi pasangan anda. Hargailah apa yang kita ada, jangan menghargai pada yang belum pasti... Ukay's.

DAPATKAN BUKU-BUKU TULISAN UST. KAY : 1. CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) 2. HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) DI KEDAI-KEDAI BUKU SELURUH NEGARA !

Ust Kay, [12.05.15 12:51]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.461) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Selasa, 23 Rejab 1436H. "JIN KALEWA JIN KALAK"

Mambang Putih mambang Merah,
Mambang bukan sebarang mambang,
Makanya jangan suka marah-marah,
Kerana marah-marah itu disukai mambang.

Atas permintaan ramai, Ust. Kay sambung balik tazkirah Bab Jin. Ibn Abid-Dunya di dalam kitabnya “ مكائد الشيطان “ menyebut mengenai pembahagian jin ini dengan merujuk kepada sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abi Darda’ r.a : "Allah SWT menciptakan jin kepada tiga bahagian, satu bahagian ular, kala dan binatang melata di bumi, sebahagian yang lain akan dikenakan hisab dan diseksa.”

الجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ

“Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah-randah.” (HR: Al-Hakim)

CERAH-CERAHKAN :
Ada ulama telah membahagikan jin ini kepada beberapa bahagian berdasarkan kepada bidang kementerian dan portfolio masing-masing :

1. Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.
2. ‘Ifrit (عِفْرِيـتٌ ) adalah golongan jin tetapi mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar biasa yang dianugerah kepadanya oleh Allah.
3. Syaitan adalah ketua segala anasir yang membuat kebinasaan, kafir, fasik, sombong, enggan sujud kepada Adam a.s dan dia dikutuk dan dilaknat.
4. Al-Marid ( المَارِد) sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat. Disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga kali. Maksudnya antaranya : "Dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka" (QS. al-Nisa’ : 117)
5. Al-Awamir ( العَوَامِرِ) kerana ia lama tinggal di dalam rumah manusia. Mereka tinggal di rumah-rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat. Diriwayatkan satu sabda Rasulullah SAW daripada Abi Said al-Khudri :

إِنَّ بِالمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الجِنَّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ جُنْدِهِ العَوَامِرِ فَلْيُؤَذِّنْ ثَلَاثًا فَإِن بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ

"Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir (jin yang tinggal di rumah) maka hendaklah mengarahkan ia keluar (sebanyak tiga kali). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.

Oleh itu perlu kita ingat supaya tidak tergesa-tergesa membunuhnya kerana ia juga makhluk Allah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
"Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penglihatan oleh itu bunuhlah mereka." HR: Imam Bukhari)

6. Al-Arwah ( الأَرْوَاح) ialah sejenis jin yang suka mengganggu kanak-kanak. Mengenai nama al-Arwah ini, Ukasyah Abdul Mannan al-Taiyibi di dalam bukunya “ شياطين الإنس والجن “ tidak bersetuju dengan nama ini. Katanya setelah dikaji perkataan al-Arwah atau mufradnya (singular) roh di dalam al-Quran tidak terdapat makna jin atau syaitan tetapi merangkumi erti atau makna yang lain, iaitu panggilan untuk orang yang telah meninggal dunia.

SIMPUL-SIMPUL :
Ada satu lagi jenis jin, yang dipanggil "Lembaga Hitam" kerjanya lebih hebat dari Toyol dan tinggal di Lembaga...... Ust. Kay nak sebut pun dah takut his.. his...
Wallahu a'lam - "Ya Allah lindungilah harta kami Ya Allah daripada gangguan lembaga ini." Ukay's.

BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) ADALAH KOMPILASI 100 TAJUK CCUK YG. AWAL TERBITAN KARANGKRAF DAN BUKU HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) ADALAH SAMBUNGANNYA DENGAN PEMBAHARUAN YG. LEBIH MANTAP TERBITAN TELAGA BIRU. DAPATKANNYA DI PASARAN !

Ust Kay, [13.05.15 12:11]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.462) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Rabu, 24 Rejab 1436H. BAGAIMANA NAK 'AJAR' JIN?

Jins Shamsudin seniman ternama,
Seniman lama yang bertaraf otai,
Jin sebenarnya takut pada manusia,
Seluar dan baju jin pun manusia pakai.

Ketahanan roh dah jasad perlu dalam usaha mengelakkan diri daripada gangguan iblis dan syaitan. Selain daripada memperkuatkan roh dengan menghampirkan diri kepada Allah SWT, langkah berikut perlu dilakukan, antaranya :

CERAH-CERAHKAN :
1. Makan Tamar Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) Ajwah dan jika boleh makan bersama tamar Madinah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”. (HR : Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum Tidur.
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT.

3. Mengambil Berat tentang Solat Berjemaah.
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah SAW bersabda :

“Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya." (HR : Abu Daud)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk Memagarkan Diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.

5. Membaca Doa Perlindungan apabila Masuk Di Dalam Tandas. Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan.

6. Sentiasa Berzikir, Mengingati Allah dan Menghampirkan diri Kepada-Nya.
Iaitu dengan melakukan ibadah yang wajib dan amalan-amalan sunat yang berterusan. Sesungguhnya semakin hampir seseorang itu kepada Allah, maka semakin jauhlah iblis dan syaitan daripadanya.

7. Elakkan daripada menangis bersangatan, menjerit, berbual atau bersolek di bilik air, ataupun menjerit di tempat sunyi. Elakkan berada di tempat sembelihan binatang, ketika matahari naik atau terbit.

8. Jangan buang air kecil di atas batu, air yang bertakung, beristinjak dengan tulang atau najis. Bermain-main di pancuran kotor atau longkang.

9. Jangan biarkan anak-anak kecil berada di luar rumah ketika matahari masuk. Syaitan berkeliaran pada masa itu. Tutup semua makanan, jangan biarkan terdedah. Tutup bekas tempat menyimpan makanan dengan menyebut nama Allah, begitu juga ketika menutup pintu. Lafaznya ialah : "Bismillahi Allahu Akbar."

10. Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah membacanya :

1) Surah al-Fatihah - Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu.

2) Al-Mu’awwizat - Tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah SAW yang diajarkan kepada Saidatina Fatimah r.anha sebelum baginda tidur. Atau membaca ta'awuz seperti :

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Mu Yang Maha Sempurna dari segala kejahatan makhluk yang telah diciptakan.",

3) Ayat Kursi - Amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika dibaca selepas solat Subuh dan Solat Asar.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh amalkan untuk menghindari jin dan syaitan ini. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi tertentu kerana jin sememan

Ust Kay, [14.05.15 21:41]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.463) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Khamis, 25 Rejab 1436H. MAYA QARIN...

Melawat ke Zoo melihat Tenuk,
Melihat Tenuk dan juga beruang,
Syaitan jadi kurus atau jadi gemuk,
Bila iman bertambah atau berkurang.

Pernah tak kita mendengar orang tua memberikan nasihat : "Jangan buat karenah." Karenah mungkin dari perkataan atau kerana perbuatan 'Qarin'. Jin pendamping manusia... Baginda Nabi Muhammad SAW ada menjelaskan bahawasanya setiap diri manusia pasti memiliki 'kembar' sewaktu dilahirkan ke dunia ini. Iaitu kembarnya dari jenis 'Qarin' dari golongan jin.

CERAH-CERAHKAN :
Dari Ibnu Mas’ud r.a, Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Setiap orang di antara kalian telah diutus untuknya seorang Qarin (pendamping) dari golongan jin.” Para sahabat bertanya: “Termasuk Anda, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab:

وَإِيَّايَ إِلاَّ أَنَّ اللَّه أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلا يَأْمُرنِي إِلاَّ بِخَيْرٍ

“Termasuk saya, hanya saja Allah membantuku untuk menundukkannya, sehingga dia masuk Islam. Kerana itu, dia tidak memerintahkan kepadaku kecuali yang baik.” (HR : Muslim)

Imam An-Nawawi mengatakan: “Dalam hadis ini terdapat peringatan keras terhadap godaan jin Qarin dan bisikannya. Nabi SAW memberi tahu bahawa dia bersama kita, agar kita selalu waspada sedapat mungkin”. (Syarah Sahih Muslim, 17:158)

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Munajid menjelaskan: “Berdasarkan perenungan terhadap berbagai dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah dapat disimpulkan bahwa tidak ada tugas bagi jin Qarin selain menyesatkan, mengganggu, dan membisikkan was-was (bisikan syaitan). Godaan jin Qarin ini akan semakin melemah, sebanding dengan kekuatan iman pada diri seseorang.” (Fatwa Islam, tanya jawab, no. 149459).

Ayuh ! Kita berkenalan dengan 'kembar' kita yang tidak kelihatan ini :
1) Qarin tidak diberi kemampuan dari Allah Ta’ala untuk menyakiti tubuh manusia.
2) Qarin tidak diberi kemampuan dari Allah Ta’ala untuk membuat manusia histeria.
3) Ia tidak dapat dimusnahkan/dibunuh dengan bacaan Ruqyah sebab sudah menjadi ketentuan Allah akan mendampingi tiap manusia sampai dia meninggal dunia.
4) Bisikannya dapat dineutralkan dengan zikir dan doa (jika Qarinnya kafir) namun tidak dapat dihilangkan 100%.
5) Seluruh Qarin membisikkan kejahatan kecuali Qarin pada para nabi termasuk Qarin Rasulullah SAW hanya boleh membisikkan kebaikan kepada Baginda (telah diIslamkan)
6) Bisikan Qarin berupa dorongan/gerak hati untuk melakukan suatu dosa. Contoh, niat dalam hati untuk berzina dengan pasangan.
7) Bisikan Qarin juga boleh menyamar menjadi bisikan hati. Tak kira Perdana Menteri, Presiden Parti, ulama’, para asatizah bahkan peruqyah (Pengamal Perubatan Islam) sekalipun atau masyarakat awam tetap memiliki Qarin yang mampu membisikkan kejahatan.
8) Bisikan Qarin sangat samar, menjadikan seseorang kerap was-was dan tidak dapat diajak berdialog.
9) Qarin memiliki kemampuan untuk membuat angan-angan kosong pada manusia.
10) Namun demikian, bisikan Qarin tidak memiliki kemampuan untuk menghina Allah SWT dan Rasul-Nya.

Semua kemampuan dan kelemahan jin Qarin di atas tidak terdapat pada jin biasa. Antara perbezaan lain jin biasa dengan jin Qarin ialah jin biasa hidupnya di alam jin iaitu alam ghaib. Suatu alam yang terpisah dengan alam manusia, sebagaimana firman-Nya:

إِنَّهُۥ يَرَٮٰكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ

“Sesungguhnya ia (Iblis) dan pengikut-pengikutnya (para jin) melihat kamu (manusia) dan suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka." (QS Al-‘Araf : 27).

Sedangkan jin Qarin hidupnya di alam manusia, alam manusia adalah alam tempat hidupnya jin Qarin, sebab jin Qarin menyatu dengan gerak langkah manusia. Jin Qarin adalah jin yang tugasnya mendampingi manusia dari saat manusia lahir sehingga manusia itu meninggal dunia. Maujudnya jin Qorin amat hampir sama dengan wujudnya manusia yang menjadi kembarnya. Sebagaimana sabda Nabi SAW :

ما منكم من أحد إلاوقد وكل به قرينه من الجن

“Setiap orang di antara kalian telah d

Ust Kay, [15.05.15 11:56]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.464) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Jumaat, 26 Rejab 1436H. THAT'S LIFE...

Let be somebody,
Dont just be everybody,
Kehadiran mu dirasai,
Kehilangan mu dirindui,

Di mana ada pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Di mana ada awal, pasti akan ada akhir. That’s life. Ketika akhir sebuah perjalanan akan menjadi awal perjalanan yang lain, dan sebuah perpisahan akan menjadi pertemuan dengan sesuatu yang baru. And that’s more about life!

CERAH-CERAHKAN :
Di dalam hidup, banyak orang yang datang dan pergi. Allah telah menjumpakan kita dengan orang yang Dia telah gariskan dalam catatan takdir-Nya. Mereka pun datang silih berganti : 1) Ada yang melintas dalam segmen singkat, namun membekas di hati.
2) Ada yang telah lama berjalan beiringan, tetapi tak disedari erti kehadirannya
3) Ada pula yang begitu jauh di mata, tetapi tetap dekat di hati.
4) Ada yang datang pergi begitu saja seolah tak pernah ada.

Semua orang yang pernah singgah dalam hidup kita bagaikan kepingan puzzle yang saling melengkapi dan membentuk sebuah gambaran kehidupan.Maka sudah fitrah, bila ada pertemuan pasti ada perpisahan... Well, That’s life must be

Ketika akhir sebuah perjalanan akan menjadi awal perjalanan yang lain, dan sebuah perpisahan akan menjadi pertemuan dengan sesuatu yang baru. And that’s more about life. Kalau kita tidak dapat berjumpa lagi di dunia, moga Allah mengumpulkan kita di jannah. Orang yang bercinta akan dikumpulkan bersama orang yang dicintai di akhirat nanti.

Semoga kita teringat akan sabda Nabi SAW yang menerangkan mengenai tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah pada hari yang tiada naungan selain dari-Nya. Di antara golongan tersebut adalah,

وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ

“Dua orang yang saling mencintai karena Allah. Mereka berkumpul dan berpisah dengan sebab cinta kerana Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Perpisahan mampu membuat seseorang bangkit menjalani hidup, kerana perpisahan itu sebuah kepastian sehingga sebelum perpisahan itu datang maka gunakanlah masa bersamamu itu dengan penuh kenangan bahagia.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Perpisahan akan membawa kebahagian jika kita menganggapnya sebagai pelajaran hidup. Tapi ia akan menjadi perosak diri jika perpisahan diertikan menjadi asbab kepada seberkas kemurungan dan secubit kesedihan.
Wallahu a'lam - Hari ini Ust. Kay sedih sangat, menghadiri Majlis Perpisahan En. Shashim Shah Bin Harun, Pengetua SMK Saujana Utama yang akan bertugas sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Sayonara tuan ! (Ukay's 0192319872)

Ust Kay, [17.05.15 15:34]
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Bil.466) - HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) Ahad, 28 Rejab 1436H. PRASYARAT NAK JADI GURU

Buru rusa di hutan sana,
Matanya awas akan manusia,
Hidupmu guru penuh mulia,
Matimu pula meninggalkan jasa.

Bukan semua orang dapat melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Tugas ini menuntut syarat seorang yang profesionalis, biologis, psikologis dan penguasaan ilmu pedagogi.

CERAH-CERAHKAN :
Hujjatul Islam, Imam Al-ghazali rhm. menggariskan syarat-syarat yang harus dimiliki oleh seorang guru antara lain :
1) Guru hendaklah memandang murid seperti anaknya sendiri. Rasulullah SAW meletakkan posisinya di tengah-tengah para sahabat.

انماانا لكم مثل الوالد لولده

"Sesungguhnya aku bagi kamu seperti orang tua terhadap anaknya. (HR : Abu Daud Al-Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

2) Tidak mengharap upah atau pujian, tapi harus mengharap keredhan Allah SWT dan berorientasi mendekatkan diri pada-Nya.
3) Guru hendaklah memanfaatkan setiap peluang untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada murid bahawa tujuan menuntut ilmu ialah mendekatkan diri pada Allah, bukan memperoleh kedudukan atau kebanggaan di dunia semata-mata.
4) Guru harus memperhatikan tehadap fasa perkembangan berfikir murid agar dapat menyampaikan ilmu sesuai dengan kemampuan berfikir mereka.

Abdur Rahman An-Nahlawi mengemukakan syarat-syarat seorang pendidik agar seorang pendidik menjalankan fungsi sebagai pendidik atas tiga perkara iaitu :
1. Berkenaan dengan dirinya sendiri.
2. Berkenaan dengan pelajaran
3. Berkenaan dengan muridnya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Konsep GURU dalam masyarakat orang Jawa ialah "Omonganne digugu, kelakoanne kenek ditiru." (Kata-katanya didengar, perlakuannya boleh ditiru)
Wallahu a'lam - GURU = Guna Untuk Rawat Ummah. Ukay's

DAPATKAN BUKU-BUKU TULISAN UST. KAY : 1. CUIT-CUIT USTAZ KAY'S (CCUK) 2. HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK (HTC) DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA, SELURUH NEGARA !